me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

kita ada penyakit ni tak?

Assalamua’laikum

Berbekalkan ayat tiada manusia yang sempurna sebagai penyedap hati, penyembuh guris, untuk aku mempelajari erti sabar... tapi sebagai manusia yang doif penuh dengan kelemahan dan kekurangan, hati yang bukan putih suci dan murni, kita sebagai manusia takkan dapat lari daripada rasa 'terkecik hati, terasa hati,ter bla bla bla hati'...

kita mungkin memahami ada manusia yang mulut lebih laju dari otak, emosi lebih cepat terbakar daripada mencair.. ya, kita mungkin boleh faham.. tapi adakah sebab kita boleh faham maka kita sentiasa boleh bersabar bila emosi tertinggi hormon, suara tertinggi nada?

boleh tak aku nak taip satu persoalan kat sini?atau mungkin banyak soalan..

Setiap kali selepas marah atau meninggikan suara, pernah tak kita muhasabah balik diri kita yang apa yang kita buat tu salah sebab mungkin dalam secara tak sedar kita ada menyakitkan hati orang lain??

Setiap kali selepas marah atau meninggikan suara, pernah tak kita tekadkan dalam hati kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama??

Setiap kali selepas marah atau meninggikan suara, pernah tak kita rasa sedih sebab kita mempunyai sifat panas baran yang tak elok dan tak disukai oleh orang lain?

Sama2 lah kita fikirkan..renung2kan diri masing2... aku tak baik pun..masih banyak kesilapan dan ini juga satu renungan buat diri sendiri...

Cuma kadang2 aku takut bila sering ‘terguris’ hati, hati kita ni jadi semakin susah nak memaafkan... pisau lama2 menghiris kulit makin lama makin dalam terluka kulit tu...

Teringat satu nasihat daripada kak norli, majikan dan juga merangkap kakak aku 2 tahun sebelum ni.. dalam satu sesi nasihat menasihati, kak norli pernah menyelitkan satu situasi...

“ kadang2 kita ni nak nilai diri kita ni macam mana, paling mudah kita tengok diri kita masa memandu.... adakah hati kita mudah panas bila orang lain lembab bawak keter... lembab masuk selekoh.atau ape2 saje keadaan.. adakah mulut kita cepat mengeluarkan kata2 yang tak elok?? Kalau kita tak tergolong dalam golongan kat atas tu, bersyukur banyak2 sebab Allah menganugerahkan hati yang sangat tenang dan sabar kepada kita”

Aku nilaikan diri aku sekarang.... korang nilaikan diri korang sendiri...

Semoga Allah menganugerahkan hati yang sangat tenang dan sabar kepada kita.. sebab hati yang tenang dan sabar tu hati yang mudah redha dengan ketentuan tuhan... dan hati yang redha dengan setiap apa yang berlaku adalah hati yang bahagia yang melahirkan insan yang bahagia....

Maafkan kalo saya terlepas kentut yang kuat secara tetiba... [ayat my enchik bila aku tetiba teremosi coz katanya kentut kuat tekanan pun kuat, sebab tu kentut tu bunyi kuat] :D

Whishkah, hidup baik2

0 comments:

Post a Comment

mata-mata