me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

4PA berbuka bersama

assalamua'laikum

masih berada di pasir gudang... barang dah pack.. bilik dah kemas... kereta dan basuh semalam... bila2 masa jer boleh bertolak balik ke skudai... wuhuuuu..

semalam berbuka dengan budak2 kelas 4PA... terima kasih tak terhingga kepada nur asmah binti omar dan keluarga kerana membelanja makan yang banyaknya semalam.. semalam aku try roti patri.. cicah dengan kari ayam.. nyum nyum sedapnya... memang mantap rotinya.. aihk terasa nak makan roti nan lah pulak hehehe

berbagai ragam bebudak ni.. erm dah nama pun budak2 kan... rasa macam jaga budak tadika pun ada.. pas berbuka nak kena heret semer sekali pergi solat maghrib dulu...pastu baru leh merayap...pas merayap sambung minum air kat kedai ayah asmah lagi sekali b4 balik...

sesuatu yang buat aku tersenyum semalam:
siangnya masa dalam kelas budak2 laki men marker then aku cakap, membazir tu amalan saper dan mereka senyum2..
dan malamnya lak masa kat kedai aku masih belum habis air aku... then budak2 laki lak cakap... cikgu, membazir tu amalam saper? aku dah tersenyum sambil cakap amalan hardy tetiba ada lak menyampuk cakap hardy adalah setan..

haha sebenarnya mereka sedar tak yang dorang tengah belajar 'mathematical reasoning' topik dalam matematik moden.. kesimpulannya aku rasa analogi menggunakan benda yang kelakar mungkin sesuai untuk tahap pemikiran dorang...

walau apapun, jaga diri hiasi peribadi k..
selamat hari raya maaf zahir dan batin... assalamua'laikum

mata-mata