me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

Showing posts with label dunia kini. Show all posts
Showing posts with label dunia kini. Show all posts

kita adalah guru, mereka adalah pelajar

assalamua'laikum

dewasa kini banyak isu atau masalah yang timbul dalam perhubungan antara guru dan pelajar.. keadaan dah tak sama macam zaman aku dulu.. dulu seorang guru sangat dihormati.. sangat disegani... setiap kata guru dituruti.. kalau buat salah rasa sangat takot....malah..kalau dimarah atau didenda guru kat sekolah tak akan berani nak report kat parents coz nanti makin ditambah lagi....

TAPI itu semua dulu di zaman teknologi tidak semaju sekarang... di zaman para pelajar tidak se advance sekarang.. di zaman dunia masih mementingkan budaya dan resam... masih lagi adat ketimuran dimartabatkan.... zaman dimana yang tua dihormati dan yang muda disayangi...

tapi kini banyak yang berubah.. mungkin dah lama berubah tapi aku yang masih di bawah tempurung... keadaan sekarang dah tak macam dulu.. sekarang keypad sentiasa dihujung jari.. termasuk aku hehehe...

erm isu sebenar yang aku nak taip sebenarnya kisah hubungan antara pemberi ilmu dan juga penerima ilmu.. mentang2 lah sekarang zaman cyber..zaman era globalisasi.. semer benda nak kena advance.. tapi perlu ke advance sampai melupakan adat menghormati guru...lupa taraf seorang yang memberi kita ilmu?? konon2 dunia sekarang dunia canggih... setiap manusia ada hak bersuara... tapi perlukan untuk seorang pelajar melabel seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada dia dengan pelbagai kata makian yang tak sepatutnya..dengan pelbagai kata hinaan yang menampakkan kebodohan diri sendiri jer kot...

"pelajar mengugut guru...pelajar menghina guru...pelajar biadab dengan guru...pelajar menghina guru di laman sosial... bla bla bla bla....."

seperti seorang guru tiada nilai di mata pelajar... lupakah mereka siapa guru.. at least kalau tak nak hormat sebagai seorang guru, jangan lupa yang mereka lebih tua daripada kita.. jangan lupa yang kita dididik untuk menghormati yang lebih tua....

anjing pun takkan menggigit tangan yang memberi ia makan...fikir-fikir kan lah sendiri

aku akui, keadaan dah tak sama macam dulu.... dunia pun dah berubah... tapi perlukah perubahan ni semer??

tetambah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang....sepupu aku darjah 1 pun ada fb.... so sekarang fb menjadi tempat luahan pelajar2...hari ni kat sekolah kena marah ngan cikgu, malam ni penuhlah komen2 kat fb memaki hamun guru... aku ulang lagi sekali k, MAKI....

kool ke camtu? tak kool langsung beb...kalo aku berada tempat kawan lu,'hek elleh, tu pun nak post kat fb..macam budak kencing berdiri r lu'..

tapi realitinya aku seorang guru..aku ulang lagi sekali, aku seorang GURU.. sebab tu aku tak balas macam tu...sebab tu aku tak maki hamun pelajar macam pelajar maki hamun seorang guru kat fb.. sebab guru adalah manusia yang educated.. diciptakan untuk menyampaikan kebenaran walau terpaksa telan hati sendiri... seorang guru adalah manusia yang dapat mengawal emosi masing2 supaya tak biadap macam pelajar yang kurang ajar tu... [sebab kita adalah cikgu, bukan pelajar]

sebab tu kitorang jadi cikgu yang lebih pandai daripada korang yang bergelar pelajar tapi berlagak cool segala aspek tapi tak sedar otak belum penuh..... [eh, kurang ajar ke ayat macam ni]

kita adalah guru, mereka adalah pelajar...

im 14 and i want a baby











assalamua'laikum

satu benda yang aku tertengok di u-tube... satu talk show kat negara aku pun tak sure tapi banyak siri dia kat u-tube... tapi dalam bebanyak tu aku tertarik kepada satu siri, 'i am 14 and i want a baby'..

empat belas tahun... lebih kurang dalam sebaya adik bongsu aku kot... tapi dah ada planning sendiri...hampeh...planning yang dia sangka akan membuatkan hidup dia bahagia sebahagianya coz dia ingat dunia ni adalah seperti fairy tale story yang happy ending ever after tapi hakikatnya dunia ni 'PANDANGAN MANUSIA TAK PERNAH ADIL'...

apa yang aku nak taipo hari ni ada dua benda kot.. KOT??... first pasal pemikiran seorang budak.. aku tak nafikan dia masih budak dan keputusan yang dia buat tu datang dari pemikiran dia yang naif bersandarkan dunia dia semata.. walau mak dia, steve penonton tak menyokong apa yang dia nak buat tapi dia still pertegakkan apa yang dia nak... walaupun steve panggil seorang lagi penonton yang pengalaman macam she want to be, dia masih tegakkan, I WANT A BABY.... dari 3 kurang lak kepada sorang.. [bla bla bla macam vid kat atas]

b***h punya budak.. pemikiran singkat... ingat senang ke nak jadi mak.. umur macam ko tu pergi sekolah.. bla bla bla bla.... nasihat tak nak dengar..bla bla bla bla.... mungkin itu antara kata2 yang ditujukan kepada budak tu.. mak dia pun sama jer aku tengok.. adakah dengan memberi nasihat macam tu boleh menyelesaikan masalah???

budak 14 tahun belum kenal erti dunia yang sebenar, malah aku yang umur 25 tahun ni pun kadang2 rasa naif apatah lagi 14 tahun... dan aku rasa tak boleh nak salahkan budak tu jugak sepenuhnya, apa yang dia nak buat, apa yang dia fikir yang terbaik untuk dia datang dari pandangan dia tentang dunia fairy tale dia sendiri... jadi kenapa kita yang anggap diri dah dewasa dan sangat matang ni trus judge dia dan bla bla bla bla kat cuping tinga dia...

so aper nak buat? mana aku tau, aku masih naif tentang dunia hahahha.. dan pada pandangan naif aku ni apa kita dekati budak tu dengan kasih sayang... jangan tunjukkan negatif apa yang dia fikir tapi tunjukkan positif jika dia tak amik keputusan yang dia nak buat tu... sebab remaja ni jiwa dia memberontak... tak suka ditegur directly... apa yang dorang fikir itulah yang terbaik untuk dorang... nak menegur pun ada caranya coz dorang sangat percaya bahawa apa yang dorang wat tu adalah terbaik

tengoklah sendiri vid2 kat atas tu...mungkin pandangan kita akan berbeza sebab PANDANGAN MANUSIA ITU TAK PERNAH ADIL... part ke enam aku tak attach kat sini....sebab aku tak suka tengok rupa ayah yang meninggalkan anaknya.. kalo aku jadi budak tu sebelum peluk ayah aku tu aku tanya dulu, kenapa ayah tinggalkan saya.. kalo jawapan best baru aku peluk kalo tak takyah :D[upss hanyalah pandangan daripada manusia naif tentang dunia]

aku rasa tadi aku ada dua benda nak taip, tapi dah lupa dah apa dia... STML :P... aggap jer perkara kedua tu adalah next ntry hahhahaha.....

ok, mode homesick makin hilang tapi nak cari mood kerja kat mana ntah aku letak.. jangan tertinggal kat terengganu sudah :D

hidup baik-baik...whishkah

mata-mata