me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

mencari damai di hati

status seorang teman di facebuk: apakah yang sepatutnya dicari dalam hidup ini.................???

apa erk??

wang ringgit yang banyak.. harta berkoyan-koyan.. ilmu mencurah-curah di ladang gandum.. gelifren dan buayafren keliling pinggang..kasih sayang melimpah ruah..

arrghh penat nak taip semer benda tu... kalo suruh ditulis atas kertas habislah dakwat pen agaknya..

kenapa?

KERANA manusia tak pernah rasa cukup... when enough are enough???

maka apa yang sebenar yang dicari...

kusut kusut kusut.. apa yang aku nak.. aku pejam mata dan tanya pada hati dan hati mengembalikan semua benda yang aku taip tadi.. aku bukak mata dan pandang ke suatu sudut dalam bilik.. dan aku nampak sesuatu


~~~~mencari damai di hati~~~~

carilah damai di hati.. setiap yang kita cari jangan lupa kembali kepadaNya... jangan lupakan DIA yang berhak untuk segalanya... sebab

sekali kita lupakanNya jangan salahkan Dia kalau berkali-kali Dia melupakan kau..

walaubagaimanapun

Allah itu maha Pengampun lagi Maha mengasihani..takkan DIA melupakanmu walaupun dah banyak kali kita mendustai cinta dia...

kenapakah menjadi feeling tetiba pada malam ini??? kadang2 aku sangat cemburu.. a'ah.. cemburu dengan mereka.. yang mampu menjaga aurat mereka dengan baik.. yang sentiasa mampu menjaga adab walau di mana berada... yang mampu menjaga pergaulan dan budi bicara selayaknya perempuan muslimah.. kenapa aku tak mampu nak buat semua tu????

tepuk dada, tanyalah iman...

rakan muda SMKSA2 di putrajaya

assalamua'laikum

bahagianya rasa dapat bermalas-malasan atas katil sendiri selepas berpenat lelah semalam.. a long journey bagi aku rasanya...

pagi2 semalam nak kena ada kat sekolah b4 kul 5 pagi... aihk satu masalah untukku bila mana naliza suriati binti nasrun bukanlah seorang yang jenis dapat tido awal dan of kos lah susah nak bangun awal.. tido kul 1 bangun kul 4 sampai2 jer kat sekolah dah ada yang tunggu.. dalam hati mak aih bebudak ni.. pukul berapalah bangun ni...

tepat jam 5.05 bertolak dari sekolah.. masuk2 bus jer budak2 dah bising .. memang hyperaktif dorang ni..

macam2 pengalaman semalam.... agak terkilan bila masa yang diperuntukkan kat sana hanya sekejap.. tapi nak wat macam mana coz itu semua aturan pihak penaja.. so nak tak nak memang kena ikut..

aku faham perasaan students coz aku pun pernah jadi students dulu.. hanya fikir nak enjoy... pemikiran hanya berpaksikan keseronokan semata... tak nak sampai rumah awal2 coz nak stay ngan kawan lama2.. tapi mereka kena faham yang mereka ke sana ditaja oleh bahagian belia dan sukan so kena ikut arahan penganjur... entahlah mereka boleh terima ke tak.. TAPI bila mereka kena marah ngan mr siva(penganjur yang ikut serta dalam bus) bila ada pelajar yang lambat naik bus. entahlah perasaan tu.. rasa sedih pun iyer jugak bila students sendiri kena marah dengan orang lain.. sendiri marah takper hehehe.. walaupun mereka memang patut kena marah pun masa tu tapi aku rasa sedih lak bila dorang kena marah dengan orang luar.. tulah..aku dah pesan kul 3.05 kembali ke pangkal jalan tapi kul 3.15 masih lagi belum masuk bus... kan dah kena marah

perjalanan kami juga diuji dengan pelbagai dugaan.. tayar bus meletup 3 kali.. tapi last meletup tu memang takleh nak wat aper.. so gerak slow2 jer sambil tunggu bus lain datang amik.. kemudian dengan ramai pelajar2 yang mengadu nak gi toilet.. dah pesan jangan minum air gas minum jugak.. tu yang nak gi toilet jer jadinya.... tapi dengan keadaan bus macam tu memang dorang kena tahan.. kesian jugak dengar bila dorang mengadu nak kencing lah..nak pish pish lah.. tapi dalam keadaan macam tu terpaksa ignorekan mereka dulu.. sabar jer lah yer adik-adik...

then bila sampai RNR kulaijaya memang berlari masing2 serbu toilet... tyme tu memang aku rasa geli hati tengok keadaan dorang... macam manalah tak kerja membuang jer kalo asal naik bus jer mulut start menguyah.. aishhkk bebudak...

masa tayar bus meletup kali ke3 tu budak2 mangaminkan doa mintak selamat perjalanan... suasana yang sangat menyenangkan.. sehinggakan dipuji oleh mr siva... kesimpulannya budak2 ni senakal mana dorang masih ada sifat baiknya.. nakal sebab mereka memang lum matang... semoga Allah menunjukkan mereka jalan yang lurus....jangan dipalingkan hati mereka....

then bila naik bus baru tu aku ingatkan mereka:
"adik-adik duduk leklok semua..cikgu nak kira pelajar ni... hari ni tuhan nak ajar kita semua erti sabar.jadi cikgu harap awak semua dapat bersabar dengan apa yang berlaku.. pas ni kita akan terus balik ke sekolah.. cikgu harap tak ada yang nak terkucil lagi k coz kita dah lewat"

dengan niat semoga mereka berfikir di luar kotak apa yang berlaku pada mereka hari ni...bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. setiap yang terjadi ada rahmat tersembunyi... dan alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke sekolah pada pukul 10.27 malam.

masa tu memang aku teringat adik bongsu aku yang banyak sangat kerenah.. yang selalu wat aku marah... yang selalu wat aku naik angin... moga tuhan lmbutkan hati aku untuk mendekati dia dengan cara yang lebih berhemah.. bukan kerja nak marah2 jer.. tapi entahlah....

semalam memang penuh ngan cabaran... kali pertama membawa pelajar keluar dar johor.. banyak jugaklah aku belajar untuk dijadikan pengajaran kalau terpaksa jadi guru pengiring lagi nanti... semoga kejadian semalam dapat mematangkan aku jugak menjadi lebih dewasa...

"tidak terjadi sesuatu ke atas mu tanpa tujuan..sesungguhnya DIA Maha Mengetahui"

corat coret

assalamua'laikum

aper nak ditaip ni.. apa nak dikarut di sini.. terlalu banyak bermain dalam fikiran..

arrggghhh..

~~~~apa yang kamu semai itu yang akan kamu tuai~~~~
apa yang diberi itu yang akan kamu dapat balik.. macam kata justin timberlake, what you give you will get back or what goes around comes around... baru pas tengok video kat facebuk bilamana seorang tua dimarahi anak dan menantu di khalayak umum dan ditinggalkan seorang diri ekoran 1 hal yang amat2 kecik.. nauzubillah... inikah dunia.. inikah manusia..

jangan kau lupa apa yang kau lakukan pada hari ini akan dibalas setimpal malah lebih teruk lagi dari tu sebab apa yang kau tanam itulah yang akan kau tuai.. apa yang kau buat pada hari ni itulah yang akan kau tuai kemudian hari.. kau maki orang lain hari ni, esok akan ada orang lain maki kau lagi teruk.. kau derhaka hari ni pada insan yang memberi kau makan, esok orang yang kau bagi makan pada hari ni akan derhaka pada kau jugak.. malah lebih teruk lagi..

kau mencuri hari ni..esok lusa kau lak akan dicuri..
kau berkepit ngan bukan muhrim hari ni, esok lusa anak kau lak berzina ngan orang lain...

jangan jadi penipu yang marah bila ditipu balik...

Ya Allah ya tuhanku, jangan kau palingkan hatiku kerna ku takut akan balasanMu

kata-kata tersebut jugak buat aku takut sangat kalo terala kadar mengajar anak orang lain.. aku takut nanti cikgu-cikgu pun ala kadar jugak mengajar anak aku.. kesian anak-anak aku nanti.. walau belum kahwin dan belum ada anak tapi kesan jangka panjang prlu difikirkan... muhasabah lah diriku dalam menjalankan amanah yang diberi walau sesakit mana hati.. walau segeram mana dengan kerenah tak matang pelajar tu...

~~~~never blame the students~~~~~
itulah kata lect psikologi aku dulu.. tapi sekarang ni masih boleh dipegangkah kata-kata ni?? macam kata housemate aku sekarang ni:

orang psikologi ni pandai cakap.. tapi kalo diikutkan, cara 'pukulogi' zaman dulu lagi berkesan dari 'psikologi' yang diagung-agungkan sekarang ni..

adakah dengan berlembut ngan students boleh melembutkan jugak hati dorang?? teringat kata-kata mr tong dulu, pk hem di smk wangsa maju seksyen 2, kuala lumpur.. marah2 students tapi kena sayang jugak.... marah? sayang? entahlah.. macam manalah nak sayang dengan pelajar yang tak pernah nak menyejukkan hati pun walau sekali...

didiklah hati untuk menyayangi

Sabda nabi riwayat Abu Hurairah:
'sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi'

nabi suruh ajar anak sembahyang masa umur 7 tahun.. kalo 10 tahun tak sembahyang nabi suh pukul... so salah ke pukul pelajar kalo berkelakuan macam bukan pelajar.. pukul bukan sampai nak bunuh pun.. cuma sekadar menggertak.. tapi kadang2 aku takut bila dah selalu kena pukul ni nanti punggung dorang dah kebas dengan rotan.. bila dah jadi macam tu ngan apa lagi nak dipukul...

erm apa kata selain memerahkan dan menyakitkan punggung dorang, kita suruh dorang wat kerja amal jugak hehehe... pelajar-pelajar islam suruh dorang mengaji ramai2 then pelajar non-muslim lak suruhlah wat kerja amal bersihkan toilet or bawak pergi bersih rumah anak yatim ker.. apa2 jer lah kan..

~~~~~pandangan manusia tak pernah adil~~~~
kerana manusia itu hanya hamba yang doif sifatnya... tapi pandangan manusia itulah yang sering kita fikirkan... takut dicerca.. takut dikutuk..takut diumpat.. sebab? fitrah manusia itu sendiri nak jadi yang terbaik dan disukai ramai orang.. dan sifat manusia itu jugak suka menilai.. suka mengomen.. kalo nak difikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita.. tak akan cukup 24 jam yang tuhan bagi.. kalo sentiasa nak menyenangkan hati dan memuaskan hati orang lain, kerat badan jadi 4 pun tak cukup.... sebab bagi aku pandangan manusia tu tak pernah adil.. ada jer yang tak kena.. macam kisah orang tua, anaknya dan seekor keldai yang pernah aku taip dulu kat blog friendster... try cari balik tapi tak jumpa huhuhuhu

maka jadilah diri sendiri dengan tidak menyusahkan orang lain... so orang lain susahkan kita takperlah ey??
semoga Allah membalas perbuatannya dan semoga Allah membalas kesabaranmu dengan rahmat yang tak ternilai.. ameen...

mencari damai di hati...

dekat atau buat pun takleh beza ker

assalamua'laikum

waaa lamanya tak menaip huhuhu.. ey?? takderlah sampai sebulan kot.. selepas berlakunya perang hati hahaha..

hidup sekarang???
happy happy happy (wink wink wink)

walau banyak nak buat.. walau hari2 makan hati ngan kerenah student.. walau penat.. walau banyak nak difikir..

tapi
aku happy sebab ada mereka dan dia...

mereka yang aku tahu sentiasa ada untuk aku.. yang sentiasa sayangkan aku.. yang tak pernah mintak balasan atas kasih sayang mereka...
cayang my famili... mak, ayah, angah, achik and adik...
terlalu sayang dan sangat sayang

dia yang aku sayang wallla weh hik hik [blushing] dan yang aku tahu ada di sana...yang mewarnai pagi, petang dan malam ku dengan nasihat,teguran,impian, perancangan dan segalanya...terasa sangat bermakna setiap kaa-kata dan mula memahami maksud namanya..
terima kasih 'ilham'... walau rindu aku tahu ada hikmahnya tuhan menjarakkan kami kerana DIA sangat sayangkan aku.. alhamdulillah...

dan hari-hari ku kini berdepan dengan pelbagai kerenah budak-budak muda yang tak setua aku...
pelbagai kisah diperdendangkan... keruntuhan moral makin menjadi2... kes buang bayi dah jadi macam perkara biasa.. dan realiti di sekolah aku sendiri seramai lebih kurang 20 orang pelajar tingkatan telah dot dot dot... kadang2 aku terfikir jugak.. kenapalah dorang ni tak macam budak2 zaman aku sekolah dulu.. apa bezzanya?

nak cakap sebab aku ni budak sekolah agama.. duk asrama.. aku rasa zaman sekolah aku dulu ada jugak budak nakal.. budak degil.. tapi nakal2 pun budak laki akan berpusu2 ke masjid berjemaah bila azan..budak perempuan masih ada jugak malu walau senakal2 mana pun.. masih lagi hormat cikgu.. masih lagi jaga adab... aku ni pun pernah jugak nakal zaman sekolah.. [tak perlu nak bagi contoh takut cam riak lak dengan kenakalan dulu hehehe].

apa yang bezanya??
dimana silapnya??

lagi satu.. dorang ni umur baru setahun jagung dah pandai nak kapel2... duit masuk toilet awam pun mak ayah tanggung ada hati nak mengapelkan diri.. aku sengkek kepala baru tau... dah kapel tu selamba badak lak pegang tangan.. usap2 pipi.. peluk sikit2... bangga sangat lah tu dapat buat macam tu... aku yang hidup 24 tahun ni pun takut nak wat macam tu... tak ada maknanya nak usap2 pipi.. nak cucuk2 pinggang or perut... nak cubit2 manja...apatah lagi nak pegang2 tangan atau lebih dari tu... bila ditegur dimarah diambil tindakan.. nak marah cikgu.. nak saman cikgu... itulah jadinya bila tuhan bagi otak suruh letak kat kepala tapi pergi letak kat kepala lutut..
sebab aku percaya adanya DOSA.. adanya PEMBALASAN..takut hilang manisnya bila dah halal kelak... takut zuriat2 aku menconteng arang kat muka aku lak sebab dosa aku..

tapi kenapa mereka tak fikir macam tu?

tuhan cakap 'la takrobu zina'..jangan mendekati zina.. bukannya tuhan cakap 'la ta'malu zina'..jangan melakukan zina.. kalo mendekati dan melakukan pun takleh beza macam mana lah nak lulus bahasa melayu SPM..

'ya Allah ya tuhanku.. kuatkanlah aku untuk memanusiakan manusia-manusia ini.. ya Allah ya tuhanku..kuatkanlah aku dalam menempuh jalan hidup yang telah ku pilih.. kerna ku sayang diriku.. ameen'

mata-mata