me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

After 4 years 4 month 3 weeks and 6 days, tomorrow is the day

Alhamdulillah... esok adalah harinya..genap 4 tahun 4 bulan dan 4 minggu perkenalan kami alhamdulillah akhirnya tiba hari tersebut.. the big day for us...hari yang mengubah status..menambah tanggungjawab... kadangkala bila sorang2 aku terfikir betol ke ni.. boleh tak aku taat nanti pada dia yang dah bergelar suami...

mengenangkan kembali perhubungan kami, tak terjangka hari esok akan tiba... cinta kami sebenarnya adalah cinta YM (Yang Manis) hahaha... dulu masa tahun pertama semester kedua sama2 masuk kelas pendidikan dengan encik shabishen... tapi tak pernah bercakap pun.. aku dengan dunia aku dan dia dengan dunia dia...Tapi kami berdua mempunyai hobi yang sama, iaitu taip blog... [dulu guna blog Friendster je] tapi sekarang aku jer yang aktif berblog... dia dah jadi manusia yang sangat2 bizi dengan kerja dan life dia.. suatu yang aku sangat geram dan susah nak terima dulu dan ambil masa untuk terima ....masing2 suka komen blog masing2.. dan akhirnya mula bersembang dalam YM(yahoo messenger).. kalau dalam YM macam2 boleh borak tapi bila berjumpa senyum2 jer.. almaklumlah aku dikelilingi ngan kawan2 aku... kalo orang tengok kami takkan sangka rupanya kami sering berkongsi cerita dan masalah..

Sehingga 1 hari pada bulan puase, dlam YM dia mintak alamat aku.. mati2 ingatkan alamat rumah nak kirim kad raya..tapi rupanya no telefon... tapi seingat aku, masa dia kol aku kali pertama aku tak bercakap pun. Tak reti aku nak borak2 ape...sebab tu kali pertama ada lelaki kol aku [bajet suci] hahaha. dan sejak tu dia tak pernah kol aku..

Sehinggalah satu hari dia sms aku yang berbunyi , “ kita dah lama saling kenal... macamnya seperti dua orang manusia yang berada di hujung2 jambatan.. apa kata kita sama2 gerak gi tengah jambatan... nak tak?”... hahaha terlompat aku baca sms tu.. tunjuk pada osmate... dorang suh reply jom gi tengah jambatan tapi aku reply, “tunggu 40 hari nanti baru orang jawab” [bajet poyo dan hot]

Dan genap 40 hari selepas tu aku bagi jawapan dan 3 bulan lepas tu kami keluar berdua untuk kali pertama ke zoo Negara... masing2 tak banyak cakap...kul 4 dah balik... tak sangka rupanya heboh kat kolej pasal kami keluar berdua.. glamer jugak kitorang erk hahaha... dan selepas tu sebulan sekali kami akan keluar.. pergi muzium.. manara KL.. tak pun keluar makan je.. pendek kata masa zaman belajar dulu jarang keluar sama2... dah nak dekat habis degree je baru banyak kuar sama2....

Sampailah zaman kerja terus PJJ(perhubungan jarak jauh).. PJJ bagi aku sangat memenatkan dan sering menimbulkan pergaduhan... semoga cpat2 dapat pindah . tak larat nak wat perkahwinan jarak jauh pulak lepas ni...dan esok adalah harinya... syukur kerana akhirnya esok akan tiba...

Semoga semua urusan esok akan dipermudahkan.. semoga perkahwinan yang kami bakal bina akan diberkati di dunia dn akhirat... semoga Allah menganugerahkan hati yang lembut kepada kami dalam melayari bahtera yang akan kami bina..semoga rezeki kami dimurahkan... amen amen amen amen amen

Semoga naliza suriati nasrun adalah tulang rusuk muhamad syafiq iqbal zainal yang hilang suatu ketika dahulu.. ameen ya rabbi

0 comments:

Post a Comment

mata-mata