me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

kenapa perlu cemburu dengan orang jahat

assalamualaikum

waaaaa lamanya tak mengepost kat sini..banyak nak menaip kat sini sebenarnya tapi tak berkesempatan... lagi2 pasal pengangkutan awam kat UK dan juga budaya kat sana yang sempat diperhatikan sepanjang mebih kurang 3 minggu bermusafir kat sana baru2 ni.. tapi ada jer yang menghalang untuk berceloteh panjang kat sini.. hidup ku macam huru hara sekarang ni huhuhu.... betapa bermasalahnya pengurusan masa aku sekarang ni... allahuakbar.

berbalik kepada tajuk... 

8 Julai 2017/sabtu baru2 ni.. berlangsungnya LADAP team building SMK Bukit Kuching Tengah di MCL D'Bamboo, Kuala Selangor.. objektif LADAP ni aku rasa adalah untuk membina ukhwah dalam sebuah organisasi supaya semua orang bergerak ke arah satu matlamat yang sama... 

alhamdulillah.. program tersebut berjalan lancar.. macam terapi stress pun iyer jugak agaknya... sakan bergelak dengan rakan2 sekerja... di samping mengeratkan silaturrahim.. insyaallah

antara salah satu aktiviti yang membuat aku bermuhasabah diri sekejap adalah aktivti mengoyakkan kertas surat khabar untuk dicantum balik oleh kumpulan lain... mula2 moderator suruh koyakkan sehelai surat khabar kepada 5 bahagian., kemudian passing kepada kumpulan sebelah... kemudian kumpulan tersebut akan mencantumkan balik surat khabar tu... 3 kumpulan terpantas dikira menang.. masa ni kumpulan sebelah kitorang tu group lelaki.. entah macam mana dorang bagi 4 keping je.. so kami tak dapat cantumkan...

kemudian moderator suruh koyakkan lagi kepada 10 bahagian pulak... so masa ni dah start ada kumpulan yang nakal koyakkan kecik2 lah..macam2 lah supaya group lain susah nak cantumkan... group lelaki sebelah kitorang memang pedajal jer kertas surat khabar tu.. masuk kali ketiga disuruh koyakkan kepada 15 bahagian pulak.. masa ni kami dah mintak siap2 nak passing ke kiri pulak dengan harapan nak pedajal group cikgu laki tu pulak.. memang kaw2 kami kerjakan kertas surat khabar tu.. direnyuk2 lagi.. yang group lelaki sebelah tu siap basahkan lagi kertas tu nak pedajal punya pasal.. TAPI.. arahan moderator kali ni ialah, amik balik kertas tu dan cantumkan balik dalam kumpulan masing2.. amik ko.. satu kerja dah pulak nak bukak balik kertas yang dironyok2 tadi... 




MORAL OF THE ACTIVITY: padan muka korang yang nak kenakan orang lain tu hahahaha

dan aku teringat nasihat seorang kakak... Tuhan telah menciptakan neraka dan syurga.. maknanya memang tuhan tahu ada orang jahat dan orang baik.. JIKA tuhan telah memilih kita untuk menjadi orang yang baik, orang yang sentiasa bersabar, orang yang sentiasa amanah dalam kerja, orang yang sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik, orang yang sentiasa tersenyum, orang yang sentiasa memudahkan urusan orang lain, JADI kenapa kita perlu cemburu dengan orang jahat yang selalu mengadu domba pasal kita, yang sentiasa bercakap buruk tentang kita, yang suka mengeluarkan kata-kata cacian dan makian kpada kita.... alhamdulillah Dia memilih kita untuk menjadi sebahagian daripada syurganya.. InsyaAllah...

Teruskan hidup ini dengan senyuman... just do what do you think is right for your journey to jannah..insyaallah... jadilah orang yang sentiasa positif, yang mudah dengan senyuman, yang mudah menghulurkan bantuan, yang sentiasa cuba mengeratkan silaturrahim, yang jujur dalam berukhwah... tinggalkanlah kerja2 jahat untuk syaitan jer.. jangan kita pulak join dorang atau jadi lebih teruk dari dorang...

insaf insaf... sebab akulah salah sorang yang tukang renyuk surat khabar tu huhuhu... 




kita adalah guru, mereka adalah pelajar

assalamua'laikum

dewasa kini banyak isu atau masalah yang timbul dalam perhubungan antara guru dan pelajar.. keadaan dah tak sama macam zaman aku dulu.. dulu seorang guru sangat dihormati.. sangat disegani... setiap kata guru dituruti.. kalau buat salah rasa sangat takot....malah..kalau dimarah atau didenda guru kat sekolah tak akan berani nak report kat parents coz nanti makin ditambah lagi....

TAPI itu semua dulu di zaman teknologi tidak semaju sekarang... di zaman para pelajar tidak se advance sekarang.. di zaman dunia masih mementingkan budaya dan resam... masih lagi adat ketimuran dimartabatkan.... zaman dimana yang tua dihormati dan yang muda disayangi...

tapi kini banyak yang berubah.. mungkin dah lama berubah tapi aku yang masih di bawah tempurung... keadaan sekarang dah tak macam dulu.. sekarang keypad sentiasa dihujung jari.. termasuk aku hehehe...

erm isu sebenar yang aku nak taip sebenarnya kisah hubungan antara pemberi ilmu dan juga penerima ilmu.. mentang2 lah sekarang zaman cyber..zaman era globalisasi.. semer benda nak kena advance.. tapi perlu ke advance sampai melupakan adat menghormati guru...lupa taraf seorang yang memberi kita ilmu?? konon2 dunia sekarang dunia canggih... setiap manusia ada hak bersuara... tapi perlukan untuk seorang pelajar melabel seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada dia dengan pelbagai kata makian yang tak sepatutnya..dengan pelbagai kata hinaan yang menampakkan kebodohan diri sendiri jer kot...

"pelajar mengugut guru...pelajar menghina guru...pelajar biadab dengan guru...pelajar menghina guru di laman sosial... bla bla bla bla....."

seperti seorang guru tiada nilai di mata pelajar... lupakah mereka siapa guru.. at least kalau tak nak hormat sebagai seorang guru, jangan lupa yang mereka lebih tua daripada kita.. jangan lupa yang kita dididik untuk menghormati yang lebih tua....

anjing pun takkan menggigit tangan yang memberi ia makan...fikir-fikir kan lah sendiri

aku akui, keadaan dah tak sama macam dulu.... dunia pun dah berubah... tapi perlukah perubahan ni semer??

tetambah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang....sepupu aku darjah 1 pun ada fb.... so sekarang fb menjadi tempat luahan pelajar2...hari ni kat sekolah kena marah ngan cikgu, malam ni penuhlah komen2 kat fb memaki hamun guru... aku ulang lagi sekali k, MAKI....

kool ke camtu? tak kool langsung beb...kalo aku berada tempat kawan lu,'hek elleh, tu pun nak post kat fb..macam budak kencing berdiri r lu'..

tapi realitinya aku seorang guru..aku ulang lagi sekali, aku seorang GURU.. sebab tu aku tak balas macam tu...sebab tu aku tak maki hamun pelajar macam pelajar maki hamun seorang guru kat fb.. sebab guru adalah manusia yang educated.. diciptakan untuk menyampaikan kebenaran walau terpaksa telan hati sendiri... seorang guru adalah manusia yang dapat mengawal emosi masing2 supaya tak biadap macam pelajar yang kurang ajar tu... [sebab kita adalah cikgu, bukan pelajar]

sebab tu kitorang jadi cikgu yang lebih pandai daripada korang yang bergelar pelajar tapi berlagak cool segala aspek tapi tak sedar otak belum penuh..... [eh, kurang ajar ke ayat macam ni]

kita adalah guru, mereka adalah pelajar...

im 14 and i want a baby











assalamua'laikum

satu benda yang aku tertengok di u-tube... satu talk show kat negara aku pun tak sure tapi banyak siri dia kat u-tube... tapi dalam bebanyak tu aku tertarik kepada satu siri, 'i am 14 and i want a baby'..

empat belas tahun... lebih kurang dalam sebaya adik bongsu aku kot... tapi dah ada planning sendiri...hampeh...planning yang dia sangka akan membuatkan hidup dia bahagia sebahagianya coz dia ingat dunia ni adalah seperti fairy tale story yang happy ending ever after tapi hakikatnya dunia ni 'PANDANGAN MANUSIA TAK PERNAH ADIL'...

apa yang aku nak taipo hari ni ada dua benda kot.. KOT??... first pasal pemikiran seorang budak.. aku tak nafikan dia masih budak dan keputusan yang dia buat tu datang dari pemikiran dia yang naif bersandarkan dunia dia semata.. walau mak dia, steve penonton tak menyokong apa yang dia nak buat tapi dia still pertegakkan apa yang dia nak... walaupun steve panggil seorang lagi penonton yang pengalaman macam she want to be, dia masih tegakkan, I WANT A BABY.... dari 3 kurang lak kepada sorang.. [bla bla bla macam vid kat atas]

b***h punya budak.. pemikiran singkat... ingat senang ke nak jadi mak.. umur macam ko tu pergi sekolah.. bla bla bla bla.... nasihat tak nak dengar..bla bla bla bla.... mungkin itu antara kata2 yang ditujukan kepada budak tu.. mak dia pun sama jer aku tengok.. adakah dengan memberi nasihat macam tu boleh menyelesaikan masalah???

budak 14 tahun belum kenal erti dunia yang sebenar, malah aku yang umur 25 tahun ni pun kadang2 rasa naif apatah lagi 14 tahun... dan aku rasa tak boleh nak salahkan budak tu jugak sepenuhnya, apa yang dia nak buat, apa yang dia fikir yang terbaik untuk dia datang dari pandangan dia tentang dunia fairy tale dia sendiri... jadi kenapa kita yang anggap diri dah dewasa dan sangat matang ni trus judge dia dan bla bla bla bla kat cuping tinga dia...

so aper nak buat? mana aku tau, aku masih naif tentang dunia hahahha.. dan pada pandangan naif aku ni apa kita dekati budak tu dengan kasih sayang... jangan tunjukkan negatif apa yang dia fikir tapi tunjukkan positif jika dia tak amik keputusan yang dia nak buat tu... sebab remaja ni jiwa dia memberontak... tak suka ditegur directly... apa yang dorang fikir itulah yang terbaik untuk dorang... nak menegur pun ada caranya coz dorang sangat percaya bahawa apa yang dorang wat tu adalah terbaik

tengoklah sendiri vid2 kat atas tu...mungkin pandangan kita akan berbeza sebab PANDANGAN MANUSIA ITU TAK PERNAH ADIL... part ke enam aku tak attach kat sini....sebab aku tak suka tengok rupa ayah yang meninggalkan anaknya.. kalo aku jadi budak tu sebelum peluk ayah aku tu aku tanya dulu, kenapa ayah tinggalkan saya.. kalo jawapan best baru aku peluk kalo tak takyah :D[upss hanyalah pandangan daripada manusia naif tentang dunia]

aku rasa tadi aku ada dua benda nak taip, tapi dah lupa dah apa dia... STML :P... aggap jer perkara kedua tu adalah next ntry hahhahaha.....

ok, mode homesick makin hilang tapi nak cari mood kerja kat mana ntah aku letak.. jangan tertinggal kat terengganu sudah :D

hidup baik-baik...whishkah

pilihlah untuk bahagia

"kebahagian hati”

Itulah antara pengisian yang disampaikan oleh kaunselor muda sekolah aku sewaktu pembangunan insan pagi tadi.. erm dah lama rasanya tak review mana2 ceramah, forum, or aper2 majlis ilmu..itu tandanya dah lama aku tak join majlis ilmu yang membuatkan hati aku ‘tersentak’.. seingat aku dalam blog aku ini hanya satu jer kot post review majlis ilmu, dengan majikan aku kak norli dulu masa kursus baitul imran dulu yang menekankan keikhlasan dan pujuklah hati......dan jugak LDP pertama aku kat sekolah ni dulu kot....dulu masa belajar geng2 ‘anak ikan’ ramai yang suka pergi majlis2 camtu so menyebabkan aku ikut sama yang menyebabkan banyak aku post kat blog Friendster aku dulu..kalo tak khazanatul asrar kerja tidor jer kot menghabiskan masa hehehhehe, [anak ikan adalah panggilan my encik kepada kawan2 aku coz katanya dalam banyak group2 kat fakulti sains, geng2 aku takkan ada yang jalan sorang2...jalan mesti berteman dan harap maaf sebab kami takder kawan rapat lelaki fakulti :) dan entah bagaimana aku boleh terpancing dengan dia hahahha]

Main point yang aku rasa tadi, aper2 hal yang kita buat kalo tak ikhlas, kalo tak redha, hati takkan bahagia... sebab kita tak bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah pada kita sedangkan DIAlah yang MAHA MENGETAHUI... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... ada hikmahnya kita miskin..ada hikmahnya kita mempunyai penyakit..ada hikmahnya kita berkawan dengan orang yang berbagai ‘keunikan’... pasti ada hikmah..PASTI.. tapi kalo hati kita tak dapat nak menerima kenapa aku lahir dalam keluarga yang miskin, kenapa mak ayah aku bercerai..kenapa family aku tak bahagia...kena hidup aku sentiasa berdepan dengan manusia yang bermasalah dan sentiasa menyusahkan hidup aku??? Kenapa bla bla bla bla.... selagi kita tak berpuas hati selagi itulah kita tak akan bahagia kerana asyik mempersoalkan kekurangan kita... dengan memilih untuk redha dan bersyukur,insyaAllah kebahagian itu akan hadir....

Aku adalah manusia yang sangat ‘cengeng’...lagi2 bila kena wat kerja yang aku tak suka seperti kokurikulum... datang kat sekolah ni tetiba kena aktif.. aaargghh i hate that... jadi cikgu rakan muda yang sangat banyak aktiviti kot tahun lepas anjuran JBS negeri..kena pergi kursus jauh2 dengan takder transport masa tu... tahun ni jadi pegawai KOAM.. tahun ni jadi guru penasihat kadet polis yang ‘sangat diminati’ unit polis Bandar seri alam... aarrggghhh tak suka... dan aku juga ‘cengeng’ bila aku stress.. pendek kata aku tak suka hidup aku serabut dengan hal aku tak suka... jika pandang dari sudut bawah meja, arrggghhh giler stress... tapi kalo pandang dari sudut dalam meja, tuhan sedang berbicara dengan aku tentang erti kekuatan hati..mungkin.. who knows... selagi hati aku masih tak belajar menerima selagi itulah aku tak bahagia dengan semua kerja tu... [ngah taip ni memanglah konon2 macam redha tapi bila datang kerja , hati aku mengamuk lagi hahaha]

Maka dengan itu terimalah dengan setiap apa yang berlaku dengan hati yang sangat terbuka..redha dengan setiap kejadian... bersyukur dengan setiap ketentuan...saat itu kitalah orang yang paling bahagia....

Mulut mungkin senang berkata... tapi hati perit untuk menerima... itu normal sebab namapun manusia... kite bukan alien yang ada tanduk kecil warna hijau yang buruk tu.... tapi sebab kita manusia lah kiter perlu berubah kerana kitalah makhluk yang paling istimewa di sisiNYA.. .... kita special k...dan cukuplah kiter special dan bukan unik k hehehhe

Dan satu lagi pengisian pagi tadi,

“Tinggalkan yang haram, kamu akan dapat yang halal,

Tinggalkan yang buruk, kamu akan dapat yang baik”

Semuanya dari diri sendiri..pilihlah jalan mana yang kita nak...dan aku pilih untuk bahagia

Luar dari tajuk:::: waaa dah bulan 6...kejapnya masa berjalan... lambatlah sikit sebab saya sangat selesa dengan hidup saya sekarangJ...dan lagi satu saya takut mengalami perubahan yang besar dalam hidup saya

manusia dan internet

assalamua'laikum

tetiba terasa ada 2 topik yang aku nak luahkan malam ni..[blog aku kan tempat luahan perasaan dan pendapat aku :D]

sesuka suki upload pic orang lain

erm alkisahnya sekarang ni korang menggugle atau memforum banyak thread2 yang hanya membincangkan [atau lebih tepat ayat yang mengupload] gambar2 perempuan... ada yang pic awek2 cun...awek2 bertudung..n bla bla bla...

sebagai forumer dan seorang wanita aku memperhatikan terdapat gambar2 yang diambil daripada fb... so pda pendapat aku amatlah kurang elok mengupload pic orang lain yang entah saper2 kat forum2..kemudian menjadi komen2 kat situ...

ada yang cakap, 'alah, dia sendiri pun upload kat fb dia untuk jadi tontonan umum'... yang menjawab macam tu b**o tak gi sekolah ker? dia upload hak dia, dan yang mengkomen tu adalah kawan2 dia..apa pulak hak ko nak upload pic dia tanpa kebenaran.... lepas tu ramai pulak tu jejantan duk komen2 kat situ... lainlah pic dia tu memang sengaja diletak dalam blog untuk tontonan umumsebab dia pun giler glamer so tak salah lah kot korang makin mengglamerkan dia .... yang boleh disaksikan oleh berjuta manusia tanpa sempadan...

korang bayangkanlah tetiba abang dia ke, tunang dia ker, buayapren dia bukak forum tu dan tgk adik/tunang/gelipren dia menjadi perbualan hangat korang..apa perasaan dia agaknya dan letakkan korang di tempat dia lak... tak rasa terbakar ke?

dia upload dalam fb hanya untuk tontonan kawan2 dia jer...janganlah sesuka hati korang lak gi upload kat forum2 lain... bagi aku tak elok sangat2....

agaknya sebab tu lah ada amaran untuk perempuan2 islam mengecilkan saiz gambar2 yang diupload kat fb sebab ramai mata2 belang kat lua ni.....[ok, saya faham sekarang]

panahan video u-tube


erm sekarang dah jadi trend lak masing2 wat video then upload kat u-tube... macam2 jenis ada.. dan sorilah kepada yang terlibat dan membaca post ni coz aku rasa kadang2 orang macam ni kurang perhatian pun yer jugak...

walaubagaimanapun tak aku menafikan ada video2 yang bermutu dan memberi maklumat ataupun opinion yang bernas... aku sendiri pun addicted ngan video2 mcam ni macam anwarunhadi, mat luthfi dan happyslip and the geng... walaubagaimanapun aku perhatikan ada video yang sangat2 tak bermutu ..contohnya macam :::


[sorilah, aku sangat2 rasa tak educated video ni]

dan macam2 lagi video yang bila aku tengok , aku rasa eyaarrkkk....

so pleaselah, pengguna2 u-tube sekalian tolonglah jangan memb***hkan diri korang depan kamera dengan melakukan aksi yang bukan2 dan bercakap tentang perkara yang bukan2 sebab nanti beribu2 manusia akan merasa kesian kat korang bila tengok video2 tu termasuklah aku... nak glamer pun bukan begitu caranya...

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

entah kenapa aku rasa malam ni aku taip belog aku ni macam dalam keadaan emosi yang tak stabil..rasa nak memarah-marah jer kerjanya.... erm yup aku ngah emosi kot...

walau apapun apa yang aku taip post kali ni ikhlas dari pandangan aku sendiri.... mungkin akan ada yang cakap, 'well its world wide web, so lanntak lah dorang nak post video aper pun kat u-tube'..so aku jawab awalm 'well this is khazanatulasrar punya blog, so lantak aku lah nak taip pasal aper pun hehehhe...'..but afihsays, sori aku terpilih video ko untuk diupload kat sini[tapi aku rasa ko lagi suka kot aku memfofularkan ko kat sini :P]...

so, moral of the story hari ni, nak buat sesuatu fikir lah dulu..jangan sampai memalukan diri sendiri ataupun membuatkan orang lain rasa ko ni mengjengkelkan...

wishkah...jaga diri hiasi peribadi..hidup baik-baik

hidup sentiasa ada pilihan, sebab tu aku ada disini

assalamua'laikum

4 5 tahun lalu cita2 aku nak jadi 'ahli bioinformatik'.. konon2 nak menghasilkan tumbuh2an yang unik....cipta labu warna biru... lobak besar.. bla bla bla

tapi aku tak yakin dengan diri sendiri... masa isi borang UPU sebelum result final matrix keluar, 7 daripada 8 option aku letak bioteknologi da pilihan ke 8 adalah cikgu UM... kemudian result matrix keluar..alhamdulillah aku dapat 4.0 (ataupun ayat mudah 4 flet)... gile2 heppy tyme tu..

WALAUPUN dapat keputusan camtu aku telah ubah pilihan UPU aku... kelapan2 pilihan aku letak pendidikan... pilihan pertama UM, UKM, UPM, UPSI, bla bla bla.. dari berkobar2 nak jadi ahli bioinformatik aku ubah kepada nak jadi cikgu(alasan terbesar sebenarnya adalah pilihan mak aku)

alhamdulillah, aku dapat pilihan pertama aku ijazah sarjana muda sains dan pendidikan di UM.. tak payah fikir panjang, istiqarah pun tak, major math, minor kimia.... itu jer aku tau..aku malas nak fikir panjang... ini bukan pilihan aku pun... fizik aku tak suka dari zaman sekolah..bio hanya buat aku nak muntah (walhal malas dah nak amik tau lpas tak jadi amik bioteknolgi)... 4 tahun aku kat UM belajar nak jadi cikgu atas dasar pilihan mak aku.....

habis 4 tahun kat UM, aku grad... dah grad aku kerja.. dah selamat kerja pun kat SMKSA2.... kerja yang asal2nya adalah pilihan mak aku dulu... stress tak erk buat kerja yang kita tak suka??

kerja apa yang tak stress?? hehehehe

walaubagaimanapun, walaupun kerja ni pilihan mak aku dulu untuk anak dia yang masih mentah.. walaupun kadang2 aku rasa sangat penat wat kerja ni..walaupun kadang2 aku menangis dalam bilik air kat sekolah(yarrrrkk)....TAPI mak aku dah buat pilihan yang terbaik untuk anak dia yang dah makin dewasa ni...

sepenat mana pun kerja aku.. aku rasa enjoy bila masuk kelas.... duduk rehat teringat balik peristiwa dalam kelas telatah yang menyakitkan hati pun leh wat rasa kelakar....

HIDUP SENTIASA ADA PILIHAN... kalau aku masih memilih untuk kecewa sebab terpaksa amik pendidikan bukan bioteknologi aku dah menderita lebih kurang dalam 5 6 tahun agaknya... mak aih sadis giler hidup kot hahahha.. tapi aku pilih untuk enjoy dengan pilihan tu.. so skang ni walau penat.. bz.. geram..sakit hati..menyampah... aku enjoy jadi cikgu..dikelilingi mereka2 yang belum mentah...

HIDUP memang SENTIASA ADA PILIHAN..pilihan untuk gembira atau sedih..pilihan untuk mengamuk atau mendiamkan diri...pilihan untuk pergi atau tak..pilihan untuk memaafkan atau tak..dan bla bla bla bla bla..... kadang2, lepas dah penat... ambil masa untuk bertenang... fikir balik pilihan2 yang dah kita ambil... apa yang dah kita buat..betul ke tindkan yang kita dah lakukan tadi... ambil tindakan perubahan atas yang tak patut kita lakukan... sebab semua tu adalah pilihan.. selagi masih hidup selagi itulah kita akan ada sentiasa ada pilihan...

aku gembira dengan pilihan yang mak aku dah buat untuk anak dia dulu.. tq mak... i love u...

bila fikir2 pilihan2 yang dah aku buat, satu pilihan yang aku membuatkan aku senyum.. aku dah pilih dia... dan aku bersyukur sebab aku pilih dia.. aku bersyukur sebab tak pilih yang pendiam, yang nampak misteri, yang susah nak senyum...

buat semua warga pendidik , selamat hari guru... semoga terus sukses dalam dunia pendidikan.. walau apapun beban yang kita pikul, ingatlah tugas utama kita.. MENDIDIK...MEMANUSIAKAN MANUSIA.. semoga korang bahagia dengan pilihan yang telah korang buat...

SELAMAT HARI GURU

perhubungan

assalamua'laikum

setiap makhluk yang dicipta mahukan pasangan..binatang yang tidak berakal pandai mencari pasangan apatah lagi manusia yang dikurniakan akal fikiran.. yang dibekalkan kitab suci al-quran...yang dinobatkan sebagai khalifah di bumi Allah.... dan hubungan yang dicari semestinya hubungan yang halal untuk melengkapi fitrah hidup...

walaubagaimanapun, sebelum pergi lebih jauh lagi dalam perhubungan yang halal ataupun lebih dikenali dengan perkahwinan dua insan menyatukan dua jiwa banyak yang pelu difikirkan.. mungkin ada yang cakap asalkan kedua2 nya bertanggungjawab insyaAllah harmonilah masjid yang dibina.. aper lingkungan tanggungjawab kat situ? cukup sekadar tangungjawab kepada pasangan masing2? cukup memberi makan pakai? bagaimana dengan keluarga pasangan? lupakah yang pasangan kita tu pun ada keluarga sendiri.. ada ibu dan ayah sendiri yang dah banyak bekorban untuk mereka.. yang menyuap mulut mereka dari kecil sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah...

oleh itu, tanggungjawab disini bukan sahaja terhadap pasangan kita sahaja tetapi juga kepada keluarganya.. jika dulu kita mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tapi setelah berkahwin kita mempunyai sepasang ibu dan sepasang ayah... maka berlaku adillah pada keempat2 nya... kalo dulu balik raya bukan satu masalah namun kini bersedialah untuk bertoleransi dalam bergilir pulang ke kampung... dan kalo dulu kalo cuti jer dah tau kemana nak dituju tapi kini cuti tu perlu dibahagi kepada 2 bahagian... untuk menggembirakan semua pihak...

macamni jelah.. macam mana perasaan korang bila pasangan korang tak suka mak ayah korang.. malah kalau nak suh spend tyme ngan famili korang pun sampai muncung mulut2... mesti korang sakit hatikan? so just put yourself in her shoe.. dan korang akan atau sakitnyer... pendek kata dalam aper jua yang dilakukan fikirlah pasangan anda juga jika anda berada di tempatnye...

dan kalo terasa tak mampu nak buat camtu... aku ada satu idea yang bernas untuk korang.. carilah pasangan hidup korang kat rumah kebajikan anak yatim.. insyaAllah takkan ada masalah camni dan korang pun senang... dan untuk manusia yang ada mak ayah macam aku, if u cant accept my family as your.. good bye... no more cintan cintun.. adios

aku bukan ahli agama yang boleh letak ayat2 quran kat sini untuk menegakkan pendapat..cuma menggunakan akal fikiran yang dikurniakan memikirkan logik setiap perkara... aku manusia yang masih lagi belajar.. membaiki diri dari hari ke hari... belajar menjadi lebih dewasa dan lagi baik dari semalam... bukan dari luaran untuk dipertontonkan kepada semua tapi cukup untuk aku memahami erti hidup dalam jiwaku...

mata-mata