me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

they call me 'cikgu'

assalamua'laikum

dah lama nak update pic2 students aku yang under TUDAY^_^..

Tahun 2Ahmad and faris

Tahun 3nadhirah. dalila. syafiqah. hamisah.
khairul. hafis


Tahun 4aisyah. aina.
hamizah. nusrah afirah. tasya. nusrah afiqah. shikin.
firdaus. daniel. hakim
Tiada: farhan and puteri

Tahun 5
engku
nusrah. auni. sofia. alia
hafizuddin. zulfahmi.nizalmudin
Tiada: sakinah and najmi

Tahun 6
amirul
Nizalmudin(tahun 5). hafizuddin(tahun 5). zulfahmi(tahun 5). rashid. naim
Tiada: Shukri and nazri

nilah antara student2 terawal generasi TUDAY^_^ haha..

tadi kelas terakhir di Anjung Haris Ikhwan Resources... tak sangka dapat hadiah dari kak norli dan juga bonus.. jubah lak tu huhuhu... alhamdulillah.. mana lah tau kot2 menjadi fesyen aku masa akan datang kan hehehe

malam ni pulun lah mengemas.. penat2.. pagi esok dah nak bertolak ke johor bumi bertuah.. ameen ameen ameen.. semoga dimudahkan urusan di sana...

TUDAY^_^ & Anjung Haris Ikhwan Resources

assalamua'laikum

alhamdulillah... akhirnya berakhir susah satu penantian yang amat menyeksa jiwa.. bakal bergelar pendidik di johor pada 28hb nanti..walaupun bukan pilihan tapi alhamdulillah masih ada rezeki.. DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk aku yang kerdil dan doif ni

walaubagaimanapun berita gembira ni membawa kepada berakhirnya fasa guru tusen ku yang banyak sangat mengajar aku... sebagaimana yang diketahui yang sementara menunggu panggilan posting aku bekerja sebagai guru tusen di sebuah pusat tusen kuala terengganu, Anjung Haris Ikhwan Resources yang mana membawa kepada pembukaan kelas tusen sendiri waktu tyme cuti sekolah,TUDAY^_^(TUition holiDAY)....

banyak perkara baru yang aku pelajari.. hidup adalah suatu proses belajar yang tak akan ada hentinya...

Anjung Haris Ikhwan Resources
membuka cabang untuk aku ke arah membina kerjaya yang lebih jauh dari sekadar menjadi guru sekolah..

"Sembilan daripada sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan"

berniaga bukan memikirkan untung semata tapi dalam memenuhi kehendak masyarakat di samping memenuhi kepuasan diri sendiri kerana mampu 'berdiri atas kaki sendiri'... walaubagaimanapun masih banyak yang perlu aku pelajari... bukan mudah untuk berdiri atas kaki sendiri.. semoga dipermudahkan urusan ku jika itu terbaik untukku ameen ameen ameen...

TUDAY^_^... aku yang mengurus..aku yang mengajar..aku yang segalanya dan yang penting aku seronok.. membantu budak2 kampung sendiri.. bila aku bagitau yang ni minggu terakhir TUDAY^_^ pada mak ayah coz mendapat tawaran posting kat johor rasa terharu bila ada yang cakap suh balik kampung tyme cuti sekolah bukak TUDAY^_^ lagi..alhamdulillah kerana diberi kepercayaan walau tak sebanyak mana pengalaman mengajar...oleh kerana TUDAY^_^ kali ni adalah yang pertama kali dibuka so masih banyak kekurangan yang perlu aku ambil perhatian.. antaranya:
  1. terlalu memandang tinggi kepada keupayaan students so pulunlah photostat sampai topik decimals tapi akhirnya fraction pun nasib baik sempat.. berlaku pembaziran kat situ..BELAJAR
  2. pengurusan kelam kabut... aku mana belajar pengurusan.. huhuhu..aku ingat senang jer.men daftar amik nama tapi susah jugak upernya coz mak ayah banyak kerenah
  3. promosi belum bagus coz ada jer yang masuk minggu 2 3 dengan alasan tak tahu pun pasal wujudnya TUDAY^_^... maka dengan itu belajarlah jugak promosi yer
dan aku akan sentiasa pegang dengan kata2 kak norli masa kursus guru baru ni

"awak tak suka orang lain buat anak awak so jangan buat anak orang lain macam tu.. awak tak suka orang lain ajar anak awak ala kadar so jangan ajar anak orang lain macam tu.. tak heran bila ramai anak polis terbabit dalam jenayah bila polis tu tak amanah dalam kerja dia.. maka tak hairan kalo ada anak cikgu yang tak pandai bila mak ayah dia pun ala kadar dalam ajar anak orang lain... tak amanah dalam menjalankan kerja sebagai pendidik"

gerunnya bila memikirkan pasal tu.. aku tak nak anak2 aku menerima balasan kerana kesilapan aku dalam menjalankan tugas aku.. nauzubillah..mintak dijauhkkan...

menghabiskan minggu2 yang terakhir dengan gembira kerana kehidupan baru akan bermu..
Dari seorang teman:::::

SHi Syahirah Hanim Idris: nampaknye ramai kwn2 yg dpt posting ke sekolah, ramai juga di matrikulasi dan SBP..congrats semua kwn2! papepun pasti ada hikmah di mana Allah letakkan kite. Allah saje yg tahu. (Refer Baqarah:216)

Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

bergantunglah dengan Dia

assalamua'laikum

semalam dapat 1 sms ringkas daripada kak norli:

~~~~~assalamua'laikum. kursus guru esok di Baitul Imran, Chabang Tiga jam 8.30 pagi - 5 petang. Sila bawa baju solat. Tq.~~~~

terfikir esok ada kelas TUDAY^_^ jam 9 hingga 1.15 tengahari.. malasnya nak berganti kelas coz jadual dah sedia penuh rasanya.. tapi takkan tak pergi lak.. so pagi tadi berpusing2 lah aku ngan zana (cikgu sekali tempat kerja) mencari Baitul Imran coz nama jer orang terengganu tapi bukan tau jalan2 dalam trengganu hehe...

alhamdulillah.... banyak yang aku perolehi tadi.. tentang hidup... tanggungjawab.. kaedah mengajar... rezeki.. ganjaran.. bersyukur kerana diingatkan sekejap.. kerana manusia sesungguhnya kadang2 alpa dan terlalai..

kursus pada hari tu dimulakan dengan satu tazkirah pendek yang mana mengingatkan aku pada situasi aku sekarang yang masih terkontang kanting menunggu keputusan untuk posting ditambah lagi dengan bebarapa rakan seperjuangan yang mendapat surat gagal untuk posting... sesungguhnya hidup kita ni perlu bergantung kepada Allah bukan manusia..

"jika Kau tahu itu yang terbaik untukku maka permudahkanlah, jika itu bukan yang terbaik untukku, aku redha.. kerana setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya"

selain tu aku pun ada teringat pasal duit yuran TUDAY^_^ yang masih belum habis berbayar.. betul jugak kata kak norli tadi.. kalo aku asyik ingat jer duit2 orang yang masih tak bayar tu lama2 aku lak berpenyakit hati.. tapi kalo tak ingat aku kan bahagia dan aman coz bukan aku yang hutang orang.. dan mungkin Allah akan balas dengan berlimpah kali ganda manalah aku tahu.. kerana sesungguhnya bergantunglah kepada Allah bukan manusia.. mintaklah dengan Allah duit2 yang belum berbayar tu... kalo betol ada rezeki aku adalah.. kalo tak aku halallkan jer ilmu2 yang aku sampaikan pada anak dorang tu coz sesungguhnya dengan mengajar mereka aku dah menambahkan gaji aku kat 'sana' kerana sesungguhnya:

"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (diriwayat oleh Muslim)

dan kemudian kami diingatkan pasal tanggungjawab.. pasal amanah yang dipikul... pasal gaji yang banyak di 'sana'... tapi satu benda yang aku suka dengar adalah mengenai 'PUJUKLAH HATI'... kadang2 sebagai manusia biasa tak dapat lari dari perasaan malas, geram..lagi2 seorang guru yang akan berdepan dengan pelbagai kerenah budak2 dan pelagai tahap perkembangan minda.. oleh itu, belajarlah untuk pujuk hati.. seperti seorang sahabat nabi dahulu yang bertanya pada rasulullah:

ya rasulullah.. aku sangat kedekut.. macam mana nak hilangkan kedekut ni.. rasulullah hanya , menjawab, 'maka memberilah'

jika malas, pujuklah hati untuk rajin... jika benci pujuklah hati untuk sayang.... jika sedih menangislah tapi cubalah pujuk hati untuk ketawa.. jika gembira pujuklah hati untuk jangan terlalu gembira..dan jika marah sejukkanlah hati dengan air sembahyang...

then sesi petang lak lebih kepada buku2 yang mana semua maklumat boleh didapati kat sini : http://bacaekspres.webs.com/

dan sesungguhnya banyak pengisian hari ni yang aku boleh dapat.. semua org asyik pandang dengan gaji dunia sampai terlupa gaji akhirat dan sesungguhnya aku rasa dah buat satu keputusan yang betul dengan memilih guru.. macam kata2 kak norli tadi yang guru tadika paling banyak gaji di 'sana' coz bila kita ajar budak2 membaca budak tu akan terus membaca selagi dia masih hidup dan selagi itulah dan insyaAllah dengan semangat baru ni aku akan cuba siapkan apa yang dah aku rancang untuk masa depan aku... bukan untuk dunia semata tetapi juga gaji di 'sana'..dan semoga dipermudahkan urusanku olehMu

dan aku tergelak dengan satu cerita kak norli bila dia cakap dia selalu mengadu penat ngan suami dia (cikgu adi) then cikgu adi akan balas 'takperlah, nanti dalam kubur leh rehat'.. teringat jugak pada aku yang selalu rasa jadual aku sekarang padat.. sepatutnya aku kena bersyukur kerana sekurang2 nya masa aku tu terisi dengan sesuatu yang bermanfaat...

seorang akak,kak fatimah dari perak berkongsi sesuatu pengalaman beliau ngan kami.. katanya setelah mengajar dia akan mengajar anak murid beliau satu doa:

"terima kasih cikgu, maafkanlah kami cikgu.. semoga Allah permurahkan rezeki cikgu"

kak fatimah cakap masa dia mengajar serawak dulu pun dia ajar jugak doa tu tak kiralah bangsa iban ker..kadazan ker... yang penting masing2 ada kepercayaan dan alhamdulillah sebelum umur 40 kak fatimah dah menjejakkan kaki ke tanah suci berkat doa2 anak murid dia yang suci masih belum berdosa.. murahnya rezeki cikgu yang ikhlas mengajar bukan memikirkan gaji dunia semata...

semoga urusanku dipermudahkan olehMu...ameen

sifir dengan tangan

assalamua'laikum

sepanjang mengajar tusen budak2 sekolah rendah especially math tak dapat lari dari berdepan dengan masalah untuk ingat sifir.. kadang2 nak paksa dorang ingat sifir susah betol.. seingat aku dulu aku dan adik2 aku dulu tak ada masalah lak ngan sifir.. aishk budak2 ni.. kalo tak ingat sifir macam mana nak cepat jawab soalan darab ngan bahagi... seingat aku sifir kalo tak hafal pun tak apa coz bila selalu wat latihan automatikly akan ingat..
oleh itu untuk memudahkan pembelajaran aku ajar dorang guna sifir pakai jari.... so kat sini aku share sikit apa yang aku ajar manalah tau kot2 boleh praktik kat adik2 korang lak hehe...

caranya senang jer tapi
syarat dia sifir 1, 2 , 3, 4 n 5 kena ingat lah.. sifir ni hanya boleh guna untuk 6 7 8 and 9 jer... sifir lima lak tengok jarum jam pun dah leh ingat kan...

tangan kita ada dua kan satu tangan akan memegang satu digit.... macam pic kat atas ni.. contoh sifir sekarang 8 x 9.. oleh itu satu tangan akan ditutup sehingga jari yang memegang nilai 8 manakala satu tangan lagi akan ditutup jarinya sehinggan jari yang memegang nilai 9.. macam pic kat bawah ni:

then cara pengiraan dia lak cam bawah ni:

camtu jerlah caranya untuk sifir 6 7 8 and 9.. ok, aku tambah satu lagi contoh 6 x 6

cubalah dengan sifir2 yang lain pulak.... aku harap dapat sedikit membantu mereka2 yang liat sangat nak ingat sifir ngan post ni..... ape2 pun kalo rajin wat latihan insyaAllah tak ada masalah.. budak2 melayu kita ni selalu masalah dalam math sebab malas nak berfikir... aishk.....

family tyme :: anvsry my parent:::

assalamua'laikum

hari ni 8 disember 2009 genap 25 tahun mak dan ayah bersatu dalam satu ikatan yang halal.. alhamdulillah...

dengan menggunakan alasan aku nak belanja makan pizza coz belum belanja lagi 1 famili makan ramai2 ngan dut gaji aku yang ciput tu huhu... aku cakap esok takleh coz mengajar sampai pukul 6.45 pm.. then esoknya lagi kelas kul 9 lak... so kena pergi malam ni gak huhu.. alasan semata walhal dah janji nak amik kek kat secret recipe kul 9 pm.. then aku,adik and my parents bergerak pergi pizza dulu then hakim,angah and achik lak gerak lambat sikit walhal sebenarnya nak gi amik kek dulu.. huhu

mak ayah aku sedikit terkejut coz dalam kesibukan mungkin terlupa tarikh penting tu huhu... alhamdulillah... tapi kopak jugaklah malam tu..huhu sekali sekala..

(selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 25)

(thank you ALLAH)

(wahaha kopak sekejap)

Syukur padaMu ya Allah di atas kebahagian yang Kau limpahkan... sesungguhnya merekalah anugerah yang tak ternilai buatku.. tiada gantinya dalam hidupku..

Limpahkanlah kasih sayangMu kepada keluargaku.. bahagiakanlah permata hatiku sebagaimana mereka membahagiakan aku dulu dan selamanya.,, jadikanlah aku dan adik-adikku anak2 yang solehah yang menenangkan hati dan mendamaikan jiwa untuk membahagiakan mereka..

ameen ya rabbi...

hobi tiap2 malam

assalamua'laikum

siang kerja then malam2 lak kerjaku adalah di depan laptop... tiap2 malam mesti wajib bukak face book selain ym.. bukan ape sangat pun tapi ter'ketagih' ngan game online huhuhu...

tiap2 malam aku bercucuk tanam kat farm ville.. memang syok habis rasa bila tengok dah berkembang maju... walhal bukan dapat untung apa pun tapi dah suka nak wat camner... asal2 nya faizol ngan aza lah yang start ajar aku men benda alah ni dan sampai skang aku terlekat.... ladang yang dulu kecil skang dah besar... ni ladang aku yang da latest:

huhu memang syok habis men benda alah ni... adik2 aku selalu cakap yang baik gi tolong tokwan tanam sayur mendatangkan gak hasil dari tanam2 lam tenet... biarlah aku suka.. syafiq cakap kalo dah suka nak wat camner takkan nak marah lak.. hehe coz tiap2 malam bila ym selalu bila ditanya ngah wat aper mesti akan dijawab ngah bercucuk tanam....

teringat satu perbualan lam radio hot fm pasal face book.. sorang laki kol then cakap yang isteri dia tiap2 pagi sebelum pergi kerja akan bukak tenet coz nak bercucuk tanam lam farm ville lu.. dan pada satu hari tu dorang terlambat bangun .. kuar2 dari toilet jer dia nampak isteri dia ngah gosok baju sambil satu tangan lagi pegang mouse men farm ville.. gilak ah.. begitu teraddicted sekali hehehe.... aku taklah sampai camtu sekali hehe..

walau ape pun game online camni memang best coz bagi kita kerja nak buat hhuhu

my students

assalamua'laikum

dah genap 2 minggu aku kerja tiap2 hari... kuar pagi balik kejap tengahari then sampai umah selepas azan maghrib berkumandang... memang memenatkan lagi2 rasa malasnya nak bangun pagi esok..memandangkan dah 2 bulan (ogos and september) berpoya2 tak buat aper then oktober lak kerja tak banyak mana then tetiba november dan disember kerja berbilion memang sedikit terkejut... dan untuk hari ni aku rasa memang mengamuk sikit tadi lam kelas kecuali untuk kelas darjah 6...

rabu, khamis, jumaat dan sabtu aku kerja dari pagi sampai petang..sampai2 umah dah azan maghrib lam keter tadi... dan hari ni lak (ahad) kelas start kul 9 pagi.. memang rasa liat giler nak bangun.. "tuan kura2" kol pun aku malas nak angkat coz mata berat sangat.before ni pun memang dia selalu kol pagi2 tapi pagi tadi tak larat nak bukak mata.. tup2 dah kena bangun..kelas tadi pun tepat kul 9 aku sampai.. tu pun budak2 dah menunggu.. memang tyme tu rasa malasnya... tapi nasib baiklah semua siapkan kerja rumah yang diberi kecuali 2 3 orang tak siapkan beberapa soalan.. aku assume dorang tak faham soalan mungkin.. so aku bincang soalan dan paling aku geram ada sorang dak betul 1 soalan je dan bila ditanya dia mengaku dia men tembak jer coz takut nama masuk rekod... tu satu hal aku geram.. then pastu bila ajar topik baru dorang main2 lak... pastu suh wat latihan mulalah tak faham.. dah lah budak ber3 ni dalam tahap lemah...masalah dorang adalah cuai coz nak wat cepat siap jer dan MALAS.. nak fokus kat dorang bertiga meninggalkan yang lain tak rasa adil lak.. mesti yang lain bosan nak tunggu dorang...

(camner nak buat ngan budak2 camni...lemah dan suka main2)

so aku tengok jadual aku yang tersangatlah penuh untuk asingkan kelas dorang bertiga.. aku y jadual penuh takmerungut dorang lak bising2 taknak.... so aku tahan dorang ber3 balik sekali yang lain.. memang cam cacing kepanasan lah dorang.. tapi hati aku yang panas ni camner...

then masuk darjah 6 nasib baik lah dorang ok... sejuk sikit.. then pastu darjah 4 lak...ya ni macam2 perangai ada.. pening kepala aku... tapi yang pasti hari ni start kul 9 pagi kelas sampai kul 1.30 pm non stop dan jugak macam puasa coz tak makan apa2 dari pagi. waaa lapa... budak2 asyik cakap cepat cikgu,nak balik makan nasi lak coz tak sempat tadi.. adinda2 ku sayang ni tak tau ker yang kekanda mu ini dari pagi tak makan....

kalo nak difikirkan kerja setiap hari setiap minggu memang memenatkan tapi bila dipandang dari sudut positif sekurang2 nya aku ada benda nak wat dari merasakan kebosanan setiap hari.. lagi satu bila bukak tusen sendiri ni memang ada duit jer coz tiap2 hari ada jer budak bayar... so takyah nak susah2 cucuk duit kalo nak guna... simpan jer lam bank huhuhu...cam tadi mak budak untuk sekolah lain datang untuk daftarkan anak dia 4 orang.. kalo ikutkan aku dah tak amik budak lagi coz dah 2 minggu belajar so dah banyak dorang tertinggal tapi maknya nak juga coz dia cakap anak dia main2 jer masa cuti sekolah ni.. so direct dia bayar habis terus..

tu baru pasal TUDAY^_^..belum lagi tuition kat pusat tusen.. sebab bulan disember merupakan bulan pertama untuk sesi 2010 so minggu pertama ni memang pening cikgu2.. nak urus budak2 yang ada jer salah masuk kelas.. kali ni banyak muka2 baru yang masuk belajar... ada sorang budak lama yang dulu masa bulan oktober dia ada then bulan november dia cuti pastu skang untuk disember masuk balik... budaknyer kecik jer.. tahun depan darjah 2 tapi saiznya macam budak tadika...

nama dak ni syawal.. dulu masa aku mula2 masuk ngajar aku tak suka betul dia ni.. bukanlah tak suka camna tapi aku geram coz dia ni mulutnya asyik pot pet pot pet jer lam kelas... bising... suka main2.. tapi satu minggu tu syawal ngan kerenah syawal yang sama yang main2 dalam kelas..then entah macam mana aku terkeluar pasal syaitan.. dia pun pulun lah cakap nak letak yasin lah. quran lah so syaitan2 tak kaco dia lah.. then aku cakap ngan dia yang bila kita selalu nakal.lawan cakap mak ayah..lawan cakap cikgu.. suka gaduh ngan kawan.. syaitan2 pun akan duduk dalam hati kita... masa tu dia terdiam dan terus wat kerja... oleh sebab tyme tu aku ajar BI then ada pasal cerita karton kat tv.. then aku wat contoh karton2 yang ada kat astro.. punya lah dia excited... ben 10.. shaun the sheep..mr bean..totally spies.. macam2 lagi lah... aku tengok reaksi dia bukan main seronok lagi... then hari tu jugak dia wat semua kerja sampaikan aku lak terpaksa tunggu dia sorang2 lam kelas coz nak suh aku marks jugak paper dia hari tu.. dan semenjak dia dah tak nakal lagi lam kelas.. tak tahulah sebab yang mana yang buat dia berubah.. mungkin bila aku sebut pasal syaitan duduk dalam hati kita dia terbayang pasal kena rasuk or ape entahlah.. budak2 darjah 1 kan imaginasi macam2 hehe...

selain dari tu jugak tiap2 minggu masa kelas darjah 1 aku akan dapat gula2.. dia selalu bawak gula2 so setiap kali ngajar dia bagi aku gula2.. pastu budak2 lain tengok pun ikut jugak bagi aku gula2... seronok betol rasa.. then bulan november baru ni dia tak ada berganti ngan budak baru.. bulan disember lak rasanya dia sorang jer kot budak lama... so semalam ada kelas ngan dia ajar sains... sorang budak bagi dia 2 biji gula2.. then aku terdengar dia suh bagi kat cikgu jugak gula2 tapi maybe budak baru tu tak biasa lagi ngan aku so tak berani nak bagi... then dia bagi satu gula2 dia kat aku... alahai comelnya senyuman tu masa bagi gula2.. dan sekali lagi perbuatan dia tu jadi ikutan budak lain... ajar budak2 memang murah rezki hehe...

(Syawal, darjah 2 tahun depan)(kaki pun tak sampai lantai...comel betol)

seronoknya ada budak2 cute... penghibur suasana penyeri hidup rezeki dari yang maha kuasa

mimpi itu free

assalamua'laikum

semua orang ada impian kan.. ngekngok lah tu kalo cakap takder impian.. eventho yang kerjanya melepak tepi jalan jer ada impian kan... nak jadi kaya raya konon2 nya.. tapi haprak pun takdak..kerjanye tepi jalan jugak.. so my opinion pada penghulu2 kampung yang kot2 terbaca blog aku kat sini supaya tubuhkan pondok pengawal muda kat kampung2.. dari dorang asyik melepak jer kat kampung better wat satu tempat then biar dorang stay kat situ sambil meround kampung jaga kesejahteraan kampung.. tapi nanti takot dorang lak jadi penjenayah kampung ngan mencuri ayam orang kampung ngan ngendap anak dara orang lain..naya2 jer..makin haru biru kampung nanti.ok berbalik pada impian tadi.. aku just nak taip apa yang aku impikan or sangat2 nak beli or ada...

Mimpi terdekat::: kereta

well dari zaman sekolah lagi aku berkenan ngan keter 'buntut' besar huhuhu... dulu masa form 4 cikgu kimia aku cikgu zuraini abdul ghafar bawak waja..memang tiap kali turun rehat akan nampak keter dia coz dia park kat blok kitorang sebab dekat ngan makmak kimia... memang tiap2 hari aku akan tengok... tyme tu bestnyer kalo ada keter camni.. dari jauh dah nampak 'buntut' dia... aku suka tengok buntut keter jer k.. tidak terlibat ngan benda hidup...

so antara keter2 idaman aku skang ni adalah antara:-

Vehicle type: Hatchback
Engine type: Campro S4PH, DOHC, 4 valves per cylinder.
Capacity: 1597cc
Max power: 110 bhp @ 6000 rpm
Max Torque: 148 NM @ 4000 rpm
Transmission: 4-speed automatic
Price: RM 55,234.32 (OTR)

Specification tak jumpa tapi
Price: RM59,800
Vehicle type: Sedan
Engine type: 1NZ-FE
capacity : 1496cc
Max power: 109 bhp @ 6000 rpm
Max Torque: 142 NM @ 4200 rpm
Transmission: 4-speed automatic with Super ECT
Price: RM 76,500 (OTR)

tu lah antara keter2 yang jadi idaman aku.. smart sey... aku bukan kaki pecut sangat tapi yang penting 'buntut' itu tersergam hahaha... aku bajet untuk keter bulanan rm600 jer so mana nak mampu pakai vios huhu unless dihantar sabah serawak hahaha.... terpaksalah aku kerja lebih kuat huhuhu... kerja 7 hari seminggu cam skang takderlah teruk sangat aku rasa coz bukan aku takder rehat langsung... lagipun bila life bz dan ada komitmen camni wat hidup tak jadi bosan... adakah aku sudah bermata duitan hahaha

Mimpi jauh::: pusat tusen sendiri

well ni lak impian aku sejak bekerja tusen dan membuka tusen sendiri tapi aku tau sebagai cikgu aku tak digalakkan ajar tusen luar tapi aku taknak lah ajar pusat tusen tu.. aku just nak bukak pusat tusen jer then urus pasal management jer.. then aku upahlah budak2 university yang nak wat part tyme untuk mengajar... lagi2 kalo suami aku asyik out station jer kerjanya tak ker bosan hidup aku.. selain tu anak2 aku takyah susah2 nak tusen tempat lain..letak jer mana kelas yang dia nak... yang dia lemah.. lagipun org kata walau mak sendiri cikgu susah nak ajar anak sendiri..

dan lagi satu mungkin boleh menggunakan buku sendiri dalam pengajaran tu bagi memudahkan pembelajaran... means modul sepenuhnya adalah urusan aku dan tugas pekerja aku adalah menyampaikan pengajaran sahaja..oleh itu pembelajaran sendiri perlu diteruskan untuk mencapai impian sendiri....dan aku rasa macam kepuasan lak bila nama sendiri terpamer kat depan kulit buku huhuhu...

khazanatul asrar tuition centre will be coming

Mimpi untuk selamanya::::: rumahku syurgaku

berdusta lah mereka yang cakap takder impian ni... setiap manusia yang berfitrah semulajadi akan tanam impian ni.. membina keluarga sendiri.. dari seorang jadi berdua kemudian bertiga sampailah berlapan... kira2 umur aku skang ni 24lah coz ni kan dah penghujung 2009.. so at least kena kerja lu setahun setengah so lam pertengahan 25(2011) baru start fokus pasal kahwin secara seriusnyer so dalam umur 26 aku dah kahwin... boleh ker senang2 bajet camtu hahaha.. mak aku sendiri dah tetapkan kerja dulu 2 tahun supaya ekonomi lebih stabil lpas kahwin... mak aku cakap umur muda lagi tambah2 kalo pasangan sama umur ni tak matang sikit... kalo lelaki tu lagi tua dia lebih matang dan ekonomi dia lebih stabil coz dah lama kerja... ni kalo dua2 baru sama2 nak kerja belum enjoy ape2 dah sibuk nak kahwin...iyolah mak... ikut mak lah...

tapi takkan 2012 nak kahwin, 2012 baru nak kenal2 ngan famili masing2.. buatnyer tak ngam kan susah huhuhu.. so kenal2 lah dulu sebelum merancang ke arah yang lebih serius... itulah ukhwah namanya...

itulah antara impian aku yang mana aku rasa berbilion manusia normal pun akan ade impian camtu... semoga Allah permudahkan urusan.. ameen...

perhubungan

assalamua'laikum

setiap makhluk yang dicipta mahukan pasangan..binatang yang tidak berakal pandai mencari pasangan apatah lagi manusia yang dikurniakan akal fikiran.. yang dibekalkan kitab suci al-quran...yang dinobatkan sebagai khalifah di bumi Allah.... dan hubungan yang dicari semestinya hubungan yang halal untuk melengkapi fitrah hidup...

walaubagaimanapun, sebelum pergi lebih jauh lagi dalam perhubungan yang halal ataupun lebih dikenali dengan perkahwinan dua insan menyatukan dua jiwa banyak yang pelu difikirkan.. mungkin ada yang cakap asalkan kedua2 nya bertanggungjawab insyaAllah harmonilah masjid yang dibina.. aper lingkungan tanggungjawab kat situ? cukup sekadar tangungjawab kepada pasangan masing2? cukup memberi makan pakai? bagaimana dengan keluarga pasangan? lupakah yang pasangan kita tu pun ada keluarga sendiri.. ada ibu dan ayah sendiri yang dah banyak bekorban untuk mereka.. yang menyuap mulut mereka dari kecil sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah...

oleh itu, tanggungjawab disini bukan sahaja terhadap pasangan kita sahaja tetapi juga kepada keluarganya.. jika dulu kita mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tapi setelah berkahwin kita mempunyai sepasang ibu dan sepasang ayah... maka berlaku adillah pada keempat2 nya... kalo dulu balik raya bukan satu masalah namun kini bersedialah untuk bertoleransi dalam bergilir pulang ke kampung... dan kalo dulu kalo cuti jer dah tau kemana nak dituju tapi kini cuti tu perlu dibahagi kepada 2 bahagian... untuk menggembirakan semua pihak...

macamni jelah.. macam mana perasaan korang bila pasangan korang tak suka mak ayah korang.. malah kalau nak suh spend tyme ngan famili korang pun sampai muncung mulut2... mesti korang sakit hatikan? so just put yourself in her shoe.. dan korang akan atau sakitnyer... pendek kata dalam aper jua yang dilakukan fikirlah pasangan anda juga jika anda berada di tempatnye...

dan kalo terasa tak mampu nak buat camtu... aku ada satu idea yang bernas untuk korang.. carilah pasangan hidup korang kat rumah kebajikan anak yatim.. insyaAllah takkan ada masalah camni dan korang pun senang... dan untuk manusia yang ada mak ayah macam aku, if u cant accept my family as your.. good bye... no more cintan cintun.. adios

aku bukan ahli agama yang boleh letak ayat2 quran kat sini untuk menegakkan pendapat..cuma menggunakan akal fikiran yang dikurniakan memikirkan logik setiap perkara... aku manusia yang masih lagi belajar.. membaiki diri dari hari ke hari... belajar menjadi lebih dewasa dan lagi baik dari semalam... bukan dari luaran untuk dipertontonkan kepada semua tapi cukup untuk aku memahami erti hidup dalam jiwaku...

hari2 yang penuh

assalamua'laikum

2 3 hari ni memang penat.. hari2 ku penuh dengan pelbagai aktiviti..

start sehari sebelum raya haji keluar merewang dengan adik beradik ku then 2 orang sepupu kecik ke bandaraya pesisir air.. plan asal nak ke planerium, lunch kat mcD, taman tamadun islam then ke pantai batu burok.. tapi banyak yang berlaku so hanya sempat ker planetrium, then luch kat chicken rice shop then akhir sekali ker taman tamadun islam.. tu pun sampai umah dalam kul 8 malam...di planerium biasalah main2 dengan sains.. tak banyak pic yang aku upload kat planetarium kat sini coz banyak sangat.. then kat taman tamadun lak bagi aku satu tempat yang patut dilawati kerana banyak yang boleh diketahui kat situ selain satu tempat yang sangat sesuai untuk kanak2 coz siap ada taman permainan dalam tu... then nak masuk kalo ada mykad just rm10 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak2.. dan akan diberi pasport untuk setiap orang.. pasport tu boleh digunakan lagi bila pergi lagi...antara pic yang diambil hari tu:


(bergambar depan planetarium)(bergambar selepas tayangan bintang2)(terperangkap dalam jem.. masam betol adik..maybe dah lapar kot hehe)(lunch kat chicken rice shop)(sampai kat taman tamadun islam)(sewa basikal.. rm3 untuk 1 basikal dan percuma untuk lawatan kali ke2 dengan menggunakan pasport)(pattani central mosque, thailand)
(taj mahal, agra, india)(badshahi mosque, lahore, pakistan)(kubbah as-sakhrah, baitul muqqaddis, palestin)(al-haram mosque, mecca, saudi arabia)(train, rm 3 untuk lawatan kali pertama dan kedua dan free bagi lawatan kali ke3 dengan menggunakan pasport)(suleyman mosque, turkey)(masjid kristal ketika azan maghrib berkumandang.. tanpa bayaran coz terletak di luar taman tamadun islam)

then raya haji lak biasa jer.. sesimple mungkin jer.. lagi2 bila nenek aku takder.. terasa kurang meriahnyer... tambah lagi ngan sakit2 badan2 kepenatan semalam belum hilang.. aku lak dah terasa cam nak demam jer hari tu...

then raya kedua lak aku dah ader kelas.. tapi kelas aku kul 10.15 sampai kul 12.15 tengahari jer coz untuk kelas petang aku minta sorang cikgu gantikan aku.. sebabnyer aku ada majlis gathering kat pulau duyong.. gathering dak2 sekolah dulu.. so after habis jer kelas ader meeting sekejap untuk jadual baru bulan 12 coz dah start sesi untuk tahun 2010.. then terus ke bukit payong amik jannah and fatimah.. haha lama tak jumpa terasa ramai yang dah berubah... ader yang tanya eh saper tu... kelas mana dulu? macam2 lagi lah... dah besar pun masing2.. ramai yang dah kerja... then usik mengusik.. fitrah lah tu kan.. dan pendek kata memang meriah petang tu.. macam2 cerita ada... seronok sampai tak sedar dah lewat.. lam kul 8 gak aku sampai umah.. huhu tahan lah tinga jap kena marah ngan queen of my house hehe..


Gathering ex-SMKADG batch 99-03

di Riyaz Heritage Marina Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu

dan hari ni kelas aku bermula seperti biasa.. wawawa hidup ini memang penuh sekarang.. jadual aku agak padat untuk disember 2009.. tadi pun ada parents datang suh bukakkan kelas BI year 4 ngan BM year 5 and 6.. tapi memandangkan jadual aku yang sememangnya padat aku terpaksa menolak.. aku hargai kepercayaan dorang tapi nak wat camner.. TUDAY^_^ hanya dihandle aku sorang2.. nak mintak tolong saper pun tak tahu coz ramai yang ada ijazah ada kelulusan tak berminat nak tinggal kat kampung... tambah2 semalam dalam meeting maybe aku kena terlibat dalam kelolaan asrama tahfiz yang akan dibuka...

dan bila mengenangkan tusen TUDAY^_^ aku seronok sangat mengajar... tambah2 lagi aku kesian ngan dorang.. bila students tu lemah tapi ada semangat nak belajar dan respect orang lain wat aku makin kesian... sebab tu kadang2 ada beberapa orang students aku akan tahan dari balik awal untuk fokus pada dorang sahaja..coz budak2 macam ni susah nak terima pelajaran bila ramai2...jenis yang kena fokus sorang2.. mak ayah nak hantar tusen persendirian tak mampu coz org kampung ni kerja aper lah sangat.. dan juga tak boleh nak salahkan guru coz satu kelas ader 30 kepala yang nak difahami dengan menggunakan satu mulut dan dua mata... semoga Allah membantu budak2 macam ni dengan menerangkan hati dorang dalam menerima semua ajaran guru.. ameen..

dan aku cuma berharap dapat membuka pusat pembelajaran aku sendiri nanti untuk menolong golongan yang macam ni... dan tak ader ker erk cara nak mengajar dorang dengan kaedah yang sangat mudah difahami.. macam lect aku kat matrix dulu yang ajar kimia, cik syed... so reka sendirilah kaedah belajar math supaya senang nak difahami oleh golongan yang agak susah nak menerima pengajaran.. wahaha tinggi cita2..

oklah.. adios.. semoga kita sama2 menemui apa yang dicari dalam hidup.. insyaAllah... ameen..

penantian i2 1 penyeksaan

assalamua'laikum
kepenatan dalam kereta hari...kalo nak difikirkan tak lah penat sangat coz duduk jer tapi penantian itu sesungguhnya suatu penyeksaan..

nak dijadikan cerita hari ni bermulanyer kelas TUDAY^_^. sepatutnyer bermula kul 9 tapi kul 8.30 dah ader mak ayah datang.. so pot pet pot pet sikit... ramah tamah.. tu pun dorang macam taknak balik masa kelas dah nak start.. aper? ingat muka aku ni ada cam pendera anak orang ker?then begitulah seterusnye.. sepatutnya aku wat gap dalam 15 minit before next kelas tapi almaklumlah mak ayah ni bz datang nak borak2 sikit2 so tiadalah masa rehat untukku untuk menambahkan power ngan milo huhuhu.... tapi ok jer kecuali kelas yang akhir tu dah macamnak hilang suara... air masak pun jadilah...

then seperti yang dijangka ader jer yang baru nak daftar dan takkan nak tolak... ada jugak budak2 datang sendiri main masuk jer kelas.. bilang2 terlebih lak studentsnyer... so terpaksa lah keluar ke pekan jap gi photostat.. dan tak heranlah bila banyak jalan takleh lalu sebab banjir.. dan kereta penuh bsesak kat tepi jalan coz ramai parking kat tepi jalan bila rumah kat kawasan rendah... memang betol2 menguji kesabaran dan kecuakkan aku.. then lagi satu hal photostat lam 10 set ingatkan kejap jer sekali mesin lak wat hal.. nakbalik malas... so alkisahnyer masuk pasaraya beli makanan then lepak lam keter menunggu kertas siap..


haha parking lak elok2 depan klinik... skang kan musimsekolah so ramai lah yang 'sunat.. so sambil makan menjamu selera sekali mencuci mata tengok budak2 kuar klinik pakai kain pelikat.. manalah tau kot2 dapat tengok panorama budak lari kuar klinik then dikejar oleh doktor dan jururawat haha. tapi takder pun.

huhu memang letih menunggu.. tungu tungu tunggu.. waaaaa bila dapat tau posting ni.. penat nak tunggu dah sob sob sob

kelas

assalamua'laikum

dah habis kelas untuk pagi tadi.. memang mencabar betol nak pergi kerja ngan hujan kat lua.. terasa sayang jer nak tinggalkan selimut dan bantal.. aper punya cikgu ntah huhu... lagi2 bila tengok adik2 aku syok jer bawah selimut lam bilik masing2.. jeles jeles tapi nak wat camner.. tanggungjawab terpaksa lah kena paksa diri mask bilik air..

tadi tengok jadual baru kat ofis untuk bulan disember.. nasib baik tak ada yang bertindan ngan jadual kelas TUDAY^_^.. aku malas nak ubah2 jadual lagi.. then boleh lah masukkan add math ngan kimia untuk form 4 petang ahad, isnin and selasa... kalo malas sikit isnin ngan selasa dah lah hehe.. ishk ishk ishk... bila aku kira2 mampukah nanti.. bak kata syafiq-takot ader yang tumbang jer nanti.. huhu insyaAllah... yang penting kerja2 jugk tapi tidor, rehat and makan kena cukup.. barulah seimbang cewah.. apa yang penting pun kena pentingkan diri sendiri jugak... sebab kita nak ajar org lain mestilah diri sendiri dulu kena sihat walafiat.. kalo tak camner nak ajar and jaga org lain..

nanti untuk tusen TUDAY^_^ aku analisis dalam 25 orang tu pelbagai tahap ader.. ada yang sangat cemerlang..pertengahan dan juga akhir... oleh itu sebagai guru kena pelbagaikan cara untuk memaksimakan hasil... kalo kain sutera kiter basuh lembut2 jer.. main2 celup and bilas then sidai.. kalo kain rayon kena basuh ngan tangan perlahan2 tapi kalo kain kapas pulak kena berus dan kalo kotor kena sental kuat2... apa yang penting biarlah ketiga2 kain tu bersih... aku takleh nak tukar kain kapas jadi kain sutera ataupun rayon.. tapi biarlah ketiga-tiga kain tu bersih..sutera yang bersih, rayon yang bersih dan juga kapas yang bersih... mencuba seupaya mungkin untuk membersihkan kain2 tu.. dan untuk add math ngan kimia lak mungkin aku tak akan ajar subjek baru tapi memperkukuhkan kefahaman yang dorang dah ader dengan mastery topik2 form 4... sebabnyer masa tak panjang.. hanya dalam 6 minggu cuti sekolah jer... then untuk anjung intelek lak aku just follow the flow.. apa yang disuruh itulah yang aku buat... senang makan gaji ni hehehe....

pukul 3.30 hingga kul 5.30 ada kelas lagi... dah prepare 2 minggu lepas so tak kalut2 hehe... cuma skang modul budak2 lum cukup untuk tahun 3 and 5... ishk susah jugak masalah daftar lewat ni.. tapi nak wat camner...

oklah...adios.... jaga diri hiasi peribadi....
assalamua'laikum dan salam ukhwah


life during school holiday

assalamua'laikum

baru selesai menyusun modul budak2 dan merekod maklumat dorang... huhu best2... walau camner pun masih lum cukup coz tadi ada yang baru mendaftar.. silap aku gak coz bukak pendaftaran sampa hari last sekolah.. patutnya buat semalam tarikh akhir tapi kalo semalam tarikh akhir pun kalo hari ni baru tau kesian gak aku nak tolak.. erm kena belajar banyak lagi pasal promosi dan pengiklanan huhu.. walau pun kelas tu start hari ahad ni tapi memandangkan jumaat dan sabtu aku kerja kat Anjung Intelek Tuition Centre pagi and petang so its better for me to finish all thing about TUDAY^_^(TUition holiDAY) seawal mungkin... berkobar2 betol semangat haha... naper ntah...

then plan ngan angah untuk bawak budak2 jalan2 hari khamis coz hari tu jer aku free sepenuh hari.. yerlah ahad sampai rabu ngan TUDAY^_^ then jumaat sabtu lak kat anjung intelek... lagi satu aku takot kalo bulan disember nanti jadual kat anjung intelek tukar and kena ajar petang khamis lak cam bulan oktober.. asalnyer angah janji ngan ahmad danish kalo dapat nombor 1 nak jalan2 tapi walau dapat no 3 pun pencapaian dia masih alhamdulillah so bolehlah... setakat sehari round2 bandar kuala terengganu.. bawak pergi planetrium.. coz dorang cakap muzium asyik tengok benda sama jer... then jalan2 kat taman tamadun islam masjid kristal.. pastu nak gi mcD lah..gi pantai batu buruk.. waaa memang padat jadual haha... dan memang mengkopakkan hehe... tapi bukan selalu pun... dorang berdua lak sepupu yang kecik yang rapat ngan kitorang.. memandangkan aku adik beradik dah besar so dorang lah tempat wat main hehe... budak2 kan memeriahkan suasana... tu belum balik aiman,jannah, syamil.. waaa windunyer kat syamil

tak sabar memikirkan life during school holiday.. bz bz bz.... sonok sonok...

p/s: ader yang start masuk ofis esok.... chayo! chayo! my dear..


mata-mata