me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

unexplain...

Assalamua’laikum

Bertarikh 9 Jan 2010, Sabtu dan bertempat di SMK Seri Alam 2 maka berlangsunglah LDP yang pertama untuk hidup aku.. selama ni dengar jer citer kawan2 yang berkesempatan menghadirkan diri dorang kat sekolah tempat praktikal masing2.. syafiq dah siap pesan semalam jangan ngantok2 masa LDP nanti coz banyak ilmu dan motivasi yang akan diperolehi dalam LDP nanti.. tapi nak wat macam mana si Qorun asyik bergayut kat mata aku jer kadang2…
(Qorun adalah nama syaitan yang turut dilahirkan bilamana seorang anak adam dilahirkan di muka bumi, betulkan jika aku silap)

walaupun kadang2 benda yang disampaikan tu nampak simple dan kecil tapi sebagai manusia yang perlu sentiasa diingatkan amatlah beruntung seseorang itu.. sebab tu adanya azan.. walaupun setiap org tahu yang wajib setiap muslim itu menunaikan solat lima waktu sehari semalam tapi dengan adanya panggilan azan mengingatkan kita dah masuk waktu solat dan juga mengingatkan kita semakin berakhir hari itu apabila azan subuh berganti dengan azan zohor dan seterusnya.

LDP siri pertama tadi lebih kepada perkongsian pengalaman guru-guru baru dan juga lama. Tetiba jer guru-guru baru kena bercakap dalam LDP tadi.. aku memang cuak tahap gaban coz tahu perangai sendiri yang kalo bercakap tanpa nota means on da spot memang tak tentu arah jadinya… haha dah memang orangnya jenis kalut apa nak buat… bukan sesuatu yang mudah untuk diubah..

Walaubagaimanapun pengalaman guru guru yang berpengalaman menyedarkan aku bukan mudah untuk berada di tahap mereka.. banyak yang perlu dilalui dan banyak yang perlu dipelajari.. setiap mereka mempunyai cerita masing-masing.. duka.. pilu.. tawa hanya mereka yang lalui dan tahu bagaimana sukarnya untuk berada pada tahap sekarang.. aku hanya mampu mendengar dan mengambil pengajaran dari setiap patah perkataan mereka kerana aku adalah manusia yang masih banyak yang perlu dipelajari.. takkan habis untuk aku pelajari semua benda dalam dunia ni tapi lakukanlah yang terdaya….

Sekarang ni kat sekolah banyak sangat benda nak kena wat.. pengurusan terutamanya… situ sana sini.. kadang2 sampai buat aku tak rasa puas dengan PNP aku dalam kelas.. tak terasa puas dengan apa yang aku sampaikan.. tak terasa puas dengan pencapaian diri sendiri… tapi inilah reality guru kini.. bukan hanya mengajar tapi banyak benda lain yang perlu diurus… mempositifkan diri sendiri dengan berkata tuhan sedang berbicara denganku erti KESYUKURAN.. syukur dalam menerima setiap apa jenis tugas sekalipun kerana apa yang terima tu adalah pengalaman untuk aku menjadikan aku lebih berkemahiran.. senyum senyum dan senyumlah.. orang lain banyak lagi kerja yang perlu dibuat… tak perlu nak merungut kerana orang yang ikhlas takkan kuarkan apa yang ada dalam hati dengan mulutnya.. redha redha redhalah kerana keredhaan itu penting dalam melahirkan hati yang bahagia…

apa2pun kite kena sabar and then mintak dengan DIA… sebelum masuk kelas baca selawat and doa supaya PNP kita berjalan lancar… -funna-

aku rasa aku macam banyak kerja tapi tak tau mana nak start atau tak tau apa nak buat huhuhu.. ciannya diriku ini… planning planning planning

0 comments:

Post a Comment

mata-mata