me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

After 4 years 4 month 3 weeks and 6 days, tomorrow is the day

Alhamdulillah... esok adalah harinya..genap 4 tahun 4 bulan dan 4 minggu perkenalan kami alhamdulillah akhirnya tiba hari tersebut.. the big day for us...hari yang mengubah status..menambah tanggungjawab... kadangkala bila sorang2 aku terfikir betol ke ni.. boleh tak aku taat nanti pada dia yang dah bergelar suami...

mengenangkan kembali perhubungan kami, tak terjangka hari esok akan tiba... cinta kami sebenarnya adalah cinta YM (Yang Manis) hahaha... dulu masa tahun pertama semester kedua sama2 masuk kelas pendidikan dengan encik shabishen... tapi tak pernah bercakap pun.. aku dengan dunia aku dan dia dengan dunia dia...Tapi kami berdua mempunyai hobi yang sama, iaitu taip blog... [dulu guna blog Friendster je] tapi sekarang aku jer yang aktif berblog... dia dah jadi manusia yang sangat2 bizi dengan kerja dan life dia.. suatu yang aku sangat geram dan susah nak terima dulu dan ambil masa untuk terima ....masing2 suka komen blog masing2.. dan akhirnya mula bersembang dalam YM(yahoo messenger).. kalau dalam YM macam2 boleh borak tapi bila berjumpa senyum2 jer.. almaklumlah aku dikelilingi ngan kawan2 aku... kalo orang tengok kami takkan sangka rupanya kami sering berkongsi cerita dan masalah..

Sehingga 1 hari pada bulan puase, dlam YM dia mintak alamat aku.. mati2 ingatkan alamat rumah nak kirim kad raya..tapi rupanya no telefon... tapi seingat aku, masa dia kol aku kali pertama aku tak bercakap pun. Tak reti aku nak borak2 ape...sebab tu kali pertama ada lelaki kol aku [bajet suci] hahaha. dan sejak tu dia tak pernah kol aku..

Sehinggalah satu hari dia sms aku yang berbunyi , “ kita dah lama saling kenal... macamnya seperti dua orang manusia yang berada di hujung2 jambatan.. apa kata kita sama2 gerak gi tengah jambatan... nak tak?”... hahaha terlompat aku baca sms tu.. tunjuk pada osmate... dorang suh reply jom gi tengah jambatan tapi aku reply, “tunggu 40 hari nanti baru orang jawab” [bajet poyo dan hot]

Dan genap 40 hari selepas tu aku bagi jawapan dan 3 bulan lepas tu kami keluar berdua untuk kali pertama ke zoo Negara... masing2 tak banyak cakap...kul 4 dah balik... tak sangka rupanya heboh kat kolej pasal kami keluar berdua.. glamer jugak kitorang erk hahaha... dan selepas tu sebulan sekali kami akan keluar.. pergi muzium.. manara KL.. tak pun keluar makan je.. pendek kata masa zaman belajar dulu jarang keluar sama2... dah nak dekat habis degree je baru banyak kuar sama2....

Sampailah zaman kerja terus PJJ(perhubungan jarak jauh).. PJJ bagi aku sangat memenatkan dan sering menimbulkan pergaduhan... semoga cpat2 dapat pindah . tak larat nak wat perkahwinan jarak jauh pulak lepas ni...dan esok adalah harinya... syukur kerana akhirnya esok akan tiba...

Semoga semua urusan esok akan dipermudahkan.. semoga perkahwinan yang kami bakal bina akan diberkati di dunia dn akhirat... semoga Allah menganugerahkan hati yang lembut kepada kami dalam melayari bahtera yang akan kami bina..semoga rezeki kami dimurahkan... amen amen amen amen amen

Semoga naliza suriati nasrun adalah tulang rusuk muhamad syafiq iqbal zainal yang hilang suatu ketika dahulu.. ameen ya rabbi

kahwin? nak kena buat aper?

assalamua'laikum

majlis genap 3 minggu lagi... aku masih di johor..last balik kampung cuti sekolah bulan 3 kot... rasa tak aman jer bila memikirkan mak ngan ayah jer kat kampung yag uruskan... nasik baik ada sorang sepupu yang membantu mak ngan ayah, abanglong... adik2 sekarang semua sedang berjuang di medan peperiksaan...

lagi2 bila nak cuti ni macam2 kerja nak kena buat atau settlekan... nak settlekan pemilihan calon2 pertandingan untuk karnival kelas rancangan khas lepas naik cuti nanti... so dorang sempat lah prepare bahagian masing2 masa cuti sekolah nanti... ada 11 pertandingan kot nak settlekan... adush... then tadi pk koko msj pesan suruh cari 20 orang budak kadet polis berpakaian lengkap untuk sambutan hari kecemerlangan hari sabtu ni... rasa nak pass jer kerja cari budak tu kat cikgu lain sebab cikgu kadet polis dah ramai rasanya tapi sekarang ni semua orang bizi kot...lagipun yang biasa uruskan pakaian kadet polis aku jer... nak buat pembahagian kerjalah pasni ok tak?  then panitia nak settelkan audit & postmortem UP1 dan entah bila nak pergi diskuss ngan GKMP post mortem ujian baru ni..nasib baik GKMP aku sporting dan senang berurusan.... panitia matematik taip minit jer.. ketap ketup sekejap je settle lah tu.. jangan lupa settlekan buku rekod kedatangan bulan mei sebelum cuti...jangan cakap ada kerja lain lagi nak kena urusan

dan kerja paling lama nak settle ialah menanda kertas exam kimia yang akan exam 15 hb ni, matematik exam 17hb ni serta bahasa melayu 21hb ni... macamnya akan bertapa jer kat sekolah menanda kertas sebab 25hb dah nak prepare balik terengganu.. kat ganu confirm banyak benda yang nak diuruskan...

aku siap beli pen merah lagi kat koperasi untuk tanda kertas 15hb ni... semangat nak menanda.. kalau menanda suka guna pen ni sebab dakwat dia terang dan murah. RM1.50 jer sebatang

berbalik kepada tajuk...persediaan kahwin... aku pun tak tau aper nak citer sebab aku jenis tak suka sangat memikirkan benda ni semer... malas nak fikir.. .orang matematik kimia ni suka fikir yang simple2 jer hehehe... tapi kalo tak fikir saper yang nak fikir... sendiri mau kahwin sendiri fikir lah... 

borang nikah
masa cuti sekolah bulan 3 tu ari aku dah settlekan borang permohonan nikah... sampai tunang aku cuti seminggu tak masuk ofis nak uruskan... tapi bukan salah aku, aku dah suruh dia settlekan awal2 tapi dia bertangguh... tyme aku nak dia tak settlekan lagi memang aku angin kus kus lah hehehe... tapi alhamdulillah settle jugak tyme cuti sekolah tu...
 borang kebenaran kahwin pihak lelaki yang nak kahwin luar daerah

borang permohonan kahwin pengantin perempuan.. borang dia menggunakan tulisan jawi lagi hehe

kad undangan
aku wat kad undangan combine ngan pihak lelaki.. tunang aku cakap nanti dia settlekan kat KL jer tempat kawan aku pernah wat dulu tapi akhirya bla bla bla... hidup sentiasa bizi aku akhirnya wat online jer kat melaka... aku tempah kat kadborong.blogspot.com ... designer dia sangat bagus... bila aku request nak guna gambar aper, sekejap jer dia dah settle.. tunjuk draft dan betolkan kesalahan ejaan... yang bermasalah bagi aku adalah bahagian hq dia.. kad dah siap tapi tak pos.. nak simpan wat pekasam agaknya.. . pastu tunang aku kol suruh pos kat alamat sekolah aku tapi dia pos kat alamat rumah terengganu.. satu kerja lak ayah aku kena pos balik kat aku... nak kasi bakal mama n kasi cikgu2 kat sini... pastu lambat lak tu nak sampai.. berjanggut aku tunggu


saiz kad 3x9 2 fold-27 sen sekeping
tak payah wat kad mahal2 sebab nanti orang buang dalam tong sampah jugak kan

 pendapat aku, blog tu ok cuma kalo nak wat kena wat 4 bulan sebelum majlis kat situ agaknya baru siap ontime... murah dah murah... tapi hq lembab

pelamin, baju, kanopi
yang ini memang aku menggunakan khidmat puan khatijah binti chik a.k.a my mummy tercinta... part ni memang mak yang tolong sebab aku mana reti... buta seni katakan.. so mak kenalkan ngan sorang kawan mak.. so dia yang tolong... nak citer panjang lebar pun aku tak reti....nak pergi oreder or pilih pun mak mesti ada... kalau tak jangan harap aku pergi...

doorgift
sebenarnya ia hanya sebagai tanda kenangan jer... sebab tanda kenangan so  aku nak lah doorgift yang betul2 boleh jadi kenangan dan boleh digunakan.. so aku carilah mug jer... mak yang nak sebenarnya hehehe.... penat survey ngan pika mug yang aku nak.. last2 dapat jugak dengan harga rm1.14 sen satu..aku beli kat kedai 1stop centre.. macam2 pilihan mug kat sana.. kalo nak dalam kuantiti yang banyak kena tempah dululah... dalam sebulan jugak aku tempah...

entah aper lagi tak tahulah... semoga segalnya berjalan lancar.. sangat takut nak menempuh alam tersebut sebab aku si pendiam yang degil... doakan semoga segalnya berjalan lancar..serta semua urusan sekolah settle sebelum aku balik bercuti... semoga perjalanan pulang nanti selamat dengan angah yag sanggup datang dari kl nak temankan aku balik...

whiskah...hidup baik-baik

mata-mata