me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

Catatan Cinta Ibu untuk Ilham(Bahagian 3)

Bahagian 3: Letakkan pengharapanmu hanya pada Allah


Tepat jam 3:27 petang Ilham selamat dilahirkan. Dan alhamdulillah aku dapat mendengar tangisan pertamanya walaupun tak dapat melihat rupa anakku lagi. Lebih kurang dalam pukul 4 lebih kot aku ditolak masuk ke wad daripada bilik pembedahan. Suamiku masih menunggu di bahagian luar bilik bedah. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menatap wajah suamiku. Aku bertanya suami kot-kot dia sempat melihat anak kami tapi katanya dia perasan ada satu macam 'kotak' ditolak keluar tapi dia tak pasti adakah anak kami yang berada dalamnya.

Bila berada di wad, nurse cakap yang aku tak boleh bergerak dalam tempoh 6 jam selepas pembedahan. Aku hanya boleh baring tanpa bantal jer atas katil. Malah makan dan minum pun tak boleh lagi. Aku pun tak pasti aku lapar ke tak  sebab seingat aku makanan terakhir aku adalah sekeping roti dan segelas air moli pada pukul 8 pagi tadi kemudian seteguk air masak untuk makan ubat pada pukul 10.00 pagi. Selepas tu aku disuruh berpuasa. Suami dan angah berada di wad bersama aku sampailah pukul 7.30 petang. Keluarga mentua dan keluargaku insyaallah akan sampai malam ni pesawat pukul 10.00 malam di KLIA dan Subang.

Habis waktu melawat, aku hanya baring memandang siling memikirkan bagaimana keadaan anakku. Aku yakin tuhan melindunginya. Kadang-kadang nurse datang menjengah menanyakan keadaan aku. Alhamdulillah aku tak banyak komplikasi selepas pembedahan seperti Pening, muntah atau sebagainya. Tepat jam 11.00 malam ada nurse datang untuk bangunkan aku dan bagi ubat tahan sakit. Sebab aku tak muntah so nurse benarkan untuk aku minum air milo untuk kasi tenaga. Tapi badan aku masih belum kuat untuk bergerak sendiri.

Pagi-pagi esok aku cuba untuk bangun sendiri. Allahuakbar. Lebih kurang sejam kot aku ambil masa hanya untuk duduk di tepi katil. Tapi alhamdulillah selepas tu aku dapat bangun untuk menguruskan diri. Dapat minum air milo panas segelas memang nikmat selepas 24 jam berpuasa. Selepas aku rasa badan aku segar, aku bertanyakan nurse kat situ mungkin boleh bantu aku ke NICU untuk melihat baby tapi katanya kena tunggu suami sebab NICU hanya ibu dan ayah jer boleh masuk.

Akhirnya suami aku datang bersama keluarga kami pada waktu melawat pukul 12.30 petng. tanpa membuang masa kami ke NICU untuk melihat anak kami. Sampai di NICU seorang nurse menunjukkan inkubator B/O Naliza Suriati Nasrun. Aku melihat Ilham kali pertama. Kecil sangat kecil. Kurus tak ada isi. Aku melihat kaki dan tangannya yang dikatakan kerdil oleh doktor pakar jumaat lepas. Allahuakbar. Allah maha besar. Maha suci Allah. Kaki dan tangan anakku normal. Ya normal. Tidak pendek seperti yang dikata doktor trsebut. Alhamdulillah alhamdulillah.Bagaimana nak gambarkan perasaan masa tu dengan tulisan agar difahami perasaan syukur seorang ibu? Syukur Ya Allah. Ilham menangis dalam inkubator. Maaf sayang ibu tak boleh nak pangku Ilham sekarang.

DOKTOR juga seorang manusia yang bertaraf hamba dan mungkin boleh buat silap. Tuhan ingin mengingatkan aku 'letakkan harapan mu pada Allah, bukan pada manusia'.

Esoknya aku dibenarkan pulang sebab tak ada sebarang masalah pada ibu. Sebelum pulang aku melihat lagi Ilham di NICU. Melihat Ilham, hati ibu mana tak merasa sedih tapi aku yakin tuhan sedang mengajar aku erti kesabaran dan kekuatan. sebelum pulang ku ucapkan salam padanya, doakan semoga cepat membesar dengan sihat.

Dan alhamdulillah perkembangannya semakin baik. dalam masa 15 hari berat Ilham bertambah 300g dan seterusnya. Sehinggalah pada hari ke 28, pihak NICU telefon aku memaklumkan yang aku dah boleh rooming in dengan baby sebab berat baby dah mencapai 1448g. Petang tu aku ke NICU dan dapat menyentuh Ilham. Kecilnya kamu sayang. Bagaimana ibu nak pangku Ilham pun ibu tak pandai. Nasib baik seorang nurse datang dan memberi tunjuk ajar cara nak mengangkat kamu sayang. Esoknya berat Ilham meningkat lagi kepada 1509g dan sehinggalah hari ke 38 kita berdua dibenarkan pulang oleh doktor dengan berat 1805g.

Ketika pakar membuat pemeriksaan, aku bertanya tentang kecacatan Ilham yang didiagnos sebelum bersalin. Pakar tersebut berkata, daripada pemerhatian fizikal Ilham, Ilham tak ada menunjukkan tanda skeletal dyslypsia mahupun sindrom down. Tapi sample darah DNA ilham dah dihantar ke HKL untuk kromosom study.

Naluri ibu kuat mengatakan Ilham normal seperti anak-anak yang lain. Insyaallah. Doakan anak ibu membesar dengan sihat. Dan ketika berada dalam wad bersama Ilham, aku melihat lebih ramai lagi ibu-ibu yang diuji lebih hebat daripada aku tapi mereka masih mampu tersenyum. Masih mampu tersenyum mendengar laporan pemeriksaan pakar ketika melawat. Allahuakbar hebatnya jiwa-jiwa ibu tersebut. Ya Allah yang maha penyayang, sebenarnya inilah sentuhan kasihMu yang ingin mendidik hati ini untuk lebih kuat.

Walaubagaimanapun, masih banyak pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk memastikan keadaan ILham benar-benar sihat sebab aku banyak masalah ketika mengandung dulu. Air ketuban kurang so kena cek buah pinggan Ilham. Ultrasound telah dilakukan tapi keputusan belum keluar. Insyaallah sihat hendaknya. Berderet temujanji doktor sampai bulan lima nanti.


Rakan rakan. doakan Ilham membesar dengan sihat. Doakan ibu dan ayah diberi kesihatan dan kesabaran yang tinggi untuk membesarkan anak ini. Ameen.

Catatan Cinta Ibu untuk Ilham (Bahagian 2)

Bahagian 2: Tangisan yang membahagiakan

Ditakdirkan Allah, pagi Ahad tu bila bangun untuk solat subuh ada air yang keluar. Dan juga seperti seketul daging seperti hati ayam. Aku mula  takot dan pagi tu jugak ke hospital bahagian Dewan Bersalin. Di sana aku diperiksa oleh Dr Sara. Dr Sara scan baby dan masih nampak jantung baby berdenyut. Dr Sara juga menahan aku untuk pemerhatian di bahagian 'High Risk'. So dapatlah aku katil. Malam tu aku kena tahan wad dulu. Malam tu jugak husband and angah datang hospital bawak Rifqi untuk jumpa aku. Ini adalah kali pertama Rifqi tidur tanpa aku. Bila nak balik, dia menangis tarik tangan aku minta balik bersama dia. Sayunya hati seorang ibu. malam tu aku tidur dengan linangan air mata apabila Rifqi tiada kat sebelah.

Esoknya Isnin, apabila pakar datang round pagi, Dr Sakinah datang cek aku. Dan setelah diberitahu semua detailed tentang kandungannku, Dr Sakinah kata mungkin aku boleh keluar petang ni tapi perlu datang ke temujanji di PPUM khamis nanti dan refer ke hospital lagi isnin minggu depan. Walaubagaimanapun dia perlu membuat doppler test dulu untuk memastikan baby ok.

So pada tengahari selepas makan aku dibawa untuk scan lagi sekali. Dan lagi sekali ibu muhamad Ilham diuji. Daripada doppler tets yang dilakukan, memang ada masalah dengan perjalanan darah dalam uri baby. Selain itu, doktor juga cakap jantung baby agak besar. Allahuakbar, selamatkan anakku. So disebabkan itu, doktor tak bagi aku balik dan aku akan dipindahkan ke wad biasa untuk pemantauan sampailah bersalin. selain itu doktor Sakinah juga ada call PPUM untuk mempercepatkan temujanji. Daripada hari Khamis, oppoinment dipercepatkan ke hari Rabu. Dan aku akan dihantar ke PPUM dengan ambulans daripada hospital sungai Buloh. Doktor sangat risau dengan keadaan baby. aku tanya doktor, kenapa tak mempercepatkan proses bersalin jika doppler test tak bagus sebab doppler test tu menunjukkan perjalanan darah di bahagian uri. maksudnya sometimes ok sometimes tak ok. bila tak ok maksudnya baby tak dapat oksigen dengan secukupnya. doktor cakap better ke PPUM sebab PPUM ada alatan yang lebih canggih jika berlaku apa-apa pada baby semasa proses kelahiran. aku mendengarnya dengan sabar dan berdoa semoga Allah selamatkan anak dalam kandunganku.

Pada petang tersebut jugak pengasuh mesej minta no telefon suami aku.Bila ditanya kenapa tak berjawab tapi aku pasti mesti sesuatu berlaku kat Rifqi. Rupa-rupanya Rifqi demam sampai menggigil-gigil badan satu badan kat rumah pengasuh. Nasib baik pengasuh terus bawa dia ke klinik kesihatan bila macam tu. ALlahuakbar, hati ibu mana tak rungsing bila anak kesayangan macam tu. Mesti Rifqi cari aku lagi-lagi dengan keadaan dia tak sihat macam tu. Lagi sekali aku meratap nasib mengadu pada tuhan di surau hospital untuk selamatkan kedua-dua anakku, Peliharakan mereka. Lindungilah mereka. Aku dah tak peduli dengan pesakit, nurse ataupun doktor yang sembahyang jugak kat surau tu. Aku hanya menangis teresak-esak atas sejadah memohon keselamatan dan kesihatan untuk kedua-dua anakku kerana aku tahu mereka hanya pinjaman untukku.

Pada petang tu aku dipindahkan ke wad biasa, 6B. angah datang hantar barang keperluan aku sebab husband tak dapat datang memandangkan Rifqi masih demam.

Esoknya doktor round pada waktu pagi. Doktor melihat laporan kandungan aku. Doktor akan buat doppler test lagi pagi nanti untuk memastikan semua ok. Dalam pukul 11 pagi aku dipanggil ke bilik scan. Bila doktor lelaki india tersebut melihat skrin, dia menjerit kecil dan menunjukkan pada aku skrin. Aku dapat lihat 'graf' yang kadang bersambung, kadang tak bersambung. Doktor cakap yang tak bersambung tu maksudnya tiada aliran darah dalam uri. So doktor cakap tengahari ni dalam pukul 2 aku perlu dibedah kerana keadaan baby sangat membahayakan.

Aku terus menelefon suami dan angah. Tak lama kemudian datang seorng daktor menerangkan pada aku komplikasi-komplikasi yang mungkin akan berlaku dalam pembedahan atau selepas pembedahan. Apa yang dicakap doktor tu dah tak dapat dihadam oleh otak aku, Aku sign je borang kebenaran tu. Suami aku sampai tak lama lepas tu. Kebetulan dah masuk waktu melawat pukul 12 tenghari. Mak mentua dan mak ayah aku akan sampai malam ni dengan kapal terbang. Mak aku sempat kol aku dan as usual mak aku menangis mendoakan semuanya selamat.


Tepat jam 2 petang aku ditolak ke bilik pembedahan. Badan aku menggigil. Entahlah sebab ubat atau sebab kesejukan. Aku memang sangat takut. Nilah kali pertama akan dibedah. Aku dapat rasa perut aku digoncang dan ditarik oleh doktor tapi tak rasa sakit sebab dan dibius. Tak lama lepas tu aku terdengar tangisan. Allahuakbar. Gembira mendengar tangisan tu. Tapi seorang staff datang beritahu aku yang anak aku selamat tapi tak dapat diletakkan atas dada aku sebab terus dibawa ke NICU. dia memaklumkan aku mendapat bayi lelaki dengan berat 1050g. Sekali lagi aku mendengar tangisan dia sebelum dibawa pergi agaknya. Kemudian doktor memaklumkan yang placenta aku banyak sel yang rosak dan kering kontang air ketuban. Aku dah pedulikan semua tu, aku hanya fikirkan alhamdulillah aku boleh mendengar tangisan dia. Tangisan Ilham untuk kali pertama. ALhamdulillah. Terima kasih ya Allah walaupun aku masih belum dapat melihat dia.

Catatan Cinta Ibu untuk Ilham (Bahagian 1)

BAHAGIAN 1: Ibu pujuk hati untuk REDHA


Mengandung anak kedua amat-amat mencabar apabila terpaksa sentiasa berulang alik ke hospital dan juga klinik kesihatan. Tapi aku tak pernah mengeluh sebab yang penting adalah kandunganku selamat. Doktor kat hospital dah cakap yang baby sangat kecil dan tak sama saiz dengan usia kandungan sepatutnya. Selain tu air ketuban juga semakin kurang. Doktor pun dah cakap memang kebarangkalian untuk bersalin awal memang tinggi dan suntikan Dexamethasone memang telah diberi siap-siap untuk kuatkan paru-paru baby. Sebut pasal suntikan ni, Allahuakbar sakitnya. kali pertama dapat suntikan ni memang aku menangis. Terketar-ketar rasanya tahan sakit lepas kena suntik.

Seminggu sebelum kelahiran Ilham memang ada repeat scan kat hospital sungai buloh. Temujanji hari Rabu masa tu. Untuk kali pertama jugak drive sendiri ke hospital sungai buloh sebab husband tak ada kat rumah, outstation dari hari Ahad lagi. Dengan telefon rosaknya untuk waze jalan ke hospital ataupun untuk kol saper2 kalau berlaku emergency tengah jalan memang tawakal je drive sendiri. Belum masuk lagi untuk cari parking kat hospital. Memang mengah jugak lah terpaksa parking jauh giler luar hospital dan menapak ke bahagian klinik hospital.

Untuk hari tu jumpa Doktor Ruzaini. Seorag doktor kecil molek dan lembut jer orangnya. Bila dia scan baby dia agak terkejut sebab baby memang kecil. Dia estimate mungkin dalam 1kg jer. Dan juga air ketuban dan berada di tahap minima yang mana amat membahayakan baby. So dia refer pakar adakah perlu warded tapi pakar Dr Raja cakap boleh balik dulu dan repeat scan hari Jumaat nanti. Berulang kali dia pesan kat aku suh alert dengan pergerakan baby. Bimbang baby lemas dengan jumlah air ketuban yang sikit sangat.

Jumaat datang lagi ke hospital. Husband yang hantarkan kali ni. Kali ni masih nasib baik sebab dapat check up dengan Dr Ruzaini lagi. Lagi sekali dia scan. Result yang sama. So dia ambil keputusan untuk masukkan aku dalam wad hri tu jugak. Tapi dia refer kepada Dr Raja dan Dr Raja minta aku ke biliknya untuk scan lagi sekali. So Dr Raja scan tunjukkan kepala baby, tulang belakang baby, jantung baby. So far semuanya ok. Tapi bila dia scan bahagian tangan dan kaki baby dia terkejut kerana katanya saiz tangan dan kaki baby tidak sama macam usia kandungan yang sepatutnya. Saiz kaki and tangan baby lebih kecil dalam 7 atau 8 minggu. And aku masih ingat ayatnya bila dia scan "Oh my God" yang mana buat aku mula berdebar-debar. Kemudian Dr Raja minta Dr Ruzaini telefon PPUM untuk oppoinment detailed scan kat sana. Dan kemudian dia memandang aku yang masih terbaring,

"Puan, anak puan ni mungkin ada kecacatan. Tulang kaki dan tulang tangan dia pendek, Skeletal dsyplasia. kalo tak teruk mungkin hanya kerdil. Ataupun mungkin anak puan mengalami Syndrom Down. Walaubagaimanapun kita akan refer puan ke PPUM untuk detailed scan kat sana"

At that point, aku rasa blur dan terfikir, "Apa yang Dr ni merepek?"

Kemudian aku kembali ke bilik Dr Ruzaini di mana ada 3 orang doktor perempuan kat situ. Semuanya minta aku besabar dan berboral-borak kosong sambil menunggu Dr. Ruzaini siapkan laporan untuk dibawa ke PPUM khamis minggu depan. Pada masa tu aku langsung tak sedih malah bagi aku doktor-doktor ni hanya merepek. Mana boleh dia cakap baby aku cacat. Walaubagaimanapun aku mesej adik aku angah, the person i trust so much.. she say mungkin tak kritikal.. 

Bila dah balik rumah berada di atas tikar sejadah, aku mula menangis mengenangkan nasib anakku. Maafkan ibu sayang. Ini dugaan Allah untuk ibu tapi kamu yang perlu menanggungnya. Walaupun hati aku kuat menafikan apa yang doktor cakap tapi setiap kali solat aku titipkan doa sambil menangis

"Ya Allah, selamatkanlah anakku. Hanya padaMu aku memohon. Semoga dia selamat lahir kedunia, Izinkan aku mendengar tangisannya. Izinkan aku menjaga amanah Mu lagi ya Allah. Izinkan aku memberi kasih sayangku padanya. Dan jika benar ini dugaanMu untuk aku yang bergelar ibu, redhakanlah hati aku untuk menerima dugaan ini. Didiklah hati ku untuk sentiasa redha dan sabar menerima dugaan ini."


Itulah doaku setiap kali solat. Dan aku akan menangis setiap kali memohon agar anak yang aku kandungkan selamat. Aku mula didik hati untuk redha menerima semua ketentuan ni. Aku akan memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak ini walau bagaimana keadaan dia. Aku akan jaga dia sehingga dia tak akan rasa yang dia berbeza daripada orang lain. Sebab dia tetap anak kesayangan aku yang aku nantikan.

mata-mata