me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

ketika Allah memilihmu untukku

padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku, ingin ku katakan padamu, aku hidup dan membesar dari keluarga bahagia,dengan cinta yang melimpah, aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga,maka padamu ku katakan, saat Allah memilihmu dalam hidupku,maka saat itu Dia berharap kau melimpahkan cinta padaku, memperlakukan ku dengan sayang yang begitu indah

padamu yang Allah pilihkan untukku, ketahuilah aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, aku bukanlah wanita sempurna sepertimana yang mungkin kau harapkan, maka ketika Dia memilihmu untukku, maka saat itu Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dan keberadaanmu, dan aku tahu kaupun bukanlah lelaki yang sempurna, dan aku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu, kerana kelak kita akan satu, aibmu adalah aibku,indahmu adalah indahku

padamu yang Allah pilihkan untukku, ketahuilah sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah, membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya, maka ketika Dia memilihmu untukkku, maka saat itu Dia telahpun mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmuNya, maka pegang tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita

padamu yang Allah tetapkan sebagai nakhodaku, ingatlah, aku adalah makhluknya dari tulang rusuk yang paling bengkok, ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah, maka ketahuilah , saat itu Dia mengkhendaki kau menasihatiku dengan hikmah, sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan, namun jangan kau cuba meluruskan kerana aku akan patah, tapi jangan pula membiarkan aku begitu sahaja kerana akan selamanya aku tetap akan salah, maka tatap mataku dan tersenyumlah, tenangkan aku dengan genggaman tanganmu, dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah, nescaya kau akan menemukan ku menangis tersungkur di pangkuan mu, maka ketika itu kau kembali memiliki hatiku

padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku, ketahuilah ketika ijab atas namaku kau lontarkan, maka dimataku kau adalah yang terindah, kata-katamu adalah titah untukmu, selama tidak bermaksiat pada Allah akan ku penuhi semua perintahmu, maka kalau kau berkenan ku meminta, jadilah hunian yang indah dan kukuh, yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya

padamu yang Allah pilih menjadi pendukung hidupku, dalam istana kecil kita akan hadir buah hati kita, maka didiklah mereka menjadi generasi yang rindukan syurga, yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad, yang darahya mengalir darah syuhada, dan ku yakin dari tanganmu yang berkah kau mampu membentuk mereka, dengan hati yang penuh cinta kau mampu mengikat hati mereka, dan aku akan selalu jatuh cinta padamu

padamu yang Allah pilih sebagai imamku, ku memohon padamu, redhoilah aku, sungguh redhamu adalah redha Rabbi Ilahi, mudahkanlah jalan ku ke syurgaNya, kerana bagiku kau adalah kunci syurgaku
---------------------------------------------------------------------------------------------
2011 will coming.... permudahkan semua rancanganku ya Allah..ameen ya rabb
"Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah aku rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepadaku dalam urusanku, mudahkanlah urusanku ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang sudah adalah mudah bagiMu, sempurnakanlah dengan ssegala kebaikan dengan rahmatMu, ya Allah yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"

manusia pelbagai kerenah

assalamua'laikum

sungguh dan serius
tak faham dengan kerenah manusia

ada jer yang tak kena... ada je yang tak suka...ada jer yang tak puas hati... kenapa erk?

kerana pandangan manusia tak pernah adil?

ada manusia yang pantang tengok orang lain senang..pantang tengok orang lain bahagia..pantang tengok orang lain lebih daripada dia... mulalah nak dengki... kenapa? dah terkena virus kekurangan kasih sayang ker?

ada manusia yang merasakan dirinya adalah yang terbaik... perfect..sempurna.. konfirm masuk syurga.... dan mula pandang orang lain macam tertulis kat dahi akulah penghuni neraka...kenapa? dah terkena penyakit virus firaun ke?

ada manusia yang rasa sombong dengan apa yang dimiliki...bongkak... konon2 akulah orang yang paling pandai..konon2 akulah orang yang paling kaya raya memiliki segala-galanya... langsung tiada perasaan rendah diri.. bercakap sentiasa nak lebih... kenapa? dah terkena virus wahan ey?

macam2 lagi kerenah manusia yang kekadang lucu dan kesian kat mereka kalo difikirkan balik.. dan kekadang aku terfikir aku ni manusia kategori aper pulak erk?? apa orang lain fikir pasal diri kita..

pandangan manusia tak pernah adil

takyah aku nak peningkan kepala fikir pasal orang lain..

sama2 lah muhasabah diri kita agar sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.. jangan selamanya berada pada takuk yang lama....

perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh~~Amru al-As [kredit to nurul atiqah via FB]
_________________________________________________________________
saya berazam selepas kena marah kat burger king kl centre untuk cuba zip mulut saya dan pekakkan telinga saya dan berubah ke arah yang lebih baik..

moh lah kite sesame

mata-mata