pakai jer tudung tapi perangai macam s***n tak guna jugak..pengotor..mengumpat..suka mencuri dan bla bla bla
kalo dengar ayat ni diulang oleh mereka yang tak bertudung, dalam hati aku hanya akan cakap, ayat nak pertahankan diri sendiri yang wat salah... kenapa? orang yang tak pakai tudung tu baik2 ke semuanya??
dahlah tak pakai tudung, suka mengumpat.. pengotor.. suka mencuri dan bla bla bla
kalo nak ikutkan lagi teruk situasi ke2 tu.. dosa tak pakai tudung dapat, dosa tak berakhlak pun dapat jugak... tambah lagi dengan dosa bangga dengan diri sendiri yang konon2nya baik walau tak bertudung..
aku ni walau tak bertudung tapi jaga solat... tak mencuri.. pose zakat semer settle.. tapi cik A tu tudung jer labuh tapi pengotor ya ampun... macam manalah dia solat kat umah dia tu... dah lah tu suka jaga tepi kain orang lain...
sahabat2 ku.. kenapalah nak compare diri kita ngan orang macam tu.. kalo nak berjya dalam hidup bandingkanlah diri sendiri dengan orang yang lebih baik dari kita.. kalo nak cemerlang dalam exam kenalah compare markah dengan budak2 pandai.. takkan nak compare markah ngan budak yang selalu tak lulus kot.. nak kaya compare lah diri dengan orang yang bisnes berkoyan2.. takkan nak banding ngan orang yang papa kedana kot..
sama lah jugak bila masuk soal jawab agama.. kenapa perlu nak compare ngan orang macam cik A tu.. tuhan dah cakap bila masuk soal agama jangan compare ngan orang yang lebih bawah tapi compare ngan orang yang lebih baik supaya kita terikut ke arah yang lebih baik... tapi bila masuk dunia a.k.a harta bandingkanlah dengan orang yang kurang supaya timbul rasa kesyukuran..
aku rasa aku lum sedia nak pakai tudung.. aku tak nak hipokrit pakai tudung ni..biar datang dari hati aku sendiri
bila dah masuk bab agama tiada istilah hipokrit atau tak.. ko suka or tak bilamana dah termaktub kena ko kena.. sama jugak bila ko drive.. kalo dah lalu kat kawasan sekolah kena bawak 30/40km per jam je.. so tak kiralah ko suka atau tak.. tak kiralah ko kaki racing macam pelesit.. bila dah termaktub macam tu ko wajib ikut arahan atau ko boleh kena saman.. samalah jugak dalam kes pakai tudung.. hipokrit ker.. tak ikhlas ker tapi dah namanya perempuan muslim kena pakai tudung...
at least orang yang pakai tudung walau tak ikhlas dah selamat dari dosa bercambah means dosa bilamana lelaki mahram memandang aurat dia.... ok lah tu compare ngan yang tak pakai tudung dosa bercambah dia pun banyak jugak bercambah2...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: kes ditutup ::::::::::::::::::::::::::::::::
itulah antara apa yang aku rasa gara2 ayat pernyataan, -pakai tudung tapi perangai tak elok wat aper.. tolonglah jangan ulang ayat macam ni lagi.. ko tak nak pakai tudung tu hal ko coz ko cakap kubur lain2 tapi aku takut gak nanti aku rasa kesian bila kubur kita sebelah2 aku asyik terdengar suara ko meraung kat sebelah bila rambut ko kena tarik sampai tercabut dari kpala (AYAT BUKAN FAKTA APALAGI FATWA)...
bagi mereka yang memakai tudung, tahniah diucapkan dan apa kata dah elok2 memakai tudung kita jaga akhlak lak.. kerana ada satu bangsa kat sana yang sering mencari kesalahan kita. oleh itu jom kita pakat ramai2 menjaga nama MUSLIMAH..
pakai tudung sebab kita bangga dengan identiti tersebut..pakai tudung sebab ianya senjata kita... pakai tudung sebab kita rasa selamat dengan tudung tersebut yang melindungi diri kita dari anasir2 jahat.... pakai tudung sebagai benteng malu untuk melakukan maksiat... pakai tudung sebab KITA MAHU..
dan sesungguhnya hidup memerlukan perubahan... hidup memerlukan hijrah.. marilah kita sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik.. jangan pernah merasa cukup dalam bab agama..kalo semalam pakai tudung nampak jambul, hari ni kita tutup jambul dan esok kita labuhkan... kalo semalam pakai tudung ngan jins ketat dan lengan pendek, hari ni kita pakai tudung ngan lengan panjang dan esok ngan baju labuh...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: ASRAR STILL ASRAR :::::::::::::::::::::::::::::::
bila aku taip blog selain untuk meluahkan apa yang dalam hati aku sebenarnya memberi peringatan pada diri sendiri.... cuba untuk menjadi yang lebih baik dari semalam walau kadang2 aku rasa aku tak mampu nak lakukan... dan kadang2 ada jer alasan aku untuk berubah ke arah yang baik..
aku tahu aku manusia bukan sempurna.. pakai tudung pun bukan labuh sangat. pakai stokin pun ikut warna kulit.. suka sangat pakai suar jins.. baju pun tak labuh mana.. dan aku kagum ngan muslimah yang memang betol2 tutup aurat dan aku tak nak amik tahu akhlak dia mcam mana coz aku mengagumi istiqomah dia dalam menutup aurat... sebab aku tahu tiada kesempurnaan di dunia ni..
PANDANGAN MANUSIA TAK PERNAH ADIL
maka jalanilah hidupmu seadanya dengan ikhlas.... pandanglah yang positif agar dapat membawamu ke arah yang lebih baik... jangan difikirkan sifat manusia yang sentiasa cuba mencari salah mu...
ya Allah pencipta sekalian alam, jangan Kau gelapkan hatiku.. jangan Kau palingkan hatiku
ameen