me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

pujuklah hati

seorang pelajar ditanya oleh ustaznya dalam kelas sewaktu pembelajaran agama di salah sau bilik tutor kolej matrikulasi negeri sembilan...

''XXXXX, awak ada masalah tak?", tanya ustaz tersebut.. pelajar perempuan tersebut terpinga2 apabila ditanya sebegitu di hadapan pelajar lain.."tak ada ustaz", jawab pelajar tersebut ragu-ragu... "hanya binatang je dalam dunia ni tak ada masalah",tegas ustaz terssebut... GULP!!!! satu kelas gelakkan pelajar perempuan tersebut..[elleh, yang gelak tu bernasib baik je tak disoal]

kadang2 pernah tak kita terfikir apa masalah kita?? malas belajar....malas wat kerja...melewatkan sembahyang....tu semua adalah masalah... tapi kita tak sedar itulah masalah kita.... kita malas nak belajar..malas nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi... tak nak dengar cakap cikgu.... suka lawan cakap mak ayah... n bla bla bla...suka tangguh kerja.... suka hina orang lain... suka sebarkan keburukan orang lain... suka bergedik dengan lelaki atau perempuan... suka dipuji...susah nak maafkan kesalahan orang lain.. dan bla bla bla

pesan seorang kakak kepadaku, PUJUKLAH HATI.... pujuklah hati untuk rajin..pujuklah hati untuk sabar..pujuklah hati untuk memaafkan... kerana hatilah yang menggambarkan kita... baik peribadi maka baiklah hatinya... baik akhlak putihlah hatinya.... pernah ke orang cakap, "wahai hati, tolonglah rjin..sekejap jer..aku nak siapkkan kerja ni"

dan menjadi seorang guru menjadikan aku manusia yang sentiasa perlu memujuk hati sendiri... kecewa..sedih..geram..marah...terpaksa dihancur2.. dikisar.. ditumbuk... dan ditambah perasa supaya hilang pahitnya.... sedih bila pelajar tak pandang berat apa yang cikgu sampaikan..... geram bila pelajar malas..marah bila pelajar biadab..kecewa bila keputusan pelajar tidak seperti yang diharapkan... maka pujuklah hati cikgu... sebab banyak hati lain yang cikgu2 perlu didik....

walau kadang2 aku penat...aku geram..aku sakit...aku sedih..tapi menjadi seorang guru tak pernah buat aku menyesal....

"tiada seorang manusia yang berjaya tanpa guru, dan tiada seorang manusia yang gagal kerana guru" en. abdul razak bin abdul rahman, pengetua SMKSA2 sewaktu majlis doa selamat sempena keberangkatan beliau dan isteri ke tanah suci

0 comments:

Post a Comment

mata-mata