me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

MERDEKAkah kita?


tanggal 31, bulan 8 57, hari yang mulia hari bahagia, sambut dengan JIWA yang MERDEKA

itulah lagu yang sering menjadi siulan di bibir2 semua warga malaysia setiap kali menyambut bulan kemerdekaan..

persoalan disini: JIWA yang Merdeka? sejauh mana merdeka tu ditafsirkan dalam hidup?betul ke kita ni betul2 merdeka?

apa yang aku nampak sekarang erti kemerdekaan tu hanya sekadar laungan...

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

MERDEKAkah kita dengan mengamalkan gaya hidup bebas?
mestilah..itukan gaya hidup moden.. kita perlu bergaya dan bertingkah laku seiring dengan kemajuan negara.. so kita kena ikut gaya hidup barat.. orang barat pakai seksi2, kita pun mesti pakai seksi baru nampak maju... orang barat mengamalkan seks sebelum kahwin kita pun mesti ikut baru nampak moden.. orang barat terjun bangunan sebab frust menonggeng ngan cinta monyet kita kena terjun jugak..baru cool..

MERDEKAkah kita dengan membuang bayi merata-rata?
mestilah... baru hebat kan.. barulah nampak kejam sebaris dengan israel laknat yang membunuh saudara seagama kita di GAZA.... tapi setakat buang bayi yang tak tahu melawan tu tak cool langsung... mana boleh macam ni, kita kena fikirkan cara yang lebih kejam untuk menjadikan kita lagi hebat.. baru hebat.. kelas gitu...

MERDEKAkah kita dengan mengagung2kan barat?
mestilah... barat maju ma.. nak compare dengan timur apalah sangat.. dorang punya teknologi canggih giler...gadget2 dorang hebat2..movie2 dorang pun best..artist2 dorang hebat...dedah sana sini.... bahasa dorang kan bahasa national.. so apa barang cakap bahasa melayu, cakap inggeris lah baru hebat.... bahasa melayu tu tak ada orang pandang pun..

waaaa betapa MERDEKA nya kita kan..... bangga sungguh aku...

TAPI.... tuhan telah menjanjikan syurga dan neraka kepada makhluk ciptaanNya.. jadi maksudnya kita rela dicampak sama dengan mereka2 yang tidak disayangi Allah itu.. dengan rela hati kita mahu jadi kayu api yang membakar umat islam tidak beriman kepadaNya di dunia? woha hebatnya... betol2 merdekalah korang.....

kalo itulah pengertian merdeka korang... takperlah aku tak merdeka... kalo itulah jiwa merdeka korang.... takperlah aku tak merdeka....

kerana aku rasa aku yang 'tak merdeka' ni lagi bertamadun dari korang.. jiwa aku yang 'tak merdeka' ni lagi bebas dari korang..

sebab kemerdekaan korang lah sekarang ni tiap2 hari kes buang anak dilaporkan dalam akhbar.. sebab kemerdekaan korang tu lah bnyak nyawa yang tak berdosa mati dibunuh... sebab kemerdekaan korang tu lah menjadikan umat manusia lagi kejam dari binatang..

sebab kemerdekaan itulah...

teringat aku satu perbualan dengan seorang pelajar dalam kelas bahasa melayu.. masa tu aku ajar ringkasan tentang faktor-faktor keruntuhan moral..dan ada satu isi tentang mengagungkan barat.... seorang pelajar lelaki cina bertanya kepada aku secara personal..

pelajar: cikgu, bukankah kita mahu negara kita maju untuk tahun 2020 (sambil menunjukkan isi tersebut)

guru: memang kita maju negara kita maju.. walaubagaimanapun kita mahu maju mengikut acuan kita sendiri.. awak mahu ker negara maju tapi hidup tak aman.. masalah sana sini.. gaduh sana sini..sebuah negara yang maju bukan sekadar ada bangunan yang tinggi..bukan sekadar ada teknologi canggih2.. tapi negara maju perlu ada disiplin sendiri.. rakyatnya saling sayang menyanyangi..saling hormat menghormati... malah rasa terjamin keselamatan..lagi2 untuk kannak2.. dan bla bla bla.....
(senyap bila dengar penerangan cikgu tapi tak sampai 1 jam dah dengar weh pendek senyaplah...dah start gaduh balik)

kerana sambutan malam keMERDEKAan tiap2 tahun melahirkan ramai anak2 'tidak berdosa' dari ikatan cinta tanpa adab.. kerana MERDEKA yang korang laungkan itulah..


MERDEKAlah korang kat dunia ni.... jangan lupa untuk mencari erti MERDEKA untuk akhirat jugak... kerana disitulah kemerdekaan yang sebenar...


wallahua'lam....

mata-mata