me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

tautan hati (ta'liful qalb)

assalamua'laikum

tetiba rasa terjiwang :D mengingatkan 'rindu' ku... dialah rinduku jauh dariku... cewah hehehehe...

aku tersangat suka term ta'liful qalb dulu.. maksudnya tautan hati.. . moga hati2 kami bertaut di dahan keredhaanMU ya Allah, ameen

post kali ni bukan pasal tautan hati; cinta antara kita, tiada penghalangnya, walau akhir usia,
ku menyinta, dirimu bla bla bla(aku dah lupa lirik lagu tu)

tautan hati yang aku makksudkan ni adalah satu tajuk novel yang aku sangat sangat sangat suka sampai sekarang... kat mana aku bermastautin aku akan bawak novel tu dan beberapa buku yang aku sangat suka... aku sukakan dan kumpul karya fatimah syarha mohd noordin, habiburrahman ngan saiful islam.... tapi novel tautan hati ni aku tersangat suka suka...

awal2 pembukaan novel ni mengisahkan tentang imtisal...seorang gadis yang lemah akidah tetapi berusaha mencari erti ALLAH YANG MAHA ESA.. aku sukakan hujah2 asiah yusro bagaimana nak menolak bisikan syaitan tentang keEsaan Allah...

novel ni banyak berkisahkan tentang kebahagian apabila setiap inci hidup kita berpandukan al-quran dan sunnah.. yup aku tak mampu sebab tu aku suka baca dan hanya 'membayangkan' jer aku mampu lakukan sebagaimana watak2 dalam novel ni... [blushing]

dalam novel ni juga ada perdebatan antara christine seorang yang berpegang kepada agama kristian yang sentiasa 'berdakwah' memperkembangkan kristian dalam kalangan kawan2 dia.. perdebatan antara islam dan kristian akhirnya menukar christene kepada muslimah...

aku juga sangat suka plot agrotinisme bila mana aktivi sekolah di adakan di situ... ada analogi yang digunakan untuk menunjukkan erti seorang muslimah..[sedih lagi sekali]...

aku juga sukakan babak2 terakhir novel tersebut bagaimana elya khadeeja dan al-banna yang mendidik anak2 mereka dengan penuh hikmah... bagaimana asiah yusra dan umar mujahid yang masih kekal dengan tarbiah mereka...


pendek kata aku sangat suka semer babak dalam novel tu... aku sangat suka sebab novel tu banyak sajak..banyak puisi...banyak kata2 hikmah....a'ah aku suka sajak..aku tak suka ajar bahasa melayu tapi aku suka sajak dan puisi sebab kata2 dalam sajak dan puisi sangat lembut dan menyentuh jiwa[blushing]...

kata2 yang lembut boleh melembutkan jiwa... nasihat yang lembut boleh mengubah hati yang keras... dan sesungguhnya nasihat yang lembut boleh membuat 'hati aku tersentak'
.. dan sebab tu aku jatuh cinta dengan lelaki yang lembut dalam menuturkan bicara bila bercakap dengan aku dan juga menasihati aku :D [blushing]

walaubagaimanapun, ada jugak kadang2 aku rasa tak se'jalan' dengan novel ni... biasalah manusia kan.. mesti ada jer nak dipertikaikan... tapi pe2 pun itu tak menghalang aku untuk suka novel ni sebab banyak kebaikan yang boleh diambil...


"sesungguhnya apabila seseorang memperoleh hidayah kerana melihatmu, maka itu lebih baik dari mentari yang menyinari seluruh alam"

1 comments:

Assalamualaikum wbt..
Ukhti yg dikasihi Allah..mg sentiasa dlm rahmatNya..=) kita sama.. syida pun mmg jatuh hati dgn novel tautan hati nie..b'ulang kali syida bc.. walaupun kdg2 apa yg digambarkan terlalu sempurna tapi novel nie bnyk m'didik jiwa syida..mg kita semua sentiasa dalam jagaan Allah.. doakan syida juga..=)

 

Post a Comment

mata-mata