me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Lexis Hibiscus, Port Dickson

assalamualaikum

 Percutian pertama Muhamad Ilham bin Muhamad Syafiq Iqbal..Lexis Hibiscus PD... aku baru tau yang rupanya Lexis ada 3 kat PD.. Lexis, Grand Lexis and Lexis Hibiscus.. ada beza setiap satunya... itu suami akulah cerita.. lokasi dia, design dia and of course lah harga dia.. aku ni jenis malas nak membaca..aku suka tanya jer suami aku biar dia yang cerita.. sebab aku suka dengar dia cakap2 walau kadang2 muka aku macam tak ada feeling bila dia cerita2 hehehee..



my cenonet almost 5month sekarang ni..  so maksudnya lebih kurang 5 bulan jugaklah kami sekeluarga tak pergi bercuti.. lebih kurang 5 bulan jugaklah aku tak masuk shopping mall untuk cuci mata... lagi2 lah 1 mei hari tu semua orang keluar.. family mentua ada majlis pertunangan..family sendiri pulak ke IKEA sebelum mak balik ke terengganu.. tinggal aku and ilham j kat rumah... memang muncung mulut aku boleh ikat lah hari tu... tapi sebelum keluar pergi kenduri husband cakap esok kita pg jalan....

so seperti yang dijanjikan, esoknya lepas siapkan anak2 kami bertolak ke PD... bukan aku jer eksaited tapi rifqi pun sama.. mulut tak berhenti dalam car seat tunjuk pemandangan kat luar "nok tu..pokok" (tengok tu, pokok)...sampai kat sana kami booking dulu since hanya boleh check in petangnya dalam pukul 3... kami ambil bilik yang kat bahagian bunga.. yang mengadap air pancut... tapi biasa jer air pancut tu... setakat tengok dia pancut..rifqi pun tak ada feel tengok...

kalo bilik kat kawasan bunga tu harga dia kitorang dapat RM750 pernight without breakfast... kalo kat kawasan daun tu bilik dia kecik sikit, harga RM680 tak silap.. tapi yang tak best bahagian daun tu kedudukan bilik dia dekat ngan laluan..so ada bilik yang memang terdedah kolam dia..makanya hilang privacy kat situ.. better amik yang bahagian bunga tu..lebih privacy nak mandi kolam.. kalo amik bahagian batang pucuk tu lagi mahallah.. RM990 tak silap...and bahagian pucuk tu lagi mahal kot.. rate harga dia korang leh tengok kat web dia.. kitorang cek booking kat web lebih kurang jer harga dia booking kat agoda.. tap

bilik dia memang oklah.. besar dan selesa...RM750 kot... ada dua katil king..bukan main seronok rifqi melompat2.. tapi yang tak bestnya bila dia suka melompat atas katil yang ada adik dia..mana ada ilham, katil itulah dia nak lompat... pastu gosok2 kepala botak adik dia... 

bilik kitorang kat situ.. kalo ngadap laut pun best jugak kot.. tapi nampak laut jer lah...tak ada pemandangan apa dah...

 kotak line hitam kat lantai tu nampak air laut kat bawah.. rifqi siap meniarap kat situ tunggu ikan lalu agaknya.. 
  
mula2 rifqi bukan main takot lagi masuk kolam.. sebab dah lama tak bawak dia pergi mandi kolam rasanya.. tapi last2 dia yang eksaited ajak kitorang mandi.."jom jom"... sampai kecut jari2..






pemandangan daripada kolam bilik kitorang... oklah.. asalkan tak nampak orang depan mandi hehehe...

sekali masa booking tu dapat voucher RM30 yang boleh digunakan kat walk in.. since kitorang tak turun ke pantai pun sebab ilham masih pantang jumpa orang lagi, kitorang habiskan boucher tu dengan beli sate jer.. RM4.50 dengan 3 batang sate.. sebab ada vouvher habiskan ajer... ada banana bot, sewa basikal.. yang mana biasa ada lah kan kat hotel2 PD.. 

even ni adalah percutian pertama untuk ilham, walau dia tak tahu apa pun..kat mana..tapi lena betol dia tido nak kasi can ibu and ayah layan rifqi mandi.. 1st tyme kot dapat mandi bebas macam tu ngan rifqi.. biasa ayah dia jer yang layan mandi kolam... bukan main lagi dia menjerit2 "tarik..tarik..tarik.."... gelak2.. and boleh rasa and nampak betapa gembiranya dia.. sebab last kami jalan2 awal bulan sembilan tahun lepas kat melaka... dah berapa bulan dia terperap j... sebab sepatutnya cuti sekolah hujung tahun lpas pg jalan2 dulu baru bersalin.tapi terbersalin dulu... 

seronok bila tengok dia seronok macam tu... bila tanya dia, dia jawab "best best".. tak nak balik keluar bilik hotel pulak tu... patutlah pernah terbaca yang anak2 stress kalo asyik dalam rumah jer.. emosi mereka tertekan... lain kali kita pergi lagi ey..tungu adik ilham besar kita pg taiping and penang yer...



wallstreet art IPOH

assalamua'laikum

alhamdulillah... masih berkesempatan untuk mencatat di sini... baru2 ni lepas husband habis exam terus bergerak ke Gopeng.. konon2 untuk reunion dengan salah sorang bff masa zaman UM dulu... alhamdulillah... seronok bila lihat anak kami lak main sama2... dan esoknya pagi2 bergerak keluar ke cameron.. dah tempah hotel lama sebelum tu untuk ke cameron... tapi masa tu cuaca taklah seteruk masa pergi..asyik hujan je... memang sejuuuuuukkkkk giler kot... tapi rifqi macam tak sejuk... sibuk nak main jugak... makan pun banyak jer kat atas..sebab sejuk agaknya... 



esoknya terus bergerak turun melalui tapah sebab ada tanah runtuh kat laluan satu lagi.. pening kepala masa tu hanya tuhan je lah tahu... dengan hujan yang tak stop2 dari pagi.. rifqi pun senyap je dalam keter..aku assume pun dia pening jugak.... asyik menyusu je sepanjang turun jalan... plan nak ke taiping and penang pun tertangguh sebab hujan tak berhenti... macam rugi duit minyak jer jalan2 kalo hujan macam ni... so sampai kuala kangsar kami pusing balik ke ipoh untuk stay sana... tak jadilah nak ke penang... so ke ipohlah kita dengan menyopingkan diri huhuhuhu.....

selain itu kami juga sempat merayau amik2 gambar ke wallstreet art ipoh... kalo ikut peta yang disediakan ada 7 keping mural yang dilukis.. tapi kalo pusing2 kat bangunan sekitar situ lebih kurang ada 10 lukisan kot...  memang seronok jugak buat aktiviti ni... merayau2 sekitar lorong dan bangunan lama kat situ... 

selain tu ada satu kedai kat situ jual magnet bagi setiap lukisan mural tersebut... aku borong jugak 7 keping tapi tak sempat nak snap pic taruk kat sini.... 

 

selain itu, berhampiran kat sinu ada satu padang.. aku tak sure sangat padang apa... memandangkan anak aku baru dapat kaki memang syok lah dia main kat situ.... memang sampai tak nak masuk keter... terpaksa ayah dia pikul bawak masuk keter.... 




so bagi mereka2 yang perancangan percutiaan mereka rosak di perak mungkin bleh mencuba seperti kami.. sebenarnya bercuti ke mana pun tak kisah asalkan masa bersama keluarga itu terisi... 
dan melihat gelak tawa si kecil tu cukup bermakna bagi aku..... 

plan ke Zoo Taiping tak menjadi so nanti ibu bawak rifqi pergi Farm in The City kat seri kembangan je lah.... 

Pulau Jerejak, Penang

assalamua'laikum

cuti sekolah datang lagi, alhamdulillah... walaupun sebundle kertas exam kimia budak belum bertanda dalam bonet belum berusik..insyaAllah cuba disettlekan sebaik mungkin sebab tu 'core bisnes' aku...

cuti sekolah kali ni destinasi tahunan kami ialah pulau pinang..sebabnya suami pun ada hal kat sana.. tahun lepas sempat sehari j kot di pulau pinang... mungkin ni jalan-jalan last untuk tahun ni sebabnya lepas ni dah tak ada cuti panjang dan cuti sekolah akhir tahun nanti perut dah meletup.. cuti sambil berpantang je lah kot..makanya kena jalan-jalan dulu sebelum langsung tak ada peluang...

PULAU JEREJAK ni kalo ikutkan sejarah adalah pulau yang menempatkan orang kena buang daerah dan orang yang ada penyakit kusta.. sekarang dah dimajukan menjadi satu destinasi perlancongan... entah kat mana orang2 yang dibuang kat situ ditemparkan pulak.. allahua'lam.. 

hari jumaat walaupun cuti hari wesak tapi sekolah buat 'Kem Kasih SPM'.. jadi pagi tu kena bertugas dulu kat sana... dah selesai bertugas baru gerak ke pulau pinang..bayangkan dari pasir gudang nak ke pulau pinang.. lebih kurang dalam 800km lebih kot perjalanan... agak risau jugak dengan keadaan perut berisi tapi semangat nak mengikut lebih kuat hehehe..insyaAllah anak ibu kuat...

tips: perjalanan jauh memang memenatkan.. lagi2 kalo mengandung.. jadi sediakan bantal banyak2..letak satu kat bawah punggung..satu kat belakang yang sangat lembut..dan satu bantal kecil di leher.. insyaAllah sangat selesa...sediakan jugak selimut letak kat perut baru pakai seat belt...

pulau jerejak sebenarnya dekat je ngan pulau pinang..betol2 mengadap queensbay mall... tapi bot yang membawa penumpang ke sana hanya ada pada pukul 8.30 pagi, 2.30 petang, 4.30 petang, 6.30 petang dan bot last pukul 10.30 malam.. jadi plan betol2 nak sampai jeti pukul berapa.. mula2 husband cakap mungkin tak sempat sampai siang kat jeti.. terpaksa lah naik bot paling last.. tapi kami terus jer langsung tak berhenti.. maka sampai pun pukul 6.00 kat jeti... aku dah sediakan stok makanan yang sangat banyak dalam keter hehehe... 

biliknya RM130 satu malam.. tapi disebabkan cuti sekolah jadi harga RM200 semalam..ada satu lagi resort atas bukit harga RM400 semalam....tapi yang husband book pun ok lah pulau dan biliknya.. cumanya kat sini hanya disediakan breakfast sahaja..menurut pakcik yang kerja kat survival shop (kerja cenderamata), biasanya bilik kat sini family suka tidor sebab sesuai dengan anak2.. so siangnya lepas tu keluar ke daratan untuk shopping atau makan... malam baru balik.. 

sebab tak sempat makan tadi maka kami pergi ke restoren yang ada dalam pulau tu.. menu dia sikit jer dan harga pun 'sangat boleh tahan'... tak ada makanan berharga kurang daripada rm10.. paling murah RM14 rasanya.. jadi kalo terpaksa makan kat restoren ni, aku suggestkan makan nasi goreng kampung, RM14.. berbaloi sikit sebab ada nasi, kepak ayam seketul, telur goreng ngan salad[tak sempat nak snap pic sebab lapar sangat hehehe].. kalo mee sup, RM14 macam kurang berbaloi sikit... 

kat sini sebenarnya lebih sesuai kalo pergi beramai-ramai atau bawak anak-anak... sebabnya kat sini banyak aktiviti yang boleh wat... jungle tracking..jambatan gantung.. memanah...kayak...swimming... yang mana semua tu aku tak leh nak wat sebab berbadan dua hehehe...jadi kalo nak datang sini datang berkumpulan lebih baik.. kalo berdua macam kami ni..dengan mak buyungnya..memang tak banyak aktiviti lah boleh buat.. duduk berehat merenung laut..dating berdua jer lah...

walaubagaimanapun, asalkan dapat jalan-jalan dan tak perlu drive aku seronok...duduk dalam keter sambil makan-makan memang feveret aku hehehe.... kali ni puas dapat pusing pulau pinang... 

hadiah annvsry in advanced yang sangat menyeronokkan... terima kasih..


pemandangan dari pulau jerejak.. tak banyak gambar diambil dari telefon sendiri.. banyak menggunakan kamera suami.. ini jer kot gambar pemandangan yang ada dalam phone... dekat je pulaunya dengan daratan pulau pinang... jetinya pun dekat dengan jambatan pulau pinang...


percutian akhir tahun : Tahun Melawat Perak

assalamua'laikum..

[post kali ini sangat panjang.. harap maklum]

"abang amik cuti 2 hari, jumaat isnin.. so oyang nak pegi mana? ke nak balik terengganu" bertanyalah suamiku suatu hari kepadaku... aku tau dia rasa tak sedap sebab sepanjang cuti sekolah ni dia bz memanjang je... setiap hujung minggu takder kat rumah... aku kerja mengekor je lah bila dia outstation masuk hotel.. mungkin suami aku kesian tengok isteri dia asyik terkurung je kat rumah... then mak cakap "pergilah jalan2... nanti dah ada anak kecik kuwek2 susah nak jalan berdua dah".. maka aku cakap ngan suami aku nak pergi IPOH... suami ok kan jer.. tapi bila ramai yang tanya "Ipoh?? ada apa kat ipoh" bila aku cakap nak pergi ipoh... so meh sini nak citer sikit aper ada kat ipoh...




(ni gambar di rumah bibik Mimi di tanjung malim.. berdekatan dengan UPSI..sebelum bergerak ke Ipoh singgah di tanjung malim dulu... pagi2 sekeliling rumah berkabus.. macam tinggal di cameron lak huhuhu) 

extually kitorang ada pemandu pelancong yang telah ditempah khas oleh encik hubby.. hehe sebenarnya kawan kitorang masa sama2 belajar kat UM dulu.. sebab hobi dia adalah melancong so kitorang panggil dia pemandu pelancong.. kat sini ada link blog dia ---> http://kirapu.blogspot.com/


gerak ke Ipoh dari tanjung malim lebih kurang dalam pukul 10 pagi hari jumaat... so lebih kurang dalam pukul 1 sampai hotel.. suami tempahkan hotel Fair Park melalui agoda secara online.. hotel dia oklah.. setakat berdua standard room pun dah cukup selesa...

selepas suami balik dari semayang jumaat kami bergerak ke kuala kangsar dulu... kat sini banyak bangunan2 istana diraja... kami tak turun kereta pun.. setakat pusing2 je tengok bangunan2 yang unik kat situ... sebab tujuan utama dia adalah nak pergi makan je kat kuala kangsar..



tengahari pertama kami makan di mana ntah.. tapi berhadapan dengan sungai perak rasanya.. kat situ ada jeti yang menyediakan perkhidmatan bot sepanjang sungai perak melihat bangunan dan tempat2 menarik.., bayaran untuk bot adalah sebanyak RM6 untuk seorang...


(1st tyme jumpa daging salai... dagingnya dicicah dengan sos macam kicap gitu.. tapi aku taram dengan sambal lada biasa je.. sedap dagingnya)

 seterusnya kami bergerak ke taiping... ada 1 mcD dan balai polis di taiping yang sangat unik binaan dia... sesuai dengan tema bandar warisan..tapi tak sempat nak snap gambar dia.. kat sini plannya nak ke bukit larut.. tapi memandangkan dah sampai pun petang so tiket untuk naik trak pun dah habis.. nak ke atas jalan kaki pun boleh.. tapi tak sanggup aku nak  berjalan kaki... walaupun tak berkesempatan naik bukit larut tapi dekat dengan kawasan bukit larut tu berdekatan dengan zoo taiping... taman tasik taiping... dan satu air terjun mandi manda yang aku lupa nama dia.. burmese kot... view di kawasan2 ni sangat cantik... aku suka pokok2 yang ditanam di sekeliling taman tasik taiping... kat tasik ni leh naik bot..Sampan.. harga lebih kurang dalam rm10-rm20 untuksetiap permainan.. aku dan suami pun menggunakan peluang ni berdating atas bot kayuh sementara pemandu pelancong kitorang lepak2 online dikafe

    
(air terjun yang lupa nama.. tak mandi pun kat sini)



 
antara pemandangan di taman tasik taiping

kemudian entah macam mana encik suami ajak ke pulau pinang malam tu... kalau dari taiping dah tak jauh untuk ke pulau pinang.. tapi kalo nak tidor sana memang aku langsung tak prepare ape2... aku cuma bawak telekung semayang je kot..maka alkisahnya "hoorayy..malam ni shopping dulu before ke penang hehehe"


(singgah di tesco taiping.. antara menu malam tu yang order 2 kali adalah nasi briyani ngan mee bandung muar..kedai dia adalah kedai paling hujung kat food court.. walau dijual kat food court tapi rasa dia boleh tahan)




(bertolak dari taiping dalam pukul 10 malam.. akhirnya sampailah kami di sini pada malam tersebut.. ni je hotel yang sempat dibooking online sebelum bertolak tadi.. tune di penang agak tidak selesa... toilet bilik kami pun agak kurang bersih)

esoknya pagi2 dalam pukul 10 dah gerak ke bukit bendera.. tyme tu orang dah ramai..parking pun penuh.. tapi alhamdulillah dipermudahkan urusan kami... 

   
(antara pemandangan daripada bukit bendera... subhanallah)


(bila dah naik bukit bendera mestilah pekena kacang kuda kan)

then lepas tu dalam pukul 1 turun daripada bukit bendera menghala ke rumah makcik suami.. dah lupa lak aper nama tempat dia... dalam pukul 4 camtu bergerak ke ipoh.. sampai disana konon2 nya nak ke taman paya bakau matang.. tapi lalu depan signboard je lah hehehe.. coz berdekatan dengan kuala sepetang, sebuah pekan cowboy bagi aku... maka ke kuala sepetang pekena mee udang... yang glamer mee udang mak teh dan mee udang mak jah... tapi sangat ramai orang.. siap kena berdiri lagi tunggu kerusi... ada 2 buah bas kot berhenti kat situ... tapi sebab ramai sangat orang maka kualiti rasa macam kurang.. lain kali insyaAllah nak try lagi yang kow kow punya... 


 



then selepas tu bergerak pulang ke ipoh.. sebab malam masih muda..dalam pukul 9 camtu..so pusing2 ipoh dulu ke kinta riverfront yang dihias seperti i-city shah alam.. penuh dengan lampu2..  

 

hari seterusnya pagi2 dah keluar breakfast.. then bergerak ke memory lane ipoh... walau member tak ada, tekan je gps tu jumpalah memory lane tu.. memory lane ni hanya dibuka pada ahad pagi... tempat dia mcam pasar karat kat jb.. banyak betol benda2 lama dijual kat sini... sekadar pusing2 je.. tak ada aper nak beli pun kat sini.. tapi untuk cuci mata memang best...



lebih kurang dalam pukul 10 macam tu sampai balik  hotel.. dan terus bergerak ke cameron lak... tapi mak aih jalannya jem jem jem sangat sangat sangat.. sepanjang jalan tu aku tidor je kot... tetiba terjaga terdengar suami cakap kat member dia , " aku lemah betol kalo jalan macam ni... tapi nantikan merengek pulak kalo tak pergi".. hahaha aku pun sebenarnya redha je kalo suami nak pusing balik tapi sempatlah jugak sampai ladang teh boh.. kat situ pun ok.. view sangat cantik... ada satu restoren atas sana tapi hanya jual air teh yang macam2 jenis dan roti.. jadi mat salleh jap hehehe...

(membincangkan isu teh negara)

(encik chinta hati)

(konon2 macam postkad lah hehehe)

then dalam pukul 5 lebih dah sampai kat bawah balik... lepas tu pusing ke taman eco park yang terletak kat mana aku pun tak sure.. yang pasti dekat jugak lah dengan airport perak... taman yang agak besar yang berdekatan dengan kawasan perumahan yang besar2... lebih kurang mcam proton city di perak.. kalo lah rumah dekat dengan taman tu mesti sangat best... 


malam tu kami dinner di D'Polo.. satu kawasan makan yang agak besar dengan pelbagai gerai yang menjual banyak makanan.. pilih jerlah nak gerai aper.. konsep tempat makan dia macam kat Raska, Damansara... macam2 ada...

selepas tu bergerak ke gerbang malam Ipoh, Jalan Dato Tahwil Azhar.. macam uptown KL lah kot.. dah lama tak pusing uptown dengan enchik chenta hati kot... terexcited pulak rasanya hehehe....setiap malam dibuka katanya... ada satu kedai yng mencetak gambar atas kayu.. sangat cantik.. insyaAllah nanti mungkin akan mengorder jugak kot untuk rumah sendiri...


lebih kurang dalam pukul 11 dah kot.. kami ke satu kedai kopi.. bila ke ipoh mestilah pekena kopi kan coz white coffee kan asal dari sana... kat sini bermacam jenis kopi ada... aku order kopi float yang menyebabkan enchik hubby gelak sakan.. tapi sedap jugak.. sebab aku dan suami bukan penggemar kopi so bagi kami sekadar merasa ok lah... meraikan kedatangan ke ipoh.. tapi kesannya malam tu aku dah berdengkur kepenatan, suami masa terkebil2 mata sebab kesan kopi hehehe...



seterusnya pagi esok bergerak dalam lambat sikit coz dah kepenatan semaalam.. memang sajer nak kuar lambat coz plannya suami ajak makan nasi arab bersebelahan dengan kinta riverfront.. suami memang penggemar nasi arab.. so follow je lah... 





seterusnya kami bergerak ke taman rekreasi gunung lang... kat sini kena naik bot RM3 sorang untuk ke taman tersebut... ada rumah2.. beberapa jenis binatang.. boleh kasi makan ikan.. kalo ajak budak2 mesti seronok untuk bermain terutamanya pada waktu petang.. 






(kali pertama tengok ikan keli live sebanyak ni)



dalam pukul 3 bergerak ke tanjung malim.. tapi plannya nak singgah di taman rekreasi kuala woh, tapah.. plan asal nak jalan2 jer.. tapi bila dah celup kaki dalam air... tak tahan godaan.. 2 jam jugak kami berendam dalam air.. seronok sebab tak ramai orang... air pun jernih sangat.. memang tak puas lagi mandi kat situ... kalo picnic ramai2 kat situ mesti best... 


(air disekat untuk memisahkan sungai dan kawasan air laju.. so budak2 senang nak mandi di kawasan sungai yang cetek)

bila suami tanya berapa bintang nak bagi untuk percutian kali ni.. aku cakap 4 daripada 5 sebab tak pergi ke gua tempurung so hilang satu bintang hehhee... tapi sebenarnya tak kisah pun kemana dan dimana asalkan bersama dia dah buat aku gembira... walaupun aku masuk hotel ikut dia mesyuarat tak buat aper pun aku seronok... tapi mungkin dia kesian tengok aku temankan dia jer tak buat aper....

tulah antara perjalanan tempat2 yang menarik untuk dikunjungi di Perak.. jangan ingat Perak tak ada ape.. tahun depan tahun melawat terengganu lak... Kenyir here we come insyaAllah hehehe...

key chain penambah koleksi aku tahun ni.. :)

mata-mata