me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

alhamdulillah....bandar seri alam dalam kenangan

assalamua'laikum

alhamdulillah akhirnya dapat tinggal bersama dengan suami setelah bersusah payah panjat putrajaya... namun bagiku percaturan Allah itu sangat hebat... telah diatur perjalanan hidup hambaNya dengan sebaik mungkin tanda kasih dan sayangNya... mungkin aku tak dapat pindah semasa akhir tahun lepas sebab masa tu rumah di sini belum siap renovate.. . masa dapat tyme rayuan rumah dah siap dan memang sesuai untuk didiami oleh keluarga yang ada anak kecil...

DAN mungkin Dia rindu dengan tangis senduku.. memang tak tergambar emosi masa tak dapat keputusan akhir tahun lepas... hanya mampu sujud memohon agar kehidupan kami dipermudahkan... tambahan ngan cuti hujung minggu dah tak sama antara johor dan selangor... setelah esak tangis memohon agar memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga, alhamdulillah kini aku di sini... seperti kata kak ju kepadaku, kadang-kadang apa  yang berlaku kepada kita sebenarnya, yang menjadi ujian dalam hidup kita adalah kerana DIA mahu mendengar rintihan kita... mahu menyedarkan kita betapa jauhnya kita padaNya.... maka sibukkanlah diri kita memohon denganAllah akan dipermudahkannya...alhamdulillah kini rifqi dan ayah dapat tinggal bersama...

dari bandar seri alam ke bandar seri coalfields.... dari SMK Bandar Seri Alam ke SMK Bukit Kuching Tengah... suatu perubahan yang ketara sebenarnya... dari sekolah separuh bandar ke kampung...dari sekolah yang berumur 12 tahun ke sekolah yang berumur 2 tahun... maka tak boleh nak dibandingkan budak yang telah berlari laju dengan budak yang baru pandai berjalan... cuma bagiku aku tenang di sini dengan suasana persekolahan kampung... mengajar anak-anak kampung...
WALAUBAGAIMANAPUN di sana tetap terpahat di hati... sekolah pertama...sekolah yang banyak mengajar aku menjadi seperti sekarang...kawan-kawan kat sana... pengurusan di sana...kesibukan di sana....SMKSA2 tetap dalam ingatan kerana pada 28 Disember 2009 disanalah aku secara rasminya bergelar seorang pendidik

cumanya agak terkilan disini sebab pengasuh rifqi kat johor sangat sangat sangat baik... malah walau rifqi dah pindah ke selangor kadang-kadang dia wassap aku minta hantarkan gambar rifqi..rindu katanya... tak sampai sebulan kat sini rifqi dah bertukar 2 orang pengasuh... aku bukanlah seorang ibu yang sangat cerewet..cuma aku nak orang yang menjaga anak aku bukan sebab duit semata... biarlah yang menjaganya sebab kasih dan sayang juga... yang bukan sahaja menjaganya setakat mandi, bagi susu dan tukar lampin... biarlah yang menjaganya sebab sayang dan suka anak-anak... sebab aku tau rifqi jenis yang susah menangis..lagi-lagi kalo dia tak nampak mak dia... tapi jangan take as granted bila dia susah menangis so takper kalo lambat dibiarkan je main sorang-sorang walaupun umurnya hanya baru 4 bulan lebih...


semoga kehidupan kami disini dipermudahkan dan sentiasa dalam lindunganNya... semoga rifqi dapat membesar disini dengan sihat dan penuh dengan kasih sayang... ameen...

mata-mata