me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

percutian akhir tahun : Tahun Melawat Perak

assalamua'laikum..

[post kali ini sangat panjang.. harap maklum]

"abang amik cuti 2 hari, jumaat isnin.. so oyang nak pegi mana? ke nak balik terengganu" bertanyalah suamiku suatu hari kepadaku... aku tau dia rasa tak sedap sebab sepanjang cuti sekolah ni dia bz memanjang je... setiap hujung minggu takder kat rumah... aku kerja mengekor je lah bila dia outstation masuk hotel.. mungkin suami aku kesian tengok isteri dia asyik terkurung je kat rumah... then mak cakap "pergilah jalan2... nanti dah ada anak kecik kuwek2 susah nak jalan berdua dah".. maka aku cakap ngan suami aku nak pergi IPOH... suami ok kan jer.. tapi bila ramai yang tanya "Ipoh?? ada apa kat ipoh" bila aku cakap nak pergi ipoh... so meh sini nak citer sikit aper ada kat ipoh...




(ni gambar di rumah bibik Mimi di tanjung malim.. berdekatan dengan UPSI..sebelum bergerak ke Ipoh singgah di tanjung malim dulu... pagi2 sekeliling rumah berkabus.. macam tinggal di cameron lak huhuhu) 

extually kitorang ada pemandu pelancong yang telah ditempah khas oleh encik hubby.. hehe sebenarnya kawan kitorang masa sama2 belajar kat UM dulu.. sebab hobi dia adalah melancong so kitorang panggil dia pemandu pelancong.. kat sini ada link blog dia ---> http://kirapu.blogspot.com/


gerak ke Ipoh dari tanjung malim lebih kurang dalam pukul 10 pagi hari jumaat... so lebih kurang dalam pukul 1 sampai hotel.. suami tempahkan hotel Fair Park melalui agoda secara online.. hotel dia oklah.. setakat berdua standard room pun dah cukup selesa...

selepas suami balik dari semayang jumaat kami bergerak ke kuala kangsar dulu... kat sini banyak bangunan2 istana diraja... kami tak turun kereta pun.. setakat pusing2 je tengok bangunan2 yang unik kat situ... sebab tujuan utama dia adalah nak pergi makan je kat kuala kangsar..



tengahari pertama kami makan di mana ntah.. tapi berhadapan dengan sungai perak rasanya.. kat situ ada jeti yang menyediakan perkhidmatan bot sepanjang sungai perak melihat bangunan dan tempat2 menarik.., bayaran untuk bot adalah sebanyak RM6 untuk seorang...


(1st tyme jumpa daging salai... dagingnya dicicah dengan sos macam kicap gitu.. tapi aku taram dengan sambal lada biasa je.. sedap dagingnya)

 seterusnya kami bergerak ke taiping... ada 1 mcD dan balai polis di taiping yang sangat unik binaan dia... sesuai dengan tema bandar warisan..tapi tak sempat nak snap gambar dia.. kat sini plannya nak ke bukit larut.. tapi memandangkan dah sampai pun petang so tiket untuk naik trak pun dah habis.. nak ke atas jalan kaki pun boleh.. tapi tak sanggup aku nak  berjalan kaki... walaupun tak berkesempatan naik bukit larut tapi dekat dengan kawasan bukit larut tu berdekatan dengan zoo taiping... taman tasik taiping... dan satu air terjun mandi manda yang aku lupa nama dia.. burmese kot... view di kawasan2 ni sangat cantik... aku suka pokok2 yang ditanam di sekeliling taman tasik taiping... kat tasik ni leh naik bot..Sampan.. harga lebih kurang dalam rm10-rm20 untuksetiap permainan.. aku dan suami pun menggunakan peluang ni berdating atas bot kayuh sementara pemandu pelancong kitorang lepak2 online dikafe

    
(air terjun yang lupa nama.. tak mandi pun kat sini)



 
antara pemandangan di taman tasik taiping

kemudian entah macam mana encik suami ajak ke pulau pinang malam tu... kalau dari taiping dah tak jauh untuk ke pulau pinang.. tapi kalo nak tidor sana memang aku langsung tak prepare ape2... aku cuma bawak telekung semayang je kot..maka alkisahnya "hoorayy..malam ni shopping dulu before ke penang hehehe"


(singgah di tesco taiping.. antara menu malam tu yang order 2 kali adalah nasi briyani ngan mee bandung muar..kedai dia adalah kedai paling hujung kat food court.. walau dijual kat food court tapi rasa dia boleh tahan)




(bertolak dari taiping dalam pukul 10 malam.. akhirnya sampailah kami di sini pada malam tersebut.. ni je hotel yang sempat dibooking online sebelum bertolak tadi.. tune di penang agak tidak selesa... toilet bilik kami pun agak kurang bersih)

esoknya pagi2 dalam pukul 10 dah gerak ke bukit bendera.. tyme tu orang dah ramai..parking pun penuh.. tapi alhamdulillah dipermudahkan urusan kami... 

   
(antara pemandangan daripada bukit bendera... subhanallah)


(bila dah naik bukit bendera mestilah pekena kacang kuda kan)

then lepas tu dalam pukul 1 turun daripada bukit bendera menghala ke rumah makcik suami.. dah lupa lak aper nama tempat dia... dalam pukul 4 camtu bergerak ke ipoh.. sampai disana konon2 nya nak ke taman paya bakau matang.. tapi lalu depan signboard je lah hehehe.. coz berdekatan dengan kuala sepetang, sebuah pekan cowboy bagi aku... maka ke kuala sepetang pekena mee udang... yang glamer mee udang mak teh dan mee udang mak jah... tapi sangat ramai orang.. siap kena berdiri lagi tunggu kerusi... ada 2 buah bas kot berhenti kat situ... tapi sebab ramai sangat orang maka kualiti rasa macam kurang.. lain kali insyaAllah nak try lagi yang kow kow punya... 


 



then selepas tu bergerak pulang ke ipoh.. sebab malam masih muda..dalam pukul 9 camtu..so pusing2 ipoh dulu ke kinta riverfront yang dihias seperti i-city shah alam.. penuh dengan lampu2..  

 

hari seterusnya pagi2 dah keluar breakfast.. then bergerak ke memory lane ipoh... walau member tak ada, tekan je gps tu jumpalah memory lane tu.. memory lane ni hanya dibuka pada ahad pagi... tempat dia mcam pasar karat kat jb.. banyak betol benda2 lama dijual kat sini... sekadar pusing2 je.. tak ada aper nak beli pun kat sini.. tapi untuk cuci mata memang best...



lebih kurang dalam pukul 10 macam tu sampai balik  hotel.. dan terus bergerak ke cameron lak... tapi mak aih jalannya jem jem jem sangat sangat sangat.. sepanjang jalan tu aku tidor je kot... tetiba terjaga terdengar suami cakap kat member dia , " aku lemah betol kalo jalan macam ni... tapi nantikan merengek pulak kalo tak pergi".. hahaha aku pun sebenarnya redha je kalo suami nak pusing balik tapi sempatlah jugak sampai ladang teh boh.. kat situ pun ok.. view sangat cantik... ada satu restoren atas sana tapi hanya jual air teh yang macam2 jenis dan roti.. jadi mat salleh jap hehehe...

(membincangkan isu teh negara)

(encik chinta hati)

(konon2 macam postkad lah hehehe)

then dalam pukul 5 lebih dah sampai kat bawah balik... lepas tu pusing ke taman eco park yang terletak kat mana aku pun tak sure.. yang pasti dekat jugak lah dengan airport perak... taman yang agak besar yang berdekatan dengan kawasan perumahan yang besar2... lebih kurang mcam proton city di perak.. kalo lah rumah dekat dengan taman tu mesti sangat best... 


malam tu kami dinner di D'Polo.. satu kawasan makan yang agak besar dengan pelbagai gerai yang menjual banyak makanan.. pilih jerlah nak gerai aper.. konsep tempat makan dia macam kat Raska, Damansara... macam2 ada...

selepas tu bergerak ke gerbang malam Ipoh, Jalan Dato Tahwil Azhar.. macam uptown KL lah kot.. dah lama tak pusing uptown dengan enchik chenta hati kot... terexcited pulak rasanya hehehe....setiap malam dibuka katanya... ada satu kedai yng mencetak gambar atas kayu.. sangat cantik.. insyaAllah nanti mungkin akan mengorder jugak kot untuk rumah sendiri...


lebih kurang dalam pukul 11 dah kot.. kami ke satu kedai kopi.. bila ke ipoh mestilah pekena kopi kan coz white coffee kan asal dari sana... kat sini bermacam jenis kopi ada... aku order kopi float yang menyebabkan enchik hubby gelak sakan.. tapi sedap jugak.. sebab aku dan suami bukan penggemar kopi so bagi kami sekadar merasa ok lah... meraikan kedatangan ke ipoh.. tapi kesannya malam tu aku dah berdengkur kepenatan, suami masa terkebil2 mata sebab kesan kopi hehehe...



seterusnya pagi esok bergerak dalam lambat sikit coz dah kepenatan semaalam.. memang sajer nak kuar lambat coz plannya suami ajak makan nasi arab bersebelahan dengan kinta riverfront.. suami memang penggemar nasi arab.. so follow je lah... 





seterusnya kami bergerak ke taman rekreasi gunung lang... kat sini kena naik bot RM3 sorang untuk ke taman tersebut... ada rumah2.. beberapa jenis binatang.. boleh kasi makan ikan.. kalo ajak budak2 mesti seronok untuk bermain terutamanya pada waktu petang.. 






(kali pertama tengok ikan keli live sebanyak ni)



dalam pukul 3 bergerak ke tanjung malim.. tapi plannya nak singgah di taman rekreasi kuala woh, tapah.. plan asal nak jalan2 jer.. tapi bila dah celup kaki dalam air... tak tahan godaan.. 2 jam jugak kami berendam dalam air.. seronok sebab tak ramai orang... air pun jernih sangat.. memang tak puas lagi mandi kat situ... kalo picnic ramai2 kat situ mesti best... 


(air disekat untuk memisahkan sungai dan kawasan air laju.. so budak2 senang nak mandi di kawasan sungai yang cetek)

bila suami tanya berapa bintang nak bagi untuk percutian kali ni.. aku cakap 4 daripada 5 sebab tak pergi ke gua tempurung so hilang satu bintang hehhee... tapi sebenarnya tak kisah pun kemana dan dimana asalkan bersama dia dah buat aku gembira... walaupun aku masuk hotel ikut dia mesyuarat tak buat aper pun aku seronok... tapi mungkin dia kesian tengok aku temankan dia jer tak buat aper....

tulah antara perjalanan tempat2 yang menarik untuk dikunjungi di Perak.. jangan ingat Perak tak ada ape.. tahun depan tahun melawat terengganu lak... Kenyir here we come insyaAllah hehehe...

key chain penambah koleksi aku tahun ni.. :)

mata-mata