me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

percutiaan ke serawak: kampung budaya serawak

assalamualaikum

lama tak menaip tentang jalan-jalan rasanya... tahun ni agak bz sikit (bukan aku tapi suami) so tak banyak dapat jalan-jalan... nak balik kampung tengok orang tua pun susah apatah lagi nak berjalan... tapi alhamdulillah cuti sekolah bulan 9 baru-baru ni berpeluang ke kuching, serawak sebab ada majlis pertunangan adik ipar kat sana... alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar... tengoklah anak bujangku yang sorang tu... dapat biskut senyap baik jer dalam majlis...

ni adalah gambar di sepanjang sungai serawak... tak merasa naik river cruise kat situ..sebab harganya dalam rm60 jugak per head... so jalan malam-malam j lah kat sana...meriah suasana malam kat situ... ada band2 yang menyanyi.. ada orang yang berpakaian pelik macam kat bawah ni... nak amik gambar bayar rm1 untuk sekeping kot...

kalo ikut plan perancangan oleh adik ipar aku banyak tempat yang nak dibawa tapi kami kesuntukan masa... tapi ini lah salah satu tempat yang aku boleh rekemenkan kalo nak pg sana.. bayaran rm60 per head... agak mahal bunyinya tapi percayalah sebab korang akan rasa berbaloi dengan harga tu... sediakan air mineral siap2 k untuk memulakan perjalanan korang dalam tu....

bila bayar akan dapat satu pasport untuk setiap rumah-rumah budaya yang ada kat dalam tu... ni lebih kurang style taman tamadun islam kat terengganu... setiap rumah pulak akan ada pekerja/pegawai yang incharge and kasi penerangan kat situ.. malah ada aktiviti yang boleh dibuat kat setiap rumah budaya tersebut cnthnya seperti menyumpit... 3 trial dengan bayaran rm1.... agak luas jugaklah kawasan dia...



selepas meround semua kawasan tu akan ada persembahan oleh setiap kaum/suku serawak kat situ yang diadakan dalam dewan ber'aircond'... seronok tengok persembahan tarian dorang... rifqi bukan main bising lagi mulutnya dalam dewan tu... lagi2 bila part tarian kaum melayu...mulut dia pun menjerit sama ikut muzik...






berpeluh anak teruna sorang ni jalan-jalan...nasib baik bawak bekal biskut dia,...
bila dah ke kuching wajiblah bergambar dengan patung kuching kan hehehehe...
tengoklah wajah ceria si comelku.. asalkan dapat pegi jalan-jalan memang senyum je lah..
 
bila dah ke serawak mesti akan ke pasar untuk mencari terubuk dan jugak rempah kuah serawak... lupa dah nama pasarnya tapi jangan riso sebab berduyun-duyun penjual kat pasar tu jual terubuk and kuah laksa serawak... macam kitorang laki bini kurang gemar dengan terubuk so memang tak belilah... bagi yang gemar boleh sediakan dalam rm200 plus plus untuk dapatkan dengan berbaloi-baloi.... kalo laksa serawak sepeket kecik dijual dengan harga rm10 untuk 3 peket.... 

ikutkan hati nak bawak rifqi jalan-jalan ke tempat sejuk tahun ni macam cameron or fraser pun jadilah tapi belum berkesempatan... insyaallah... 

almost 1 years...



seperti tak percaya betapa cepatnya masa berlalu... dah hampir setahun kesayanganku rupanya...
cepat masa berlalu... terasa baru sekejap melihat rifqi membesar.. jangan cept-cepat besar sayang... ibu takut ibu rindu....

sekarang ni macam-macam keletah dia... dah tahu mana port main yang disediakan untuk dia.... 


RIFQI SUKA .....

rifqi suka merangkak laju-laju lepas mandi dengan tuala sebab nak suruh ibu kejar pakaikan pampers... lepas merangkak jauh daripada ibu tengok ibu sengih-sengih konon-konon dah menang..berjaya tak pakai pampers...

rifqi suka masuk dapur...sebab rifqi suka main dengan beras.... bila ibu pangil terus jengukkan kepala tunjukkan muka bagitau ibu rifqi ada kat situ...

rifqi suka manja-manja dengan ibu and ayah...semalam dah pandai buat merajuk bila ibu and ayah syok layan tv tetiba ada budak kecil merangkak ke depan tv pastu buat-buat terbaring atas bantal... bila ibu panggil tak angkat kepala pun tapi tersengih-sengih tepi bantal..ibu geletek tapak kaki pun tak layan.. last-last bila ibu and ayah datang dekat-dekat terus merangkak laju-laju sambil ketawa...memang comel...

rifqi suka  gelak macam ada suatu yang kelakar sangat...merangkak sambil ketawa-ketawa..tapi ibu pun tak tahu apa yang digelakkan... ibu fikir mungkin cuma nak tarik perhatian ibu kot...

rifqi suka buat-buat macam cakap tepon..setiapkali ibu cakap tepon mesti rifqi pandang muka ibu sambil buat-buat tangan pegang tepon kat telinga... bila ibu taip sms/whatsapp mesti rifqi menyibuk jugak nak taip jugak...jadi keluarlah mcama-macam mesej yang ibu hantar.... biasanya cikngah lah yang selalu kena dapat baca mesej pelik-pelik yang rifqi hantar tu...

rifqi suka keluarkan barang dari kotak...terutamanya kad-kad yang chiklang belikan untuk rifqi...pantang nampak kotak kad tu tersimpan kat rak mesti rifqi ambil keluarkan sekeping kad then angkat kotak terbalikkan keluarkan semua sekali.... bukan nak main tapi suka kad tu berterabur agaknya....

rifqi juga suka jalan-jalan...setiap kali jalan-jalan mesti mood rifqi baik sangat.... ceria.... tak meragam... so setiap ahad pagi kita pergi jogging kat taman layang-layang kepong yer sayang kalau ayah tak outstation...

tak puas rasanya setiap hari dengan rifqi... nak main je dengan rifqi... tapi satu je perangai rifqi ibu tak suka..bila ibu masak rifqi akan sibuk jugak kat kaki ibu mintak didukung sambil nangis-nangis bila tak didukung...sebab rifqi nak tengok apa yang ibu sedang buat..bila ibu dukung je terus senyap sambil intai atas dapur... siap tangan tunjuk-tunjuk kat masakan ibu....

tiap kali petang je, bila dengar bunyi motor ayah mesti rifqi cepat-cepat merangkak tunggu depan pintu.... ayah masuk umah mesti terus kejar ayah nak berdukung.. dah tak hirau dah ibu masak kat dapur...

we love you sayang... with full of our heart....
lindungilah permata hatiku.... peliharakanlah kesayanganku di dunia dan akhirat....

mata-mata