6 bulan sudah berlalu..kalau diingat 6
bulan lalu..saat ni aku baru terjaga kot dan ditolak masuk ke dalam
wad biasa daripada labour room kesan ubat bius lepas bersalin pukul 1.57 petang... tak lama lepas tu baby rifqi pun ditolak masuk jugak ke dalam wad sebelah katilku... kali pertama
menatap wajahnya yang bermata bulat dan besar... senyap jer berkelip-kelip
memandang kami...
dan hari ini alhamdulillah muhamad rifqi
dah genap 6 bulan... bagaikan sekejap je masa berlalu.. rasa bagai semalam dia
melihat dia dibedung nenek dan tokwannya... tapi sekarang? boleh ke dibedung
lagi dengan kelincahannya... nak pakaikan pampers skang pun bukan main susah...
dan aku jugak sangat bersyukur kerana masih
diberi peluang untuk menyusukan rifqi sepenuhnya selama 6 bulan ni...semasa
rifqi dalam kandungan lagi aku berazam untuk menyusukan rifqi paling kurang pun
biarlah 6 bulan pertama... pernah jugak aku putus asa kadang-kadang bila aku
merasakan susu tak cukup... stok tak banyak... malah terpaksa bangun mengepam
susu pukul 3 4 pagi untuk buat stok rifqi.. semoga dipermudahkan lagi untuk
setahun 6 bulan lagi... hanya untukmu anak...apa yang penting aku perlu kuat semangat dan rajin demi rifqi...
sesungguhnya anak itu cahaya keluarga...
yang menyinari hidup kami sekarang... melihat rifqi membesar dengan pelbagai
teletah dan kerenah sangat-sangat membahagiakan kami... sekarang dia dah tumbuh
gigi..dah boleh meniarap... berpusing sana sini... ketawa...menangis bila
ditinggal keseorangan di ruang tamu..menjerit riang bila ternampak aku untuk
mengambil di rumah pengasuh..senyuman yang
luas apabila ternampak ayahya pulang daripada kerja..terlompat-lompat
dalam riba apabila menaiki kereta.... oh anak betapa kami menyanyangimu
sayang...
semasa rifqi lebih kurang 5 bulan setengah
aku dah ajar dia sikit-sikit makan.. aku hanya parut buah pear dan tembikai
wangi untuk dia rasa... tapi dia masih tak pandai lagi makan...maka lagi banyak
keluar daripada masuk..tapi oklah sebab dia tak menolak bila dibagi...
insyaallah lepas ni kena rajin buat bubur untuk dibekalkan ke rumah
pengasuh...sekarang ni biar dia belajar makan kat rumah je lah dulu... harapnya
berkesempatan untuk menyediakan makanan rifqi setiap hari...
setiap hari merindukan senyuman rifqi walau
setiap hari menatapnya... sayang rifqi ketat-ketat...