me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

kenapa perlu cemburu dengan orang jahat(KITA BUKAN MEREKA)

Seorang 'kakak' yang sangat happy go lucky minta carikan homestay untuk disewa dalam tempoh seminggu. Curious juga sebab lokasi rumahnya hanya di Kuala Terengganu je.. So, persoalan di minda Bonda ketika itu..nak guna homestay untuk siape ? Sambil gelak ketawa, dia bagitau yang dia nak 'lari'. Lagi curious Bonda dibuatnye. Takkan gaduh ngan husband?? Setakat mengenali peribadi diorang yang sangat2 romantik dan gila-gila itu, rasanya memang tak logik suami isteri ni akan bertengkar sampai nak lari dari rumah.. :-)

Sembang punye sembang..owhh..rupanya dia stress terpaksa jaga mertuanya yang sakit tua. Katanya lagi, sakit hati juga sebab berbulan-bulan hanya dia yang bersusah-payah menguruskan segala keperluan mertuanya sedangkan adik beradik iparnya, jangan katakan nak datang menghulur bantuan, menjenguk pun tidak.. Tekun Bonda mendengar luahan isi hatinya. Iyelah, kita pun faham juga. Jaga orang tua yang sakit menunggu ajal ni memang banyak cabarannya..dengan nyanyuknya, sensitifnya, pemarahnya, itu belum lagi kes terpaksa uruskan najis dan tukarkan pampers. Jauh lebih mudah untuk uruskan seorang bayi yang baru lahir!

Tapi kakak ni hebat.. dia tak mengeluh sangat tentang susah payah dia. Cuma kelihatannya, dia geram sebab ipar-duainya tak ambil peduli tentang ibu mereka sendiri. Jadi untuk menzahirkan rasa tak puas hatinya, dia ambil keputusan 'lari' skejap. Katanya, cuma seminggu.. dia just nak tengok apa ipar duainya akan buat kalau dia sekeluarga 'tak ada'?

Hampir 2 jam Bonda berkongsi keresahannya. Sekadar menjadi pendengar setia. Bonda mengenali kakak ni sebagai seorang yang sangat baik, tapi kali ni rasanya, macam dia tersilap perhitungan. Termangu-mangu juga Bonda mencari ayat untuk menyedarkannya.. Akhirnya, terkeluar juga satu soalan dari Bonda..

-"Akak, logik ke?"

-"Apa yang logik ?"

-"Akak tak puas hati ipar akak tak ambil peduli dengan kebajikan orang tua, tapi sekarang, akak amik keputusan nak buat perkara yang sama?? " Dia terdiam.

- "Bayangkan, kalau ipar duai akak tu still tak peduli. Dan orang tua tu tinggal sorang2 jugak. Kesian kat dia kan? Tak pasal2 jadi mangsa keadaan. Kalau akak balik, dia dah mati? Akak nyesal tak sudah tau! " Diam lagi.

-"Akak, Allah buat syurga dan neraka. Sebab memang akan ada orang baik dan jahat. Akak dah buat perkara yang betul sebelum ni. Dalam ramai2 family akak, akak dan abang bertuah sebab Allah pilih jadik orang baik. Jadi kenapa perlu cemburu dengan orang yang jahat?"

-"Tugas kita, buat bahagian kita. Jangan peduli kalau orang lain tak nak buat bahagian dia. Akak dah puas tegor dan bagi nasihat pada diorang, tapi kalau diorang masih degil, biarkan. Allah yang boleh menghukum diorang. Bukan kita. Entah akak paham tak apa yang saya nak cakap.. " Bonda ketawa kecil sekadar meredakan keadaan yang sedikit tegang. Dia pun ketawa juga, perlahan. Mukanya masih blurr..

Tapi akhirnya, dia mengangguk-angguk tanda paham. Ringkas aje jawapannya selepas itu, "Terima kasih ye. "

Hmm.. dasar orang baik dan berhati lembut, mudah benar dia terima nasihat.

Tak lama lepas tu, kami jumpa lagi. Mukanya happy semacam.

- "Mak mertua akak dah meninggal."

-"Owh.. tu yang happy ye? " Usik Bonda.

-" Tak, bukan sebab dia meninggal. Tapi sebab akak dan abang berjaya jaga dia sampai ke akhir hayat dia. Masa dia nak hembuskan nafas, dia pegang tangan kami dan ucap terima kasih. Akak terasa seolah2 restu dia menerangi hidup kami sekeluarga. Terima kasih sebab sedarkan akak dari buat kesilapan hari tu."

-" Tahniah juga buat akak dan abang sebab dah berjaya melepas ujian yang berat ni. InsyaAllah, restu ibu bererti restu dari Allah juga."

Bonda menaip kisah benar ini sambil menahan sebak. Subhanallah, indahnya untuk berkongsi kisah yang sangat menyentuh perasaan ini. Betapa kita sebagai seorang manusia terlalu mudah mengeluh tentang sesuatu ujian yang Allah titipkan. Padahal Allah menegaskan berulangkali dalam surah Al-Insyirah, di sebalik sesuatu kesukaran itu, ada kemudahan. Itu janji Allah.. Sudah pasti ianya benar. Macam kakak tadi, hasil kejayaannya bersabar, Allah beri rezeki melimpah ruah, suami yang semakin menyayanginya, anak2 yang dulu bermasalah dalam pelajaran semuanya semakin menunjukkan prestasi yang membanggakan. Hmm..seronok mendengarnya!

Sebab itu, bersabarlah menghadapi kerenah manusia yang pelbagai. Jika hati kita sakit disindir seseorang, mengapa kita perlu menyindirnya semula ? Biarkan dia terus bertepuk sebelah tangan, kerana ia pasti tidak akan berbunyi... kerana akhirnya dia yang akan malu sendiri. Kalau kita marah dicurangi suami, mengapa kita pula ingin melakukan dosa yang sama? Bila rasa diri disakiti atau dikhianati, jangan terburu-buru membalasnya. Peringatkan diri kita. KITA BUKAN MEREKA! Kita tak sama dengan mereka. Kita tak akan melakukan kesilapan yang sama seperti mereka!

Ingatlah, kita hanya manusia biasa yang sentiasa layak diuji oleh pencipta kita. Jangan terlalu mudah membuat keputusan berdasarkan nafsu. Pujuklah hati untuk bertenang seketika, minta panduan dari Allah apa yang terbaik perlu kita buat untuk menangani sesuatu masalah.

Percayalah, jika kita tidak lupa memohon petunjuk Allah, kita akan membuat sesuatu perkara dengan betul. Kalau kita sombong dah terburu-buru, keadaan pasti semakin teruk dan membingungkan. Sekadar peringatan untuk diriku yang mudah lupa dan rakan2 tercinta. Wallahualam

--------------------------------------------------------------------------------------------
catatan asal: bonda nor (pemilik express-i,kuala terengganu yang juga merupakan bekas majikanku)
sumber: http://www.facebook.com/notes/bonda-nor/mengapa-cemburu-/128156367206048

0 comments:

Post a Comment

mata-mata