setiap makhluk yang dicipta mahukan pasangan..binatang yang tidak berakal pandai mencari pasangan apatah lagi manusia yang dikurniakan akal fikiran.. yang dibekalkan kitab suci al-quran...yang dinobatkan sebagai khalifah di bumi Allah.... dan hubungan yang dicari semestinya hubungan yang halal untuk melengkapi fitrah hidup...
walaubagaimanapun, sebelum pergi lebih jauh lagi dalam perhubungan yang halal ataupun lebih dikenali dengan perkahwinan dua insan menyatukan dua jiwa banyak yang pelu difikirkan.. mungkin ada yang cakap asalkan kedua2 nya bertanggungjawab insyaAllah harmonilah masjid yang dibina.. aper lingkungan tanggungjawab kat situ? cukup sekadar tangungjawab kepada pasangan masing2? cukup memberi makan pakai? bagaimana dengan keluarga pasangan? lupakah yang pasangan kita tu pun ada keluarga sendiri.. ada ibu dan ayah sendiri yang dah banyak bekorban untuk mereka.. yang menyuap mulut mereka dari kecil sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah...
oleh itu, tanggungjawab disini bukan sahaja terhadap pasangan kita sahaja tetapi juga kepada keluarganya.. jika dulu kita mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tapi setelah berkahwin kita mempunyai sepasang ibu dan sepasang ayah... maka berlaku adillah pada keempat2 nya... kalo dulu balik raya bukan satu masalah namun kini bersedialah untuk bertoleransi dalam bergilir pulang ke kampung... dan kalo dulu kalo cuti jer dah tau kemana nak dituju tapi kini cuti tu perlu dibahagi kepada 2 bahagian... untuk menggembirakan semua pihak...
macamni jelah.. macam mana perasaan korang bila pasangan korang tak suka mak ayah korang.. malah kalau nak suh spend tyme ngan famili korang pun sampai muncung mulut2... mesti korang sakit hatikan? so just put yourself in her shoe.. dan korang akan atau sakitnyer... pendek kata dalam aper jua yang dilakukan fikirlah pasangan anda juga jika anda berada di tempatnye...
dan kalo terasa tak mampu nak buat camtu... aku ada satu idea yang bernas untuk korang.. carilah pasangan hidup korang kat rumah kebajikan anak yatim.. insyaAllah takkan ada masalah camni dan korang pun senang... dan untuk manusia yang ada mak ayah macam aku, if u cant accept my family as your.. good bye... no more cintan cintun.. adios
aku bukan ahli agama yang boleh letak ayat2 quran kat sini untuk menegakkan pendapat..cuma menggunakan akal fikiran yang dikurniakan memikirkan logik setiap perkara... aku manusia yang masih lagi belajar.. membaiki diri dari hari ke hari... belajar menjadi lebih dewasa dan lagi baik dari semalam... bukan dari luaran untuk dipertontonkan kepada semua tapi cukup untuk aku memahami erti hidup dalam jiwaku...
2 comments:
stuju sangat dengan asrar! ;)
memang kita kena cari pasangan yg boleh terima kita n family kita.. sama2 susah dan senang.. macam mane kita terima family dia, mcm tu jugalah dia kena terima family kita.. ;)
Lagi satu, restu mak ayah juga lebih penting.. Herm.. sbb kita sebagai anak, apa2 pun asal usul kita dari mak bapak..
Bila berkahwin, kita juga berkahwin dengan keluarga pasangan.. begitu juga pasangan.. ;))
nice post...
:: konklusinya.. banyak benda kita nak kena prepare diri kuta utk bina 'masjid' ni... kerana setiap pasangan kenalah menerima segala apa kelemahan dan kekurangan yg ada... itulah saling melengkapi...
pernah jugak terfikir nak kawen ngan anak yatim.. tp sebenarnya, anak yatim kadang2 blh tahan jugak penangan diorg.. ada yg kawen ngan anak yatim tp bercerai-berai... yg penting, tepuk dada tanya iman...
Post a Comment