me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

variasi

assalamualaikum

topik kali ini akademik sikit iaitu VARIASI atau dalam bahasa enggerisnya VARIATION...

dalam math belajar variasi...dalam sains pun ada variasi... so apa maksud variasi sebenarnya..

mengikut kamus pelajar edisi kedua, variasi bermaksud kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu manakala kamus dewan pula mendefinisikan variasi penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yang lazim atau standard, kelainan...

atau bahasa mudahnya KEPELBAGAIAN

dalam sains pelajar mempelajari variasi setelah mempelajari proses meiosis dan mitosis yang mana proses meiosis menyebabkan berlakunya kepelbagaian sifat fizikal manusia.. ada yang tinggi..ada yang kurang inci..ada yang putih..yang gebu..yang mancung...yang sepet.. dan bermacam-macam lagi fizikal manusia yang berbagai... melalui kepelbagaian inilah ciptaan Allah semakin unik... tak bosan dengan rupa yang sama jer... kalau tak sama jer macam alien..asyik2 kepala lonjong, warna hijau..mata sepet...

dan sesungguhnya pada pandangan aku yang naif ni, manusialah yang paling banyak variasi.. sebab aku tengok kalo kucing tu lebih kurang jer..lembu lagilah.. warna kulit n saiz jer berbeza... tapi kalo kita bandingkan dengan manusia, manusia ni bermacam2 jenis... mata macam2 pesen.. tinga macam2 bentuk...hidung ada tinggi rendah...kulit jangan citerlah, bermacam2 warna... undescribed jadinya.... itulah uniknya VARIASI MANUSIA

dan variasi pada manusia juga menjadikan seseorang itu unik pabila variasi turut mempengaruhi sifat chemical manusia itu [a.k.a perangai]... manusia memang unik... ada yang baik hati...lemah lembut..sopan santun..bercakap lagi tinggi dari langit... mulut longkang..talam 18 belas... tak boleh tengok orang lain senang..dan macam2 lagi yang tak mampu jari aku nak tekan keyboard taip semua tu... itulah yang menjadikan manusia unik sebab variasi pada physical and chemical properties....

sebab variasi manusialah ada istilah cantik, cun melecun, tak cantik, buruk and bla bla bla [jangan risau, pandangan manusia tak pernah adil]... dia tu cantik tapi mata sepet sangat.. tak tau dia ngah tutup mata ke bukak mata.... dia tu biasa jer tapi kulit dia gebunya.. cantik... and bla bla bla... WALAUBAGAIMANAPUN, sesepet mana mata kita, sehitam mana kita, sejongang mana kita, seburuk-buruk buruk mana pun seorang manusia itu.. semua tu tak dipandang pencipta kita pun... dan sebagai manusia pun aku rasa walau orang tu ada kekurangan pada fizikal dia, tapi kalau dia baik hati, tak menyakitkan hati orang lain, automatikly aura cantik akan terpancar..

tapi variasi pada CHEMICAL PROPERTIES akan dicatat pada buku laporan disiplin kita... apa sifat2 kita.. adakah kita suka menyebarkan cerita orang lain..adakah kita seronok melihat orang lain diaibkan..adakah kita bersabar dengan setiap masalah...adakah kita bangga dapat memalukan orang lain..dan bla bla bla yang tak termampu aku fikirkan lagi... yup semua tu akan tercatat...setiap masa dan detik...

maka kesimpulan luar daripada silibus buku teks, 'variasi menjadikan manusia unik'.. maka bersabarlah hati sebab keunikan manusia di sekeliling kita... setiap kali kita bersabar akan diampunkan dosa2 kita yang lalu umpama redha apabila sakit.

“dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

dan bertuahnya orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi...

maka sama2 lah kita muhasabah diri sendiri.. apakah sifat2 kimia yang ada pada diri kita kerana pencipta kita tak pandang pun sifat2 fizikal kita.. rugi jer kalau cantik tapi perangai tak cantik macam gas chlorine... cantik jer warna kuning tapi merosakkan alam sekitar.. busuk lak tu... maka marilah kita jadi gas oksigen...

whishkah.... hidup baik-baik... maaf kata terlanjur biasa, ampunkan saya :) sebab saya tahu saya pun tak sempurna

pujuklah hati

seorang pelajar ditanya oleh ustaznya dalam kelas sewaktu pembelajaran agama di salah sau bilik tutor kolej matrikulasi negeri sembilan...

''XXXXX, awak ada masalah tak?", tanya ustaz tersebut.. pelajar perempuan tersebut terpinga2 apabila ditanya sebegitu di hadapan pelajar lain.."tak ada ustaz", jawab pelajar tersebut ragu-ragu... "hanya binatang je dalam dunia ni tak ada masalah",tegas ustaz terssebut... GULP!!!! satu kelas gelakkan pelajar perempuan tersebut..[elleh, yang gelak tu bernasib baik je tak disoal]

kadang2 pernah tak kita terfikir apa masalah kita?? malas belajar....malas wat kerja...melewatkan sembahyang....tu semua adalah masalah... tapi kita tak sedar itulah masalah kita.... kita malas nak belajar..malas nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi... tak nak dengar cakap cikgu.... suka lawan cakap mak ayah... n bla bla bla...suka tangguh kerja.... suka hina orang lain... suka sebarkan keburukan orang lain... suka bergedik dengan lelaki atau perempuan... suka dipuji...susah nak maafkan kesalahan orang lain.. dan bla bla bla

pesan seorang kakak kepadaku, PUJUKLAH HATI.... pujuklah hati untuk rajin..pujuklah hati untuk sabar..pujuklah hati untuk memaafkan... kerana hatilah yang menggambarkan kita... baik peribadi maka baiklah hatinya... baik akhlak putihlah hatinya.... pernah ke orang cakap, "wahai hati, tolonglah rjin..sekejap jer..aku nak siapkkan kerja ni"

dan menjadi seorang guru menjadikan aku manusia yang sentiasa perlu memujuk hati sendiri... kecewa..sedih..geram..marah...terpaksa dihancur2.. dikisar.. ditumbuk... dan ditambah perasa supaya hilang pahitnya.... sedih bila pelajar tak pandang berat apa yang cikgu sampaikan..... geram bila pelajar malas..marah bila pelajar biadab..kecewa bila keputusan pelajar tidak seperti yang diharapkan... maka pujuklah hati cikgu... sebab banyak hati lain yang cikgu2 perlu didik....

walau kadang2 aku penat...aku geram..aku sakit...aku sedih..tapi menjadi seorang guru tak pernah buat aku menyesal....

"tiada seorang manusia yang berjaya tanpa guru, dan tiada seorang manusia yang gagal kerana guru" en. abdul razak bin abdul rahman, pengetua SMKSA2 sewaktu majlis doa selamat sempena keberangkatan beliau dan isteri ke tanah suci

mata-mata