me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

bergantunglah dengan Dia

assalamua'laikum

semalam dapat 1 sms ringkas daripada kak norli:

~~~~~assalamua'laikum. kursus guru esok di Baitul Imran, Chabang Tiga jam 8.30 pagi - 5 petang. Sila bawa baju solat. Tq.~~~~

terfikir esok ada kelas TUDAY^_^ jam 9 hingga 1.15 tengahari.. malasnya nak berganti kelas coz jadual dah sedia penuh rasanya.. tapi takkan tak pergi lak.. so pagi tadi berpusing2 lah aku ngan zana (cikgu sekali tempat kerja) mencari Baitul Imran coz nama jer orang terengganu tapi bukan tau jalan2 dalam trengganu hehe...

alhamdulillah.... banyak yang aku perolehi tadi.. tentang hidup... tanggungjawab.. kaedah mengajar... rezeki.. ganjaran.. bersyukur kerana diingatkan sekejap.. kerana manusia sesungguhnya kadang2 alpa dan terlalai..

kursus pada hari tu dimulakan dengan satu tazkirah pendek yang mana mengingatkan aku pada situasi aku sekarang yang masih terkontang kanting menunggu keputusan untuk posting ditambah lagi dengan bebarapa rakan seperjuangan yang mendapat surat gagal untuk posting... sesungguhnya hidup kita ni perlu bergantung kepada Allah bukan manusia..

"jika Kau tahu itu yang terbaik untukku maka permudahkanlah, jika itu bukan yang terbaik untukku, aku redha.. kerana setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya"

selain tu aku pun ada teringat pasal duit yuran TUDAY^_^ yang masih belum habis berbayar.. betul jugak kata kak norli tadi.. kalo aku asyik ingat jer duit2 orang yang masih tak bayar tu lama2 aku lak berpenyakit hati.. tapi kalo tak ingat aku kan bahagia dan aman coz bukan aku yang hutang orang.. dan mungkin Allah akan balas dengan berlimpah kali ganda manalah aku tahu.. kerana sesungguhnya bergantunglah kepada Allah bukan manusia.. mintaklah dengan Allah duit2 yang belum berbayar tu... kalo betol ada rezeki aku adalah.. kalo tak aku halallkan jer ilmu2 yang aku sampaikan pada anak dorang tu coz sesungguhnya dengan mengajar mereka aku dah menambahkan gaji aku kat 'sana' kerana sesungguhnya:

"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (diriwayat oleh Muslim)

dan kemudian kami diingatkan pasal tanggungjawab.. pasal amanah yang dipikul... pasal gaji yang banyak di 'sana'... tapi satu benda yang aku suka dengar adalah mengenai 'PUJUKLAH HATI'... kadang2 sebagai manusia biasa tak dapat lari dari perasaan malas, geram..lagi2 seorang guru yang akan berdepan dengan pelbagai kerenah budak2 dan pelagai tahap perkembangan minda.. oleh itu, belajarlah untuk pujuk hati.. seperti seorang sahabat nabi dahulu yang bertanya pada rasulullah:

ya rasulullah.. aku sangat kedekut.. macam mana nak hilangkan kedekut ni.. rasulullah hanya , menjawab, 'maka memberilah'

jika malas, pujuklah hati untuk rajin... jika benci pujuklah hati untuk sayang.... jika sedih menangislah tapi cubalah pujuk hati untuk ketawa.. jika gembira pujuklah hati untuk jangan terlalu gembira..dan jika marah sejukkanlah hati dengan air sembahyang...

then sesi petang lak lebih kepada buku2 yang mana semua maklumat boleh didapati kat sini : http://bacaekspres.webs.com/

dan sesungguhnya banyak pengisian hari ni yang aku boleh dapat.. semua org asyik pandang dengan gaji dunia sampai terlupa gaji akhirat dan sesungguhnya aku rasa dah buat satu keputusan yang betul dengan memilih guru.. macam kata2 kak norli tadi yang guru tadika paling banyak gaji di 'sana' coz bila kita ajar budak2 membaca budak tu akan terus membaca selagi dia masih hidup dan selagi itulah dan insyaAllah dengan semangat baru ni aku akan cuba siapkan apa yang dah aku rancang untuk masa depan aku... bukan untuk dunia semata tetapi juga gaji di 'sana'..dan semoga dipermudahkan urusanku olehMu

dan aku tergelak dengan satu cerita kak norli bila dia cakap dia selalu mengadu penat ngan suami dia (cikgu adi) then cikgu adi akan balas 'takperlah, nanti dalam kubur leh rehat'.. teringat jugak pada aku yang selalu rasa jadual aku sekarang padat.. sepatutnya aku kena bersyukur kerana sekurang2 nya masa aku tu terisi dengan sesuatu yang bermanfaat...

seorang akak,kak fatimah dari perak berkongsi sesuatu pengalaman beliau ngan kami.. katanya setelah mengajar dia akan mengajar anak murid beliau satu doa:

"terima kasih cikgu, maafkanlah kami cikgu.. semoga Allah permurahkan rezeki cikgu"

kak fatimah cakap masa dia mengajar serawak dulu pun dia ajar jugak doa tu tak kiralah bangsa iban ker..kadazan ker... yang penting masing2 ada kepercayaan dan alhamdulillah sebelum umur 40 kak fatimah dah menjejakkan kaki ke tanah suci berkat doa2 anak murid dia yang suci masih belum berdosa.. murahnya rezeki cikgu yang ikhlas mengajar bukan memikirkan gaji dunia semata...

semoga urusanku dipermudahkan olehMu...ameen

0 comments:

Post a Comment

mata-mata