me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

Showing posts with label nota math. Show all posts
Showing posts with label nota math. Show all posts

catatan nota matematik versi 2016

assalamualaikum

rentetan daripada pos tahun lepas, CATATAN NOTA MATH 2015 <-- font="" lepas="" link="" pos="" punya="" tahun="">

alhamdulillah menerima feedback yang positif.. dah ku kongsi secara peribadi lebih daripada 100 emel secara peribadi.. its good to share something with others.. semoga digunakan dengan bermanfaat.. cuma harapnya jangan ada pihak yang mengambil keuntungan daripada benda yang diberi percuma tersebut..

tahun ni kononnya azam daripada tahun lepas nak update nota tu untuk lebih lengkap.. tapi terlalu banyak benda berlaku in my life as a mother... Muhamad Ilham memerlukan perhatian yang lebih daripada ibunya menjadikan aku agak kesempitan masa tahun ni dalam menyediakan bahan untuk anak2 di sekolah.. 

cuma sempat update sikit penambahan ringkasan apa yang perlu tahu/buat .. aku gabungkan terus ikut topik tingkatan 1, 2 ,3.. contohnya topik penjelmaan..aku combine je penjelmaan form 2 and form 3.. tak ada pecah2 penjelmaan I dan penjelmaan II... 

cuma kdang2 bila ada yang komen kat pos minta diemelkan dan tinggalkan emel kat bahagian komen, aku terlepas pandang.. sebab bukan pemblog tegar skang ni.. itu yang kadang2 lambat aku dapat emelkan, sebab tak perasan ada orang komen.. so untuk lebih mudah, mungkin boleh emelkan terus kat aku mintak nota ni kalo berminat.. dan biasanya aku emelkan dalam bentuk pdf sebab lebih ringan... kalo dalam bentuk publisher berat sangat.. tapi kalo nak diedit ditambah baik insyaallah boleh diusahakan.. 

asrarnsn@gmail.com





catatan nota matematik PT3

assalamua'laikum

post kali ni just nak share sumthing yang aku buat untuk menghargai anak-anak murid aku dalam peperiksaan percubaan PT3 baru-baru ni.. aku mengajar sekarang ni di sekolah kampung yang mana kesedaran anak-anak di sini masih kurang tentang betapa pentingnya pelajaran.. jangan kata buku rujukan kecil untuk matematik, kalkulator saintifik pun ada yang masih belum ada... sedangkan akan menghadapi exam PT3 tahun ni...

so, aku mengambil inisiatif dengan membuat sebuah nota kecil yang menggabungkan semua topik tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dalam sebuah booklet.. dengan tujuan inilah rujukan mereka semasa membuat lonjakan nanti dalam masa lebih kurang sebulan setengah je lagi... 

so ini yang aku siapkan sedikit sebanyak dalam masa 5 hari sambil melayan si kecil yang tengah aktif tu.... semua sekali ada dalam 20 m/s.. mana yang nak softcopy aku tak kedekut nak share.. benda baik kan.... just komen letak emel korang k.. insyaallah aku sent nanti kalo tiada halangan.... 












mata-mata