me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

program guru penyayang

assalamua'laikum

[mode: flashback]
13 tahun yang lalu..aku masih kebudakan..berhingus lagi kot... masa tu ada seorang guru lelaki.. aku masih ingat nama penuh dia kat sini... malah nama isteri dia yang cantik pun aku ingat kot coz merupakan ustazah bahasa arab aku masa tingkatan 1...cikgu lelaki ni ajar kelas kami subjek penting jugak selama dua tahun.. cikgu ni sangat baik... dia sangat mengambil berat tentang kami.. sanggup datang malam2 buat kelas tambahan untuk kami.. malah hari cuti pun sama[sebabnya dia pun orang terengganu jugak, so tak balik kampung]

walaubagaimanapun, cikgu ni ada satu kelemahan... cikgu ni mulut dia sangat 'cantik budi bahasanya'.. pendek kata, kami satu kelas memang sangat takut dengan mulut dia... pada satu hari cikgu tersebut meminta kami mengeluarkan satu kertas kosong.. beliau meminta kami menulis komen kami tentang beliau tanpa menulis nama pada kertas tersebut.. aku masih ingat komen aku tyme tu coz masa tu cikgu puji cakap komen ni bagus..

"cikgu baik tapi cikgu suka maki pelajar.. kan tak baik macam tu... bukan ke kata-kata seorang guru tu doa untuk anak murid dia"[beberapa kali padam n tulis balik sebab takut dengan cikgu tapi cikgu bukan tau pun saper kan..then cikgu suruh jujur :D]

masa cikgu aku tu baca komen tu, aku rasa menggelabah takut kena marah tapi cikgu cakap bagus komen ni..jujur... saya rasa saya kenal tulisan komen ni...[entah yer entah tidak cikgu tahu komen tu komen aku hahaha]

tetiba malam ni aku teringat kisah yang berlaku lebih sedekad yang lalu... jika wakttu tersebut aku tak suka bila cikgu aku suka mengeluarkan kata2 yang tak baik, mungkin anak murid ssekarang pun tak suka apabila cikgu2 mereka melabel mereka dengan perkataan yang teruk walaupun mereka berkelakuan macam perkataan yang dilabel tu...tapi jangan lupa yang cikgu pun manusia yang ada emosi...

baru2 ni, JPN JOHOR telah mengadakan satu program yang diberi program guru penyayang... masa mula2 meeting tentang program guru penyayang aku ingatkan program sekolah.. rupanya ia merupakan program JPN dan JPN sendiri telah mengeluarkan modul khusus untuk program ni...

rajinnya aku cari modul ni? alkisahnya aku kena wat cenderamata untuk setiap kelas berupa bentuk bookmark yang besar untuk ditampak dalam setiap kelas.. aku bukannya designer... jadi aku tanya pakcik google pasal guru penyayang then terjumpa modul tersebut... salah satu kisah yang aku baca dalam kertas konsep modul tersebut

aku hanya copy and paste jer cerita kat bawah ni k

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedan
g kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW[mungkin boleh diamalkan dalam setiap inci hidup kita]

tak salah kalau kita berfikiran positif.. tak salah kalau kita berhemah dalam bertegas...
semoga tuhan memberi kita hati-hati yang lapang dalam mendidik manusia..memanusiakan mereka...sempena program ni, isnin baru ni sekolah aku dah mengadakan majlis perasmian... dan antara gimik yang dilakukan adalah penyampai bookmark oleh guru kelas disamping pelajar dan guru masing2 mengucapkan saya sayang cikgu dan saya sayang kamu... boleh dikatakan dalam satu hari tu selalu dengar perkataan saya sayang cikgu..cikgu i love u... dan tak salah kalau cikgu pun jawab, cikgu pun sayang awak.. ataupun 1 love u 2 3 4 and 5... dan aku rasa program ni bagus kalau boleh dibudayakan dalam diri pelajar...hari ni pun aku perhatikan ada beberapa orang guru yang memulakan pengumuman pada perhimpunan pagi dengan perkataan cikgu sayang awak.....

mungkin dengan membudayakan program ni dalam norma hidup pelajar memudahkan untuk mendidik hati mereka yang keras macam konkrit tu..tak salah berfikiran positif kan.. semoga hati ini ditabahkan jer untuk melayan kerenah mereka yang bergelar pelajar...

"cikgu sayang kamu"

2 comments:

i think i know whos that 'cikgu'tu...hehe..

 

saper erk ni? huhuhu macamnya geng satu sekolah rendah jer hehehhe..senyap2 sudah

 

Post a Comment

mata-mata