waaa lamanya tak menaip huhuhu.. ey?? takderlah sampai sebulan kot.. selepas berlakunya perang hati hahaha..
hidup sekarang???
happy happy happy (wink wink wink)
walau banyak nak buat.. walau hari2 makan hati ngan kerenah student.. walau penat.. walau banyak nak difikir..
tapi
aku happy sebab ada mereka dan dia...
mereka yang aku tahu sentiasa ada untuk aku.. yang sentiasa sayangkan aku.. yang tak pernah mintak balasan atas kasih sayang mereka...
cayang my famili... mak, ayah, angah, achik and adik...
terlalu sayang dan sangat sayang
dia yang aku sayang wallla weh hik hik [blushing] dan yang aku tahu ada di sana...yang mewarnai pagi, petang dan malam ku dengan nasihat,teguran,impian, perancangan dan segalanya...terasa sangat bermakna setiap kaa-kata dan mula memahami maksud namanya..
terima kasih 'ilham'... walau rindu aku tahu ada hikmahnya tuhan menjarakkan kami kerana DIA sangat sayangkan aku.. alhamdulillah...
dan hari-hari ku kini berdepan dengan pelbagai kerenah budak-budak muda yang tak setua aku...
pelbagai kisah diperdendangkan... keruntuhan moral makin menjadi2... kes buang bayi dah jadi macam perkara biasa.. dan realiti di sekolah aku sendiri seramai lebih kurang 20 orang pelajar tingkatan telah dot dot dot... kadang2 aku terfikir jugak.. kenapalah dorang ni tak macam budak2 zaman aku sekolah dulu.. apa bezzanya?nak cakap sebab aku ni budak sekolah agama.. duk asrama.. aku rasa zaman sekolah aku dulu ada jugak budak nakal.. budak degil.. tapi nakal2 pun budak laki akan berpusu2 ke masjid berjemaah bila azan..budak perempuan masih ada jugak malu walau senakal2 mana pun.. masih lagi hormat cikgu.. masih lagi jaga adab... aku ni pun pernah jugak nakal zaman sekolah.. [tak perlu nak bagi contoh takut cam riak lak dengan kenakalan dulu hehehe].
apa yang bezanya??
dimana silapnya??
lagi satu.. dorang ni umur baru setahun jagung dah pandai nak kapel2... duit masuk toilet awam pun mak ayah tanggung ada hati nak mengapelkan diri.. aku sengkek kepala baru tau... dah kapel tu selamba badak lak pegang tangan.. usap2 pipi.. peluk sikit2... bangga sangat lah tu dapat buat macam tu... aku yang hidup 24 tahun ni pun takut nak wat macam tu... tak ada maknanya nak usap2 pipi.. nak cucuk2 pinggang or perut... nak cubit2 manja...apatah lagi nak pegang2 tangan atau lebih dari tu... bila ditegur dimarah diambil tindakan.. nak marah cikgu.. nak saman cikgu... itulah jadinya bila tuhan bagi otak suruh letak kat kepala tapi pergi letak kat kepala lutut..
sebab aku percaya adanya DOSA.. adanya PEMBALASAN..takut hilang manisnya bila dah halal kelak... takut zuriat2 aku menconteng arang kat muka aku lak sebab dosa aku..
tapi kenapa mereka tak fikir macam tu?
tuhan cakap 'la takrobu zina'..jangan mendekati zina.. bukannya tuhan cakap 'la ta'malu zina'..jangan melakukan zina.. kalo mendekati dan melakukan pun takleh beza macam mana lah nak lulus bahasa melayu SPM..
'ya Allah ya tuhanku.. kuatkanlah aku untuk memanusiakan manusia-manusia ini.. ya Allah ya tuhanku..kuatkanlah aku dalam menempuh jalan hidup yang telah ku pilih.. kerna ku sayang diriku.. ameen'
0 comments:
Post a Comment