Bahagian 2: Tangisan yang membahagiakan
Ditakdirkan Allah, pagi Ahad tu
bila bangun untuk solat subuh ada air yang keluar. Dan juga seperti seketul
daging seperti hati ayam. Aku mula takot
dan pagi tu jugak ke hospital bahagian Dewan Bersalin. Di sana aku diperiksa
oleh Dr Sara. Dr Sara scan baby dan masih nampak jantung baby berdenyut. Dr
Sara juga menahan aku untuk pemerhatian di bahagian 'High Risk'. So dapatlah
aku katil. Malam tu aku kena tahan wad dulu. Malam tu jugak husband and angah
datang hospital bawak Rifqi untuk jumpa aku. Ini adalah kali pertama Rifqi
tidur tanpa aku. Bila nak balik, dia menangis tarik tangan aku minta balik
bersama dia. Sayunya hati seorang ibu. malam tu aku tidur dengan linangan air
mata apabila Rifqi tiada kat sebelah.
Esoknya Isnin, apabila pakar datang round pagi, Dr Sakinah
datang cek aku. Dan setelah diberitahu semua detailed tentang kandungannku, Dr
Sakinah kata mungkin aku boleh keluar petang ni tapi perlu datang ke temujanji
di PPUM khamis nanti dan refer ke hospital lagi isnin minggu depan.
Walaubagaimanapun dia perlu membuat doppler test dulu untuk memastikan baby ok.
So pada tengahari selepas makan aku dibawa untuk scan lagi
sekali. Dan lagi sekali ibu muhamad Ilham diuji. Daripada doppler tets yang
dilakukan, memang ada masalah dengan perjalanan darah dalam uri baby. Selain
itu, doktor juga cakap jantung baby agak besar. Allahuakbar, selamatkan anakku.
So disebabkan itu, doktor tak bagi aku balik dan aku akan dipindahkan ke wad
biasa untuk pemantauan sampailah bersalin. selain itu doktor Sakinah juga ada
call PPUM untuk mempercepatkan temujanji. Daripada hari Khamis, oppoinment
dipercepatkan ke hari Rabu. Dan aku akan dihantar ke PPUM dengan ambulans
daripada hospital sungai Buloh. Doktor sangat risau dengan keadaan baby. aku
tanya doktor, kenapa tak mempercepatkan proses bersalin jika doppler test tak
bagus sebab doppler test tu menunjukkan perjalanan darah di bahagian uri.
maksudnya sometimes ok sometimes tak ok. bila tak ok maksudnya baby tak dapat
oksigen dengan secukupnya. doktor cakap better ke PPUM sebab PPUM ada alatan
yang lebih canggih jika berlaku apa-apa pada baby semasa proses kelahiran. aku
mendengarnya dengan sabar dan berdoa semoga Allah selamatkan anak dalam
kandunganku.
Pada petang tersebut jugak pengasuh mesej minta no telefon
suami aku.Bila ditanya kenapa tak berjawab tapi aku pasti mesti sesuatu berlaku
kat Rifqi. Rupa-rupanya Rifqi demam sampai menggigil-gigil badan satu badan kat
rumah pengasuh. Nasib baik pengasuh terus bawa dia ke klinik kesihatan bila
macam tu. ALlahuakbar, hati ibu mana tak rungsing bila anak kesayangan macam
tu. Mesti Rifqi cari aku lagi-lagi dengan keadaan dia tak sihat macam tu. Lagi
sekali aku meratap nasib mengadu pada tuhan di surau hospital untuk selamatkan
kedua-dua anakku, Peliharakan mereka. Lindungilah mereka. Aku dah tak peduli
dengan pesakit, nurse ataupun doktor yang sembahyang jugak kat surau tu. Aku
hanya menangis teresak-esak atas sejadah memohon keselamatan dan kesihatan
untuk kedua-dua anakku kerana aku tahu mereka hanya pinjaman untukku.
Pada petang tu aku dipindahkan ke wad biasa, 6B. angah datang
hantar barang keperluan aku sebab husband tak dapat datang memandangkan Rifqi
masih demam.
Esoknya doktor round pada waktu pagi. Doktor melihat laporan
kandungan aku. Doktor akan buat doppler test lagi pagi nanti untuk memastikan
semua ok. Dalam pukul 11 pagi aku dipanggil ke bilik scan. Bila doktor lelaki
india tersebut melihat skrin, dia menjerit kecil dan menunjukkan pada aku
skrin. Aku dapat lihat 'graf' yang kadang bersambung, kadang tak bersambung.
Doktor cakap yang tak bersambung tu maksudnya tiada aliran darah dalam uri. So
doktor cakap tengahari ni dalam pukul 2 aku perlu dibedah kerana keadaan baby
sangat membahayakan.
Aku terus menelefon suami dan angah. Tak lama kemudian
datang seorng daktor menerangkan pada aku komplikasi-komplikasi yang mungkin
akan berlaku dalam pembedahan atau selepas pembedahan. Apa yang dicakap doktor
tu dah tak dapat dihadam oleh otak aku, Aku sign je borang kebenaran tu. Suami
aku sampai tak lama lepas tu. Kebetulan dah masuk waktu melawat pukul 12
tenghari. Mak mentua dan mak ayah aku akan sampai malam ni dengan kapal
terbang. Mak aku sempat kol aku dan as usual mak aku menangis mendoakan
semuanya selamat.
Tepat jam 2 petang aku ditolak ke bilik pembedahan. Badan
aku menggigil. Entahlah sebab ubat atau sebab kesejukan. Aku memang sangat
takut. Nilah kali pertama akan dibedah. Aku dapat rasa perut aku digoncang dan
ditarik oleh doktor tapi tak rasa sakit sebab dan dibius. Tak lama lepas tu aku
terdengar tangisan. Allahuakbar. Gembira mendengar tangisan tu. Tapi seorang
staff datang beritahu aku yang anak aku selamat tapi tak dapat diletakkan atas
dada aku sebab terus dibawa ke NICU. dia memaklumkan aku mendapat bayi lelaki
dengan berat 1050g. Sekali lagi aku mendengar tangisan dia sebelum dibawa pergi
agaknya. Kemudian doktor memaklumkan yang placenta aku banyak sel yang rosak
dan kering kontang air ketuban. Aku dah pedulikan semua tu, aku hanya fikirkan
alhamdulillah aku boleh mendengar tangisan dia. Tangisan Ilham untuk kali
pertama. ALhamdulillah. Terima kasih ya Allah walaupun aku masih belum dapat melihat dia.
0 comments:
Post a Comment