me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

god of study???

assalamua'laikum


hari ni sekolah habis pukul 12.15 jer tapi ada mesyuarat SPSK pukul 3 coz ada audit luar nak datang so audit dalaman akan dibuat 17hb ni... antara pukul 1 sampai pukul 3 aku hanya mengadap mesin photostat jer sediakan bahan untuk bengkel esok dan jugak kerja rumah kimia 5 sains 1 untuk hari isnin ni... marathon marathon... jom lari sama2


mesyuarat SPSK tamat pukul 4.30 camtu.. tapi sebenarnya aku dah janji ngan beberapa budak untuk ajar kimia pukul 4.. kesian tengok dorang tercongok tunggu aku habis mesyuarat..dahlah kelas ni dah lama tertunda sejak aku bizi dengan majlis2 kahwin aku.dorang dah asik tanya cikgu tak nak buat lagi kelas petang jumaat... kita lari sama2 k sampai penghujung.. 


apa yang nak diperkatakan kat sini masa mesyuarat SPSK rasa tak seronok.. rasa tak minat... rasa berkerut dahi tak nak hilang... tapi bila sambung ajar budak2 kimia sampai pukul 6 pun aku rasa sangat hepi... aku rasa stress aku hilang... aku seronok mengajar...  aku seronok menghabiskan masa dengan mengadap latihan2... sebab aku berjiwa pendidik...bila terlibat dengan urusan2 pemfailan yang berlambak, perkeranian.. sehingga kadang2 mengganggu masa aku untuk menyiapkan BBM... aku sangat geram.. dan itu buat aku stress.. 


kemudian aku merasionalkan diri aku... sabar sabar.. ko kan PPPS (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah).. bukan sekadar cikgu.... aaaargghhhhhhh.. kenapa tak diwujudkan pembantu guru untuk menguruskan hal2 fail, urusan perkeranian... so tak payah aku mengadap fail2 panitia tu... 


aper kaitan post ni ngan GOD OF STUDY?? sebenarnya tu adalah tajuk drama korea tahun 2010 tapi aku baru tengok baru2 ni.. citer ni angah yang suggetkan untuk aku.. tyme tu semer kalut dengan majlis perkahwinan aku.... then angah hulur citer ni kat aku suh tengok sambil relax dalam bilik pengantin... baikkan adik aku tyme tu hehehe...





citer ni sebenarnya pasal sebuah sekolah yang sangat dasat... budak2 yang sangat teruk sehingga kawasan sekolah mereka nak dibeli untuk dibangunkan dan tutup sekolah tu... seorang peguam sanggup jual semua harta dia untuk menyelamatkan sekolah ni sebab dia dulu pun asal sekolah ni sebelum kena buang tapi hidup dia diselamatkan oleh seorang guru perempuan... yang menjadikan seorang ahli gengster malas belajar dapat jadi seorang peguam... untuk selamatkan sekolah tu dia mesti hasilkan 5 orang budak pandai.. baru dapat ubah sistem sekolah tu... adalah 5 budak yang sederhana.. yang malas belajar, yang ada penyakit suka tidor... 5 orang budak nak diajar supaya lulus dengan cemerlang... daripada C nak ubah jadi A++... 


peguam ni tak ambil cikgu2 sedia ada kat sekolah tu tapi dia import kawan2 dia dari luar untuk train budak2 tu.. dan kawan2 dia semuanya bukan cikgu... ada tauke kelab, penari, peladang... dan dia mendapat tentangan daripada cikgu2 asal sekolah tu dengan mengatakan dia melakukan kerja sia2... "budak2 tu semer b***h.. mana boleh nak dapat markah A+"... then bla bla bla bla... standard lah ending dia... mestilah semer berjaya walau hanya 3 orang yang dapat masuk U pilihan masing2... 


apa yang best citer ni siap ada segmen bagi tips untuk belajar subjek2 tertentu... dan aku suka pendekatan setiap cikgu untuk train budak 5 orang tu... 


"kau nak jadi cikgu macam mana?"


satu pertanyaan dalam drama tersebut... aku terfikir, cikgu macam mana aku nak jadi??


aku bukan nak jadi cikgu feveret.. bukan nak jadi cikgu kesayangan.. aku nak jadi cikgu yang boleh diingati mereka.. cikgu yang akan mereka sebut seorang cikgu yang pernah membantu mereka.... cikgu yang mereka akan ingat nama cikgu naliza suriati binti nasrun dalam doa mereka bila jadi manusia besar nanti... tapi mampukah aku???


dan satu perkara yang aku ingat pesan seorang bonda,"budak2 ni macam kain baju.. ada baju diperbuat daripada kain kapas, ada daripada nylon.. ada yang sutera.. ada plain.. ada yang batu permata penuh kat baju... kita mungkin tak dapat tukar kain kapas jadi kain sutera.... tapi apa yang pasti kita boleh menjadikan kedua2 kain kapas mahupun kain sutera tersebut adalah bersih"...  


sebenarnya aku sendiri sedang membina semangat sendiri...lepas kahwin aku rasa semangat aku down bila PJJ dengan suami... aku tak tahu orang lain, aku tak nak tahu orang lain.. tapi aku tak boleh..akhir tahun tolong aku... ameen.. 

mata-mata