me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

puisi hati

haramkah aku
bila hatiku jatuh cinta
tuhan pegangi hatiku
aku cinta pada dirinya
sifat manusia ada padaku
haramkah aku
bila aku terus menantinya
aku tetap ingin dirinya
hanya tuhan yang bisa jadikan
yang tak mungkin menjadi mungkin
aku ingin cinta yang halal
di mata dunia dan juga akhirat
penghujung kisah ku dan dia
kerna itu ku jatuhkan egoku
agar kami kan tetap bersatu
TETAPI
aku juga ada harga
bukan sekadar mau menanti semata
jika aku hanya insan biasa buatnya
yang masih tak tentu dimana di dalam hatinya
yang masih tak tahu akan dibimbingnya
aku berbisik pada hati
DIRIMU SEPATUTNYA BERHARGA DIMATANYA
BERNILAI DI HATINYA
SENTIASA ADA KEIKHLASAN DALAM HATINYA
MENERIMA SETIAP BAIK BURUK SIFATMU
KERANA
DIALAH YANG MAHU MEMBIMBINGMU
MENJADIKANMU RATU DALAM HIDUPNYA
dalam sunyi aku bersujud
dan hati ini berlagu
KEMBALI LAH KAU PADANYA YANG SELAYAKNYA
alhamdulillah.. telah aku temui jawapan..
inginku menjadi jam mahal di dalam kotak, menanti pembeli yang sebenar-benar layak dan mahu memilikiku...
khazanatul asrar bersuara......

hati perasaan ini

assalamua'laikum

malam ni berada jauh dari sekolah.. dalam sejam perjalanan coz sedang join bengkel komsas sekolah menengah kat pusat latihan guru dalam perkhidmatan,kulaijaya.. mula2 memang rasa down giler nak gi kursus coz tak ada pengangkutan dan geng tapi sekarang alhamdulillah.. nak lanjutkan kursus sampai hari jumaat pun tk kisah.. coz sangat senang hati di sini.. program kul 8-10 then makan, pastu 10.30-12.30 pastu makan dan rehat sambunglak sampai 2.30 sampai 4.30.. pastu santai2 sampai pagi esok lak.. senang kan.. takyah tensen2... hpi sangat2..

dan mungkin juga kursus ni satu rahmat Allah diturunkan kepada aku.. saat aku sangat tidak senang hati.. seorang manusia takkan dapat lari dari masalah emosi kan... aku bandingkan diri aku yang dulu dengan sekarang... dulu aku yang selalu bagi kat kawan2 aku bila melibatkan masalah emosi tapi sekarang aku lemah sesorang.. aku takder tempat mengadu ditambah ngan sifat aku yang memang susah nak share masalah.. cuma lya yang faham dulu.. walau aku tak citer dia bagaikan memahami.. tapi sekarang dia sangat2 jauh ngan aku... maka tanggunglah sesorang..

kerana hanya satu kesilapan aku dihukum.. walhal masing2 membuat kesilapan.. aku mengalah untuk membaiki hubungan tapi andaikata kemengalahanku tu tidak diterima aku redha..... jika dia ditaqdirkan untukku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan untukku, aku redha dengan ketentuanMU...

dengan adanya kursus ni aku dapat lari suasana sekolah.. lari sekejap dari pelajar.. dan lari dari rutin.. dan alhamdulillah membantu aku melupakan apa yang bermain dalam hati... lari dari mengingati tentang hati dan perasaan.. walahwei jiwang ayat huhuhu...kursus ni pun santai2 jer.. namapun komsas kan.. ada drama, ada puisi.. semua orang sportng so semua orang pun memberi kerjasama... dah lama tak berlakon tadi berlakon watak mak usu.. huhuhu ntah pe2... memang asyik bercakap kat depan jer hari ni.. ok lah tu.. mengajar aku untuk lebih berkeyakinan..

aku pun tak tahu nak taip apa lagi sebenarnya ni... just wanna share 1 sms dari sahabat aku yang diterima di tngah malam2 buta saat aku dalam kesedihan yang amat sangat:

YA ALLAH, TIADA SESUATU YANG MUDAH KECUALI MEMANG ENGKAU YANG MENJADIKANNYA MUDAH DAN ENGKAULAH YANG MENJADIKAN SEGALA YANG SULIT ITU MENJADI MUDAH JIKA ENGKAU KEHENDAKI....

kembalilah kita kepdaNYA...

sentiasa layak diuji

Assalamua’laikum...

Lamanya tak menjenguk kat sini.. apa dah jadi pun entahlah.. kadang2 ada idea nak menaip tapi tak ada idea yang panjang untuk menghuraikan atau memperkembangkan idea tu.. Cuma nak share 1 cerita yang berlaku pada diri aku baru2 ni...

Lokasi: kantin sek men keb seri alam 2

Terpandang sebuah buku atas meja dekat dengan tempat aku makan... so aku pun belek2... panduan rasulullah tajuk buku tu... tetiba datang ustaz haizan.. akak kat depan aku pun tegur, “rajin ustaz baca buku.. kita ni langsung tak sempat nak baca buku”. Ustaz senyum kemudian sambil memandang muka aku, “kena baca buku jugak.. satu bulan 1 buah buku pun jadi kalau tak kesian kat dalam ni nanti”, sambil tepuk dada..

ringkas je ustaz jawab tapi aku terasa sebab dah lama sangat tak membaca topup minyak hati sendiri.. buku2 yang beli tahun lepas pun belum habis baca.. masih setia kat rak buku tepi katil tu.. kesiannya kat diri sendiri.. banyak sangat benda nak dibuat ke sampai tak sempat?? Kalau aku menyalahkan kerja yang banyak, seperti mencari alasan untuk menyedapkan hati sendiri..

tapi untuk mengurangkan rasa bersalah alasan tu jugak yang aku pegang... banyak kerja banyak kerja.. mesyuarat itu mensyuarat ini.. aktiviti itu aktiviti ini.. dan macam2 lagi...

sehinggalah.....

KAMU SENTIASA LAYAK DIUJI

Kenapa aku tak terfikir yang semua ditaqdirkan pada aku sekarang ni adalah ujian Allah untuk menguji tahap kesabaran aku.. tahap keikhlasan aku... tahap keredhaan aku...

sabar dengan semua kerja
ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberi..ikhlas mengajar
redha dengan segala musibah yang berlaku..

dulu aku selalu ulang ayat—“ALLAH sedang berbicara dengan kamu erti ikhlas”.. tapi entah kemana sekarang ayat tu pergi.. dimana keikhlasan aku kalau setiap apa yang berlaku nak merungut.. setiap yang terjadi mudah hilang kesabaran..

HAMBA YANG LUPA
Itulah hamba yang lupa. Lupa selayaknya seorang hamba untuk diuji.. pengusaha kambing pun tak perlu nak mintak kebenaran kambing tu sendiri kalau nak sembelih kambing tu.. apatah lagi kita manusia bertaraf hamba.. tak perlu Allah nak minta kebenaran kita kalau nak diuji... aku tidak mahu menjadi hamba yang lupa lagi..

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
insyaAllah... tidak ditakqdirkan Allah itu tanpa tujuan semata... kadang2 dalam situasi aku hari2 aku rasa geram bila aku tak menyusahkan orang lain tetiba aku disusahkan oleh orang lain.. kenapa berlaku macam tu? Itulah bicara Allah pada aku mungkin..

agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita adalah hamba...

ampunilah aku ya Allah...
padaMu ku bersujud

mata-mata