alhamdulillah... masih berkesempatan untuk mencatat di sini... baru2 ni lepas husband habis exam terus bergerak ke Gopeng.. konon2 untuk reunion dengan salah sorang bff masa zaman UM dulu... alhamdulillah... seronok bila lihat anak kami lak main sama2... dan esoknya pagi2 bergerak keluar ke cameron.. dah tempah hotel lama sebelum tu untuk ke cameron... tapi masa tu cuaca taklah seteruk masa pergi..asyik hujan je... memang sejuuuuuukkkkk giler kot... tapi rifqi macam tak sejuk... sibuk nak main jugak... makan pun banyak jer kat atas..sebab sejuk agaknya...
esoknya terus bergerak turun melalui tapah sebab ada tanah runtuh kat laluan satu lagi.. pening kepala masa tu hanya tuhan je lah tahu... dengan hujan yang tak stop2 dari pagi.. rifqi pun senyap je dalam keter..aku assume pun dia pening jugak.... asyik menyusu je sepanjang turun jalan... plan nak ke taiping and penang pun tertangguh sebab hujan tak berhenti... macam rugi duit minyak jer jalan2 kalo hujan macam ni... so sampai kuala kangsar kami pusing balik ke ipoh untuk stay sana... tak jadilah nak ke penang... so ke ipohlah kita dengan menyopingkan diri huhuhuhu.....
selain itu kami juga sempat merayau amik2 gambar ke wallstreet art ipoh... kalo ikut peta yang disediakan ada 7 keping mural yang dilukis.. tapi kalo pusing2 kat bangunan sekitar situ lebih kurang ada 10 lukisan kot... memang seronok jugak buat aktiviti ni... merayau2 sekitar lorong dan bangunan lama kat situ...
selain tu ada satu kedai kat situ jual magnet bagi setiap lukisan mural tersebut... aku borong jugak 7 keping tapi tak sempat nak snap pic taruk kat sini....
selain itu, berhampiran kat sinu ada satu padang.. aku tak sure sangat padang apa... memandangkan anak aku baru dapat kaki memang syok lah dia main kat situ.... memang sampai tak nak masuk keter... terpaksa ayah dia pikul bawak masuk keter....
so bagi mereka2 yang perancangan percutiaan mereka rosak di perak mungkin bleh mencuba seperti kami.. sebenarnya bercuti ke mana pun tak kisah asalkan masa bersama keluarga itu terisi...
dan melihat gelak tawa si kecil tu cukup bermakna bagi aku.....
plan ke Zoo Taiping tak menjadi so nanti ibu bawak rifqi pergi Farm in The City kat seri kembangan je lah....
0 comments:
Post a Comment