me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

Showing posts with label kata hikmat. Show all posts
Showing posts with label kata hikmat. Show all posts

kenapa perlu cemburu dengan orang jahat

assalamualaikum

waaaaa lamanya tak mengepost kat sini..banyak nak menaip kat sini sebenarnya tapi tak berkesempatan... lagi2 pasal pengangkutan awam kat UK dan juga budaya kat sana yang sempat diperhatikan sepanjang mebih kurang 3 minggu bermusafir kat sana baru2 ni.. tapi ada jer yang menghalang untuk berceloteh panjang kat sini.. hidup ku macam huru hara sekarang ni huhuhu.... betapa bermasalahnya pengurusan masa aku sekarang ni... allahuakbar.

berbalik kepada tajuk... 

8 Julai 2017/sabtu baru2 ni.. berlangsungnya LADAP team building SMK Bukit Kuching Tengah di MCL D'Bamboo, Kuala Selangor.. objektif LADAP ni aku rasa adalah untuk membina ukhwah dalam sebuah organisasi supaya semua orang bergerak ke arah satu matlamat yang sama... 

alhamdulillah.. program tersebut berjalan lancar.. macam terapi stress pun iyer jugak agaknya... sakan bergelak dengan rakan2 sekerja... di samping mengeratkan silaturrahim.. insyaallah

antara salah satu aktiviti yang membuat aku bermuhasabah diri sekejap adalah aktivti mengoyakkan kertas surat khabar untuk dicantum balik oleh kumpulan lain... mula2 moderator suruh koyakkan sehelai surat khabar kepada 5 bahagian., kemudian passing kepada kumpulan sebelah... kemudian kumpulan tersebut akan mencantumkan balik surat khabar tu... 3 kumpulan terpantas dikira menang.. masa ni kumpulan sebelah kitorang tu group lelaki.. entah macam mana dorang bagi 4 keping je.. so kami tak dapat cantumkan...

kemudian moderator suruh koyakkan lagi kepada 10 bahagian pulak... so masa ni dah start ada kumpulan yang nakal koyakkan kecik2 lah..macam2 lah supaya group lain susah nak cantumkan... group lelaki sebelah kitorang memang pedajal jer kertas surat khabar tu.. masuk kali ketiga disuruh koyakkan kepada 15 bahagian pulak.. masa ni kami dah mintak siap2 nak passing ke kiri pulak dengan harapan nak pedajal group cikgu laki tu pulak.. memang kaw2 kami kerjakan kertas surat khabar tu.. direnyuk2 lagi.. yang group lelaki sebelah tu siap basahkan lagi kertas tu nak pedajal punya pasal.. TAPI.. arahan moderator kali ni ialah, amik balik kertas tu dan cantumkan balik dalam kumpulan masing2.. amik ko.. satu kerja dah pulak nak bukak balik kertas yang dironyok2 tadi... 




MORAL OF THE ACTIVITY: padan muka korang yang nak kenakan orang lain tu hahahaha

dan aku teringat nasihat seorang kakak... Tuhan telah menciptakan neraka dan syurga.. maknanya memang tuhan tahu ada orang jahat dan orang baik.. JIKA tuhan telah memilih kita untuk menjadi orang yang baik, orang yang sentiasa bersabar, orang yang sentiasa amanah dalam kerja, orang yang sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik, orang yang sentiasa tersenyum, orang yang sentiasa memudahkan urusan orang lain, JADI kenapa kita perlu cemburu dengan orang jahat yang selalu mengadu domba pasal kita, yang sentiasa bercakap buruk tentang kita, yang suka mengeluarkan kata-kata cacian dan makian kpada kita.... alhamdulillah Dia memilih kita untuk menjadi sebahagian daripada syurganya.. InsyaAllah...

Teruskan hidup ini dengan senyuman... just do what do you think is right for your journey to jannah..insyaallah... jadilah orang yang sentiasa positif, yang mudah dengan senyuman, yang mudah menghulurkan bantuan, yang sentiasa cuba mengeratkan silaturrahim, yang jujur dalam berukhwah... tinggalkanlah kerja2 jahat untuk syaitan jer.. jangan kita pulak join dorang atau jadi lebih teruk dari dorang...

insaf insaf... sebab akulah salah sorang yang tukang renyuk surat khabar tu huhuhu... 




golongan yang tak tahu lepas berak kena basuh

assalamua'laikum

(sebelum masuk kepada isi yang sepatutnya, nak mukadimah sikit hehehehe)

dah lama tak berkumpul macam ni.... raya tahun lepas kot last... bila ramai2 dah berkumpul, sepupu2 kecik aku pun bukan main meriaahnya... dah macam2 gelagat dah... yang mencuri perhatian saper lagi kalo bukan sepupu bongsu, ahmad syamil...

nasib baiklah umah tu dalam 'hutan', tak aderlah mengaco jiran2 bila pukul 1 pagi budak2 masih lum tidor..terjerit sini sana... tambah ngan mak2 pun bz pot pet pot pet....almaklumlah, bukan selalu dapat berkumpul..bila raya atau ada kenduri kendara jer....






gelagat syamil bila suruh wat muka model....

(ni muka bila suh wat gaya tak tahu)
(ni muka bila suh wat gaya sombong)
(ni muka bila suh wat gaya geram)
(ni muka bila sih wat gaya buruk)

tapi bila tunjuk balik gambar2 ni kat dia, tanya balik ni muka aper dia cakap, ni kacak 1, kacak 2, kacak 3 dan kacaknnnnyeeerrrrrr...... hahahhaha....
seronoknya adik beradik ramai kan... bila berkumpul macam2 kerenah... terutamanya budak2 lah...

dan alhamdulilah...segalanya berjalan lancar....

dan pesan ayah: bla bla bla bla bla...jangan jadi keras kepala sangat.....bla bla bla....

KERAS KEPALA??? aku??? ey??? KEPALA SIMEN??? arrrkkkk..aku ey????hahahhaha... dalam hati angguk jer lah coz aku TAHU itulah sebahagian diri aku :D

walau aperpun...setiap manusia perlukan perubahan.. tak kisahlah.... bila..kenapa....dimana.... untuk siapa....semua alasan tu tak penting....PERUBAHAN itu yang penting.....setakat TAHU tapi takder PERUBAHAN sama macam orang berak tak basuh sebab tahu kotor tapi saper suruh tak basuh tapi ok sikit kot daripada orang yang berak dan tak tahu kena basuh :D... ada ke? blog aku, suka hati aku lah nak bagi perumpamaan aper pun hahahha....

jadi setakat tahu jer tak guna...sama2 lah kita berubah ke arah yang lebih baik...tak payah tgk orang lain coz akaun dosa pahala korang tak sama ngan dorang.... kalau korang rasa tak elok, ubah tabiat tu sebelum jadi tebiat... sebab kita sebagai manusia kena akui yang kita ni bertaraf hamba dan umat... masing2 ada ke'unik'an masing2... saper yang tak dapat cari ke'unik'an diri sendiri tu bagi aku bermasalah.... atau dalam erti kata lain, sama2 lah kita muhasabah diri kita

habis tu camner ngan orang yang tak tahu lepas berak tu kena basuh.... kesiannya orang macam tu erk... korang tolonglah bagitau dia yang berak tu najis... kena bagitau benda tu kotor...suruh dia basuh... hahahhaha.... gelak2 jugak tapi aku rasa zaman sekarang ni ramai yang HIPOKRIT (termasuk aku sekali T T)... tgk orang tak basuh berak, wat donno jer... tak bagitau dia yang berak tu najis... kena basuh...pastu nanti pergi bagitahu orang lain yang dia tu tak basuh berak.... kesian orang tu..dah lah tak basuh berak, tersebar lak cerita dia ta basuh berak... malu woooo...

jadi pasni, kalo kiter nampak golongan orang tak basuh berak ni, bagitau dia leklok...nak basuh atau tak lepas tu terpulang pada diri dia... ataupun, kalo rasa tak mampu nak bagitau dia senyap2 je lah.. ambil iktibar dan ingatkan diri sendiri supaya jangan lupa basuh berak sendiri pasni....

Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

"bila lagi kalau bukan sekarang, dan siapa lagi kalau bukan kita"

ketika Allah memilihmu untukku

padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku, ingin ku katakan padamu, aku hidup dan membesar dari keluarga bahagia,dengan cinta yang melimpah, aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga,maka padamu ku katakan, saat Allah memilihmu dalam hidupku,maka saat itu Dia berharap kau melimpahkan cinta padaku, memperlakukan ku dengan sayang yang begitu indah

padamu yang Allah pilihkan untukku, ketahuilah aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, aku bukanlah wanita sempurna sepertimana yang mungkin kau harapkan, maka ketika Dia memilihmu untukku, maka saat itu Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dan keberadaanmu, dan aku tahu kaupun bukanlah lelaki yang sempurna, dan aku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu, kerana kelak kita akan satu, aibmu adalah aibku,indahmu adalah indahku

padamu yang Allah pilihkan untukku, ketahuilah sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah, membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya, maka ketika Dia memilihmu untukkku, maka saat itu Dia telahpun mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmuNya, maka pegang tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita

padamu yang Allah tetapkan sebagai nakhodaku, ingatlah, aku adalah makhluknya dari tulang rusuk yang paling bengkok, ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah, maka ketahuilah , saat itu Dia mengkhendaki kau menasihatiku dengan hikmah, sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan, namun jangan kau cuba meluruskan kerana aku akan patah, tapi jangan pula membiarkan aku begitu sahaja kerana akan selamanya aku tetap akan salah, maka tatap mataku dan tersenyumlah, tenangkan aku dengan genggaman tanganmu, dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah, nescaya kau akan menemukan ku menangis tersungkur di pangkuan mu, maka ketika itu kau kembali memiliki hatiku

padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku, ketahuilah ketika ijab atas namaku kau lontarkan, maka dimataku kau adalah yang terindah, kata-katamu adalah titah untukmu, selama tidak bermaksiat pada Allah akan ku penuhi semua perintahmu, maka kalau kau berkenan ku meminta, jadilah hunian yang indah dan kukuh, yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya

padamu yang Allah pilih menjadi pendukung hidupku, dalam istana kecil kita akan hadir buah hati kita, maka didiklah mereka menjadi generasi yang rindukan syurga, yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad, yang darahya mengalir darah syuhada, dan ku yakin dari tanganmu yang berkah kau mampu membentuk mereka, dengan hati yang penuh cinta kau mampu mengikat hati mereka, dan aku akan selalu jatuh cinta padamu

padamu yang Allah pilih sebagai imamku, ku memohon padamu, redhoilah aku, sungguh redhamu adalah redha Rabbi Ilahi, mudahkanlah jalan ku ke syurgaNya, kerana bagiku kau adalah kunci syurgaku
---------------------------------------------------------------------------------------------
2011 will coming.... permudahkan semua rancanganku ya Allah..ameen ya rabb
"Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah aku rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepadaku dalam urusanku, mudahkanlah urusanku ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang sudah adalah mudah bagiMu, sempurnakanlah dengan ssegala kebaikan dengan rahmatMu, ya Allah yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"

mata-mata