me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

variasi

assalamualaikum

topik kali ini akademik sikit iaitu VARIASI atau dalam bahasa enggerisnya VARIATION...

dalam math belajar variasi...dalam sains pun ada variasi... so apa maksud variasi sebenarnya..

mengikut kamus pelajar edisi kedua, variasi bermaksud kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu manakala kamus dewan pula mendefinisikan variasi penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yang lazim atau standard, kelainan...

atau bahasa mudahnya KEPELBAGAIAN

dalam sains pelajar mempelajari variasi setelah mempelajari proses meiosis dan mitosis yang mana proses meiosis menyebabkan berlakunya kepelbagaian sifat fizikal manusia.. ada yang tinggi..ada yang kurang inci..ada yang putih..yang gebu..yang mancung...yang sepet.. dan bermacam-macam lagi fizikal manusia yang berbagai... melalui kepelbagaian inilah ciptaan Allah semakin unik... tak bosan dengan rupa yang sama jer... kalau tak sama jer macam alien..asyik2 kepala lonjong, warna hijau..mata sepet...

dan sesungguhnya pada pandangan aku yang naif ni, manusialah yang paling banyak variasi.. sebab aku tengok kalo kucing tu lebih kurang jer..lembu lagilah.. warna kulit n saiz jer berbeza... tapi kalo kita bandingkan dengan manusia, manusia ni bermacam2 jenis... mata macam2 pesen.. tinga macam2 bentuk...hidung ada tinggi rendah...kulit jangan citerlah, bermacam2 warna... undescribed jadinya.... itulah uniknya VARIASI MANUSIA

dan variasi pada manusia juga menjadikan seseorang itu unik pabila variasi turut mempengaruhi sifat chemical manusia itu [a.k.a perangai]... manusia memang unik... ada yang baik hati...lemah lembut..sopan santun..bercakap lagi tinggi dari langit... mulut longkang..talam 18 belas... tak boleh tengok orang lain senang..dan macam2 lagi yang tak mampu jari aku nak tekan keyboard taip semua tu... itulah yang menjadikan manusia unik sebab variasi pada physical and chemical properties....

sebab variasi manusialah ada istilah cantik, cun melecun, tak cantik, buruk and bla bla bla [jangan risau, pandangan manusia tak pernah adil]... dia tu cantik tapi mata sepet sangat.. tak tau dia ngah tutup mata ke bukak mata.... dia tu biasa jer tapi kulit dia gebunya.. cantik... and bla bla bla... WALAUBAGAIMANAPUN, sesepet mana mata kita, sehitam mana kita, sejongang mana kita, seburuk-buruk buruk mana pun seorang manusia itu.. semua tu tak dipandang pencipta kita pun... dan sebagai manusia pun aku rasa walau orang tu ada kekurangan pada fizikal dia, tapi kalau dia baik hati, tak menyakitkan hati orang lain, automatikly aura cantik akan terpancar..

tapi variasi pada CHEMICAL PROPERTIES akan dicatat pada buku laporan disiplin kita... apa sifat2 kita.. adakah kita suka menyebarkan cerita orang lain..adakah kita seronok melihat orang lain diaibkan..adakah kita bersabar dengan setiap masalah...adakah kita bangga dapat memalukan orang lain..dan bla bla bla yang tak termampu aku fikirkan lagi... yup semua tu akan tercatat...setiap masa dan detik...

maka kesimpulan luar daripada silibus buku teks, 'variasi menjadikan manusia unik'.. maka bersabarlah hati sebab keunikan manusia di sekeliling kita... setiap kali kita bersabar akan diampunkan dosa2 kita yang lalu umpama redha apabila sakit.

“dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

dan bertuahnya orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi...

maka sama2 lah kita muhasabah diri sendiri.. apakah sifat2 kimia yang ada pada diri kita kerana pencipta kita tak pandang pun sifat2 fizikal kita.. rugi jer kalau cantik tapi perangai tak cantik macam gas chlorine... cantik jer warna kuning tapi merosakkan alam sekitar.. busuk lak tu... maka marilah kita jadi gas oksigen...

whishkah.... hidup baik-baik... maaf kata terlanjur biasa, ampunkan saya :) sebab saya tahu saya pun tak sempurna

pujuklah hati

seorang pelajar ditanya oleh ustaznya dalam kelas sewaktu pembelajaran agama di salah sau bilik tutor kolej matrikulasi negeri sembilan...

''XXXXX, awak ada masalah tak?", tanya ustaz tersebut.. pelajar perempuan tersebut terpinga2 apabila ditanya sebegitu di hadapan pelajar lain.."tak ada ustaz", jawab pelajar tersebut ragu-ragu... "hanya binatang je dalam dunia ni tak ada masalah",tegas ustaz terssebut... GULP!!!! satu kelas gelakkan pelajar perempuan tersebut..[elleh, yang gelak tu bernasib baik je tak disoal]

kadang2 pernah tak kita terfikir apa masalah kita?? malas belajar....malas wat kerja...melewatkan sembahyang....tu semua adalah masalah... tapi kita tak sedar itulah masalah kita.... kita malas nak belajar..malas nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi... tak nak dengar cakap cikgu.... suka lawan cakap mak ayah... n bla bla bla...suka tangguh kerja.... suka hina orang lain... suka sebarkan keburukan orang lain... suka bergedik dengan lelaki atau perempuan... suka dipuji...susah nak maafkan kesalahan orang lain.. dan bla bla bla

pesan seorang kakak kepadaku, PUJUKLAH HATI.... pujuklah hati untuk rajin..pujuklah hati untuk sabar..pujuklah hati untuk memaafkan... kerana hatilah yang menggambarkan kita... baik peribadi maka baiklah hatinya... baik akhlak putihlah hatinya.... pernah ke orang cakap, "wahai hati, tolonglah rjin..sekejap jer..aku nak siapkkan kerja ni"

dan menjadi seorang guru menjadikan aku manusia yang sentiasa perlu memujuk hati sendiri... kecewa..sedih..geram..marah...terpaksa dihancur2.. dikisar.. ditumbuk... dan ditambah perasa supaya hilang pahitnya.... sedih bila pelajar tak pandang berat apa yang cikgu sampaikan..... geram bila pelajar malas..marah bila pelajar biadab..kecewa bila keputusan pelajar tidak seperti yang diharapkan... maka pujuklah hati cikgu... sebab banyak hati lain yang cikgu2 perlu didik....

walau kadang2 aku penat...aku geram..aku sakit...aku sedih..tapi menjadi seorang guru tak pernah buat aku menyesal....

"tiada seorang manusia yang berjaya tanpa guru, dan tiada seorang manusia yang gagal kerana guru" en. abdul razak bin abdul rahman, pengetua SMKSA2 sewaktu majlis doa selamat sempena keberangkatan beliau dan isteri ke tanah suci

memory tercipta

suatu masa dahulu....


dan kini aku rindu ....

kita adalah guru, mereka adalah pelajar

assalamua'laikum

dewasa kini banyak isu atau masalah yang timbul dalam perhubungan antara guru dan pelajar.. keadaan dah tak sama macam zaman aku dulu.. dulu seorang guru sangat dihormati.. sangat disegani... setiap kata guru dituruti.. kalau buat salah rasa sangat takot....malah..kalau dimarah atau didenda guru kat sekolah tak akan berani nak report kat parents coz nanti makin ditambah lagi....

TAPI itu semua dulu di zaman teknologi tidak semaju sekarang... di zaman para pelajar tidak se advance sekarang.. di zaman dunia masih mementingkan budaya dan resam... masih lagi adat ketimuran dimartabatkan.... zaman dimana yang tua dihormati dan yang muda disayangi...

tapi kini banyak yang berubah.. mungkin dah lama berubah tapi aku yang masih di bawah tempurung... keadaan sekarang dah tak macam dulu.. sekarang keypad sentiasa dihujung jari.. termasuk aku hehehe...

erm isu sebenar yang aku nak taip sebenarnya kisah hubungan antara pemberi ilmu dan juga penerima ilmu.. mentang2 lah sekarang zaman cyber..zaman era globalisasi.. semer benda nak kena advance.. tapi perlu ke advance sampai melupakan adat menghormati guru...lupa taraf seorang yang memberi kita ilmu?? konon2 dunia sekarang dunia canggih... setiap manusia ada hak bersuara... tapi perlukan untuk seorang pelajar melabel seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada dia dengan pelbagai kata makian yang tak sepatutnya..dengan pelbagai kata hinaan yang menampakkan kebodohan diri sendiri jer kot...

"pelajar mengugut guru...pelajar menghina guru...pelajar biadab dengan guru...pelajar menghina guru di laman sosial... bla bla bla bla....."

seperti seorang guru tiada nilai di mata pelajar... lupakah mereka siapa guru.. at least kalau tak nak hormat sebagai seorang guru, jangan lupa yang mereka lebih tua daripada kita.. jangan lupa yang kita dididik untuk menghormati yang lebih tua....

anjing pun takkan menggigit tangan yang memberi ia makan...fikir-fikir kan lah sendiri

aku akui, keadaan dah tak sama macam dulu.... dunia pun dah berubah... tapi perlukah perubahan ni semer??

tetambah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang....sepupu aku darjah 1 pun ada fb.... so sekarang fb menjadi tempat luahan pelajar2...hari ni kat sekolah kena marah ngan cikgu, malam ni penuhlah komen2 kat fb memaki hamun guru... aku ulang lagi sekali k, MAKI....

kool ke camtu? tak kool langsung beb...kalo aku berada tempat kawan lu,'hek elleh, tu pun nak post kat fb..macam budak kencing berdiri r lu'..

tapi realitinya aku seorang guru..aku ulang lagi sekali, aku seorang GURU.. sebab tu aku tak balas macam tu...sebab tu aku tak maki hamun pelajar macam pelajar maki hamun seorang guru kat fb.. sebab guru adalah manusia yang educated.. diciptakan untuk menyampaikan kebenaran walau terpaksa telan hati sendiri... seorang guru adalah manusia yang dapat mengawal emosi masing2 supaya tak biadap macam pelajar yang kurang ajar tu... [sebab kita adalah cikgu, bukan pelajar]

sebab tu kitorang jadi cikgu yang lebih pandai daripada korang yang bergelar pelajar tapi berlagak cool segala aspek tapi tak sedar otak belum penuh..... [eh, kurang ajar ke ayat macam ni]

kita adalah guru, mereka adalah pelajar...

tautan hati (ta'liful qalb)

assalamua'laikum

tetiba rasa terjiwang :D mengingatkan 'rindu' ku... dialah rinduku jauh dariku... cewah hehehehe...

aku tersangat suka term ta'liful qalb dulu.. maksudnya tautan hati.. . moga hati2 kami bertaut di dahan keredhaanMU ya Allah, ameen

post kali ni bukan pasal tautan hati; cinta antara kita, tiada penghalangnya, walau akhir usia,
ku menyinta, dirimu bla bla bla(aku dah lupa lirik lagu tu)

tautan hati yang aku makksudkan ni adalah satu tajuk novel yang aku sangat sangat sangat suka sampai sekarang... kat mana aku bermastautin aku akan bawak novel tu dan beberapa buku yang aku sangat suka... aku sukakan dan kumpul karya fatimah syarha mohd noordin, habiburrahman ngan saiful islam.... tapi novel tautan hati ni aku tersangat suka suka...

awal2 pembukaan novel ni mengisahkan tentang imtisal...seorang gadis yang lemah akidah tetapi berusaha mencari erti ALLAH YANG MAHA ESA.. aku sukakan hujah2 asiah yusro bagaimana nak menolak bisikan syaitan tentang keEsaan Allah...

novel ni banyak berkisahkan tentang kebahagian apabila setiap inci hidup kita berpandukan al-quran dan sunnah.. yup aku tak mampu sebab tu aku suka baca dan hanya 'membayangkan' jer aku mampu lakukan sebagaimana watak2 dalam novel ni... [blushing]

dalam novel ni juga ada perdebatan antara christine seorang yang berpegang kepada agama kristian yang sentiasa 'berdakwah' memperkembangkan kristian dalam kalangan kawan2 dia.. perdebatan antara islam dan kristian akhirnya menukar christene kepada muslimah...

aku juga sangat suka plot agrotinisme bila mana aktivi sekolah di adakan di situ... ada analogi yang digunakan untuk menunjukkan erti seorang muslimah..[sedih lagi sekali]...

aku juga sukakan babak2 terakhir novel tersebut bagaimana elya khadeeja dan al-banna yang mendidik anak2 mereka dengan penuh hikmah... bagaimana asiah yusra dan umar mujahid yang masih kekal dengan tarbiah mereka...


pendek kata aku sangat suka semer babak dalam novel tu... aku sangat suka sebab novel tu banyak sajak..banyak puisi...banyak kata2 hikmah....a'ah aku suka sajak..aku tak suka ajar bahasa melayu tapi aku suka sajak dan puisi sebab kata2 dalam sajak dan puisi sangat lembut dan menyentuh jiwa[blushing]...

kata2 yang lembut boleh melembutkan jiwa... nasihat yang lembut boleh mengubah hati yang keras... dan sesungguhnya nasihat yang lembut boleh membuat 'hati aku tersentak'
.. dan sebab tu aku jatuh cinta dengan lelaki yang lembut dalam menuturkan bicara bila bercakap dengan aku dan juga menasihati aku :D [blushing]

walaubagaimanapun, ada jugak kadang2 aku rasa tak se'jalan' dengan novel ni... biasalah manusia kan.. mesti ada jer nak dipertikaikan... tapi pe2 pun itu tak menghalang aku untuk suka novel ni sebab banyak kebaikan yang boleh diambil...


"sesungguhnya apabila seseorang memperoleh hidayah kerana melihatmu, maka itu lebih baik dari mentari yang menyinari seluruh alam"

im 14 and i want a baby

video



video

video

video

video

assalamua'laikum

satu benda yang aku tertengok di u-tube... satu talk show kat negara aku pun tak sure tapi banyak siri dia kat u-tube... tapi dalam bebanyak tu aku tertarik kepada satu siri, 'i am 14 and i want a baby'..

empat belas tahun... lebih kurang dalam sebaya adik bongsu aku kot... tapi dah ada planning sendiri...hampeh...planning yang dia sangka akan membuatkan hidup dia bahagia sebahagianya coz dia ingat dunia ni adalah seperti fairy tale story yang happy ending ever after tapi hakikatnya dunia ni 'PANDANGAN MANUSIA TAK PERNAH ADIL'...

apa yang aku nak taipo hari ni ada dua benda kot.. KOT??... first pasal pemikiran seorang budak.. aku tak nafikan dia masih budak dan keputusan yang dia buat tu datang dari pemikiran dia yang naif bersandarkan dunia dia semata.. walau mak dia, steve penonton tak menyokong apa yang dia nak buat tapi dia still pertegakkan apa yang dia nak... walaupun steve panggil seorang lagi penonton yang pengalaman macam she want to be, dia masih tegakkan, I WANT A BABY.... dari 3 kurang lak kepada sorang.. [bla bla bla macam vid kat atas]

b***h punya budak.. pemikiran singkat... ingat senang ke nak jadi mak.. umur macam ko tu pergi sekolah.. bla bla bla bla.... nasihat tak nak dengar..bla bla bla bla.... mungkin itu antara kata2 yang ditujukan kepada budak tu.. mak dia pun sama jer aku tengok.. adakah dengan memberi nasihat macam tu boleh menyelesaikan masalah???

budak 14 tahun belum kenal erti dunia yang sebenar, malah aku yang umur 25 tahun ni pun kadang2 rasa naif apatah lagi 14 tahun... dan aku rasa tak boleh nak salahkan budak tu jugak sepenuhnya, apa yang dia nak buat, apa yang dia fikir yang terbaik untuk dia datang dari pandangan dia tentang dunia fairy tale dia sendiri... jadi kenapa kita yang anggap diri dah dewasa dan sangat matang ni trus judge dia dan bla bla bla bla kat cuping tinga dia...

so aper nak buat? mana aku tau, aku masih naif tentang dunia hahahha.. dan pada pandangan naif aku ni apa kita dekati budak tu dengan kasih sayang... jangan tunjukkan negatif apa yang dia fikir tapi tunjukkan positif jika dia tak amik keputusan yang dia nak buat tu... sebab remaja ni jiwa dia memberontak... tak suka ditegur directly... apa yang dorang fikir itulah yang terbaik untuk dorang... nak menegur pun ada caranya coz dorang sangat percaya bahawa apa yang dorang wat tu adalah terbaik

tengoklah sendiri vid2 kat atas tu...mungkin pandangan kita akan berbeza sebab PANDANGAN MANUSIA ITU TAK PERNAH ADIL... part ke enam aku tak attach kat sini....sebab aku tak suka tengok rupa ayah yang meninggalkan anaknya.. kalo aku jadi budak tu sebelum peluk ayah aku tu aku tanya dulu, kenapa ayah tinggalkan saya.. kalo jawapan best baru aku peluk kalo tak takyah :D[upss hanyalah pandangan daripada manusia naif tentang dunia]

aku rasa tadi aku ada dua benda nak taip, tapi dah lupa dah apa dia... STML :P... aggap jer perkara kedua tu adalah next ntry hahhahaha.....

ok, mode homesick makin hilang tapi nak cari mood kerja kat mana ntah aku letak.. jangan tertinggal kat terengganu sudah :D

hidup baik-baik...whishkah

kerja paling mahal 'gaji'

assalamua'laikum

saper tonton juvana semalam..episod baper ntah.. aku selalu tonton citer ni.. tak pernah mish..saper yang takder tv leh wat macam aku tonton kat tonton.com.my.. citer tu habis lam pukul 10.00 malam kat tv3 dan biasanya dalam pukul 10.15 malam korang dah leh tengok online...

aper yang menarik minat aku tentang citer ni sebab ada botak..hahaha... betol kalo http://xtremejie.blogspot.com/ suka sangat dengan daim tapi aku siyesly suka ngan watak botak... haha.. aku suka dia jenis tak banyak cakap terus bagi jer sebijik hehehe :P... aku rasa kalo skang aku masih lagi students kat UM mesti pada hari selasa aku dan dia akan comparekan watak daim ngan botak... tapi sekarang aku guru di pasir gudang dan dia pensyarah di matrix melaka....

'tak boleh kaya dengan jadi cikgu.. mampu ke nak beli keter macam abah, mampu ke nak beli umah macam abah...nak melancong luar negara dengan sekadar jadi cikgu'

menusuk kalbu seh masa dengar dialog tu hehehe... tapi ada beberapa forumer beranggapan bahawa gaji cikgu dah cukup banyak... harap2 golongan macam ni tengok citer semalam dan hafal ayat tu dalam kepala otak....

betol, aku akui.. gaji cikgu bukan banyak sangat pun.. tak semampu doktor.. tak semampu bisnesman.. nak wat macam mana, kerja kat sekolah jer pun...alah, sekolah tempat yang nak menjadikan korang doktor..menjadikan korang bisnesman... sekolah yang mengenalkan korang a,b,c dan tambah tolak.... aper lah sangat kan....

jawapan cikgu zakiah the best malam tadi... memang jadi cikgu tak kaya..memang jadi cikgu takleh beli keter macam ayah[keter aper ntah ayah dia pakai yang bangga sangat tu, keter kebal kot], tapi dia tetap dengan pendirian dia yang nak ubah masa depan anak2 murid dia...

aku akui skang semer zaman duit... emosi.. perasaan.. aku taknak jadi hipokrit dengan mengatakan duit tak penting.. yang penting adalah kebahagian... redha hati..cinta.. bla bla bla bla bla... tu cuma kata2 hipokrit... sama jugak dengan cikgu sekarang ni... ada ker cikgu yang sanggup berhabis separuh duit gaji untuk memanusiakan pelajar dia... tak tahulah kot ada dan aku belum jumpa sebab pengalaman aku baru setahun jagung...

tapi kalo cikgu yang sanggup datang sekolah ajar anak jurid tak kira masa tu aku akui... dalam kehidupan aku sendiri, sepupu angkat aku coz dia anak angkat makcik aku seorang guru kimia dia gelang patah,johor pernah cerita kat aku yang dia pernah pergi rumah anak murid cari nak suruh pergi kelas tambahan kimia... memang aku salute dengan abang sham... dan pesannya, jadi cikgu kena banyak guna emosi sebab kita berdepan dengan pelajar yang masih mentah..

mula2 aku fikir ishk sampai macam tu sekali..tugas seorang guru kat sekolah dah lah... kalo sampai kat umah nak kena kejar suruh pergi belajar... tapi bila aku fikir mendalam, fikir dengan emosi, hati dan perasaan.. tak ada salahnya pun kalo nak wat macam tu... tak ada salahnya ambil berat pasal budak tu... pedulikan orang lain cakap, 'amboi, sampai macam tu sekali..tak berbaloi langsung..tugas cikgu kat sekolah jer'....

sebab gaji cikgu lebih mulia di sana.. tak payah nak fikir tugas hakiki kita semata.... [kondem lah aku pasni dengan mengatakan aku tak logik dan suka menyusahkan diri][walau aperpun kadang2 aku melenting jugak hahahaa]

so lepas ni biarlah orang nak cakap jadi cikgu tak kaya... sebab tugas seorang guru lagi mahal gaji di sana jika guru tu ikhlas....

erm sebagai guru aku tahu kena sangat menjaga emosi coz berdepan dengan kerenah manusia yang belum cukup umur.. yang bangga bila dah pernah romen.. yang rasa hot bila ada pakwe.. tapi kadang2 aku pun tak terlepas dari beremosi.. satu kesalahan yang aku pernah buat dengan sorang pelajar... tyme tu aku rasa emo giler.. bila sorang budak cakap c***i betol2 depan muka aku.. otomatikly aku cakap,-ko tu dahlah tak b**o, muka h****h... bla bla bla....masa hati tengah panas aku langsung tak rasa bersalah tapi bila kol mak aku then bagitau citer tadi-mak tak pernah ajar pun anak mak cakap macam tu...bla bla bla bla.... bila aku kol enchik tunang-imaginekan cikgu cakap macam tu kat anak orang yang masih mentah suatu hari nanti..sedih tak?--- yup, aku salah kerana ku turut kata emosi yang panas... bila panas diamkan diri kerana kata2 itu doa dan apalagi doa seorang guru kepada anak muridnya... aku menyesal...

pilihlah untuk bahagia

"kebahagian hati”

Itulah antara pengisian yang disampaikan oleh kaunselor muda sekolah aku sewaktu pembangunan insan pagi tadi.. erm dah lama rasanya tak review mana2 ceramah, forum, or aper2 majlis ilmu..itu tandanya dah lama aku tak join majlis ilmu yang membuatkan hati aku ‘tersentak’.. seingat aku dalam blog aku ini hanya satu jer kot post review majlis ilmu, dengan majikan aku kak norli dulu masa kursus baitul imran dulu yang menekankan keikhlasan dan pujuklah hati......dan jugak LDP pertama aku kat sekolah ni dulu kot....dulu masa belajar geng2 ‘anak ikan’ ramai yang suka pergi majlis2 camtu so menyebabkan aku ikut sama yang menyebabkan banyak aku post kat blog Friendster aku dulu..kalo tak khazanatul asrar kerja tidor jer kot menghabiskan masa hehehhehe, [anak ikan adalah panggilan my encik kepada kawan2 aku coz katanya dalam banyak group2 kat fakulti sains, geng2 aku takkan ada yang jalan sorang2...jalan mesti berteman dan harap maaf sebab kami takder kawan rapat lelaki fakulti :) dan entah bagaimana aku boleh terpancing dengan dia hahahha]

Main point yang aku rasa tadi, aper2 hal yang kita buat kalo tak ikhlas, kalo tak redha, hati takkan bahagia... sebab kita tak bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah pada kita sedangkan DIAlah yang MAHA MENGETAHUI... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... ada hikmahnya kita miskin..ada hikmahnya kita mempunyai penyakit..ada hikmahnya kita berkawan dengan orang yang berbagai ‘keunikan’... pasti ada hikmah..PASTI.. tapi kalo hati kita tak dapat nak menerima kenapa aku lahir dalam keluarga yang miskin, kenapa mak ayah aku bercerai..kenapa family aku tak bahagia...kena hidup aku sentiasa berdepan dengan manusia yang bermasalah dan sentiasa menyusahkan hidup aku??? Kenapa bla bla bla bla.... selagi kita tak berpuas hati selagi itulah kita tak akan bahagia kerana asyik mempersoalkan kekurangan kita... dengan memilih untuk redha dan bersyukur,insyaAllah kebahagian itu akan hadir....

Aku adalah manusia yang sangat ‘cengeng’...lagi2 bila kena wat kerja yang aku tak suka seperti kokurikulum... datang kat sekolah ni tetiba kena aktif.. aaargghh i hate that... jadi cikgu rakan muda yang sangat banyak aktiviti kot tahun lepas anjuran JBS negeri..kena pergi kursus jauh2 dengan takder transport masa tu... tahun ni jadi pegawai KOAM.. tahun ni jadi guru penasihat kadet polis yang ‘sangat diminati’ unit polis Bandar seri alam... aarrggghhh tak suka... dan aku juga ‘cengeng’ bila aku stress.. pendek kata aku tak suka hidup aku serabut dengan hal aku tak suka... jika pandang dari sudut bawah meja, arrggghhh giler stress... tapi kalo pandang dari sudut dalam meja, tuhan sedang berbicara dengan aku tentang erti kekuatan hati..mungkin.. who knows... selagi hati aku masih tak belajar menerima selagi itulah aku tak bahagia dengan semua kerja tu... [ngah taip ni memanglah konon2 macam redha tapi bila datang kerja , hati aku mengamuk lagi hahaha]

Maka dengan itu terimalah dengan setiap apa yang berlaku dengan hati yang sangat terbuka..redha dengan setiap kejadian... bersyukur dengan setiap ketentuan...saat itu kitalah orang yang paling bahagia....

Mulut mungkin senang berkata... tapi hati perit untuk menerima... itu normal sebab namapun manusia... kite bukan alien yang ada tanduk kecil warna hijau yang buruk tu.... tapi sebab kita manusia lah kiter perlu berubah kerana kitalah makhluk yang paling istimewa di sisiNYA.. .... kita special k...dan cukuplah kiter special dan bukan unik k hehehhe

Dan satu lagi pengisian pagi tadi,

“Tinggalkan yang haram, kamu akan dapat yang halal,

Tinggalkan yang buruk, kamu akan dapat yang baik”

Semuanya dari diri sendiri..pilihlah jalan mana yang kita nak...dan aku pilih untuk bahagia

Luar dari tajuk:::: waaa dah bulan 6...kejapnya masa berjalan... lambatlah sikit sebab saya sangat selesa dengan hidup saya sekarangJ...dan lagi satu saya takut mengalami perubahan yang besar dalam hidup saya

manusia dan internet

assalamua'laikum

tetiba terasa ada 2 topik yang aku nak luahkan malam ni..[blog aku kan tempat luahan perasaan dan pendapat aku :D]

sesuka suki upload pic orang lain

erm alkisahnya sekarang ni korang menggugle atau memforum banyak thread2 yang hanya membincangkan [atau lebih tepat ayat yang mengupload] gambar2 perempuan... ada yang pic awek2 cun...awek2 bertudung..n bla bla bla...

sebagai forumer dan seorang wanita aku memperhatikan terdapat gambar2 yang diambil daripada fb... so pda pendapat aku amatlah kurang elok mengupload pic orang lain yang entah saper2 kat forum2..kemudian menjadi komen2 kat situ...

ada yang cakap, 'alah, dia sendiri pun upload kat fb dia untuk jadi tontonan umum'... yang menjawab macam tu b**o tak gi sekolah ker? dia upload hak dia, dan yang mengkomen tu adalah kawan2 dia..apa pulak hak ko nak upload pic dia tanpa kebenaran.... lepas tu ramai pulak tu jejantan duk komen2 kat situ... lainlah pic dia tu memang sengaja diletak dalam blog untuk tontonan umumsebab dia pun giler glamer so tak salah lah kot korang makin mengglamerkan dia .... yang boleh disaksikan oleh berjuta manusia tanpa sempadan...

korang bayangkanlah tetiba abang dia ke, tunang dia ker, buayapren dia bukak forum tu dan tgk adik/tunang/gelipren dia menjadi perbualan hangat korang..apa perasaan dia agaknya dan letakkan korang di tempat dia lak... tak rasa terbakar ke?

dia upload dalam fb hanya untuk tontonan kawan2 dia jer...janganlah sesuka hati korang lak gi upload kat forum2 lain... bagi aku tak elok sangat2....

agaknya sebab tu lah ada amaran untuk perempuan2 islam mengecilkan saiz gambar2 yang diupload kat fb sebab ramai mata2 belang kat lua ni.....[ok, saya faham sekarang]

panahan video u-tube


erm sekarang dah jadi trend lak masing2 wat video then upload kat u-tube... macam2 jenis ada.. dan sorilah kepada yang terlibat dan membaca post ni coz aku rasa kadang2 orang macam ni kurang perhatian pun yer jugak...

walaubagaimanapun tak aku menafikan ada video2 yang bermutu dan memberi maklumat ataupun opinion yang bernas... aku sendiri pun addicted ngan video2 mcam ni macam anwarunhadi, mat luthfi dan happyslip and the geng... walaubagaimanapun aku perhatikan ada video yang sangat2 tak bermutu ..contohnya macam :::

video
[sorilah, aku sangat2 rasa tak educated video ni]

dan macam2 lagi video yang bila aku tengok , aku rasa eyaarrkkk....

so pleaselah, pengguna2 u-tube sekalian tolonglah jangan memb***hkan diri korang depan kamera dengan melakukan aksi yang bukan2 dan bercakap tentang perkara yang bukan2 sebab nanti beribu2 manusia akan merasa kesian kat korang bila tengok video2 tu termasuklah aku... nak glamer pun bukan begitu caranya...

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

entah kenapa aku rasa malam ni aku taip belog aku ni macam dalam keadaan emosi yang tak stabil..rasa nak memarah-marah jer kerjanya.... erm yup aku ngah emosi kot...

walau apapun apa yang aku taip post kali ni ikhlas dari pandangan aku sendiri.... mungkin akan ada yang cakap, 'well its world wide web, so lanntak lah dorang nak post video aper pun kat u-tube'..so aku jawab awalm 'well this is khazanatulasrar punya blog, so lantak aku lah nak taip pasal aper pun hehehhe...'..but afihsays, sori aku terpilih video ko untuk diupload kat sini[tapi aku rasa ko lagi suka kot aku memfofularkan ko kat sini :P]...

so, moral of the story hari ni, nak buat sesuatu fikir lah dulu..jangan sampai memalukan diri sendiri ataupun membuatkan orang lain rasa ko ni mengjengkelkan...

wishkah...jaga diri hiasi peribadi..hidup baik-baik

berchenta dengan orang bz memanjang

aku tanya pakcik google:

'bertunang dengan orang sibuk'
'bercinta dengan orang busy'
'kapel dengan orang asyik buzy'

tapi pakcik google bagi jawapan yang entah pe2...

biar aku taip jawapan aku sendiri lah camtu....

bercinta/berhubung/berkapel/bertunang khususnya dengan orang yang sangat sibuk amat memerlukan kesabaran yang tinggi...

erm jap tetiba rasa blur nak taip aper.....................

bayangkanlah.... hari wesak orang lain bercuti, tetiba partner korang kena kerja... kerja sampai petang lak tu... tu belum masuk hari2 biasa yang kadang2 kerjanya sampai malam... [bayangkan jer lah]. so apa perasaan korang??? adakah sangat bosan.... adakah rasa seronok jugak sbab boleh wat kerja sendiri..adakah rasa sangat sedih???

walau aper pun perasaan korang, better korang ignore je lah.. sebab before berpacaran (cewah) pun korang dah tahu kan pasangan korang adalah seorang yang sangat sibuk... so carilah alternatif lain yang boleh menghilangkan kebosanan korang ker[jangan main kayu hoki sudah]....

dan jika korang adalah manusia yang sangat sibuk, kerja dari pagi sampai malam, 7 hari seminggu, tak reti2 ker nak spend tyme atau luangkan masa sekejap nak kol or sms.. takkan hidup untuk kerja je kot.... walau tengah penat, takkan tak boleh nak kol or sms dengan mood yang seronok dan nada yang ceria??

walauapapun,dalam setiap hubungan perlu ada tolak ansur dan saling memahami.... yer dan saya sentiasa cuba memahami... walau kadang2 saya rasa macam nak jadi hulk hijau...sebab saya tahu kadang2 pun ada masa saya sangat sibuk sehingga tak mempedulikan....


[post ini adalah ingatan untuk diri sendiri sahaja, tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada]

hidup sentiasa ada pilihan, sebab tu aku ada disini

assalamua'laikum

4 5 tahun lalu cita2 aku nak jadi 'ahli bioinformatik'.. konon2 nak menghasilkan tumbuh2an yang unik....cipta labu warna biru... lobak besar.. bla bla bla

tapi aku tak yakin dengan diri sendiri... masa isi borang UPU sebelum result final matrix keluar, 7 daripada 8 option aku letak bioteknologi da pilihan ke 8 adalah cikgu UM... kemudian result matrix keluar..alhamdulillah aku dapat 4.0 (ataupun ayat mudah 4 flet)... gile2 heppy tyme tu..

WALAUPUN dapat keputusan camtu aku telah ubah pilihan UPU aku... kelapan2 pilihan aku letak pendidikan... pilihan pertama UM, UKM, UPM, UPSI, bla bla bla.. dari berkobar2 nak jadi ahli bioinformatik aku ubah kepada nak jadi cikgu(alasan terbesar sebenarnya adalah pilihan mak aku)

alhamdulillah, aku dapat pilihan pertama aku ijazah sarjana muda sains dan pendidikan di UM.. tak payah fikir panjang, istiqarah pun tak, major math, minor kimia.... itu jer aku tau..aku malas nak fikir panjang... ini bukan pilihan aku pun... fizik aku tak suka dari zaman sekolah..bio hanya buat aku nak muntah (walhal malas dah nak amik tau lpas tak jadi amik bioteknolgi)... 4 tahun aku kat UM belajar nak jadi cikgu atas dasar pilihan mak aku.....

habis 4 tahun kat UM, aku grad... dah grad aku kerja.. dah selamat kerja pun kat SMKSA2.... kerja yang asal2nya adalah pilihan mak aku dulu... stress tak erk buat kerja yang kita tak suka??

kerja apa yang tak stress?? hehehehe

walaubagaimanapun, walaupun kerja ni pilihan mak aku dulu untuk anak dia yang masih mentah.. walaupun kadang2 aku rasa sangat penat wat kerja ni..walaupun kadang2 aku menangis dalam bilik air kat sekolah(yarrrrkk)....TAPI mak aku dah buat pilihan yang terbaik untuk anak dia yang dah makin dewasa ni...

sepenat mana pun kerja aku.. aku rasa enjoy bila masuk kelas.... duduk rehat teringat balik peristiwa dalam kelas telatah yang menyakitkan hati pun leh wat rasa kelakar....

HIDUP SENTIASA ADA PILIHAN... kalau aku masih memilih untuk kecewa sebab terpaksa amik pendidikan bukan bioteknologi aku dah menderita lebih kurang dalam 5 6 tahun agaknya... mak aih sadis giler hidup kot hahahha.. tapi aku pilih untuk enjoy dengan pilihan tu.. so skang ni walau penat.. bz.. geram..sakit hati..menyampah... aku enjoy jadi cikgu..dikelilingi mereka2 yang belum mentah...

HIDUP memang SENTIASA ADA PILIHAN..pilihan untuk gembira atau sedih..pilihan untuk mengamuk atau mendiamkan diri...pilihan untuk pergi atau tak..pilihan untuk memaafkan atau tak..dan bla bla bla bla bla..... kadang2, lepas dah penat... ambil masa untuk bertenang... fikir balik pilihan2 yang dah kita ambil... apa yang dah kita buat..betul ke tindkan yang kita dah lakukan tadi... ambil tindakan perubahan atas yang tak patut kita lakukan... sebab semua tu adalah pilihan.. selagi masih hidup selagi itulah kita akan ada sentiasa ada pilihan...

aku gembira dengan pilihan yang mak aku dah buat untuk anak dia dulu.. tq mak... i love u...

bila fikir2 pilihan2 yang dah aku buat, satu pilihan yang aku membuatkan aku senyum.. aku dah pilih dia... dan aku bersyukur sebab aku pilih dia.. aku bersyukur sebab tak pilih yang pendiam, yang nampak misteri, yang susah nak senyum...

buat semua warga pendidik , selamat hari guru... semoga terus sukses dalam dunia pendidikan.. walau apapun beban yang kita pikul, ingatlah tugas utama kita.. MENDIDIK...MEMANUSIAKAN MANUSIA.. semoga korang bahagia dengan pilihan yang telah korang buat...

SELAMAT HARI GURU

betapa peritnya realiti

pagi2 pukul 7.30 sampai sekolah dah terkejar2 coz waktu pertama dah ada kelas a.k.a pukul 7.30 then berderet 4 masa lak tu sampai kul 10.10..then terus bekerja ke kantin untuk makan coz pukul 10.30 nanti ada kelas dengan tingkatan 1 lak.. setelah telan nasi 2 pinggan bergegas ke kelas sampai pukul 11.50.. then dapatlah rehat jap..duduk jer kat kerusi oh lupa audit akademik belum disiapkan..datang pulak polan2 insuran dan takaful menganggu gugat....bukak laptop dan ketup ketap kejap.. then sambung kelas ngan tingkatan 2 lak pukul 1.10 sampai pukul 2.30..

oh lupa hari ni dah janji ngan budak2 tingkatan 4 untuk kelas tambahan kimia sebagai persediaan exam minggu depan pukul 2.. so mintak pelajar datang ambil kertas dan suruh dorang wat dulu coz habis kelas jer ngan tingkatan 2 cikgu masuk...bunyi loceng pukul 2.30 terus bergegas ke kelas tingkatan 4...bla2 di situ walau yang hanya 11 orang, yang datang perlu dirai... belum sempat pukul 3.30 penyelaras kelab dan persatuan telefon minta turun ke bawah ambil ahli2 kelab rakan muda... ok, tepat 3.30 saya akan turun kat bawah ambil pelajar saya.. dan tepat 3.30 terus ke dewan terbuka untuk aktiviti kelab dan persatuan.... sampailah pukul 5 baru balik dari sekolah...


TAPI REALITINYA...... cikgu2 ni kerja nya senang jer.. pergi sekolah mengajar... masing2 ada jadual masing2... bukan penuh pun dari pagi sampai balik sekolah...

hari ni hari isnin saya balik pukul 5 sebab menyiapkan kerja2.... selasa pun saya balik pukul 5 sebab saya ada latihan rumah sukan... oh rabu pun saya balik pukul 5 sebab ada aktiviti kokurikulum... hari ni khamis dan saya balik pukul 5 jugak sebab ada mesyuarat...esok jumaat adakah saya akan balik pukul 5 jugak???

hari2 saya balik pukul 5 menyiapkan semer kerja saya yang tak pernah habis.... saya pernah panjat pagar sekolah sebab balik lewat then guard kunci pagar sekolah...

TAPI REALITINYA SEKARANG.... alah kerja cikgu best aper, hari2 balik awal..budak balik sekolah cikgu baliklah......kerja cikgulah yang paling sikit masa kerja dalam sehari...

"XXX tolong diam dan buat kerja awak".. "cibai punya cikgu" !!!!!!!!!!!
"YYYY tolong jangan menggunakan perkataan yang tak elok, dah berapa kali saya pesan".... "apa hal nak marah2"!!!!!!
"tolong senyap"...."pot pet bom bom bem bla bla bla........" !!!!!!!
"ZZZZ tolong bangun(ketika cikgu nak kluar kelas)"... "kejaplah cikgu(dengan nada yang tinggi)"!!!!!!

TAPI REALITINYA... alah kerja cikgu handle ngan budak2 jer... bukan susah sangat pun.. saper2 pun boleh kalo setakat mengajar

hari sabtu minggu ni saya ada LDP(latihan dalam perkhidmatan), oh tadi sampai surat ada mesyuarat panitia daerah kimia sabtu minggu depan... sampai surat lagi ada kursus di PPD pada sabtu seterusnya... oh dah 3 minggu sabtu saya kerja(T T)

TAPI REALITINYA.......kerja cikgu banyak masa dengan famili...cikgu mana ada outstation....

MAKA REALITINYA kerja cikgu ni senang jer almaklumlah deal ngan budak2 yang makin lama makin kurang ajaran agamanya..yang makin kurang moralnya... yang makin hilang adabnya... kerja cikgu ni banyak cuti.... budak2 takder kat sekolah nak wat aper cikgu datang sekolah...dahlah cikgu boleh balik awal tiap2 hari...

OH 'PERITNYA' REALITI tersebut.... sangat PERIT...

tanda-tanda alam..TSUNAMI lagikah selepas di jepun???

jejalan dalam tenet terjumpa dengan gambar2 ni..... mula-mula ikan sardin bergerak dalam kumpulan yang besar tepi pantai mexico pada minggu lepas...
tak lama pastu lak beribu2 tapak sulaiman (kot) mati terdampar di UK...
adakah haiwan2 ni dapat merasakan gegaran di bawah laut sana... tapi kenapa lak tapak sulaiman tu mati?mungkinkah akan berlaku bencana alam di bahagian barat lak?? entahlah

aper aper pun
kun fayakun

golongan yang tak tahu lepas berak kena basuh

assalamua'laikum

(sebelum masuk kepada isi yang sepatutnya, nak mukadimah sikit hehehehe)

dah lama tak berkumpul macam ni.... raya tahun lepas kot last... bila ramai2 dah berkumpul, sepupu2 kecik aku pun bukan main meriaahnya... dah macam2 gelagat dah... yang mencuri perhatian saper lagi kalo bukan sepupu bongsu, ahmad syamil...

nasib baiklah umah tu dalam 'hutan', tak aderlah mengaco jiran2 bila pukul 1 pagi budak2 masih lum tidor..terjerit sini sana... tambah ngan mak2 pun bz pot pet pot pet....almaklumlah, bukan selalu dapat berkumpul..bila raya atau ada kenduri kendara jer....






gelagat syamil bila suruh wat muka model....

(ni muka bila suh wat gaya tak tahu)
(ni muka bila suh wat gaya sombong)
(ni muka bila suh wat gaya geram)
(ni muka bila sih wat gaya buruk)

tapi bila tunjuk balik gambar2 ni kat dia, tanya balik ni muka aper dia cakap, ni kacak 1, kacak 2, kacak 3 dan kacaknnnnyeeerrrrrr...... hahahhaha....
seronoknya adik beradik ramai kan... bila berkumpul macam2 kerenah... terutamanya budak2 lah...

dan alhamdulilah...segalanya berjalan lancar....

dan pesan ayah: bla bla bla bla bla...jangan jadi keras kepala sangat.....bla bla bla....

KERAS KEPALA??? aku??? ey??? KEPALA SIMEN??? arrrkkkk..aku ey????hahahhaha... dalam hati angguk jer lah coz aku TAHU itulah sebahagian diri aku :D

walau aperpun...setiap manusia perlukan perubahan.. tak kisahlah.... bila..kenapa....dimana.... untuk siapa....semua alasan tu tak penting....PERUBAHAN itu yang penting.....setakat TAHU tapi takder PERUBAHAN sama macam orang berak tak basuh sebab tahu kotor tapi saper suruh tak basuh tapi ok sikit kot daripada orang yang berak dan tak tahu kena basuh :D... ada ke? blog aku, suka hati aku lah nak bagi perumpamaan aper pun hahahha....

jadi setakat tahu jer tak guna...sama2 lah kita berubah ke arah yang lebih baik...tak payah tgk orang lain coz akaun dosa pahala korang tak sama ngan dorang.... kalau korang rasa tak elok, ubah tabiat tu sebelum jadi tebiat... sebab kita sebagai manusia kena akui yang kita ni bertaraf hamba dan umat... masing2 ada ke'unik'an masing2... saper yang tak dapat cari ke'unik'an diri sendiri tu bagi aku bermasalah.... atau dalam erti kata lain, sama2 lah kita muhasabah diri kita

habis tu camner ngan orang yang tak tahu lepas berak tu kena basuh.... kesiannya orang macam tu erk... korang tolonglah bagitau dia yang berak tu najis... kena bagitau benda tu kotor...suruh dia basuh... hahahhaha.... gelak2 jugak tapi aku rasa zaman sekarang ni ramai yang HIPOKRIT (termasuk aku sekali T T)... tgk orang tak basuh berak, wat donno jer... tak bagitau dia yang berak tu najis... kena basuh...pastu nanti pergi bagitahu orang lain yang dia tu tak basuh berak.... kesian orang tu..dah lah tak basuh berak, tersebar lak cerita dia ta basuh berak... malu woooo...

jadi pasni, kalo kiter nampak golongan orang tak basuh berak ni, bagitau dia leklok...nak basuh atau tak lepas tu terpulang pada diri dia... ataupun, kalo rasa tak mampu nak bagitau dia senyap2 je lah.. ambil iktibar dan ingatkan diri sendiri supaya jangan lupa basuh berak sendiri pasni....

Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

"bila lagi kalau bukan sekarang, dan siapa lagi kalau bukan kita"

semoga semuanya berjalan lancar
menyenangkan semua pihak

ameen ameen ameen

mereka juga pelajar

assalamua'laikum

hari ni pas tusen , makan kentang bakar yang leh tahan gak lah sedap dia tu, aku kepusingan a.k.a pening kepala.. rasa hanyut jer.. naper kena ntah.... sebab bz sangat ker? almaklumlah tahun ni aku macam giler kerja jer.....kerja 7 hari seminggu :P.... tapi aku sangat seronok ngan kerja aku skang....

tahun ni kat sekolah aku kena ajar, kimia merangkap KP kimia sekali(T T)... math form 1... bahasa melayu form 2(memang dah sampai pencen kot ajar bm untuk 2RK1 hehe) ngan tambahan XBM form 4 and form 5... jadi KP memang aku taknak tapi bila dapat ajar minor sendiri memanglah seronok kan... saperlah giler kerja nak pertambahan tugas jadi KP...walaubagaimanapun aku ada kak pi(GKMP sains & matematik) yang best and sempoi huhuhu.. menjadikan kerja2 pengurusan panitia tak sstress pun walau kerja bertambah (buku pengurusan panitia and fail induk PBS lum siap haiiissshhkkk).. tapi aku agak cuak ajar kimia, almaklumlah budak2 harapan sekolah... tapi aku cuba sedaya upaya yang termampu... dan aku seronok bila ada pelajar tengah2 kawad kaki kadet polis tegur aku then tanya soalan kimia hahaha.....then dapat ajar major math walau just form 1 and kelas yang kedua dalam tingkatan means budak2 ok jugaklah... then ajar bahasa melayu kelas 2rk1..ni memang dari tahun lepas dan merangkap guru kelas dorang sekali...dan kalo nak difikirkan, kelas2 aku tahun ni memang agak senang nak ajar... 2rk1,1rk2, 4sc1 n 4sc2..alhamdulillah sangat2...

ada pertambahan jadual sikit coz kalo ajar 4 kelas tu jer, baru baper ntah so kena ajar XBM tingkatan 4 dan 5... ramai agaknya tertanya apo ke bondo XBM tu.... XBM adalah matapelajaran bagi kelas hujung2 jer yang tak pandai sangat baca, yang tak lulus BM...so dah menjadi tugas guru XBM membantu golongan macam ni untuk lulus BM SPM bagi mendapatkan sijil SPM.... siyesly masa dapat aku rasa tak bestnya... kena ajar XBM... tapi bila dah seminggu aku masuk kelas 5ST1 ngan 5ST2 berhadapan dengan pelajar2 hard core sekolah..yang muka2 keluar masuk sekolah...muka2 punggung yang selalu kena rotan...muka2 yang selalu dapat surat amaran dan juga muka2 yang selalu menjadi buah mulut guru2....

aku rasa seronok kat situ... bukan sebab guru XBM takyah tanda kertas tyme exam... tapi bila menghabiskan 40 minit ngan dorang.... 6 kali seminggu.... aku jadi seronok dapat kenal dorang.... walau kadang2 buat aku menjerit macam suara petir lam kelas , "hemanraj, nak kemana?duduk atau saya gam punggung awak","cha cheng, mana buku awak", "fairus, duduk!","kumaran, saya ikat tali kasut awak nanti kalau berjlan jer"..firdaus...ulum..ezwan...shi chong...jia jun...syafiq...rafie..cibar...kalitas ...amir....saiful...n so on.... tapi kadang2 dorang jugak yang membuatkan nada suara aku jadi perlahan dan memujuk, "sugan, awak dah pakai baju warna purple so tak boleh jadi nakal lagi..mesti ajak kawan2 buat baik", "ezwan, kenapa senyap jer ari ni?", "firdaus faham?", "kumaran, buku mana?" n so on.... dan kadang2 cha cheng datang ke depan minta aku carikan buku mana.... atau shi chong yang dengan mata mengantok cari buku latihan bila ketuk meja dia ngan marker,"cikgu tak mau marah2 a, saya buat...saya buat"....atau na jia jun yang tengah2 mengajar bukak balang biskut dia,"cikgu, 1 jer k..jangan jerit2 ey"...bila aku tanda buku dorang, aku akan bagi tanda ^_^ bagi pelajar yang completekan kerja dengan betul...kadang2 ada pelajar yang tambah siap lukis teddybear lagi kat buku then tunjuk balik, "cikgu, buat macam ni lain kali lagi best hehehehe"...

walau senakal mana pun dorang, dorang masih seorang pelajar...dan dah jadi tugas seorang guru untuk mendekati mereka.lakukanlah dengan ikhlas naliza, itu yang aku selalu ingatkan diri aku....

"sekurang-kurangnya sampaikanlah walau sepotong ayat"

walau dimana kita berada sekarang...walau apa kedudukan kita sekarang... walau sebanyak mana sekalipun kita dibebani ngan kerja2.... buat jer yang termampu..jangan bandingkan dengan orang lain kerana sesungguhnya kita telah berada di tempat yang terbaik untuk kita kerana ALLAH itu Maha Mengetahui...
allahuakbar

naliza suriati nasrun belajar masak

siyesly, naliza suriati binti nasrun tak reti masak huhuhuhu

dan sejak 2 menjak ni, naliza suriati nasrun telah rajin belajar masak :P

memang aku tak tahu masak.. sebab mak aku sangat pandai masak hehe:P.. dah nama kerja pun tukang masak takkan tak terrer masak lak kan.... sebab mak aku sangat pandai masak..so mak aku yang selalu masak sebab memang hobi mak aku adalah masak.. . menjadikan aku tak pandai masak hehehe.. tapi bukan tu jer alasannya, alasan tambahan adalah aku malas masak kuikuikui

tapi memandangkan harapan umur 26 dah nak jadi ibu kepada anak kesayanganku yang comel2 maka aku tahu aku perlu berubah.. sebab air tangan seorang ibu merupakan salah satu faktor kejayaan anak2... (eh 26 dah nak ada anak ey hehhehe...ameen ameen ameen)..selain tu nanti dah jadi suri hati suami aku, sian dia balik kerja penat2... bukak saji ada nasi bungkus jer :(... nak tambat suami bukan dengan hati jer tapi jugak dengan perut.. dan jugak dengan manja2 mengada yang comel hehehe.....

oleh itu azam baru aku telah berjalan dengan sempurna selama seminggu untuk memasak dan bukan membungkus...alhamdulillah... semoga kuat semangat untuk terus belajar masak.... mak aku pun sebenarnya dah naik risau...asyik ulang ayat, 'ishk, camner lah nak kahwin kalau macam ni.aperlah si 'dot dot dot' tu nak makan kalo macam ni perangai anak dara.. wat malu mak jer ni'...hihihihi


dan alhamdulillah jugak rezeki aku tahun ni dimurahkan sangat2 tapi kena rajin lah.... n i enjoy do it rite now... betol kata puan nor farhana binti salleh yang rezeki orang yang merancang untuk membina masjid insyaAllah akan dipermudahkan olehNYA...ameen ameen ameen.... permudahkan urusanku untuk menjadi yang halal untuknya ^_^

mata-mata