me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

percutiaan ke serawak: kampung budaya serawak

assalamualaikum

lama tak menaip tentang jalan-jalan rasanya... tahun ni agak bz sikit (bukan aku tapi suami) so tak banyak dapat jalan-jalan... nak balik kampung tengok orang tua pun susah apatah lagi nak berjalan... tapi alhamdulillah cuti sekolah bulan 9 baru-baru ni berpeluang ke kuching, serawak sebab ada majlis pertunangan adik ipar kat sana... alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar... tengoklah anak bujangku yang sorang tu... dapat biskut senyap baik jer dalam majlis...

ni adalah gambar di sepanjang sungai serawak... tak merasa naik river cruise kat situ..sebab harganya dalam rm60 jugak per head... so jalan malam-malam j lah kat sana...meriah suasana malam kat situ... ada band2 yang menyanyi.. ada orang yang berpakaian pelik macam kat bawah ni... nak amik gambar bayar rm1 untuk sekeping kot...

kalo ikut plan perancangan oleh adik ipar aku banyak tempat yang nak dibawa tapi kami kesuntukan masa... tapi ini lah salah satu tempat yang aku boleh rekemenkan kalo nak pg sana.. bayaran rm60 per head... agak mahal bunyinya tapi percayalah sebab korang akan rasa berbaloi dengan harga tu... sediakan air mineral siap2 k untuk memulakan perjalanan korang dalam tu....

bila bayar akan dapat satu pasport untuk setiap rumah-rumah budaya yang ada kat dalam tu... ni lebih kurang style taman tamadun islam kat terengganu... setiap rumah pulak akan ada pekerja/pegawai yang incharge and kasi penerangan kat situ.. malah ada aktiviti yang boleh dibuat kat setiap rumah budaya tersebut cnthnya seperti menyumpit... 3 trial dengan bayaran rm1.... agak luas jugaklah kawasan dia...



selepas meround semua kawasan tu akan ada persembahan oleh setiap kaum/suku serawak kat situ yang diadakan dalam dewan ber'aircond'... seronok tengok persembahan tarian dorang... rifqi bukan main bising lagi mulutnya dalam dewan tu... lagi2 bila part tarian kaum melayu...mulut dia pun menjerit sama ikut muzik...






berpeluh anak teruna sorang ni jalan-jalan...nasib baik bawak bekal biskut dia,...
bila dah ke kuching wajiblah bergambar dengan patung kuching kan hehehehe...
tengoklah wajah ceria si comelku.. asalkan dapat pegi jalan-jalan memang senyum je lah..
 
bila dah ke serawak mesti akan ke pasar untuk mencari terubuk dan jugak rempah kuah serawak... lupa dah nama pasarnya tapi jangan riso sebab berduyun-duyun penjual kat pasar tu jual terubuk and kuah laksa serawak... macam kitorang laki bini kurang gemar dengan terubuk so memang tak belilah... bagi yang gemar boleh sediakan dalam rm200 plus plus untuk dapatkan dengan berbaloi-baloi.... kalo laksa serawak sepeket kecik dijual dengan harga rm10 untuk 3 peket.... 

ikutkan hati nak bawak rifqi jalan-jalan ke tempat sejuk tahun ni macam cameron or fraser pun jadilah tapi belum berkesempatan... insyaallah... 

0 comments:

Post a Comment

mata-mata