me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

SMK Seri Alam 2, Pasir Gudang

Assalamua’laikum


Berkurun lamanya tak menaip kat sini… almaklumlah, bukan kat rumah yang boleh online 24 jam… skang aku dah selamat bergelar guru sandaran siswazah terlatih (GSST) di SMK Seri Alam 2, Pasir Gudang, Johor... Alhamdulillah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.. dan aku perlu belajar untuk bersyukur…


Sekolah yang aku mengajar sekarang ni boleh dikatakan sekolah baru lagi… baru beroperasi dalam 8 tahun dan apa yang pasti cikgu2 kat sini ramai yang muda2 dan boleh dikatakan majority berusia bawah 30-an. Dan Alhamdulillah coz mereka sangat friendly dan sangat ambil cakna… so takderlah aku terasa sangat segannya nak tanya apa2 coz almaklumlah pengalaman baru setahun jagung..

Di sini buat masa sekarang aku diamanahkan untuk mengajar 2 kelas bahasa melayu form 2, 2 kelas sains form 4 dan juga 2 kelas pendidikan seni visual untuk form 3.. kali pertama mendapat jadual aku tersenyum coz tak tau nak reaksi camner dan teringat kat Anjung Haris Ikhwan Resources dulu bila aku ngan zana akan saling tolak menolak tak nak ajar BM.. tapi skang jadual dah ada dalam tangan dan apa yang termampu cuma senyum jer…


Senyum seindah suria, Yang membawa cahya

Senyumlah dari hati, Dunia mu berseri

Senyum umpama titian dalam kehidupan

Kau tersenyum ku tersenyum, Kemesraan menguntum

Senyum kepada semua, Senyumanmu amatlah berharga

Senyum seperti rasulullah, Dengan senyuman terjalinlah ukhwah


Kelakar lak rasa nak mengajar bahasa melayu coz bm sendiri pun tunggang tebalik… kali terakhir belajar bm masa spm ngan cikgu hamdan..lepas tu entah kemana bm aku… walaubagaimanapun aku menerima semua amanah yang diberi dengan hati terbuka..kerana sepanjang hidup ini, proses belajar takkan berakhir dan mungkin ni satu pengalaman baru untuk aku belajar sesuatu yang lain dari yang lain dalam hidup aku selama ni… Alhamdulillah.. Seperti kata penolong kanan Bm, puan rozila yang semer yang dapat mengajar BM adalah insan terpilih… terpilih ker? Haha maybe kot…


dan kelas aku ajar lak ada macam2 jenis.. kalo ini adalah kali pertama aku berhadapan dengan students mungkin aku akan cepat melatah..masih terbayang muka PK HEM SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Mr Tong yang sangat2 caring dan banyak memberi tunjuk ajar dalam berhadapan dengan kerenah pelajar- marah2 jugak tapi perlu sayang students.. selain dari tu teringat nasihat2 kak norli yang sentiasa menekankan ikhlas dalam membuat kerja coz setiap kerja yang kita lakukan adalah ibadah yang tak sia2 kerana dijanjikan balasan yang sangat banyak di sana.. nasihat seorang yang telah menjadi sebahagian dalam hidupku- buat kerja biar ikhlas coz gaji sorang cikgu lagi mahal dari kerja kat MPM(Majlis Peperiksaan Malaysia) coz ukuran gaji kat situ bukan dilihat dari mata dunia.. dan tak ketinggalan sms2 semangat dari sahabat2.. terima kasih banyak2… pesan fana –apa yang berlaku sekalipun, doalah senjata kita.. insyaAllah amanah yang diberikan akan cuba dipikul dengan ikhlas…


sentiasa ingat HIDUP NI WALAU TAK MUDAH TAPI TETAP INDAH jika aku tahu untuk mengindahkannya.. redhalah untuk setiap yang terjadi dalam hidup kita kerana kebahagian itu datang dari hati yang iklas menerima setiap ketentuan yang berlaku keatas dirinya kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya….


Ya Allah Ya Rabb Ya Rahman wa Ya Rahim

Pujian ke atasMu yang mentakdirkan sesuatu itu

Tidak Kau uji aku andai Kau tahu tak termampu oleh ku

Maka permudahkanlah setiap urusanku dalam meniti setiap ujianMu

Tabahkanlah hatiku dalam melalui liku-liku hidup sebagai khalifah di bumiMu

Ikhlaskanlah hatiku… Redhakanlah aku… Sayanglah aku

Ameen ameen ameen


Untuk semua teman seperjuangan. Tak kira dimana kita ditempatkan.. tak kira dimana kita berada… laluilah dengan ketabahan dan keikhlasan…


P/s: kekadang bila terbukak folder memoriaz tyme dalam laptop aku terkenang zaman sama2 ngan sahabat2 kat UM.. terasa rindu akan suasana dulu.. sayang korang semua..hidup baik2 sahabat

0 comments:

Post a Comment

mata-mata