me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

rakan muda SMKSA2 di putrajaya

assalamua'laikum

bahagianya rasa dapat bermalas-malasan atas katil sendiri selepas berpenat lelah semalam.. a long journey bagi aku rasanya...

pagi2 semalam nak kena ada kat sekolah b4 kul 5 pagi... aihk satu masalah untukku bila mana naliza suriati binti nasrun bukanlah seorang yang jenis dapat tido awal dan of kos lah susah nak bangun awal.. tido kul 1 bangun kul 4 sampai2 jer kat sekolah dah ada yang tunggu.. dalam hati mak aih bebudak ni.. pukul berapalah bangun ni...

tepat jam 5.05 bertolak dari sekolah.. masuk2 bus jer budak2 dah bising .. memang hyperaktif dorang ni..

macam2 pengalaman semalam.... agak terkilan bila masa yang diperuntukkan kat sana hanya sekejap.. tapi nak wat macam mana coz itu semua aturan pihak penaja.. so nak tak nak memang kena ikut..

aku faham perasaan students coz aku pun pernah jadi students dulu.. hanya fikir nak enjoy... pemikiran hanya berpaksikan keseronokan semata... tak nak sampai rumah awal2 coz nak stay ngan kawan lama2.. tapi mereka kena faham yang mereka ke sana ditaja oleh bahagian belia dan sukan so kena ikut arahan penganjur... entahlah mereka boleh terima ke tak.. TAPI bila mereka kena marah ngan mr siva(penganjur yang ikut serta dalam bus) bila ada pelajar yang lambat naik bus. entahlah perasaan tu.. rasa sedih pun iyer jugak bila students sendiri kena marah dengan orang lain.. sendiri marah takper hehehe.. walaupun mereka memang patut kena marah pun masa tu tapi aku rasa sedih lak bila dorang kena marah dengan orang luar.. tulah..aku dah pesan kul 3.05 kembali ke pangkal jalan tapi kul 3.15 masih lagi belum masuk bus... kan dah kena marah

perjalanan kami juga diuji dengan pelbagai dugaan.. tayar bus meletup 3 kali.. tapi last meletup tu memang takleh nak wat aper.. so gerak slow2 jer sambil tunggu bus lain datang amik.. kemudian dengan ramai pelajar2 yang mengadu nak gi toilet.. dah pesan jangan minum air gas minum jugak.. tu yang nak gi toilet jer jadinya.... tapi dengan keadaan bus macam tu memang dorang kena tahan.. kesian jugak dengar bila dorang mengadu nak kencing lah..nak pish pish lah.. tapi dalam keadaan macam tu terpaksa ignorekan mereka dulu.. sabar jer lah yer adik-adik...

then bila sampai RNR kulaijaya memang berlari masing2 serbu toilet... tyme tu memang aku rasa geli hati tengok keadaan dorang... macam manalah tak kerja membuang jer kalo asal naik bus jer mulut start menguyah.. aishhkk bebudak...

masa tayar bus meletup kali ke3 tu budak2 mangaminkan doa mintak selamat perjalanan... suasana yang sangat menyenangkan.. sehinggakan dipuji oleh mr siva... kesimpulannya budak2 ni senakal mana dorang masih ada sifat baiknya.. nakal sebab mereka memang lum matang... semoga Allah menunjukkan mereka jalan yang lurus....jangan dipalingkan hati mereka....

then bila naik bus baru tu aku ingatkan mereka:
"adik-adik duduk leklok semua..cikgu nak kira pelajar ni... hari ni tuhan nak ajar kita semua erti sabar.jadi cikgu harap awak semua dapat bersabar dengan apa yang berlaku.. pas ni kita akan terus balik ke sekolah.. cikgu harap tak ada yang nak terkucil lagi k coz kita dah lewat"

dengan niat semoga mereka berfikir di luar kotak apa yang berlaku pada mereka hari ni...bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. setiap yang terjadi ada rahmat tersembunyi... dan alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke sekolah pada pukul 10.27 malam.

masa tu memang aku teringat adik bongsu aku yang banyak sangat kerenah.. yang selalu wat aku marah... yang selalu wat aku naik angin... moga tuhan lmbutkan hati aku untuk mendekati dia dengan cara yang lebih berhemah.. bukan kerja nak marah2 jer.. tapi entahlah....

semalam memang penuh ngan cabaran... kali pertama membawa pelajar keluar dar johor.. banyak jugaklah aku belajar untuk dijadikan pengajaran kalau terpaksa jadi guru pengiring lagi nanti... semoga kejadian semalam dapat mematangkan aku jugak menjadi lebih dewasa...

"tidak terjadi sesuatu ke atas mu tanpa tujuan..sesungguhnya DIA Maha Mengetahui"

0 comments:

Post a Comment

mata-mata