me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

corat coret

assalamua'laikum

aper nak ditaip ni.. apa nak dikarut di sini.. terlalu banyak bermain dalam fikiran..

arrggghhh..

~~~~apa yang kamu semai itu yang akan kamu tuai~~~~
apa yang diberi itu yang akan kamu dapat balik.. macam kata justin timberlake, what you give you will get back or what goes around comes around... baru pas tengok video kat facebuk bilamana seorang tua dimarahi anak dan menantu di khalayak umum dan ditinggalkan seorang diri ekoran 1 hal yang amat2 kecik.. nauzubillah... inikah dunia.. inikah manusia..

jangan kau lupa apa yang kau lakukan pada hari ini akan dibalas setimpal malah lebih teruk lagi dari tu sebab apa yang kau tanam itulah yang akan kau tuai.. apa yang kau buat pada hari ni itulah yang akan kau tuai kemudian hari.. kau maki orang lain hari ni, esok akan ada orang lain maki kau lagi teruk.. kau derhaka hari ni pada insan yang memberi kau makan, esok orang yang kau bagi makan pada hari ni akan derhaka pada kau jugak.. malah lebih teruk lagi..

kau mencuri hari ni..esok lusa kau lak akan dicuri..
kau berkepit ngan bukan muhrim hari ni, esok lusa anak kau lak berzina ngan orang lain...

jangan jadi penipu yang marah bila ditipu balik...

Ya Allah ya tuhanku, jangan kau palingkan hatiku kerna ku takut akan balasanMu

kata-kata tersebut jugak buat aku takut sangat kalo terala kadar mengajar anak orang lain.. aku takut nanti cikgu-cikgu pun ala kadar jugak mengajar anak aku.. kesian anak-anak aku nanti.. walau belum kahwin dan belum ada anak tapi kesan jangka panjang prlu difikirkan... muhasabah lah diriku dalam menjalankan amanah yang diberi walau sesakit mana hati.. walau segeram mana dengan kerenah tak matang pelajar tu...

~~~~never blame the students~~~~~
itulah kata lect psikologi aku dulu.. tapi sekarang ni masih boleh dipegangkah kata-kata ni?? macam kata housemate aku sekarang ni:

orang psikologi ni pandai cakap.. tapi kalo diikutkan, cara 'pukulogi' zaman dulu lagi berkesan dari 'psikologi' yang diagung-agungkan sekarang ni..

adakah dengan berlembut ngan students boleh melembutkan jugak hati dorang?? teringat kata-kata mr tong dulu, pk hem di smk wangsa maju seksyen 2, kuala lumpur.. marah2 students tapi kena sayang jugak.... marah? sayang? entahlah.. macam manalah nak sayang dengan pelajar yang tak pernah nak menyejukkan hati pun walau sekali...

didiklah hati untuk menyayangi

Sabda nabi riwayat Abu Hurairah:
'sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi'

nabi suruh ajar anak sembahyang masa umur 7 tahun.. kalo 10 tahun tak sembahyang nabi suh pukul... so salah ke pukul pelajar kalo berkelakuan macam bukan pelajar.. pukul bukan sampai nak bunuh pun.. cuma sekadar menggertak.. tapi kadang2 aku takut bila dah selalu kena pukul ni nanti punggung dorang dah kebas dengan rotan.. bila dah jadi macam tu ngan apa lagi nak dipukul...

erm apa kata selain memerahkan dan menyakitkan punggung dorang, kita suruh dorang wat kerja amal jugak hehehe... pelajar-pelajar islam suruh dorang mengaji ramai2 then pelajar non-muslim lak suruhlah wat kerja amal bersihkan toilet or bawak pergi bersih rumah anak yatim ker.. apa2 jer lah kan..

~~~~~pandangan manusia tak pernah adil~~~~
kerana manusia itu hanya hamba yang doif sifatnya... tapi pandangan manusia itulah yang sering kita fikirkan... takut dicerca.. takut dikutuk..takut diumpat.. sebab? fitrah manusia itu sendiri nak jadi yang terbaik dan disukai ramai orang.. dan sifat manusia itu jugak suka menilai.. suka mengomen.. kalo nak difikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita.. tak akan cukup 24 jam yang tuhan bagi.. kalo sentiasa nak menyenangkan hati dan memuaskan hati orang lain, kerat badan jadi 4 pun tak cukup.... sebab bagi aku pandangan manusia tu tak pernah adil.. ada jer yang tak kena.. macam kisah orang tua, anaknya dan seekor keldai yang pernah aku taip dulu kat blog friendster... try cari balik tapi tak jumpa huhuhuhu

maka jadilah diri sendiri dengan tidak menyusahkan orang lain... so orang lain susahkan kita takperlah ey??
semoga Allah membalas perbuatannya dan semoga Allah membalas kesabaranmu dengan rahmat yang tak ternilai.. ameen...

mencari damai di hati...

0 comments:

Post a Comment

mata-mata