Tepat jam 3:27 petang Ilham selamat dilahirkan. Dan
alhamdulillah aku dapat mendengar tangisan pertamanya walaupun tak dapat
melihat rupa anakku lagi. Lebih kurang dalam pukul 4 lebih kot aku ditolak
masuk ke wad daripada bilik pembedahan. Suamiku masih menunggu di bahagian luar
bilik bedah. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menatap wajah
suamiku. Aku bertanya suami kot-kot dia sempat melihat anak kami tapi katanya
dia perasan ada satu macam 'kotak' ditolak keluar tapi dia tak pasti adakah
anak kami yang berada dalamnya.
Bila berada di wad, nurse cakap yang aku tak boleh bergerak
dalam tempoh 6 jam selepas pembedahan. Aku hanya boleh baring tanpa bantal jer
atas katil. Malah makan dan minum pun tak boleh lagi. Aku pun tak pasti aku
lapar ke tak sebab seingat aku makanan
terakhir aku adalah sekeping roti dan segelas air moli pada pukul 8 pagi tadi
kemudian seteguk air masak untuk makan ubat pada pukul 10.00 pagi. Selepas tu
aku disuruh berpuasa. Suami dan angah berada di wad bersama aku sampailah pukul
7.30 petang. Keluarga mentua dan keluargaku insyaallah akan sampai malam ni
pesawat pukul 10.00 malam di KLIA dan Subang.
Habis waktu melawat, aku hanya baring memandang siling
memikirkan bagaimana keadaan anakku. Aku yakin tuhan melindunginya.
Kadang-kadang nurse datang menjengah menanyakan keadaan aku. Alhamdulillah aku
tak banyak komplikasi selepas pembedahan seperti Pening, muntah atau
sebagainya. Tepat jam 11.00 malam ada nurse datang untuk bangunkan aku dan bagi
ubat tahan sakit. Sebab aku tak muntah so nurse benarkan untuk aku minum air
milo untuk kasi tenaga. Tapi badan aku masih belum kuat untuk bergerak sendiri.
Pagi-pagi esok aku cuba untuk bangun sendiri. Allahuakbar.
Lebih kurang sejam kot aku ambil masa hanya untuk duduk di tepi katil. Tapi
alhamdulillah selepas tu aku dapat bangun untuk menguruskan diri. Dapat minum
air milo panas segelas memang nikmat selepas 24 jam berpuasa. Selepas aku rasa
badan aku segar, aku bertanyakan nurse kat situ mungkin boleh bantu aku ke NICU
untuk melihat baby tapi katanya kena tunggu suami sebab NICU hanya ibu dan ayah
jer boleh masuk.
Akhirnya suami aku datang bersama keluarga kami pada waktu
melawat pukul 12.30 petng. tanpa membuang masa kami ke NICU untuk melihat anak
kami. Sampai di NICU seorang nurse menunjukkan inkubator B/O Naliza Suriati
Nasrun. Aku melihat Ilham kali pertama. Kecil sangat kecil. Kurus tak ada isi.
Aku melihat kaki dan tangannya yang dikatakan kerdil oleh doktor pakar jumaat
lepas. Allahuakbar. Allah maha besar. Maha suci Allah. Kaki dan tangan anakku
normal. Ya normal. Tidak pendek seperti yang dikata doktor trsebut.
Alhamdulillah alhamdulillah.Bagaimana nak gambarkan perasaan masa tu dengan
tulisan agar difahami perasaan syukur seorang ibu? Syukur Ya Allah. Ilham
menangis dalam inkubator. Maaf sayang ibu tak boleh nak pangku Ilham sekarang.
DOKTOR juga seorang manusia yang bertaraf hamba dan mungkin
boleh buat silap. Tuhan ingin mengingatkan aku 'letakkan harapan mu pada Allah,
bukan pada manusia'.
Esoknya aku dibenarkan pulang sebab tak ada sebarang masalah
pada ibu. Sebelum pulang aku melihat lagi Ilham di NICU. Melihat Ilham, hati
ibu mana tak merasa sedih tapi aku yakin tuhan sedang mengajar aku erti
kesabaran dan kekuatan. sebelum pulang ku ucapkan salam padanya, doakan semoga
cepat membesar dengan sihat.
Dan alhamdulillah perkembangannya semakin baik. dalam masa
15 hari berat Ilham bertambah 300g dan seterusnya. Sehinggalah pada hari ke 28,
pihak NICU telefon aku memaklumkan yang aku dah boleh rooming in dengan baby
sebab berat baby dah mencapai 1448g. Petang tu aku ke NICU dan dapat menyentuh
Ilham. Kecilnya kamu sayang. Bagaimana ibu nak pangku Ilham pun ibu tak pandai.
Nasib baik seorang nurse datang dan memberi tunjuk ajar cara nak mengangkat
kamu sayang. Esoknya berat Ilham meningkat lagi kepada 1509g dan sehinggalah
hari ke 38 kita berdua dibenarkan pulang oleh doktor dengan berat 1805g.
Ketika pakar membuat pemeriksaan, aku bertanya tentang
kecacatan Ilham yang didiagnos sebelum bersalin. Pakar tersebut berkata,
daripada pemerhatian fizikal Ilham, Ilham tak ada menunjukkan tanda skeletal
dyslypsia mahupun sindrom down. Tapi sample darah DNA ilham dah dihantar ke HKL
untuk kromosom study.
Naluri ibu kuat mengatakan Ilham normal seperti anak-anak
yang lain. Insyaallah. Doakan anak ibu membesar dengan sihat. Dan ketika berada
dalam wad bersama Ilham, aku melihat lebih ramai lagi ibu-ibu yang diuji lebih
hebat daripada aku tapi mereka masih mampu tersenyum. Masih mampu tersenyum
mendengar laporan pemeriksaan pakar ketika melawat. Allahuakbar hebatnya
jiwa-jiwa ibu tersebut. Ya Allah yang maha penyayang, sebenarnya inilah
sentuhan kasihMu yang ingin mendidik hati ini untuk lebih kuat.
Walaubagaimanapun, masih banyak pemeriksaan yang perlu
dilakukan untuk memastikan keadaan ILham benar-benar sihat sebab aku banyak
masalah ketika mengandung dulu. Air ketuban kurang so kena cek buah pinggan
Ilham. Ultrasound telah dilakukan tapi keputusan belum keluar. Insyaallah sihat
hendaknya. Berderet temujanji doktor sampai bulan lima nanti.
Rakan rakan. doakan Ilham membesar dengan sihat. Doakan ibu
dan ayah diberi kesihatan dan kesabaran yang tinggi untuk membesarkan anak ini.
Ameen.
1 comments:
Amin.moga ilham membesar dgn sihat.ibu n ayah ilham kna sentiasa kuat ok.doa kami sentiasa mengiringimu
Post a Comment