me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

apa anda buat bila stress?

apa anda buat bila stress??

apa yang aku buat bila stress??

telefon family

masa tertekan ni lah rasa sangat homesick.. rasa sangat nak balik umah... tapi takkan nak nangis2 lagi macam zaman belajar dulu kot kol ayah malam buta2 cakap nak balik then esok terus balik kampung naik bas transnasional dari kuala lumpur ke kuala terengganu...

sekarang dah kerja kot.. dah nak jadi suri rumah tangga orang lain dah...

kadang2 kol adik aku cakap lama2.. tak ada benda nak cakap pun tapi cukup dengar sore dorang bercerita.. tak kisah dorang tak tahu aku ngah serabut serabai bagan

keluarkan duit kat kedai cenderamata

beli barang2 yang cantik macam kat bawah ni huhuhu.. sangat suka bila tengok barang2 comel dan tersusun....

tengok frame gambar yang comel... hiasan... tapi aku kurang suka bunga... aku suka tengok kat rumah orang lain bunga tapi aku kurang minat... macam rumah bakal mama aku memang banyak betol bunga.. suka tengok sebab bakal mama aku kreatif.. orang sastera katakan...

ni aku beli kat kedai RM5 kat jusco permas jaya.. seronok betol dapat wat.. dah siap nampak cantik jer.. tapi jarang jumpa puzzle 3D yang murah.. biasa mesti RM25 and above.. so memang ada 1 jer dalam simpanan aku huhu

banyak pensil dan marker warna warni kat situ sebab aku suka kaler2...


makan kek atau aiskrim

sangat suka makan kek... makan kek dengan nikmatnya.. antara nasi dan tepung, aku pilih tepung.. dapat makan rasa seronoknya.. pastu tidor hahaha

aiskrim di sebalik kertas exam budak yang bertimbum :D

melukis atau menconteng

lukis jer apa yang terlintas.. tak cantik takper.. bukan korang nak jual pun lukisan korang tu...aku start mula melukis pas exam PMR.. ni semer aku kumpul dari zaman berhingus dulu


tengok movie

bila tengok movie hilang rasa stress sebab kita boleh lupa yang menyebabkan kita tertekan tu... ni antara CD yang aku habiskan duit beli.. kadang2 tgk online jer... sebab aku bukan penggemar panggung wayang so duit habis kat CD jerlah...

aku suka tengok citer mengarut..mengarut? saper otak kuning biru hijau akan fikir bukan2... mengarut kat situ adalah benda yang tak logik dek akal... contohnya macam charmed, xmen, mutant... pasal sel2 pelik yang menyebabkan berlakunya ketidaknormalan sesuatu.. almaklumlah, dulu kan nak amik biotek tapi terjadi cikgu :D


baca buku

sama mcam tengok cd, dengan baca buku pemikiran kita akan beralih untuk memikirkan sesuatu yang lain daripada perkara yang kita tak suka tu...

ni antara buku2 yang aku kumpul.. baca buku sampai tertidor.. kan terus hilang stress hehehe


buat soalan add math

aku suka wat soalan add math sebab otak aku akan fikir solution ia.. then bila dapat jawapan rasa seronok betol..memang lah dapat buat coz level SPM jer kot.. tak sangka ada jugak orang lain yang buat perkara ni iaitu kak za, ketua panitia matematik sekolah aku.. ada yang cakap makin stress ada lah bila wat macam tu.. mungkin untuk korang, tapi untuk aku satu kepuasan


korang lak buat apa bila stress?
ada yang pelik2 tak?

kadang2 bila kita stress kita akan mengadu kat orang lain yang kita rasa mungkin akan memahami kita..yang kita percaya... sampai kita terlupa untuk mengadu kepada PENCIPTA kita .. sebab Dia Maha Mendengar... dan sesungguhnya rahsia kita selamat dengan DIA.. takkan ada orang lain yang akan tahu... selamanya antara kita dan DIA... sesungguhnya Dialah MAHA PENGASIHANI DAN MAHA PENYAYANG...

kita selalu terlupa tentang itu.. jom kita ingat sama2..

hidup baik-baik

mata-mata