me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

sentiasa layak diuji

Assalamua’laikum...

Lamanya tak menjenguk kat sini.. apa dah jadi pun entahlah.. kadang2 ada idea nak menaip tapi tak ada idea yang panjang untuk menghuraikan atau memperkembangkan idea tu.. Cuma nak share 1 cerita yang berlaku pada diri aku baru2 ni...

Lokasi: kantin sek men keb seri alam 2

Terpandang sebuah buku atas meja dekat dengan tempat aku makan... so aku pun belek2... panduan rasulullah tajuk buku tu... tetiba datang ustaz haizan.. akak kat depan aku pun tegur, “rajin ustaz baca buku.. kita ni langsung tak sempat nak baca buku”. Ustaz senyum kemudian sambil memandang muka aku, “kena baca buku jugak.. satu bulan 1 buah buku pun jadi kalau tak kesian kat dalam ni nanti”, sambil tepuk dada..

ringkas je ustaz jawab tapi aku terasa sebab dah lama sangat tak membaca topup minyak hati sendiri.. buku2 yang beli tahun lepas pun belum habis baca.. masih setia kat rak buku tepi katil tu.. kesiannya kat diri sendiri.. banyak sangat benda nak dibuat ke sampai tak sempat?? Kalau aku menyalahkan kerja yang banyak, seperti mencari alasan untuk menyedapkan hati sendiri..

tapi untuk mengurangkan rasa bersalah alasan tu jugak yang aku pegang... banyak kerja banyak kerja.. mesyuarat itu mensyuarat ini.. aktiviti itu aktiviti ini.. dan macam2 lagi...

sehinggalah.....

KAMU SENTIASA LAYAK DIUJI

Kenapa aku tak terfikir yang semua ditaqdirkan pada aku sekarang ni adalah ujian Allah untuk menguji tahap kesabaran aku.. tahap keikhlasan aku... tahap keredhaan aku...

sabar dengan semua kerja
ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberi..ikhlas mengajar
redha dengan segala musibah yang berlaku..

dulu aku selalu ulang ayat—“ALLAH sedang berbicara dengan kamu erti ikhlas”.. tapi entah kemana sekarang ayat tu pergi.. dimana keikhlasan aku kalau setiap apa yang berlaku nak merungut.. setiap yang terjadi mudah hilang kesabaran..

HAMBA YANG LUPA
Itulah hamba yang lupa. Lupa selayaknya seorang hamba untuk diuji.. pengusaha kambing pun tak perlu nak mintak kebenaran kambing tu sendiri kalau nak sembelih kambing tu.. apatah lagi kita manusia bertaraf hamba.. tak perlu Allah nak minta kebenaran kita kalau nak diuji... aku tidak mahu menjadi hamba yang lupa lagi..

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
insyaAllah... tidak ditakqdirkan Allah itu tanpa tujuan semata... kadang2 dalam situasi aku hari2 aku rasa geram bila aku tak menyusahkan orang lain tetiba aku disusahkan oleh orang lain.. kenapa berlaku macam tu? Itulah bicara Allah pada aku mungkin..

agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita adalah hamba...

ampunilah aku ya Allah...
padaMu ku bersujud

0 comments:

Post a Comment

mata-mata