me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

kenapa perlu cemburu dengan orang jahat

assalamualaikum

waaaaa lamanya tak mengepost kat sini..banyak nak menaip kat sini sebenarnya tapi tak berkesempatan... lagi2 pasal pengangkutan awam kat UK dan juga budaya kat sana yang sempat diperhatikan sepanjang mebih kurang 3 minggu bermusafir kat sana baru2 ni.. tapi ada jer yang menghalang untuk berceloteh panjang kat sini.. hidup ku macam huru hara sekarang ni huhuhu.... betapa bermasalahnya pengurusan masa aku sekarang ni... allahuakbar.

berbalik kepada tajuk... 

8 Julai 2017/sabtu baru2 ni.. berlangsungnya LADAP team building SMK Bukit Kuching Tengah di MCL D'Bamboo, Kuala Selangor.. objektif LADAP ni aku rasa adalah untuk membina ukhwah dalam sebuah organisasi supaya semua orang bergerak ke arah satu matlamat yang sama... 

alhamdulillah.. program tersebut berjalan lancar.. macam terapi stress pun iyer jugak agaknya... sakan bergelak dengan rakan2 sekerja... di samping mengeratkan silaturrahim.. insyaallah

antara salah satu aktiviti yang membuat aku bermuhasabah diri sekejap adalah aktivti mengoyakkan kertas surat khabar untuk dicantum balik oleh kumpulan lain... mula2 moderator suruh koyakkan sehelai surat khabar kepada 5 bahagian., kemudian passing kepada kumpulan sebelah... kemudian kumpulan tersebut akan mencantumkan balik surat khabar tu... 3 kumpulan terpantas dikira menang.. masa ni kumpulan sebelah kitorang tu group lelaki.. entah macam mana dorang bagi 4 keping je.. so kami tak dapat cantumkan...

kemudian moderator suruh koyakkan lagi kepada 10 bahagian pulak... so masa ni dah start ada kumpulan yang nakal koyakkan kecik2 lah..macam2 lah supaya group lain susah nak cantumkan... group lelaki sebelah kitorang memang pedajal jer kertas surat khabar tu.. masuk kali ketiga disuruh koyakkan kepada 15 bahagian pulak.. masa ni kami dah mintak siap2 nak passing ke kiri pulak dengan harapan nak pedajal group cikgu laki tu pulak.. memang kaw2 kami kerjakan kertas surat khabar tu.. direnyuk2 lagi.. yang group lelaki sebelah tu siap basahkan lagi kertas tu nak pedajal punya pasal.. TAPI.. arahan moderator kali ni ialah, amik balik kertas tu dan cantumkan balik dalam kumpulan masing2.. amik ko.. satu kerja dah pulak nak bukak balik kertas yang dironyok2 tadi... 




MORAL OF THE ACTIVITY: padan muka korang yang nak kenakan orang lain tu hahahaha

dan aku teringat nasihat seorang kakak... Tuhan telah menciptakan neraka dan syurga.. maknanya memang tuhan tahu ada orang jahat dan orang baik.. JIKA tuhan telah memilih kita untuk menjadi orang yang baik, orang yang sentiasa bersabar, orang yang sentiasa amanah dalam kerja, orang yang sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik, orang yang sentiasa tersenyum, orang yang sentiasa memudahkan urusan orang lain, JADI kenapa kita perlu cemburu dengan orang jahat yang selalu mengadu domba pasal kita, yang sentiasa bercakap buruk tentang kita, yang suka mengeluarkan kata-kata cacian dan makian kpada kita.... alhamdulillah Dia memilih kita untuk menjadi sebahagian daripada syurganya.. InsyaAllah...

Teruskan hidup ini dengan senyuman... just do what do you think is right for your journey to jannah..insyaallah... jadilah orang yang sentiasa positif, yang mudah dengan senyuman, yang mudah menghulurkan bantuan, yang sentiasa cuba mengeratkan silaturrahim, yang jujur dalam berukhwah... tinggalkanlah kerja2 jahat untuk syaitan jer.. jangan kita pulak join dorang atau jadi lebih teruk dari dorang...

insaf insaf... sebab akulah salah sorang yang tukang renyuk surat khabar tu huhuhu... 




0 comments:

Post a Comment

mata-mata