me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

TUDAY^_^ & Anjung Haris Ikhwan Resources

assalamua'laikum

alhamdulillah... akhirnya berakhir susah satu penantian yang amat menyeksa jiwa.. bakal bergelar pendidik di johor pada 28hb nanti..walaupun bukan pilihan tapi alhamdulillah masih ada rezeki.. DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk aku yang kerdil dan doif ni

walaubagaimanapun berita gembira ni membawa kepada berakhirnya fasa guru tusen ku yang banyak sangat mengajar aku... sebagaimana yang diketahui yang sementara menunggu panggilan posting aku bekerja sebagai guru tusen di sebuah pusat tusen kuala terengganu, Anjung Haris Ikhwan Resources yang mana membawa kepada pembukaan kelas tusen sendiri waktu tyme cuti sekolah,TUDAY^_^(TUition holiDAY)....

banyak perkara baru yang aku pelajari.. hidup adalah suatu proses belajar yang tak akan ada hentinya...

Anjung Haris Ikhwan Resources
membuka cabang untuk aku ke arah membina kerjaya yang lebih jauh dari sekadar menjadi guru sekolah..

"Sembilan daripada sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan"

berniaga bukan memikirkan untung semata tapi dalam memenuhi kehendak masyarakat di samping memenuhi kepuasan diri sendiri kerana mampu 'berdiri atas kaki sendiri'... walaubagaimanapun masih banyak yang perlu aku pelajari... bukan mudah untuk berdiri atas kaki sendiri.. semoga dipermudahkan urusan ku jika itu terbaik untukku ameen ameen ameen...

TUDAY^_^... aku yang mengurus..aku yang mengajar..aku yang segalanya dan yang penting aku seronok.. membantu budak2 kampung sendiri.. bila aku bagitau yang ni minggu terakhir TUDAY^_^ pada mak ayah coz mendapat tawaran posting kat johor rasa terharu bila ada yang cakap suh balik kampung tyme cuti sekolah bukak TUDAY^_^ lagi..alhamdulillah kerana diberi kepercayaan walau tak sebanyak mana pengalaman mengajar...oleh kerana TUDAY^_^ kali ni adalah yang pertama kali dibuka so masih banyak kekurangan yang perlu aku ambil perhatian.. antaranya:
  1. terlalu memandang tinggi kepada keupayaan students so pulunlah photostat sampai topik decimals tapi akhirnya fraction pun nasib baik sempat.. berlaku pembaziran kat situ..BELAJAR
  2. pengurusan kelam kabut... aku mana belajar pengurusan.. huhuhu..aku ingat senang jer.men daftar amik nama tapi susah jugak upernya coz mak ayah banyak kerenah
  3. promosi belum bagus coz ada jer yang masuk minggu 2 3 dengan alasan tak tahu pun pasal wujudnya TUDAY^_^... maka dengan itu belajarlah jugak promosi yer
dan aku akan sentiasa pegang dengan kata2 kak norli masa kursus guru baru ni

"awak tak suka orang lain buat anak awak so jangan buat anak orang lain macam tu.. awak tak suka orang lain ajar anak awak ala kadar so jangan ajar anak orang lain macam tu.. tak heran bila ramai anak polis terbabit dalam jenayah bila polis tu tak amanah dalam kerja dia.. maka tak hairan kalo ada anak cikgu yang tak pandai bila mak ayah dia pun ala kadar dalam ajar anak orang lain... tak amanah dalam menjalankan kerja sebagai pendidik"

gerunnya bila memikirkan pasal tu.. aku tak nak anak2 aku menerima balasan kerana kesilapan aku dalam menjalankan tugas aku.. nauzubillah..mintak dijauhkkan...

menghabiskan minggu2 yang terakhir dengan gembira kerana kehidupan baru akan bermu..
Dari seorang teman:::::

SHi Syahirah Hanim Idris: nampaknye ramai kwn2 yg dpt posting ke sekolah, ramai juga di matrikulasi dan SBP..congrats semua kwn2! papepun pasti ada hikmah di mana Allah letakkan kite. Allah saje yg tahu. (Refer Baqarah:216)

Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

4 comments:

SALAM..

POST YG MENARIK.ALHAMDULILLAH.TAMAT SUDAH PENANTIAN KITA.ALHAMDULILLAH,TAHNIAH2!.SELAMAT MENGAJAR DAN SELAMT MENDIDIK...=)

 

congrate naliza!! penantian sudirah berakhir.. slamat menjadi seorang pendidik yg bukan hanya mendidik dgn pelajaran, ttp mendidik pelajar utk mengenal erti kehidupan... ;))

 

terima kasih.. tahniah untuk korang ber2 jugak.. sama2 kita beramanah dalammenjalankantu gas yang diberi tak kira di mana kita berada..ameen

 

Salam..owh naliza =)..
Ramai kn kwn2 dpr Johor..InsyaAllah ok nt tu.mane tau ade yg dpt sma sekolah.wah,msti best.he
btw,tahniah ^^

 

Post a Comment

mata-mata