me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

syawal pertama seorang isteri

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

assalamua'laikum

alhamdulillah 1 syawal disambut dengan meriah... syawal pertama aku bergelar isteri kepada encik chenta hati m(_ _)m.. bila dah berdua ni, maka secara autmatiknya keluarga semakin bertambah... kampung pun makin bertambah... 


tahun pertama sebagai isteri aku beraya di sebelah famili suami dahulu... di sekinchan, selangor.. hari sabtu pagi dah gerak gi sana dengan enchik suami lepas amik adik ipar di HUKM.. jalan tak jem sangat nak balik ke sana... 2 jam perjalanan pun dah sampai... tu pun sempat singgah pekan jap beli butang baju melayu adik2 ipar n songkok enchik suami... songkok walhal baru jer beli untuk kahwin tu ari tapi entah kat manalah ditaruknya...

sempatlah berbuka ramai2 dengan famili mak mentua... masa berbuka teringat famili kat kampung... mungkin tengah buka pose terakhir ramai2 jugak kat rumah tokwan agaknya.. walaubagaimanapun kesedihan tak terasa sangat coz ada enchik suami dan famili sebelah mak mentua sangat riuh dan meriah... so suasana tak mengizinkan untuk sedih hehehhe....

pagi raya pertama sedondon kami satu famili dengan warna feveret mama :).. kat sekinchan ada menu special mbah nenek.. sambal kerang... sehari sebelum tu ramai2 kopek kerang untuk ambil isi dia wat sambal.. letak kacang sikit.. makan dengan nasi or ketupat nyum nyum...

warna feveret mama.. dah kahwin atomatik aku dapat 2 orang adik lelaki teruna tran tang tang hehehhe... 

saudara2 sebelah mbah atok ramai yang datang pagi tu.. disebalik kemeriahan tu sempat aku sms angah, " angah, kim salam kat mak ayah.. tak nak kol lagi pagi raya coz takot ada drama air mata sampai tengahari".. hahahha faham benor dengan perangai aku.. takot bila dengar suara mak ayah air mata jatuh.. takpun tak pasal2 mak yang nangis.. tapi lebih kurang dalam pukul 12 camtu baru kol mak n ayah.. hehehe air mata bergenang jer.. tak nangis pun.. gelak2 bila enchik suami request 'sorok lada dengan mak'...


mama dan ayah mentua gue :)

beraya di tanjung malim perak

 raya kedua lepas breakfast dalm pukul 9.00 pagi camtu gerak balik ke terengganu.. alhamdulillah jalan tak jem dan tol dapat diskoun 30% hari tu... dalam pukul 3 sampai di rumah.. terus pergi rumah terbuka makcik... raya ketiga beraya di terengganu lak.. raya keempat plan asalnya nak ke besut dulu baru gerak balik johor balik... tapi takot lambat dan kejar masa tak jadi ke majlis kahwin kawan di besut.. bertolak dari umah pakcik kat bukit besi pun dah dalam pukul 3 petang.. tu pun nasib baik hujan, coz kalo tak hujan enchik suami nak pergi mandi kat tasik puteri dulu ngan adik2 ipar dia... alhamdulillah dlam pukul 10 malam sampai di indahpura kulai...


raya keempat paksa adik2 pakai balik baju raya pertama semata2 nak ambil gambar satu famili hehehe...




raya kelima pagi2 dah gerak ke stualang laut untuk naik feri balik batam, indonesia pukul 9.30 am... lebih kurang dalam 2 jam je dah sampai sana... raya keenam beraya di batam  dan pulau sambu lak.. tapi tak sempt mandi laut pun walau di kelilingi laut... masa takmengizinkan...raya ketujuh dah gerak balik ke johor selepas menghabiskan duit di shopping mall huhuhu...  





---->>>>>>> di'paksa' oleh om hussien n adik ipar berdiri atas kapal... sanggup bot berhenti tengah laut semata2 nak amik pic ni hehhehe

  


 pagi2 belum mandi dah pergi bergaya atas bot round2 pulau sambu hahahha......

tinggalkan raya kelapan yakni hari ni untuk beristirehat di rumah... esok raya kesembilan dah kerja... malasnya nak gi kerja coz enchik suami masih cuti lagi....
macam tu lah perjalanan raya ku tahun pertama bergelar isteri.... raya travel raya travel raya travel... penat?? memang penat tapi seronok... lagi2 dengan yang halal ada disisi m(_ _)m... hilang penatnya bila selalu ditanya, "penat?lenguh???"...


kami yang bertravel kl-sekincahan-terengganu-johor-batam, indonesia-johor

alhamdulillah dengan kurniaan ini...


mata-mata