assalamua'laikum
cuti masih berbaki dalam 3 hari lagi sebelum kembali ke johor memulakan rutin seperti biasa... dah lama nak update blog sebenarnya tapi asyik tertangguh...macam2 aku dah taip tapi sparuh jalan.. so save as draft jer lah dulu...
tahun ni merupakan tahun ketiga aku berkhidmat sebagai PPPS atau dalam erti nama lain CIKGU :).. alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan bagi... tahun ni jadual tak banyak berubah kecuali ada pertambahan...
matematik kelas 1RK2..sama macam tahun lepas.. so dah tak banyak nak kena study..alau aku tak suka sangat ajar menengah rendah tapi lebih baik daripada kena ajar subjek bukan opsyen menengah atas kan.so alhamdulillah.... bahasa melayu kelas RK..yang ini dah masuk tahun ketiga kot ajar bm tingkatan 2 RK.. stiap kali dapat jadual baru sangat berdoa gugurkanlah subjek BM tu... ajar benda bukan bidang kita dan lari jauh dari opsyen kadang2 buat sangat stress.... tapi as long as benda tu diletak atas bahu kita nak tak nak terpaksa lakukan dengan penuh tanggungjawab.. lagi2 kelas RK yang mana kena jaga kualiti...kimia form 4... setakat ni aku rasa aku mampu lakukan coz my minor rite... dan tahun lepas pun aku rasa aku dah lakukan yang termampu..alhamdulillah coz mencapai ETR(Expected Targert Result) maka dengan itu tahun ini aku diberi amanah untuk ajar KIMIA FORM 5 means SPM... cuak cuak cuak cuak... terasa macam lum sedia coz baru setahun jagung tapi kalau bukan sekarang bila? pernah jugak terfikir betul ke aku dah sedia nak ajar dorang ni coz ni bukan setakat ETR sekolah yang perlu dicapai tapi melibatkan masa depan dorang.. result SPM sampai tua kot guna.. dah ada degree pun result SPM nak jugak...
tapi apa yang aku perasan tahun ketiga perkhidmatan ni aku sangat relax.. relax dari perasaan sebenarnya.. relax sebab aku tau sebanyak mana beban kerja yang bertimpa2 last2 akan siap jugak.. just senyum n menikmati kerja dengan happy je... so masa kerja kat sekolah, siapkan kerja betol2... tak ada lagi istilah buat kerja kat rumah malam2 coz sekarang malam2 aku relax je menikmati masa untuk diri sendiri.... tidak termasuk hari sabtu...
tu gambar feveret aku tahun lepas... bukan dari kamera aku tapi dapat dari blog bik ros.. aku suka pic tu coz ada kenangan kat situ... bila tengok pic tu aku akan mula menghitung hari... persiapan perlu dibuat skit2...almaklum j lah, jauh dengan famili jauh dengan enchik tunang... kadang2 pernah trfikir, apa aku nak buat lagi erk then zzZZzzzz.. tidor lagi bagus kot..memikirkan hal2 macam ni wat aku rimas sebenarnya.... tapi disebabkan ini merupakan moment sekali dalam hidup kita mesti nak yang terbaik kan... untuk aku, tak perlu nak gilang gemilang tapi sekadar cukup untuk menjadi hari yang akan dikenang sebagai hari terindah yang dikongsi dengan keluarga... sakit kepala apabila kena buat pilihan.. nak warna apa? nak pelamin mana? nak baju mana? nak kain mana? nak doorgift apa? nak kek mana? banyak yang kena pilih :( tak suka tak suka tak suka
bila sebut tentang perkahwinan ramai yang akan sibuk dengan persiapan hingga terlupa hakikat perkahwinan tu sendiri [just mengingatkan diri sendiri jugak]... adakah kita betul2 dah bersedia untuk menjadi seorang suami? adakah kita dah bersedia untuk menjadi isteri?? apakah persediaan kita dari segi emosi dan rohani dalam menempuh hidup berumah tangga kelak... dan aku sangat bimbang pasal tu... coz aku kenal diri aku sendiri... aku tau tentang diri aku apa yang orang lain tak tau.. aku tau yang naliza suriati binti nasrun orangnya macam mana..., aku bimbang tak dapat jadi yang terbaik untuk bakal suami aku nanti...
dia selalu cakap, ' lagi xx bulan xx hari kami akan pikul tanggungjawab terhadap orang sepenuhnya.. orang memang ringan tapi beratnya sampai tenggelam lutut kami dalam tanah'.. aku suka bila dia tau beratnya tanggungjawab menjadi seorang suami.. biar dia tahu perkahwinan bukan keseronokan semata yang menghalalkan perhubungan tapi penuh dengan tanggungjawab dan amanah... dan juga untuk aku, cuba blajar mengawal emosi.. yup emosi coz aku sangat gagal dalam topik tu... walau aperpun, ayat yang selalu digunakan untuk merasionalkan aku, kurniakanlah kebaikan yang ada padanya untukku...
walau apapun.. apa persedian kita untuk menggantikan tulang rusuk yang hilang suatu masa dulu?
untuk sekarang, tidor dulu kot hehehehe :P
whishkah... hidup baik2...
Hari pertama mereka...
5 years ago