me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

anak itu anugerah

assalamua'laikum.. 

alhamdulillah... begitu cepat masa berlalu... muhamad ilham sekarang ni dah berusia 4 bulan lebih..kalo ikutkan umur sebenar dia baru2 bulan lebih nak masuk 3 bulan... and aku masih bercuti menjaga dia... bosan?? yup..sangat.. sebab bila dah biasa bekerja..pagi2 keluar pergi kerja.. tapi sekarang dunia ku hanya dinding dan keluarga semata2.. thats why mata ni selalu dicuci di instagram shopping online... 

sebelumnak taip blog tadi, tertengok 1 video yang dipost kat fb.. video tu agak panjang. seorang ibu/makcik/perempuan yang memukul anak dia.. entahlah... mungkin dia nak mendidik but for me its not a good way to educate your child.. kesian budak tu dicampak dibaling... kadang2 mungkin secara tak sengaja sebab terlampau penat tapi biasanya bila sebut perkataan berimbuhan TER maksudnya secara tak sengaja... tak sengaja apa kalo dah berminit2... 

aku pun pernah sebenarnya kadang2 bila dah badan penat sangat TERmarah..Tertengking... TERcubit rifqi.. tapi tak sampai 10 saat cepat2 peluk dia balik... menyesal.. rasa bersalah... cium dia... lagi2 dia buat perangai bila tengah uruskan ilham... dia punya tantrum sampai 2 jam pun dia mampu menangis terguling2... and i just sabar sabar sabar and peluk dia... and alhamdulillah minggu ni dia tak ada mengamuk or menangis...


Muhamad ilham pulak masih lagi di bawah jagaan ibu dia sampai bulan 6 nanti insyaAllah... dia semakin membesar alhamdulillah.. tapi masih lagi dalam ulang alik ke hospital.. untuk bulan 4 semua oppointment dah habis cuma amik ubat jer kat farmasi hospital sungai buloh 29 April nanti..then bulan 5nanti sekali checkup kat HKL, sekali check up kat hospital sungai buloh, sekali check up kat klinik kesihatan, and ambil ubat kat farmasi.. itulah rutin kami setiap bulan sekarang ni..

aku rasa dia ok cuma kadang2 pernafasan dia membimbangkan.. ari tu ada sekali warded di hospital sungai buloh sebab jangkitan kuman kat paru2.. sejak daripada tu kalo dia bernafas ada lekuk kat dada dia.. pakar cakap lekuk tu mungkin tak hilang... itu yang kalo bernafas nampak dia macam susah nak bernafas sebab ada lekuk tu... and sumtime macam ada bunyi pernafasan dia..but dia normal aktif macam biasa... dan doktor pesan kembali ke hospital kalo dia tak boleh nak menyusu dengan baik sebab susah nak bernafas.. apapun kami masih menunggu kol daripada NICU hospital sungai buloh untuk vaksin paru2 dia.. LO daripada MPM dah diluluskan sebanyak RM17 500... harapnya cepat2lah dapat kol untuk injection... 

lahir dengan berat 1050g dan sekarang alhamdulillah dah 4.25 kg. tinggi dia pun dah bertambah19cm sejak lahir.. and aku masih bercuti dengan harapan untuk menyusukan dia sepenuhnya... memang kalo bekerja pun aku masih akam pam susu untuk bekal kepada pengasuh macam rifqi dulu tapi since dia pramatang dengan saiz secoet jer baiklah aku berkorban untuk memastikan dia dapat menyusu dengan secukupnya... lagipun sejak keluar hospital sampai sekarang lebih kurang 3 atau 4 hari sebulan kami terpaksa berulang alik ke hospital.. yang mana CRK aku  7 hari je tu confirm2 tak cukup... hopely lepas bulan 6 nanti kesihatan dia makin stabil dan semakin kurang kami berulang ke hospital.. sebab bila ke hospital, sampai pukul 9 pagi, pukul 1 lebih baru dapat kuar hospital settle semua... 


alhamdulillah... syukur sangat.. allah anugerahkan rifqi and ilham untuk kami... i cant imagine life without them... sayang sangat,,, penat??? sangat sangat... tak penat bukan parents lah namanya... tapi bila pandang wajah2 mereka tengah tido hilang rasa penatnya... allahu... sayang rifqi and ilham ketat-ketat..


 semoga kedua-dua anak ibu membesar dengan sihat dan selamat dalam dunia sekarang... menjadi anak yang soleh..khalifah Allah di muka bumi..ameen...

dugaan untuk kami yang bergelar ibu dan ayah

assalamua'laikum

terlalu lama pendam nak post pasal ni... erm my little pie sakit baru2 ni.. "viral bronkiolitis".. 4 hari 3 malam jugak kami tumpang menginap di hospital KPJ Klang.... dugaan untuk ku sebagai ibu dan guru.. sebab masa tu 2 atau 3 minggu je lagi nak exam PT3.. dalam menjaga anak yang sakit, hati teringat-ingat anak di sekolah jugak... masih banyak yang perlu dibantu.. sebab mereka boleh sebenarnya... 

"viral bronkiolitis".. selalunya kita sering dengar viral bronkitis.. bronkiol ni lebih kecil daripada bronkus..jangkitan kuman pada cabang2 kecik kat peparu.. itulah yang menyerang rifqi baru2 ni... 

simpton:
hari rabu pagi badan rifqi macam panas sikit.. tapi tak batuk or selsema... so kami bawak ke klinik dulu.. so doktor bekalkan ubat demam dan ubat batuk sebagai persediaan... satu hari tu dia agak pasif  daripada biasa..tapi tak ada batuk2 atau selsema,,. kebetulan adik ipar yang bekerja di hospital Klang datang ke rumah malam tu... bila dia dengar nafas rifqi disarankan untuk ke klinik lagi sekali untuk cek kahak... so malam tu kami lagi sekali kami ke klinik.. doktor cek paru2 dia ok... so doktor bekalkan ubat kahak rasanya... malm tu memang dia sangat lemah... terus tido bila balik daripada klinik.. 

hari khamis bersamaan dengan hari raya aidiladha kami masih di rumah.. plannya akan bergerak ke sekinchan pagi2 tu.. tapi rifqi bila bangun tidor, suara dia dah tak ada... ibarat orang dewasa yang sakit tekak hilang suara.. nak apa2 pakai tunjuk je.. dan of course asyik merengek nak bertenggek di bahu ayah dia.. hati aku dah bimbang sebab batuk tak.selsema tak.. tiba2 hilang suara.. so pagi raya tu lagi sekali kami ke klinik sebelum balik ke kampung... doktor cek paru2 ok.. so doktor tak bekalkan ubat dan minta continue dengan ubat yang ada.. jika masih tak kebah dalam 3 hari diminta datang lagi...

so khamis, jumaat masih lagi on off demamnya.. 2 malam dia tak tidor lena... kami berdua pun sama.. dia hanya dapat tidor lena bila lentok atas bahu ayah dia je... tapi sepanjang dua hari tu kadang2 dia aktif .. berlari lari gembira dan ketawa tanpa suara bila ayah dia kejar.. cuma dia tak nak dengan sesiapa kecuali ibu dan ayah dia jer... dan dia dah start selsema dalam masa 2 hari tu... sohidung dia dah tak blocking sangat... kalau tak dia terpaksa bernafas guna mulut...

pagi sabtu dengan suara yang masih tak ada.. badan tiba2 panas balik.. kami decide terus bawak ke hospital.. aku risau sebab aku memang ada asthma.. aku takot rifqi pun bernasib yang sama... so dari sekinchan awal pagi kami terus ke KPJ Klang... sampai sana jumpa doktor Vanitha sebab doktor Rosni yang incharge rifqi sebelum ni masih bercuti raya haji... doktor cakap paru2 dia ok.. so kena buat ujian darah and xray untuk tahu keadaan sebenar... tapi doc cakap jangan risau sebab paru2 dia ok dan tak ada tanda2 asthma...so kami terus dihantar ke emergency untuk neubulizer, ujian darah dan jugak x-ray.. memang melalak lah kat emergency tu.. start dari neubulizer.. amik darah and xray..

bila result darah keluar so uruskan dengan GL insuran prudential... dalam pukul 2 lebih kot dapat bilik.. tengok keadaan rifqi masa tu sayunya hati ku.. lemah sangat.. tak nak makan apa2... nampak je nurse pakai baju biru terus menangis... trauma agaknya di bilik emergency tadi... masa tu lah doktor daang and terangkan pasal virus tu.. sebab tu doktor kata bila check paru2 ok jer... 2 hari pertama di hospital memang dia tak bermaya... neubulizer setiap 4 jam sekali.. hari ketiga alhamdulillah dia makin aktif.. dah bosan duduk dalam bilik sorang2.. siap ajak ibu dia pergi melawat kawasan klinik.. habis diround wad kanak2 tu.... kebetulan pulak dapat bilik bersebelahan dengan playroom... kadang2 doktor kena datang playroom untuk cek dia... 

dugaan untuk ibu dan ayah apabila anak sakit.. sorry son...  ibu dan ayah sayang sangat rifqi... tapi duduk hospital bukan main lagi bila mak cik dia lepas kerja jer datang bawak ultraman... dibawaknya ultraman tu sekali melawat kawasan wad... 

dan alhamdulillah jugak sebab kami amik takaful untuk rifqi... tak boleh nak imagine jika terpaksa ke hospital kerajaan dalam keadaan jerebu yang memang confirm ramai sakit tyme tu...  untuk anak2 takaful sudah jadi keperluan untuk mereka.. sebab kanak2 selalu sakit... so parents out there yang berkemampuan menabung lah sikit untuk keperluan mereka.. tengah sihat.. tengah mereka berlari lari riang dan ketawa gembira memang tak nampak kepentingannya.. tapi bila datang dugaan tuhan seperti ini alhamdulillah..keselesaan mereka semasa sakit.. keselesaan untuk kita juga... bukan nak menunjuk kami ada duit sebab kami berdua hanya kuli kerajaan je,,, tak banyak amiklah yang murah... itu semua atas pilihan kita... 

semoga rifqi sentiasa sihat lepas ni... minggu ni ibu asyik balik lambat jer.. tiap2 hari balik petang.. dari rumah pengasuh dari pukul 7 pagi sampai petang... ayah pulak outstion ke kedah seminggu... so sabtu ahad ni is your day sayang.... 



rambut tu memag tak boleh turun... memang ori terpacak... 

yeaaaayyyyy   saya dah keluar hospital

muhamad RIFQI: 6 month

6 bulan sudah berlalu..kalau diingat 6 bulan lalu..saat ni aku baru terjaga kot dan ditolak masuk ke dalam wad biasa daripada labour room kesan ubat bius lepas bersalin pukul 1.57 petang... tak lama lepas tu baby rifqi pun ditolak masuk jugak ke dalam wad sebelah katilku... kali pertama menatap wajahnya yang bermata bulat dan besar... senyap jer berkelip-kelip memandang kami...

dan hari ini alhamdulillah muhamad rifqi dah genap 6 bulan... bagaikan sekejap je masa berlalu.. rasa bagai semalam dia melihat dia dibedung nenek dan tokwannya... tapi sekarang? boleh ke dibedung lagi dengan kelincahannya... nak pakaikan pampers skang pun bukan main susah...


dan aku jugak sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyusukan rifqi sepenuhnya selama 6 bulan ni...semasa rifqi dalam kandungan lagi aku berazam untuk menyusukan rifqi paling kurang pun biarlah 6 bulan pertama... pernah jugak aku putus asa kadang-kadang bila aku merasakan susu tak cukup... stok tak banyak... malah terpaksa bangun mengepam susu pukul 3 4 pagi untuk buat stok rifqi.. semoga dipermudahkan lagi untuk setahun 6 bulan lagi... hanya untukmu anak...apa yang penting aku perlu kuat semangat dan rajin demi rifqi...

sesungguhnya anak itu cahaya keluarga... yang menyinari hidup kami sekarang... melihat rifqi membesar dengan pelbagai teletah dan kerenah sangat-sangat membahagiakan kami... sekarang dia dah tumbuh gigi..dah boleh meniarap... berpusing sana sini... ketawa...menangis bila ditinggal keseorangan di ruang tamu..menjerit riang bila ternampak aku untuk mengambil di rumah pengasuh..senyuman yang  luas apabila ternampak ayahya pulang daripada kerja..terlompat-lompat dalam riba apabila menaiki kereta.... oh anak betapa kami menyanyangimu sayang...

semasa rifqi lebih kurang 5 bulan setengah aku dah ajar dia sikit-sikit makan.. aku hanya parut buah pear dan tembikai wangi untuk dia rasa... tapi dia masih tak pandai lagi makan...maka lagi banyak keluar daripada masuk..tapi oklah sebab dia tak menolak bila dibagi... insyaallah lepas ni kena rajin buat bubur untuk dibekalkan ke rumah pengasuh...sekarang ni biar dia belajar makan kat rumah je lah dulu... harapnya berkesempatan untuk menyediakan makanan rifqi setiap hari...


setiap hari merindukan senyuman rifqi walau setiap hari menatapnya... sayang rifqi ketat-ketat...

love is chenta [big day for us]

alhamdulillah.. 2 jiwa kini bersatu

terima kasih tak terhingga kepada mak, ayah, adik2 especially angah the great troublemaker..the one yang menemani aku ke hulu dan ke hilir..sanggup datang johor semata2 nak temankan aku balik ke terengganu.. makcik2, pakcik2, sepupu sepapat ,serta semua sanak sedara yang lain..[bajet macam dorang baca blog aku hahaha]..dan terima kasih jugak kepada semua yang hadir.. jemput pula ke majlis di kulai 30hb jun nanti... naik pelamin lagi sekalilah nampaknya weeeee...

memang rasa sangat lega selepas akad nikah.. sebelum tu semua perasaan bercampur baur macam kena blend.. macam2 yang aku rasa... hari jumaat sehari sebelum kenduri tu aku macam2 ada dalam fikiran... padahal tyme tu bukan leh wat aper pun coz famili lelaki sedang bertolak dari johor dan KL...lepas akad nikah [sekali lafaz] aku rasa macam nak gugur jantung.. tyme baca doa terasa sebak.. tak sangka dah jadi isteri orang... isteri DIA...

cuaca pada hari kenduri tersebut sangat panas... dan aku rasa sedikit kelibut jugak pada hari tu tapi alhamdulillah semua dah berjalan lancar.. dan sangat puas hati dengan pelamin dan baju2 yang disediakan oleh kak anis... semua baju2 dia aku suka sebab semua baju baru dan ikut apa yang aku nak.. malas nak mencari cakap jer apa yang nak .. baju nikah, baju sanding dan baju persalinan... mula2 ingat nak amik 2 pasang jer.. mak aku suruh bersandingng pakai baju pahlawan tapi suami aku jenis tak suka pakai samping and tajak2 ni.. so amik jugak baju persalinan yang simple dan selesa untuk dia dan warna feveret dia, hitam...

dan kemudian kitorang bercuti ke pulau redang, laguna resort.. 3 hari 2 malam... memang seronok untuk berbulan madu kat sana.. coz selain terperap dalam bilik korang jugak boleh melakukan aktiviti2 luar yang menarik seperti snorkeling, melihat maahari terbenam, jalan2 tepi pantai waktu pagi sambil pimpin tangan nak menunjukkan yang ko aku punya hahaha.. tapi kalo nak pergi tyme2 cuti sekolah kena booking 6 bulan lebih awal... sebab biasanya cuti sekolah ni sangat penuh.. macam kitorang ada special kes sikit... dah nak dekat kahwin baru tau lepas kahwin boleh pergi jalan2 ke pulau redang berdua...dah lama tak ke taman laut..dapat snorkeling di taman laut memang seronok tengok terumbu karang tapi stamina tak ada.. cepat semput jadinya dah tua2 ni..

lepas kahwin aku dah ada 1 mak, 1 mama, 2 ayah, 4 adik perempuan dan dah ada 2 adik lelaki.. dah ada big family,alhamdulillah... semoga keluarga kami dirahmati tuhan... semoga selepas ni semua urusan kami dipermudahkan.. semoga aku cepat2 gemuk lepas kahwin..ku menanti saat itu hahaha...

ni antara pic yang ada dalam koleksi aku skang... belum ambil daripada photographer2 yang berkerja pada hari tersebut untuk diburn semer sekali dalam CD.. tapi pesan suami jangan diupload banyak2 dalam fb..simpan untuk koleksi sendiri jer... dalam blog takperlah kot hehehe


here we are, laguna resort.. kalo untuk 3 hari 2 malam dalam rm568 sorang ikut harga pakej yang disediakan tapi alhamdulillah rezeki kami sedikit murah disini

hasil kreatif suami


welcome to our family abanglong :) suka danish dapat geng main PSP bola


my hubby bawak bot sendiri dari jeti ke pulau redang.. terrer hehehe :)

angah n ayah ikut masuk pulau redang sekali..iring sampai ke bilik... pastu balik

sebab special sampai kat luar bot pun tak ada masalah nak pusing2 hehehe

ready nak pergi snorkeling ke taman laut.. suami tak kasi bawak kamera pergi taman laut coz tak ada yang nak jagakan masa snorkeling tengah laut :(

gambar daripada adik ipar, firdaus iqbal..future doktor yang sentiasa dengan kamera..gambar2 yang dia amik biasa akan ada word tentang kita kat pic tu



my lovely mak, ayah, angah, achik and adik... 3 masih available hehehe

my new family..ayah, mama, nenek, deq un, men.. sayang bobot takder tyme ni..

entah macam mana nak pergi cium tangan ain masa salam..malu betol...berangan ape ntah huhuhu...

nenek dari batam...nenek best




tokwan yang manis :)

upacara membatalkan air sembahyang

he is my husband..alhamdulillah..after 4 years 4 month and 4 weeks

anak lelaki sulung ayah :)
sekali lafaz, kami sah sebagai suami isteri :)

angah, achik and syamil yang sangat keletah

itu jer yang mampu aku tepek kat sini..banyak2 nanti kena cubit hahahaha.... aperpun selepas kahwin, banyak perubahan yang berlaku sebenarnya.. salah satunya ialah tiap2 hari teman suami mengadap graf2 dan carta2 serta nombor2 yang aku tak faham... setiap hari.. walau masa honeymoon sekalipun...

aperpun, sangat bersyukur kini semuanya telah berjalan lancar... tinggal majlis di kulai jer nanti...

semoga tuhan memudahkan urusan kami dan memurahkan rezeki kami... ameen ameen ameen

apa anda buat bila stress?

apa anda buat bila stress??

apa yang aku buat bila stress??

telefon family

masa tertekan ni lah rasa sangat homesick.. rasa sangat nak balik umah... tapi takkan nak nangis2 lagi macam zaman belajar dulu kot kol ayah malam buta2 cakap nak balik then esok terus balik kampung naik bas transnasional dari kuala lumpur ke kuala terengganu...

sekarang dah kerja kot.. dah nak jadi suri rumah tangga orang lain dah...

kadang2 kol adik aku cakap lama2.. tak ada benda nak cakap pun tapi cukup dengar sore dorang bercerita.. tak kisah dorang tak tahu aku ngah serabut serabai bagan

keluarkan duit kat kedai cenderamata

beli barang2 yang cantik macam kat bawah ni huhuhu.. sangat suka bila tengok barang2 comel dan tersusun....

tengok frame gambar yang comel... hiasan... tapi aku kurang suka bunga... aku suka tengok kat rumah orang lain bunga tapi aku kurang minat... macam rumah bakal mama aku memang banyak betol bunga.. suka tengok sebab bakal mama aku kreatif.. orang sastera katakan...

ni aku beli kat kedai RM5 kat jusco permas jaya.. seronok betol dapat wat.. dah siap nampak cantik jer.. tapi jarang jumpa puzzle 3D yang murah.. biasa mesti RM25 and above.. so memang ada 1 jer dalam simpanan aku huhu

banyak pensil dan marker warna warni kat situ sebab aku suka kaler2...


makan kek atau aiskrim

sangat suka makan kek... makan kek dengan nikmatnya.. antara nasi dan tepung, aku pilih tepung.. dapat makan rasa seronoknya.. pastu tidor hahaha

aiskrim di sebalik kertas exam budak yang bertimbum :D

melukis atau menconteng

lukis jer apa yang terlintas.. tak cantik takper.. bukan korang nak jual pun lukisan korang tu...aku start mula melukis pas exam PMR.. ni semer aku kumpul dari zaman berhingus dulu


tengok movie

bila tengok movie hilang rasa stress sebab kita boleh lupa yang menyebabkan kita tertekan tu... ni antara CD yang aku habiskan duit beli.. kadang2 tgk online jer... sebab aku bukan penggemar panggung wayang so duit habis kat CD jerlah...

aku suka tengok citer mengarut..mengarut? saper otak kuning biru hijau akan fikir bukan2... mengarut kat situ adalah benda yang tak logik dek akal... contohnya macam charmed, xmen, mutant... pasal sel2 pelik yang menyebabkan berlakunya ketidaknormalan sesuatu.. almaklumlah, dulu kan nak amik biotek tapi terjadi cikgu :D


baca buku

sama mcam tengok cd, dengan baca buku pemikiran kita akan beralih untuk memikirkan sesuatu yang lain daripada perkara yang kita tak suka tu...

ni antara buku2 yang aku kumpul.. baca buku sampai tertidor.. kan terus hilang stress hehehe


buat soalan add math

aku suka wat soalan add math sebab otak aku akan fikir solution ia.. then bila dapat jawapan rasa seronok betol..memang lah dapat buat coz level SPM jer kot.. tak sangka ada jugak orang lain yang buat perkara ni iaitu kak za, ketua panitia matematik sekolah aku.. ada yang cakap makin stress ada lah bila wat macam tu.. mungkin untuk korang, tapi untuk aku satu kepuasan


korang lak buat apa bila stress?
ada yang pelik2 tak?

kadang2 bila kita stress kita akan mengadu kat orang lain yang kita rasa mungkin akan memahami kita..yang kita percaya... sampai kita terlupa untuk mengadu kepada PENCIPTA kita .. sebab Dia Maha Mendengar... dan sesungguhnya rahsia kita selamat dengan DIA.. takkan ada orang lain yang akan tahu... selamanya antara kita dan DIA... sesungguhnya Dialah MAHA PENGASIHANI DAN MAHA PENYAYANG...

kita selalu terlupa tentang itu.. jom kita ingat sama2..

hidup baik-baik

mata-mata