me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

program guru penyayang

assalamua'laikum

[mode: flashback]
13 tahun yang lalu..aku masih kebudakan..berhingus lagi kot... masa tu ada seorang guru lelaki.. aku masih ingat nama penuh dia kat sini... malah nama isteri dia yang cantik pun aku ingat kot coz merupakan ustazah bahasa arab aku masa tingkatan 1...cikgu lelaki ni ajar kelas kami subjek penting jugak selama dua tahun.. cikgu ni sangat baik... dia sangat mengambil berat tentang kami.. sanggup datang malam2 buat kelas tambahan untuk kami.. malah hari cuti pun sama[sebabnya dia pun orang terengganu jugak, so tak balik kampung]

walaubagaimanapun, cikgu ni ada satu kelemahan... cikgu ni mulut dia sangat 'cantik budi bahasanya'.. pendek kata, kami satu kelas memang sangat takut dengan mulut dia... pada satu hari cikgu tersebut meminta kami mengeluarkan satu kertas kosong.. beliau meminta kami menulis komen kami tentang beliau tanpa menulis nama pada kertas tersebut.. aku masih ingat komen aku tyme tu coz masa tu cikgu puji cakap komen ni bagus..

"cikgu baik tapi cikgu suka maki pelajar.. kan tak baik macam tu... bukan ke kata-kata seorang guru tu doa untuk anak murid dia"[beberapa kali padam n tulis balik sebab takut dengan cikgu tapi cikgu bukan tau pun saper kan..then cikgu suruh jujur :D]

masa cikgu aku tu baca komen tu, aku rasa menggelabah takut kena marah tapi cikgu cakap bagus komen ni..jujur... saya rasa saya kenal tulisan komen ni...[entah yer entah tidak cikgu tahu komen tu komen aku hahaha]

tetiba malam ni aku teringat kisah yang berlaku lebih sedekad yang lalu... jika wakttu tersebut aku tak suka bila cikgu aku suka mengeluarkan kata2 yang tak baik, mungkin anak murid ssekarang pun tak suka apabila cikgu2 mereka melabel mereka dengan perkataan yang teruk walaupun mereka berkelakuan macam perkataan yang dilabel tu...tapi jangan lupa yang cikgu pun manusia yang ada emosi...

baru2 ni, JPN JOHOR telah mengadakan satu program yang diberi program guru penyayang... masa mula2 meeting tentang program guru penyayang aku ingatkan program sekolah.. rupanya ia merupakan program JPN dan JPN sendiri telah mengeluarkan modul khusus untuk program ni...

rajinnya aku cari modul ni? alkisahnya aku kena wat cenderamata untuk setiap kelas berupa bentuk bookmark yang besar untuk ditampak dalam setiap kelas.. aku bukannya designer... jadi aku tanya pakcik google pasal guru penyayang then terjumpa modul tersebut... salah satu kisah yang aku baca dalam kertas konsep modul tersebut

aku hanya copy and paste jer cerita kat bawah ni k

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedan
g kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW[mungkin boleh diamalkan dalam setiap inci hidup kita]

tak salah kalau kita berfikiran positif.. tak salah kalau kita berhemah dalam bertegas...
semoga tuhan memberi kita hati-hati yang lapang dalam mendidik manusia..memanusiakan mereka...sempena program ni, isnin baru ni sekolah aku dah mengadakan majlis perasmian... dan antara gimik yang dilakukan adalah penyampai bookmark oleh guru kelas disamping pelajar dan guru masing2 mengucapkan saya sayang cikgu dan saya sayang kamu... boleh dikatakan dalam satu hari tu selalu dengar perkataan saya sayang cikgu..cikgu i love u... dan tak salah kalau cikgu pun jawab, cikgu pun sayang awak.. ataupun 1 love u 2 3 4 and 5... dan aku rasa program ni bagus kalau boleh dibudayakan dalam diri pelajar...hari ni pun aku perhatikan ada beberapa orang guru yang memulakan pengumuman pada perhimpunan pagi dengan perkataan cikgu sayang awak.....

mungkin dengan membudayakan program ni dalam norma hidup pelajar memudahkan untuk mendidik hati mereka yang keras macam konkrit tu..tak salah berfikiran positif kan.. semoga hati ini ditabahkan jer untuk melayan kerenah mereka yang bergelar pelajar...

"cikgu sayang kamu"

kekurangan itu bukan kelemahan

assalamua'laikum
handsome laki tu? bagi aku smart.. then cuba tengok video ni lak..walaubagaimanapun mungkin dah ada yang tgk vid ni coz rasanya video ni sanagt popular kat fb n u-tube



makin terasa kehandsoman lelaki ni... serius sangat handsome...kekurangan bkan satu kelemahan untuk diri dia.. itu menjadikan dia sangat istimewa... bagaimana seorang yang sejak kecil tak tahu rasa menggerakkan jari2 mampu meneruskan hidup dengan bahagia.. malah mampu memberikan inspirasi kepada orang lain... bagaimana dia mampu? bagaimana dia boleh menghadapi hidup selama ni? bagaimana dia menguruskan kehidupan seharian?bagaimana dia menikmati hidup dia?

bergantung dengan bagaimana dia memandang kekurangan yang ada pada diri dia.... adakah dia memandang kekurangan diri dia sebagai kelemahan atau kekurangan tersebut sebagai kekuatan yang mampu membangkitkan....

dan bagaimana dengan kita? bagaimana kita memandang kekurangan yang ada pada diri kita?

setiap manusia mempunyai nasib yang berbeza atas dunia ni... kalau kita golongan yang bernasib baik, alhamdulillah..gunakan peluang yang terhidang depan mata sebaiknya ke arah kebahagian dunia dan akhirat.. tapi camner lak kalo kita bukan dalam golongan yang bernasib baik tu?

pandanglah kekurangan tu sebagai kekuatan yang membezakan kita daripada orang lain.. yang menjadikan hati kita lebih tabah daripada orang lain... sebab kekurangan kita tu diberi tuhan kepada insan pilihanNya jer..bukan kepada semua orang...

riwayat hidup rasul kita sendiri contohnya.. baginda telah kehilangan kedua2 ibu dan bapanya semasa masih kecil lagi... tetapi kehilangan dan kekurangan tersebut tidak menjadikan baginda membesar sebagai insan yang lemah.. kekurangan tersebut menjadikan baginda nabi kita seorang insan yang berjaya dalam hidup.. kekurangan tersebut menjadikan baginda nabi kita seorang yang lebih tabah...

nadsri bin amir, pemenang tokoh NILAM peringkat negeri Johor
(yang mana satu nadsri :D)

tak mengapa kita pakai baju sekolah biasa jer.. tak mengapa kita pakai seluar murah jer.. tak macam orang lain yang seluar harga beratus... tak kisah pun kasut kita tak berkilat macam kasut orang lain... walau kita bukan anak orang kaya...bukan daripada keluarga berada... yang penting kita usaha sebab kekurangan tu menjadikan kita lebih kuat daripada orang lain... yang membezakan kita daripada orang lain.. teruskan usaha menggapai bintang dalam hidup

whishkah... hidup baik baik

kita ada penyakit ni tak?

Assalamua’laikum

Berbekalkan ayat tiada manusia yang sempurna sebagai penyedap hati, penyembuh guris, untuk aku mempelajari erti sabar... tapi sebagai manusia yang doif penuh dengan kelemahan dan kekurangan, hati yang bukan putih suci dan murni, kita sebagai manusia takkan dapat lari daripada rasa 'terkecik hati, terasa hati,ter bla bla bla hati'...

kita mungkin memahami ada manusia yang mulut lebih laju dari otak, emosi lebih cepat terbakar daripada mencair.. ya, kita mungkin boleh faham.. tapi adakah sebab kita boleh faham maka kita sentiasa boleh bersabar bila emosi tertinggi hormon, suara tertinggi nada?

boleh tak aku nak taip satu persoalan kat sini?atau mungkin banyak soalan..

Setiap kali selepas marah atau meninggikan suara, pernah tak kita muhasabah balik diri kita yang apa yang kita buat tu salah sebab mungkin dalam secara tak sedar kita ada menyakitkan hati orang lain??

Setiap kali selepas marah atau meninggikan suara, pernah tak kita tekadkan dalam hati kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama??

Setiap kali selepas marah atau meninggikan suara, pernah tak kita rasa sedih sebab kita mempunyai sifat panas baran yang tak elok dan tak disukai oleh orang lain?

Sama2 lah kita fikirkan..renung2kan diri masing2... aku tak baik pun..masih banyak kesilapan dan ini juga satu renungan buat diri sendiri...

Cuma kadang2 aku takut bila sering ‘terguris’ hati, hati kita ni jadi semakin susah nak memaafkan... pisau lama2 menghiris kulit makin lama makin dalam terluka kulit tu...

Teringat satu nasihat daripada kak norli, majikan dan juga merangkap kakak aku 2 tahun sebelum ni.. dalam satu sesi nasihat menasihati, kak norli pernah menyelitkan satu situasi...

“ kadang2 kita ni nak nilai diri kita ni macam mana, paling mudah kita tengok diri kita masa memandu.... adakah hati kita mudah panas bila orang lain lembab bawak keter... lembab masuk selekoh.atau ape2 saje keadaan.. adakah mulut kita cepat mengeluarkan kata2 yang tak elok?? Kalau kita tak tergolong dalam golongan kat atas tu, bersyukur banyak2 sebab Allah menganugerahkan hati yang sangat tenang dan sabar kepada kita”

Aku nilaikan diri aku sekarang.... korang nilaikan diri korang sendiri...

Semoga Allah menganugerahkan hati yang sangat tenang dan sabar kepada kita.. sebab hati yang tenang dan sabar tu hati yang mudah redha dengan ketentuan tuhan... dan hati yang redha dengan setiap apa yang berlaku adalah hati yang bahagia yang melahirkan insan yang bahagia....

Maafkan kalo saya terlepas kentut yang kuat secara tetiba... [ayat my enchik bila aku tetiba teremosi coz katanya kentut kuat tekanan pun kuat, sebab tu kentut tu bunyi kuat] :D

Whishkah, hidup baik2

beban yang dipegang

assalamua'laikum

minggu lepas kalut nak isikan SAP HC.. elok2 dah hantar skang kalut nak isi aplikasi data murid.. isnin ada taklimat data koko lak... pastu nanti isi SAPS pulak.. pastu entah lah lagi... belum tambah lagi tugas2 lain yang perlu diuruskan kat sekolah.. belum masuk nak kena prepare or study camner nak mengajar budak.. bla bla bla bla

kerja takkan habis.... selagi tuhan bagi kita oksigen free selagi tu lah hidup kita akan dikelilingi dengan kerja kerja kerja.... so buat jer lah kerja kita tu dimulakan dengan lafaz bismilahhirrahmanirrohim supaya kerja yang namanya kerja tu jadi ibadat untuk kita...

ada satu gelas atas meja..gelas tersebut terisi dengan air yang penuh... maka kita pun peganglah gelas tersebut sebab masa tu meja nak diletakkan dengan barang yang penuh... so sebab tak nak kasi air tersebut tumpah, kita pun peganglah gelas yang ada banyak air tadi dengan tangan kita... mungkin masa mula2 pegang tangan kita tak rasa lenguh tapi cuba bayangkan kalau pegang untuk jangka masa yang lama.. tangan yang berketul macam hugh jackman yang handsome tu pun mesti penat....

aik? apa kaitan kerja dengan gelas banyak air yang dipegang???

sama macam kerja2 kita yang kita galas sekarang ni... kalau 24 and 7 otak, jiwa dan fizikal kita asyik dengan kerja2 yang kita pegang tu, sama macam tangan kita yang akan penat bila pegang gelas banyak air lama2.. kita yang akan stress sama mcam tangan tersebut yang kelenguhan.. tak salah kalau kita letakkan kejap gelas tu bila lenguh sama macam kerja kita tinggalkan kejap kerja kita then sambung balik.. insyaAllah akan siap jugak nanti...

dan tak perlulah kita nak rasa diri kita sorang jer kerja bertimbum... orang lain pun sama malah mungkin lebih teruk daripada kita tak mengeluh pun... semua orang ada kerja masing2 maka tak perlulah kita nak bandingkan dengan orang lain...mulakan kerja kita dengan bismillah dan sudahi kerja kita dengan alhamdulillah...

semoga tuhan permudahkan semua urusan aku yang akan datang..ameen

mata-mata