me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

susah ke nak lupakan cinta pertama?

ada tanda soal disitu dan itu menunjukkan itu adalah ayat soalan buat mereka yang dah lama tak belajar bahasa melayu :P

dan apabila soalan adakah, maka jawapannya perlu didahulukan dengan ya atau tidak

jadi, jawapannya adalah?

belah dada, tanya hati, pukul otak, explore fikiran masing-masing

bila aku tanya pakcik google, banyak dah orang taip pasal benda ni rupanya

jadi buang karan aku jer nak taip lagi pasal ni kan

erm cinta pertama... saper erk?

entah, aku pun tak tahu saper cinta pertama aku...tapi sampai sekarang aku masih ingat cinta pandang pertama aku hahaha... pandang pertama masa daftar kolej tyme universiti malaya..masa nak gi ambil kunci... mata aku terpandang seorang lelaki yang tinggi lampai, muka nampak jenis pendiam, kulit sawo matang, rambut lurus, dan yang penting dia nampak tenang [lagu cinta berkumandang, angin bertiup sesempoi bahasa].. dan sejak tu mata aku akan sentiasa memerhatikan dia... lama gak kot aku suka dia dan dia tak tahu pun aku suka dia....entah2 dia tahu hahaha

(sekadar gambar hiasan :P)

tapi dia extend sem dan tak grad sekali ngan aku... entahlah..dengar citer, ayah dia meninggal so pelajaran dia merosot...pastu ada dengar dia aktif berpersatuan sampai pelajaran merosot..entah, aku sendiri tak pernah bercakap ngan dia.. kalau ada dia automatikly aku jadi batu hahhaa.. kawan2 aku nasihatkan aku suh lupakan dia jer.. takyah minat lagi dia coz wat aku sakit jer.... dan aku??? hahaha
tapi siyesly aku tak tahu langsung keadaan dia skang ni.. malas nak ambil tahu... dan aku rasa kalau aku jumpa dia skang aku akan beramah tamah menanyakan keadaan dia, bukan lagi jadi dinding konkrit hahaha

erk apakah kaitan cerita lama ini dengan post kali ni??

back to the main point.. adakah cinta pertama sukar untuk dilupakan... ada yang cakap lelaki sukar nak melupakan cinta pertama dorang, dan perempuan sangat menghargai cinta terakhir dorang. adakah benar? kelebek lah hati masing masing...

walaubagaimanapun, cinta yang dah berlalu tu tetap dah berlalu dan kenapa nak ingat2 lagi... dan mungkin lelaki kat luar sana kurang memahami sedikit perasaan wanita yang mana jiwa dan perasaannya agak sensitif apabila melibatkan kisah lama lelaki tersebut....tapi ada jugak yang ok jer..aku peduli aper asalkan skang ni ko sayang aku cukup... ada jugak yang pura2 tak kisah....

TAPI ada yang tak kisah bila lelaki tu bukak depan dia, tapi bila tahu bukan daripada mulut lelaki tu sendiri barulah korang tahu apa maksud APABILA PEREMPUAN CEMBURU!

kadang2 nampak macam hal kecil... contohnya korang nak masuk forum dengan menggunakan id female sebab kadang2 dalam forum ni lelaki lebih suka layan forumer perempuan..kalau id female yang tanya soalan laju je menjawabnya...tapi apabila korang pakai id tu nama perempuan yang korang pernah suka dulu, AUTOMATIKLY PEREMPUAN SANGAT JELES K! banyak2 nama kenapa nama tu jugak korang ingat nak guna...itu adalah satu contohlah yag dapat aku fikirkan....

ada yang cakap, kalau betol lelaki ni susah nak lupakan cerita lama dorang, jadilah yang terbaik untuk dia sayangi...

memang lah agak susah jugak nak lupakan sebenarnya cinta pertama, tapi mungkin masih ingat tapi tak ada apa2 perasaan lagi

kesimpulannya?

masing2 ada kisah lama...hati masing2 takleh nak duga... tapi jujurlah pada CINTA

pada yang di luar sana yang mengalami situasi ni, berterus teranglah dengan dia kisah sebenar..dia hanya perlukan penjelasan


pada yang luar sana yang masih sukar nak membuka hati untuk yang lain kerana cinta pertama, anda lebih tahu apa yang perlu untuk hati anda bahagia :P

6 comments:

liza.. heheh.. mcm tau je sapa lelaki itu????

biasa la tu liza.. kadang2 ade org yg jenis amek mudah soal2 mcm ni... xde spesifik pada lelaki atau perempuan.. bl diorg rasa benda ni remeh utk dibesar2kan.. diorg akan kata kita yg terlalu sensitif..padahal mereka yg x nak terus terang... apa2 pun harapnye liza byk bertenang n think +ve k dear....

take care..

 

eh, jaja tukar blog ker? patutlah macam takder ator baru kat blog huhuhu

camner leh tau ni saper huhuhu..[blushing]

 
This comment has been removed by the author.
 

Naliza!
saya pn agak2 bleh tau sape~~ ngeheheeee

err.. cinta pertama saya waktu kat skolah. form4. ngeee.. tp da lupa da pun.. rasa mcm lawak je.. hihi

 

aalamak, knapa semua org leh agak saper ni huhuhu
tapi ada mirip kan ngan pic tu hehehe

semua org ada cinta pertama masing2, tapi semua tu dah berlalu...hiduplah dengan cinta sekarang dan jujurlah pada cinta

 

a'ah.. dah tukar hari tu...

hehe.. mula2 bca description tu mcm tau dah sapa.. bl tgk gamabr br perasan ada iras skit.. hehe...

a'ah.. semua org ada cinta pertama.. dan ya cinta pertama mmg susah skit nak lupa.. slalu je individu tu melintas di fikiran kita... tp yg penting hati kita... sepatutnya cinta pertama kita adalah Allah S.W.T kan?? x perlu la nak stuck ngan cinta manusia sgt.. live must go on... kalo kita x jumpa dgn org yg salah, mesti kita x belajar utk menghargai org yg kita sayang sekarang kan?? =)

 

Post a Comment

mata-mata