terima kasih tak terhingga kepada mak, ayah, adik2 especially angah the great troublemaker..the one yang menemani aku ke hulu dan ke hilir..sanggup datang johor semata2 nak temankan aku balik ke terengganu.. makcik2, pakcik2, sepupu sepapat ,serta semua sanak sedara yang lain..[bajet macam dorang baca blog aku hahaha]..dan terima kasih jugak kepada semua yang hadir.. jemput pula ke majlis di kulai 30hb jun nanti... naik pelamin lagi sekalilah nampaknya weeeee...
memang rasa sangat lega selepas akad nikah.. sebelum tu semua perasaan bercampur baur macam kena blend.. macam2 yang aku rasa... hari jumaat sehari sebelum kenduri tu aku macam2 ada dalam fikiran... padahal tyme tu bukan leh wat aper pun coz famili lelaki sedang bertolak dari johor dan KL...lepas akad nikah [sekali lafaz] aku rasa macam nak gugur jantung.. tyme baca doa terasa sebak.. tak sangka dah jadi isteri orang... isteri DIA...
cuaca pada hari kenduri tersebut sangat panas... dan aku rasa sedikit kelibut jugak pada hari tu tapi alhamdulillah semua dah berjalan lancar.. dan sangat puas hati dengan pelamin dan baju2 yang disediakan oleh kak anis... semua baju2 dia aku suka sebab semua baju baru dan ikut apa yang aku nak.. malas nak mencari cakap jer apa yang nak .. baju nikah, baju sanding dan baju persalinan... mula2 ingat nak amik 2 pasang jer.. mak aku suruh bersandingng pakai baju pahlawan tapi suami aku jenis tak suka pakai samping and tajak2 ni.. so amik jugak baju persalinan yang simple dan selesa untuk dia dan warna feveret dia, hitam...
dan kemudian kitorang bercuti ke pulau redang, laguna resort.. 3 hari 2 malam... memang seronok untuk berbulan madu kat sana.. coz selain terperap dalam bilik korang jugak boleh melakukan aktiviti2 luar yang menarik seperti snorkeling, melihat maahari terbenam, jalan2 tepi pantai waktu pagi sambil pimpin tangan nak menunjukkan yang ko aku punya hahaha.. tapi kalo nak pergi tyme2 cuti sekolah kena booking 6 bulan lebih awal... sebab biasanya cuti sekolah ni sangat penuh.. macam kitorang ada special kes sikit... dah nak dekat kahwin baru tau lepas kahwin boleh pergi jalan2 ke pulau redang berdua...dah lama tak ke taman laut..dapat snorkeling di taman laut memang seronok tengok terumbu karang tapi stamina tak ada.. cepat semput jadinya dah tua2 ni..
lepas kahwin aku dah ada 1 mak, 1 mama, 2 ayah, 4 adik perempuan dan dah ada 2 adik lelaki.. dah ada big family,alhamdulillah... semoga keluarga kami dirahmati tuhan... semoga selepas ni semua urusan kami dipermudahkan.. semoga aku cepat2 gemuk lepas kahwin..ku menanti saat itu hahaha...
ni antara pic yang ada dalam koleksi aku skang... belum ambil daripada photographer2 yang berkerja pada hari tersebut untuk diburn semer sekali dalam CD.. tapi pesan suami jangan diupload banyak2 dalam fb..simpan untuk koleksi sendiri jer... dalam blog takperlah kot hehehe
here we are, laguna resort.. kalo untuk 3 hari 2 malam dalam rm568 sorang ikut harga pakej yang disediakan tapi alhamdulillah rezeki kami sedikit murah disini
sebab special sampai kat luar bot pun tak ada masalah nak pusing2 hehehe
ready nak pergi snorkeling ke taman laut.. suami tak kasi bawak kamera pergi taman laut coz tak ada yang nak jagakan masa snorkeling tengah laut :(
gambar daripada adik ipar, firdaus iqbal..future doktor yang sentiasa dengan kamera..gambar2 yang dia amik biasa akan ada word tentang kita kat pic tu
upacara membatalkan air sembahyang
he is my husband..alhamdulillah..after 4 years 4 month and 4 weeks
he is my husband..alhamdulillah..after 4 years 4 month and 4 weeks
sekali lafaz, kami sah sebagai suami isteri :)
angah, achik and syamil yang sangat keletah
itu jer yang mampu aku tepek kat sini..banyak2 nanti kena cubit hahahaha.... aperpun selepas kahwin, banyak perubahan yang berlaku sebenarnya.. salah satunya ialah tiap2 hari teman suami mengadap graf2 dan carta2 serta nombor2 yang aku tak faham... setiap hari.. walau masa honeymoon sekalipun...
aperpun, sangat bersyukur kini semuanya telah berjalan lancar... tinggal majlis di kulai jer nanti...
semoga tuhan memudahkan urusan kami dan memurahkan rezeki kami... ameen ameen ameen
itu jer yang mampu aku tepek kat sini..banyak2 nanti kena cubit hahahaha.... aperpun selepas kahwin, banyak perubahan yang berlaku sebenarnya.. salah satunya ialah tiap2 hari teman suami mengadap graf2 dan carta2 serta nombor2 yang aku tak faham... setiap hari.. walau masa honeymoon sekalipun...
aperpun, sangat bersyukur kini semuanya telah berjalan lancar... tinggal majlis di kulai jer nanti...
semoga tuhan memudahkan urusan kami dan memurahkan rezeki kami... ameen ameen ameen