me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

tak pasal2 aku kena marah sebab personal loan

assalamua'laikum

mode[sebab baru jer pas kna marah/tengking so aku taip blog aku sekarang ni pun dalam keadaan berapi-rapi..lagi2 sambil minum air milo panas]

ngah best2 berFB tetiba nombor yang tidak dikenali kol...

'hello'..'assalamua'laikum'.... [bermulalah sesi taaruf kejap]..'ooooo..lamanya tak dengar citer'

so bla bla borak pasal kisah2 lama..kawan2 lama.. konon2 macam dah lama tak jumpa [memang pun] tapi otak aku asyik pikir tujuan dia kol aku..almaklumlah tak pernah2 kol sejak aku lost semer kontek apabila phone samsung lama aku terjatuh dalam kuali yang ngah goreng ayam..

dan kemudian dia memulakan bicara...dah start masuk isi yang pertma.. tadi tu hanya pendahuluan...

bila nak kahwin??

dan dengan jujur aku pun jawab.. insyaAllah..doalah yang terbaik.. skarang ni ngah saving sikit2.. nak kahwin bukan pakai sikit duit... lagipun kalo saving sikit nanti habis semua duit saving guna untuk kahwin jer...hehehe[dalam otak aku adakah dia nak mencarikan jodoh untuk aku]

ooo.. maksudnya dah ada calon lah ni ey...[dan bla bla bla lagi]

dan kemudian dia masuk kepada isi yang ke2..

tak nak wat personal loan ker untuk kahwin.. cepat sikit leh kahwin

erm setakat ni tak nak lagi..belum terdesak.. lagipun 'bakal pasangan' tak galakkan.. lagi2 mak ayah mesti tak kasi.. [dan sekarang ni kepala otak aku mula memikirkan, mungkin dia ni bukan nak cari jodoh untuk aku tapi ejen untuk personal loan so sekarang ni sedang mempengaruhi aku untuk wat personal loan ngan dia] dan dengan bodohnya aku gi tanya kerja ngan bank mana?

eh taklah..kerja biasa2 jer sekarang ni tapi gomen lah... [dan otak aku mula memikirkan lagi adakah dia ni AH LONG coz setahu aku personal loan yang berdaftar ngan bank jer dan tak berdaftar ngan AH LONG]

dah ada calon.. cepat2 lah kahwin.. dah jatuh hukum wajib tu... [tambah beliau]

[dalam hati aku mula menempelak,memang lah dah ada calon.. tapi kalo kahwin tu pakai 3 4 ribu jer dah lama aku kahwin..dan setakat ni aku rasa aku masih mampu menahan nafsu setiap kali berjumpa dia.. tak pernah lak masa jumpa dia aku peluk2 dia untuk melepaskan rindu..atau dia belai2 aku...usap2 tangan aku..]

tapi aku masih menjawab dengan baik coz niat dia ikhlas nak ingatkan aku kot.. erm insyaallah...sedang menuju ke arah tu..doakan yang terbaik untuk orang ey[sambil berdoa harap2 phone2 ni mati kehabisan bateri ngah2 berborak ni]

buatlah personal loan kalo macam tu.. kn ada kemudahan kenapa tak nak guna

ni yang angin ni..kemudahan apanya. so dengan masih tersenyum dibuat2 aku menjawab, buat apa nak cepat2 kalo nanti kita yang sengsara.. wat personal loan semata2 nak kahwin sahaja nanti anak dah 2 pun lum habis bayar hutang kahwin.. lepas kahwin nanti lagi banyak nak guna duit tau..

[dan aku dapat merasakan dia agak marah dengan kata-kata aku]

habis tu awak langsung tak der wat loan ker?

[dia ingat aku ni harta berkoyan2 ker beli keter cash..mestilah ada wat loan kenderaan..tapi kereta tu bukan aku guna sehari jer..hari2 aku guna..kahwin tu majlisnya sehari jer walaupun untuk seumur hidup]

dan bla bla bla lagi... dan soalan dia seterusnya

erm apa pendapat awak kalo orang yang wat loan untuk kahwin....

tu hak masing2..kalo dah nak kahwin sangat wat jer lah.. tapi janganlah menggunakan semua duit tu untuk kahwin semata.. labur lah jugak duitnya.. so taklah rasa sangat hilang duitnya...kenapa? dah nak kahwin ker?nak wat personal loan?[aku nak juga meneka]

dan akhirnya dia mengaku yang dia dah bertunang... alhamdulillah...baguslah macam tu kan.. pastu kali ni aku lak yang sambung tanya dia..

nak wat personal loan ey?? tu yang mukaddimah panjang lebar tadi ey??

dia hanya tergelak kecil... dan dia cakap a'ah..so dia pun bla2 tanya pegetahuan au yang tak seberapa pasal personal loan.. aku terganga kejap bila dia cakap nak wat personal loan sebanyak ........... aku tanyalah kenapa banyak sangat.. so dia pun cakap sebab pasangan dia yang suh wat..konon2 pinjaman sama2 lah tapi menggunakan identiti perempuan tu... sebab dia cakap sama2 yang nak kahwin so nanti akan sama2 bayar.. aku agak musykil jugak.. perlu ke sebanyak itu.... dan lagi stu kenapa dia lak yang kena wat pinjaman.. kenapa tak suh lelaki tu wat pinjaman.. so nanti sama jugak leh sama2 bayar..

dia cakap.. erm lelaki tu susah nak bergerak uruskan hal ni dan automatikly mulut lancang aku bertanya, kenapa..lelaki tu cacat ker tak leh berjalan??[tetiba tercabul lak mulut ni, pas tanya terus pukul mulut sendiri]

dan dia hanya tergelak..ingat aku bergurau kot.. dan dia tanya lagi..ok tak kalo saya nak wat pinjaman sebanyak tu?[dan ketika ini aku menyamakan maksud soalan dia apa pendapat awak tentang perkara yang saya cakap tu]

dah tanya pendapat aku pun mulalah berkata-kata yang mengikut pendapat aku sndiri..
orang rasa banyak sangat tu.. semata2 nak kahwin..perit nak bayar nanti..lagi2 nanti dah ada anak..nak kena saving untuk anak lagi tambah ngan hutang tak habis2 bayar...lagi satu kalo betollah guna untuk kahwin dan nak bayar sama2 kenapa tak gunakan nama lelaki tu jer coz rsanya pihak lelaki lagi banyak gunakan duit..masa nak kahwin ni lh kita nak tengok usaha dia nak kan kita... llaki ni bukan boleh dipercayai sangat... dan bla bla bla lagi aku mengaban

'awak tak knal dia so awak tak boleh judge dia macam tu..dia tak macam tu dan mula lah omongannya dengan nada suara yang dah berbeza'..arghh mlasnya nak dengar... dan akhirnya perbualan kami berakhir dengan suasana yang tegang.. dia tak sukakan pandangan aku dan aku lak geram ngan bebelan dan tengkingan dia....

dah ditanya pendapat aku cuma jujur bagi pandangan jer.. so mana leh nak marah2 aku kalao tak suka pandangan aku.. pelik betollah... aku rasa macam lama giler bercakap dia walhal sebenarnya sekejap jer... sorilah kalo terasa dengan kata2 aku.. aku doakan yang terbaik untuk kau..

untuk yang lain, jangan nak tengking2 or tinggikan suara bila pendapat orang lain tak sama dengan pendapat kita..

tapi aku masih lagi musykil kenapakah aku yang menjadi insan pilihhannya untuk ditelefon.. harap2 takkan terjumpa lam FB..kalo tak nanti dia baca blog ni so dia tau aku kutuk dia.. aper nak buat.. ko cari penyakit pelik ngan aku malam ni

4 comments:

hahaha...like ur opinion

 

huhu thankz insan tak bernama:)

 

die nk promote personal loan ke? doh bakpe yg beria gi citer kisoh peribadi.hahhaha...

 

entahlah.. mungkin hajat tak kesampaian kot nak promote kat aku tak dapat...

 

Post a Comment

mata-mata