terlalu lama pendam nak post pasal ni... erm my little pie sakit baru2 ni.. "viral bronkiolitis".. 4 hari 3 malam jugak kami tumpang menginap di hospital KPJ Klang.... dugaan untuk ku sebagai ibu dan guru.. sebab masa tu 2 atau 3 minggu je lagi nak exam PT3.. dalam menjaga anak yang sakit, hati teringat-ingat anak di sekolah jugak... masih banyak yang perlu dibantu.. sebab mereka boleh sebenarnya...
"viral bronkiolitis".. selalunya kita sering dengar viral bronkitis.. bronkiol ni lebih kecil daripada bronkus..jangkitan kuman pada cabang2 kecik kat peparu.. itulah yang menyerang rifqi baru2 ni...
simpton:
hari rabu pagi badan rifqi macam panas sikit.. tapi tak batuk or selsema... so kami bawak ke klinik dulu.. so doktor bekalkan ubat demam dan ubat batuk sebagai persediaan... satu hari tu dia agak pasif daripada biasa..tapi tak ada batuk2 atau selsema,,. kebetulan adik ipar yang bekerja di hospital Klang datang ke rumah malam tu... bila dia dengar nafas rifqi disarankan untuk ke klinik lagi sekali untuk cek kahak... so malam tu kami lagi sekali kami ke klinik.. doktor cek paru2 dia ok... so doktor bekalkan ubat kahak rasanya... malm tu memang dia sangat lemah... terus tido bila balik daripada klinik..
hari khamis bersamaan dengan hari raya aidiladha kami masih di rumah.. plannya akan bergerak ke sekinchan pagi2 tu.. tapi rifqi bila bangun tidor, suara dia dah tak ada... ibarat orang dewasa yang sakit tekak hilang suara.. nak apa2 pakai tunjuk je.. dan of course asyik merengek nak bertenggek di bahu ayah dia.. hati aku dah bimbang sebab batuk tak.selsema tak.. tiba2 hilang suara.. so pagi raya tu lagi sekali kami ke klinik sebelum balik ke kampung... doktor cek paru2 ok.. so doktor tak bekalkan ubat dan minta continue dengan ubat yang ada.. jika masih tak kebah dalam 3 hari diminta datang lagi...
so khamis, jumaat masih lagi on off demamnya.. 2 malam dia tak tidor lena... kami berdua pun sama.. dia hanya dapat tidor lena bila lentok atas bahu ayah dia je... tapi sepanjang dua hari tu kadang2 dia aktif .. berlari lari gembira dan ketawa tanpa suara bila ayah dia kejar.. cuma dia tak nak dengan sesiapa kecuali ibu dan ayah dia jer... dan dia dah start selsema dalam masa 2 hari tu... sohidung dia dah tak blocking sangat... kalau tak dia terpaksa bernafas guna mulut...
pagi sabtu dengan suara yang masih tak ada.. badan tiba2 panas balik.. kami decide terus bawak ke hospital.. aku risau sebab aku memang ada asthma.. aku takot rifqi pun bernasib yang sama... so dari sekinchan awal pagi kami terus ke KPJ Klang... sampai sana jumpa doktor Vanitha sebab doktor Rosni yang incharge rifqi sebelum ni masih bercuti raya haji... doktor cakap paru2 dia ok.. so kena buat ujian darah and xray untuk tahu keadaan sebenar... tapi doc cakap jangan risau sebab paru2 dia ok dan tak ada tanda2 asthma...so kami terus dihantar ke emergency untuk neubulizer, ujian darah dan jugak x-ray.. memang melalak lah kat emergency tu.. start dari neubulizer.. amik darah and xray..
bila result darah keluar so uruskan dengan GL insuran prudential... dalam pukul 2 lebih kot dapat bilik.. tengok keadaan rifqi masa tu sayunya hati ku.. lemah sangat.. tak nak makan apa2... nampak je nurse pakai baju biru terus menangis... trauma agaknya di bilik emergency tadi... masa tu lah doktor daang and terangkan pasal virus tu.. sebab tu doktor kata bila check paru2 ok jer... 2 hari pertama di hospital memang dia tak bermaya... neubulizer setiap 4 jam sekali.. hari ketiga alhamdulillah dia makin aktif.. dah bosan duduk dalam bilik sorang2.. siap ajak ibu dia pergi melawat kawasan klinik.. habis diround wad kanak2 tu.... kebetulan pulak dapat bilik bersebelahan dengan playroom... kadang2 doktor kena datang playroom untuk cek dia...
dugaan untuk ibu dan ayah apabila anak sakit.. sorry son... ibu dan ayah sayang sangat rifqi... tapi duduk hospital bukan main lagi bila mak cik dia lepas kerja jer datang bawak ultraman... dibawaknya ultraman tu sekali melawat kawasan wad...
dan alhamdulillah jugak sebab kami amik takaful untuk rifqi... tak boleh nak imagine jika terpaksa ke hospital kerajaan dalam keadaan jerebu yang memang confirm ramai sakit tyme tu... untuk anak2 takaful sudah jadi keperluan untuk mereka.. sebab kanak2 selalu sakit... so parents out there yang berkemampuan menabung lah sikit untuk keperluan mereka.. tengah sihat.. tengah mereka berlari lari riang dan ketawa gembira memang tak nampak kepentingannya.. tapi bila datang dugaan tuhan seperti ini alhamdulillah..keselesaan mereka semasa sakit.. keselesaan untuk kita juga... bukan nak menunjuk kami ada duit sebab kami berdua hanya kuli kerajaan je,,, tak banyak amiklah yang murah... itu semua atas pilihan kita...
semoga rifqi sentiasa sihat lepas ni... minggu ni ibu asyik balik lambat jer.. tiap2 hari balik petang.. dari rumah pengasuh dari pukul 7 pagi sampai petang... ayah pulak outstion ke kedah seminggu... so sabtu ahad ni is your day sayang....
rambut tu memag tak boleh turun... memang ori terpacak...
yeaaaayyyyy saya dah keluar hospital